Monday, May 30, 2005

Susahkah hidup sebagai seorg khalifah Islam di Bumi Tuhan?

Hidup sebagai muslim penuh dengan ujian dan dugaan. Kita mungkin melihat orang2 kafir bersenang2 dengan “kebebasan” dalam hidup mereka. Apa yang kita tidak nampak adalah sama ada hati mereka tenang dan hidup mereka tenteram. Macam mana saya tau? Mari kita lihat dalam Al-Quran dan hadith Rasulullah semuga kita dapat membuat pendoman. Mungkin artikel ini seolah menampal koyok pada luka yang parah, walau sudah pasti tak dapat mengubatinya, sedikit sebanyak mungkin juga dapat menahan kepedihannya, Insya' Allah.


"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah hanyalah dengan "zikrullah", maka tenang dan tenteramlah hati manusia.” [Ar-Raad 28] Maha Pencipta Allah sudah tentu mengetahui kelemahan ciptaannya, dan memberitahu bagaimana untuk mengatasi kelemahannya.


"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [Taha 124]


“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” [Al-an'aam 125]


Subhanallah, saya rasa ini adalah salah satu dari mukjizat Al-Quran. Bukan kata naik kelangit, manusia cuma mula mendaki gunung2 yang tinggi selepas tahun 1800s. Sesak nafas, sempit dada adalah simtom kekurangan oksigen bila berada ditempat yang tinggi lebih dari 8,000 kaki (2,400 m), juga dikenali sebagai “altitude anoxia”. Allah akan sempitkan hidup mereka didunia ini pada sesiapa yang memilih jalan yang sesat.


Ketahuilah wahai pembaca, Allah tidak memerlukan ibadat hambaNya walau sedikit pun. Setiap ibadat itu adalah untuk munafaat diri kita sendiri. Seperti ternyata dalam hadith Qudsi, Allah (swt) berfirman: “Wahai hambaKu, jika yang pertama dari kamu dan terakhir dari kamu, manusia dari kamu dan jinn dari kamu menjadi paling warak sekali dari kamu, itu tidak meningkatkan kekuasaan Ku walau sedikit pun. Wahai hambuKu, jika yang pertama dari kamu dan terakhir dari kamu, manusia dari kamu dan jinn dari kamu menjadi yang paling jahat sekali dari kamu, itu tidak menjejas kekuasaan Ku walau sedikit pun.” Ternyatalah munafaat ibadat adalah untuk hamba kerana hamba lah yang memerlukan Allah, dan Allah yang Maha Kuasa tidak sedikit pun memerlukannya.


“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.” [Surah al-Zariyat 56-57]

Ada satu masa Mu'adh Ibn Jabal (rad) membonceng keldai dengan Rasulullah (saw). Subhanallah, bayangkan bagaimana rapatnya hubungan Rasulullah (saw) dengan sahabat2 ketika itu. Rasulullah (saw) bertanya Mu'adh “Wahai Mu'adh! Tau kah kamu apa hak Allah ke atas hambaNya?” Mu'adh menjawab, “Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui”. Rasulullah bersabda, “Hak Allah ke atas hamba-Nya, iaitu hendaklah mereka beribadat hanya kepada-Nya dan mereka tidak melakukan sebarang kesyirikan kepada-Nya."


Satu hadith diriwayatkan oleh Abu Suhayb ibn Sinaan, Rasulullah bersabda, “Ajaib sungguh seorang beriman. Semua keadaan yang Allah (swt) mengtakdirkan untuknya, kecuali adalah baik untuknya. Jika sesuatu musibah menimpanya, dia bersabar dan itu menjadi munafaat baginya. Jika sesuatu kesenangan diberi kepadanya, dia bersyukur dan ini menjadi baik baginya. Tanda2 ini hanyalah untuk yang setia beriman.” [Muslim]


“Sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah 155]


“Sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” [Al-Imran 186]


Aduh alangkah malang sekali manusia yang mengusir Tuhan dari hidup harian mereka. Dalam fikiran mereka, mereka mendapat “kebebasan” dari tanggung-jawab mereka sebagai seorang hamba Allah. Mari saya tunjukkan bagaimana Allah membalas mereka didunia ini. Banyak sekali dalam Al-Quran cerita2 yang dapat kita buat pedoman, cerita tentang Firaun yang tenggelam, Nimrud yang nyamuk yang kecil memasuki hidungnya dsb. Disini saya nukilkan cerita manusia yang hidup dizaman kita sekarang ni.


Sudah pasti manusia tidak akan bebas dari mencari pengertian hidup. Adalah naluri hamba memerlukan Pencipta, walaubagaimana dia berusaha ingin lari dari memohon pertolongan dariNya.


Pada satu masa dulu Apollo 13 dihantarkan kebulan, dalam perjalanan mereka mengalami problem dengan pesawat roket tu, tapi dengan takdir Allah mereka selamat mendarat. Ramai lah pemberita mengerumun astronut2 yang mendarat dengan selamat.

Pemberita: Apa perasaan anda terselamat dari pesawat roket terhempas?
Ketua astronut: Saya dah duga dah lagi sebelum berlepas...
Pemberita: Apa maksud kamu, kamu nampak sesuatu kerosakan dalam pesawat sebelum belepas?
Ketua astronut: Tidak, Ini kan Apollo 13


Pada pandangan saya Allah seolah memberi penghinaan kepada mereka. Seorang budak yang baru belajar mengira angka lebih tinggi pengetahuannya dari seorang saintis yang telah belajar bertahun2. Saintis hatinya gentar dan menjadi hamba kepada angka 13 yang tidak boleh memberi sedikit pun kemudaratan atau munafaat kepadanya, sedangkan budak yang baru mengenal angka tidak sedikit pun takut.


Adalah seorang hamba Allah yang dalam cari punya cari kerja tak dapat2. Tiba2 satu kali dia pergi interview, dia dapat kerja. Dengan serta merta, dia akan menghargai rezeki yang diterima, kecuali satu masaalah, dia tidak mempercayai tuhan. Lalu pakaiannya, tali-leher, saat waktu akan menjadi sesuatu yang amat memberi makna kepadanya oleh sebab kejayaan yang dia fikir oleh sebab usahanya tanpa pertolongan sesiapa. Lalu letaklah dia pakaian, tali-leher, kasut yang dia fikir “bertuah” ditempat khas dalam almari. Dalam masa yang dia perlukan pertolongan tambahan dalam hidup hariannya, dia akan keluarkan pakaian “bertuah”nya dan jadi angkoh dan yakin akan memberi “tuah” kepadanya. Bila kawan2 menegur tentang pakaiannya, dengan tidak segan silu berkata, “Ini lah pakaian bertuah aku.” Dan habis diceritakan tentang pakaian itu pada kawan2nya. Manusia yang angkoh menolak keEsaan Allah akan menjadi seakan seorang buta tercari2 tiang penyokong untuk berdiri. Walau bagaimana angkohnya dia kepada Allah, Allah yang Maha Penyayang tetap memberi rezeki padanya, betapa penyayangnya Allah kepada hambanya.


Jika tidak pakaian, tali-leher, kasut, ada mereka yang memberi kepada makhluk Allah yang lain seperti angin, air, ruang dsb. kuasa yang hanya kepada Allah layak diberikan. Contohnya Geomancy atau juga dikenali sebagai Feng Shui. Ada yang terbeliak bijik mata terperanjat. Disini saya tidak mahu ulaskan, cuma saya nak suggestkan pembaca semua menilaikan apa sebenarnya konsep Feng Shui ini.


Mungkin pembaca terfikir, semua ni ramai orang Islam pun percaya benda2 tu semua. Satu analisi yang tepat, tapi satu peringatan yang perlu saya nyatakan: “tidak semua yang melakukan dosa yang kita nampak didepan mata kita itu akan jatuh dosa keatasnya.” Macam mana tu? Ingatlah, Allah itu Maha adil dan Maha penyayang. Dia tidak akan membebankan hambanya lebih dari apa yang boleh ditanggungi. Kemungkinan dia tidak mengetahui akan hukumnya atau dibuat dalam tidak sedar. Tapi adalah kewajipan keatas mereka yang tahu untuk memberi tahu kebenaran kepada yang tidak tahu.


Cara2 berdakwah juga perlu berhikmah, seperti contoh Nabi Musa berkata kepada Firaun dengan lemah lembut, “mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu“ [Surah al-Naazi'at ayat 19]. Kemudian ada juga yang terfikir, “kalau macam tu lebih baik tak tau pasal benda2 ni dan Allah tidak akan membuat aku bertanggung-jawab atasnya.” Tidak boleh begitu, Allah Maha mengetahui. Dia lebih tahu potensi kita, dari kita tahu diri kita sendiri, Dia memberi setiap manusia banyak peluang supaya dapat datang mendekatinya. Di akhirat kelak kita akan disoal atas apa yang Allah berikan kepada kita dari segi pengetahuan, harta, dan masa, bagaimana kita gunakannya. Adakah kita tidak mampu menuntut Ilmu agama? Bandingkan peringkat manakah Ilmu dunia kita dan peringkat manakah Ilmu agama kita?


Pada mereka yang ditimpa kesusahan dalam kehidup hari2an, jangan lupa senjata yang Allah (swt) beri pada kita semua – doa. Bila berdoa jangan sekali terkeluar batas domain orang yang meminta doa ke domain Allah yang merestu doa. Apa yang saya maksudkan? Contohnya orang yang meminta pertolongan, bila berdoa (selepas berusaha sedaya upaya), oleh sebab minda yang terlebih aktif (overactive mind) akan terlintas dalam hatinya, “hmmm, lepas doa ni mungkin En. TJ akan datang menolong kot.”, atau pun dalam2 berdoa dalam hati berkata “hmmm, macam mana orang nak tolong, lubang telaga tu tertutup rapat, menjerit pun orang tak dengar”, yang berdoa mencari jodoh pulak berpikir mungkin “Anak Pak Leman yang baik budi perkertinya tu la kot.” Bagaimana cara, dalam apa bentuk doa kita akan terjawab bukanlah domain kita, itu domain Allah. Domain kita cuma berusaha sedaya upaya dan berdoa, yang lainnya serahkan kepada Allah.


Di akhiri dengan satu ayat dalam surah Al-Baqarah yang mengandungi doa yang indah sekali:
“Allah tidak memberati seseorang lebih apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [Al-Baqarah 286]

Wallah hu alam

[Nukilan saudara Al-Imran BDN]

Friday, May 27, 2005

KERANA AKU SAYANG PADAMU

Assalamu'alaikum wbt.

Dakwah Kerana Sayang

Kalau kamu membiarkan temanmu berbuat buruk dan meninggalkan perbuatan baik, bererti kamu penghianat.

Dalam firman Allah SWT;

" Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! "
Q.S Al-Furqaan : 28

Buktikan bahawa kamu sayang dan setia kepada temanmu dengan nasihatinya jika ia berbuat dosa dan kesalahan. Mengingatkannya ketika lupa, dan melarangnya dari berbuat kemungkaran. Secara singkatnya, kamu diminta berdakwah kepada teman kamu. Aduh!!! berat ni. Memang ya, tetapi dakwah mempunyai banyak keutamaan. Keutamaan dakwah dapat mengatasi keberatannya. Diantara keutamaan dakwah dalam firman Allah SWT;

" Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ( mengesakan dan mematuhi perintah ) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam ( yang berserah bulat-bulat kepada Allah )! "
Q.S Fussilat : 33

Nabi Muhammad SAW bersabda;

" Bergeraklah perlahan-perlahan hingga kamu tiba di wilayah mereka, kemudian ajaklah mereka masuk islam. Dan khabarkan pada mereka tentang hak Allah yang wajib mereka tunaikan didalam islam. Demi Allah, sungguh jika Allah memberikan petunjuk pada seseorang lantaran dirimu, maka itu lebih baik bagimu daripada unta-unta merah ."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

" Barangsiapa mengajak kepada petunjuk maka ia memperoleh pahala seperti orang-orang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapatkan dosa seperti orang-orang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun. "
Riwayat Muslim

Kerana Aku Sayang Padamu

" Tiga perkara; barangsiapa yang memilikinya maka ia merasakan manisnya iman. Bila Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari selainnya. Bila mencintai seseoramg, tidaklah ia cintai kecuali kerana Allah. Dan bila ia tidak suka untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkan dirinya dari padanya, sebagaimana ia tidak suka bila dilemparkan ke dalam api neraka. "
Shahih Bukhari dan Muslim

Cinta Dan Sayang Melandasi Kasih Sesama Muslim

Oleh kerana itu mencintai sesama muslim dan mukmin adalah kewajipan agung yang harus di laksanakan orang-orang beriman. Allah membebankan kewajipan ini kepada mereka sampai pada manusia beriman terakhir yang hidup di muka bumi. Kewajipan agung ini sangat banyak jumlahnya, seperti : menolong, mencintai, mengunjungi, menghormati, mengucapkan salam, menjaga kehormatan, berlapang dada dan lain-lain.

Berkenaan dengan ini Rasullullah SAW menegaskan;
" Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencinta dirinya sendiri. "
Muttafak ‘Alaihi

Lembut Dan Semangat

Diantaranya berkata-kata dengan lemah lembut, seperti ketika Allah memerintahkan kepada Musa A.S dan Harun A.S menyampaikan dakwah kepada Firaun;

" Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut. "
Q.S Taha : 44

Yang demikian telah ditauladankan Nabi Muhammad SAW yang berperangai mulia, lemah lembut dan kasih sayang, dalam firman Allah;
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri ( iaitu Nabi Muhammad s.a.w ) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak ( inginkan ) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. "
Q.S At-Taubah : 128

Wujud, banyak dicari orang kerna indahnya bentuk
Padahal ia tidak memiliki makna.
Hati, tempat bersemayam antara kebaikan & keburukan
Zikir bisa membersihkannya dari segala keburukan & kemaksiatan
Ku bersujud pada Illahi Rabbi hanya untuk mendapat Cinta & RedhaMu

"Fossil mithra" bukan idea asal ungkapan "fosilmitra"

Assalamu'alaikum wbt.

Tertarik jugak acik ingin menjelaskan mengenai carian yg acik perolehi berikutan permintaan saudari ezrina tersebut.

Jika dirujuk pada pautan berikut:
http://www.peymanmeli.org/Rebirth.asp

Perkataan "fossil" dan "mithra" mempunyai maksud atau unsur yg kurang baik sebagaimana yg anda semua boleh lihat dlm web tersebut.

Namun sebenarnya tidaklah idea asal menggunakan perkataan "fosilmitra" berasal dari apa yg disebutkan dlm web site tersebut...

Cth mudah jika perkataan "Ayamas" jika dipecahkan mejadi "Ayam dan "Mas" maka kiter akan lihat begitu byk perbezaan antara keduanya. "Ayam" bermaksud seekor binatan dan "Mas' pulak bermaksud sykt. penerbangan...

Begitu jugak dgn fosilmitra jika dipisahkan maka akan bermaksud lain dan jika dicantumkan pulak maka ia mmg tidak mempunyai maksud tertentu.

Sekian kupasan acik buat kali ini.

Terima kasih.

Thursday, May 26, 2005

Suatu nukilan yg amat berharga...

Assalamu'alaikum wbt.

Bagus nukilan dari saudara Al-Imran BDN nie... Sila baca sama2...

Maaf pada semua, posting saya mengenai aqeedah tak bersambung2. Insya' Allah saya akan sambungkan dalam masa terdekat.

En. buildtem tak bagikan statistics jadi saya tak tau sama ada posting tu bersandarkan pengalaman peribadi ataupun apa yang dibaca dalam media. Dalam pandangan saya agama yang paling pesat berkembang adalah agama Islam dari segi kualiti dan juga kuantiti. Apakah yang saya maksudkan dengan kualiti? Kualiti adalah apabila seseorang itu menganuti Islam setelah mengkaji agama2 lain, bukan kerana terikut2 atau terpaksa.

Dalam posting yang pendek ini saya nak membawa sekalian pembaca supaya menganalisikan fakta2 yang saya berikan. Mari kita bandingkan konsep2 ketuhanan dalam Al-Quran dan dalam bible.

Dalam Islam konsep Rabb, Illah, KeEsaan Allah, sifat2 dan nama2 Allah, perhubungan Allah dengan makhlukNya di terangkan dengan jelas dalam Al-Quran. Makna linguistik perkataan Al-Rabb dari buku Lisan-al-Arab (Ibn Mandhur 711H) yang memberi makna kepada semua istilah di dalam Al-Quran.
Al-Rabb: pemilik mutlak, pencipta segala sesuatu, pentadbir, pemelihara, pemberi rezeki, pelindung, pengatur.

Kebanyakan agama terpesong dan tersangkut oleh sebab tidak dapat menjelaskan satu konsep yang penting: “Tuhan berupaya berkuasa melakukan segala apa jua pun.”, “Inna Allah ha ala kulli syai in qadir”. Apakah maksud sebenar “Allah berkuasa melakukan segala sesuatu?” Bolehkah Tuhan bertukar menjadi makhlukNya? Agama2 lain tidak dapat menjawap soalan ini yang boleh diterima akal. Satu ayat dalam Al-Quran yang ada dijiwa setiap umat Islam yang dididik dengan agama Islam yang sempurna: "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" [Surah Al-Ikhlas ayat 4]
Surah Al-Ikhas amat pendek namun membacanya adalah seperti membaca 1/3 Al-Quran [Bukhari], menjelaskan semua sifat kesempurnaan Allah Ta'ala. Tiada satupun yang menyerupai Allah dalam segala hal, kerena andaikan ada sesuatu yang menyerupai Allah, maka Dia bukan lagi Maha Esa. Dia amat jauh berbeza dengan makhluk-Nya. Dan juga dalam ayat lain: “Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. [Surah As-Syura ayat 11]

“Allah berkuasa melakukan segala sesuatu” juga tidak bermaksud Allah boleh menjadi sesuatu yang membuat Allah itu bukan lagi bertaraf Tuhan dan menjadi makhluk. Kebanyakan agama mempunyai konsep dimana tuhan menjadi makhluk, termasuk agama Kristian. Zat2 Allah berbeza dari makhlukNya. Manusia mencipta dengan memanipulasi benda2 yang sedia ada, manakala Allah tidak perlu benda untuk mencipta, jika Allah berkata “jadi” maka jadilah, “kun faya kun”.

Jika Al-Quran kata “Allah tiada permulaan” [Surah Hadid ayat 3], bolehkah kita tanya “bolehkah tuhan dilahirkan?” Itu adalah soalan yang tidak boleh diterima akal. Jika Al-Quran kata “Allah tiada penghujung” [Surah Hadid ayat 3], bolehkah kita tanya “bolehkah tuhan mati?” Semua ini diterangkan dalam Al-Quran dengan jelas. Agama buatan manusia tidak akan dapat menjawab soalan2 tersebut.

Orang kristian mengaku mereka percaya pada 1 tuhan tapi dalam 3. Macam mana boleh 1+1+1 = 1? Mereka akan memberi banyak perumpamaan pokok la (dahan, cabang, akar), perumpamaan air la (cecair, wap, ais), perumpamaan telur la (kulit, putih telur, kuning telur), dll. Kita jawab itu pokok, air, atau telur yang kamu perkatakan itu bukan tuhan. Apa yang dinyatakan dalam Al-Quran? “Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya”, amat jelas sekali.

Cuba kita bandingkan apa tertulis dalam bible. Ada seorang raja (Melchizedek) tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan. (Hebrews 7:3) Tidak berawal, tidak berkesudahan – hmmm, itu bukan lagi manusia namanya, itu sifat2 Tuhan. Ini satu contoh bagaimana bible memberikan sifat2 tuhan kepada makhluk. Ada juga dalam bible yang memberi sifat2 manusia kepada tuhan, contohnya, dalam Genesis 2:2, “Dan pada hari ketujuh setelah menghabiskan ciptaannya; dia berehat pada hari ketujuh dari segala kerja yang telah dibuat.”, memberi sifat kepenatan kepada tuhan. Juga dalam bible tuhan meminta maaf dan keampunan (Genesis 6:6) memberi sifat membuat kesilapan kepada tuhan, dalam bible juga tuhan berjalan dengan tapak kakinya yang berbunyi dan mencari Adam lalu bertanya, “Adam dimana kah engkau?” (Genesis 3:8-9). Tanya pada orang kristian “itu kah ciri2 wahyu yang tulin?”

Kita perlu membaca Al-Quran dan memahami apa yang Allah beritahu tentang diriNya, contohnya dalam Ayatul Kursi yang ada dihati sanubari setiap muslim:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” [Al-Baqarah 255]

Dalam Islam KeEsaan Allah adalah unik, tidak seperti makhluk. KeEsaan Allah tidak boleh dipecah2kan menjadi dua, tiga atau pun lebih. Atom yang dulunya saintis kata tidak boleh dipecah2kan lagi, sekarang ada elektron, proton, neutron. Lepas tu, eh boleh pecah lagi, leptons, quarks. Kemudian pecah lagi matter, anti-matter dsb. Insya' Allah kita sambungi lagi sifat2 Allah (swt) dalam forum yang lain.

Jadi apa kesimpulannya? Tanggung jawab siapakah untuk menyampaikan risalah ini? Tak perlu tunjuk jari tu kearah mana2, tak perlu tengok jauh2, lihat di dalam cermin. Rasulullah (saw) adalah nabi terakhir dan tugas memyebarkan risalah ini adalah di atas bahu setiap umat Islam! Ada yang berkata, “aku tak cukup ilmu untuk menyebarkan Islam.” Tanya pada mereka, “kamu tau surah Al-Fatihah?”, “kamu tau surah Al-Ikhlas?”. Bersabda Rasulullah (saw): “Ballighu anni walau ayah” - Sampaikan apa yang kau dapat dariku walaupun satu ayat.

Wallah hu alam

Tuesday, May 24, 2005

Boring tahap Gaban!

Assalamu'alaikum wbt.

Arini mmg cukup boring dok kat opis nie... Acik pun tak tahulah pehal... tapi mungkin sebab dah lama bangat tak bekerja kot...

Bayangkanlah acik punya lama bercuti sejak dari hari khamis aritu lagi (19 Mei) sampailah ke hari selasa nie... Hai... seronoknya tak keja… Koh Koh Koh...

Adios!

Monday, May 23, 2005

Hari ini cuti daa... (Isnin 23 Mei 2005)

Assalamu'alaikum wbt.

Apolah acik nie semlm... adeke ingat ari senin nie cuma selangor dan beberapa negeri sahaja yg cuti, dan KL (tempat acik bekerja) tak cuti pulak... Mmg acik mati2 ingatkan kerja sebab akak acik soang nie kata kerja...

Sabar jelah... sampai puas acik dok sms dan telefon kenkawan kat opis acik nie bertanya adakah hari isnin nie cuti... rupa2nyer mmg betullah cuti pun.. Sabau jelaa… Koh Koh Koh...

Thursday, May 19, 2005

Semlm ditengah kepekatan malam...

Assalamu'alaikum wbt.

Semlm ditgh kepekatan malam... waktu dah semakin tiba bagi acik dan rakan2 di opis nie utk bermain bola... tetiba mata acik dijangkiti penyakit mata pulak... Yaa Allah... sabar jelah...

Tak dapatlah acik nak bermain bola futsal dipadang Ampang Sportplanet semlm... dok jadi pemerhati lagak pengurus pasukan Manchester United jelah jadinyer... Koh Koh Koh... Disebabkan itu, doktor memberikan acik 2 hari mc... hari ini (Khamis 19 Mei) dan Jumaat (20 Mei).

Dok umah sambil layan forum jelah gayanyer arini...

Wassalam.

Wednesday, May 18, 2005

Suatu Perbualan Terhangat Di Putrajaya...

Assalamu'alaikum wbt.

"Ini pejabat perdana menteri ke?"... yaa... begitulah perbualan pertama seorg makhluk Tuhan yg ingin bertanya khabar dgn seorg sahabat internet forumnyer iaitu achique.. Koh Koh Koh… Kelam kelibut dia nak menafikan pertanyaan acik tersebut dikala itu…

Tak tahu nak cite apa laie dah... cuma nak habaq mai skit... camtu rupernyer sora pemosting terlampau tue yer... Koh Koh Koh...

Wassalam.

Friday, May 13, 2005

AR RUHUL JADID (ruh yang membawa pembeharuan)

AR RUHUL JADID (ruh yang membawa pembeharuan)

Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang jolokan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentera Allah siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan untuk ikuti Rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

Sebuah Lagu Nasyid yg paling acik minati... nyanyian kump. Debu Indonesia...

Ada Apa Dengan fosilmitra?

Assalamu'alaikum wbt.

Baiklah sahabat2 yg sudi menjenguk lamanku sekelian... Acik nak menceritakan pulak pasaipa boleh mendapat idea laduni nak pakai nickname "fosilmitra" nie...

Apokobondonyer fosilmitra nie?... Camno leh acik perolehi nama nie?... dan apa maksud sebenar fosilmitra nie... Mari sama2 kiter menyusuri lautan api, merenangi selat Melaka utk mencari jawapan kpd persoalan2 ini.. Koh Koh Koh

Asal tercipta idea nama nie ialah sewaktu acik bermimpi... bayangkanlah, seingat acik, acik mimpi pasal nama nie diwaktu sekolah menengah lagi... dan sehingga kini nama nie mmg benar2 misteri... (pada aciklah.. pada yg lain tak tahulah acik).

Justeru itu, apa makna disebalik nama nie, acik pun masih tercari2 dlm internet, kamus, dan lain2 lagi tapi tak jumpa... so, makna kata kat sini... mmg takde maksud apa2lah nama nie… Koh Koh Koh...

K ler... nak buat keroje teman yer... Wassalam.

Tuesday, May 10, 2005

Dimana Bumi Dipijak, Disitu Islam Dijunjung!

Assalamu'alaikum wbt.

Arini acik nak menceritakan berkenaan signature yg biasa acik gunakan dimana2 jua acik berada...

Ungkapan "Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung" adalah sebaris ayat dalam lirik lagu kumpulan Nasyid dikalangan pelajar Malaysia yang belajar di Kaherah iaitu kump. As-Shoff...

Kumpulan ini begitu diminati oleh acik kerana baris2 lirik yg mereka sendiri hasilkan biasanya mengisahkan erti perjuangan menegakkan islam... erti kematian... erti kehidupan yg penuh dgn pancaroba dll...

Lagu yg menjadi kesukaan acik dlm album terbaru As-Shoff ialah Fana Kepasrahan... Bagi sesiapa yg belum mendapatkan album kumpulan ini, acik syorkan kalian pergi membelinya...

Wassalam.

Friday, May 06, 2005

Sesi Taklimat Di tempat kerja...

Assalamu'alaikum wbt.

Apalah agaknya yang akan dibentang-tikarkan oleh CEO Bank Pembangunan nie agaknyer... Nie mesti takde lain pasal gabungan diantara Bank Pembangunan dengan Bank Industri... ohh! tidakkkkk... hehehe

Thursday, May 05, 2005

Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di watanmu

Para nabi dan rasul diturunkan untuk membawa satu mesej sahaja. Ya, satu mesej sahaja dan mesej ini tidak berubah-rubah sepanjang perubahan sejarah, masa dan geografi manusia. Tamadun boleh berubah. Masa boleh berubah. Tempat boleh berubah. Tetapi mesej ini tidak pernah berubah. Mesej ini di akhiri oleh Muhammad bin Abdullah yang mengambil masa 13 tahun menanam mesej tersebut ke dalam hati penduduk mekah dan para sahabat. Al-Quran mengulang-ulang mesej ini dalam kaedah bahasa yang berbeza tetapi berkisar pada persoalan yang sama. Mesej ini tidak lain adalah kalimah la illah haillah, hakikat mengenal Allah, menjawab persoalan dari mana kita datang, apa kita buat di dunia ini dan kemana kita akan pergi. Mesej ini adalah hakikat Islam yang membawa maksud ketundukan yang total kepada satu sahaja Al - Illah dan Ar Rab yakni Allah swt.

Tarbiyah

Setelah tarbiyah selama 13 tahun, mesej ini berakar utuh di dalam hati sanubari para sahabat. Kemudian, turun perintah Allah kepada nabi saw dan para sahabat untuk berhijrah ke tapak baru. Sebelum itu, tapak baru ini yang di kenali sebagai Yatrib juga telah di dakwahkan dengan kalimah ini. Dakwah oleh dua sahabat nabi saw, yakni Musab bin Umair dan Abdullah bin Umm Maktum yang berjaya mengumpukan dan mentarbiyah beberapa orang sahabat dari kalangan penduduk madinah yang kemudiannya di kenali sebagai golongan ansar. Setelah itu, Allah mengurniakan nabi saw dengan kemenangan pertama, yakni tertegaknya daulah Madinah Mukaramah. Setelah penghijarhan ini berlaku, maka di turunkan sistem-sistem bagi menjaga daulah yang baru ini dan diturunkan ayat-ayat mengenai hukum hakam. 10 tahun kemudian turunnya ayat-ayat mengenai pentadbiran, mengenai peperangan, mengenai undang-undang dan dilengkapkan Islam dengan turunnya ayat 3 surah al Maidah dan kewafatan nabi saw. Setelah 13 tahun usaha nabi menanam kalimah tayyibah (la illah haillalah) dan 10 tahun di jaga dengan syariatnya, nabi di wafatkan, dan kemenangan sebenar di berikan dan ini di ceritakan di dalam surah an nasr. Kemenangan mendapatkan Mekah dan manusia berbondong-bondong memeluk agama Islam.

Setelah 13 tahun dakwah nabi saw yang menyentuh soal keimanan, akidah dan hati ini menyerap masuk ke dalam pemikiran dan perilaku para sabahat, penerapan syariat tidak menjadi suatu yang masalah. Diceritakan bahawa dengan turunnya ayat pengharaman arak, seluruh madinah banjir dengan arak-arak yang di buang. Setelah turunnya ayat hijab, kaum-kaum wanita di ceritakan menarik langsir untuk menutup rambut mereka tanpa melenggah-lengahkan sebarang suruhan. Dengan kata lain, dengan kalimah ini tertegak di dalam hati mereka, tidak ada lain terpancar di bibir dan perbuatan mereka melainkan kalimah: Sami’na wa ata’na (Kami dengar dan kami patuh).

Tuesday, May 03, 2005

Mencari Semangat Yg Hilang...

Assalamu'alaikum wbt.

Syukur alhamdulillah... dapat gak menulis sebaris kata... ingatkan nak cite pasal software baru yg acik dah installkan kat pc acik dirumah sanun...

Dengan software nie boleh ler acik create avatar dan jugak keindahan alam & fauna yg kat ateih laman web nie... hehehe...

Ado org ke idak nie?... Apolah yg acik membebelkan sensoang nie haa... Nak masuk forum pun dah maleh, rasa dah lomah seluruh tenago acik nie, tapi jgn lomah tenago batin cukuplah! Acik nak kawen nie haa.... Koh Koh Koh...

Wassalam.