Petang tadi acik mendapat perkhabaran berita dari seorang sahabat karib acik yang dah acik anggap seperti abang kandung acik sendiri... Nama beliau Sharidzal Shamsuri... beliau bersama² acik belajar di UiTM Melaka dahulu dan beliau jualah yang turut mendapatkan acik pekerjaan dimana acik bekerja sekarang ini.
Ayah beliau Encik Shamsuri telah pun meninggal dunia pada pagi ini setelah dikhabarkan menghadapi penyakit cancer hati peringkat yang ke-3 dan terakhir sekali... Sungguhpun sharidzal pernah memaklumkan bahawa ayahnya dimaklumkan oleh doktor boleh bertahan dalam tempoh 2-3 bulan lagi namun inilah ketentuan Illahi... ayahnya pergi dalam masa yang begitu singkat sekali...
Dikesempatan ini acik mendoakan agar roh ayahanda sharidzal akan tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman... Sesungguhnya kematian itu pasti mendatangi kita sungguhpun kita berada didalam benteng yang kukuh lagi kuat... Kepada shbt acik sharidzal.. moga tabah menghadapi ketentuan Illahi.. tahun 2014 merupakan tahun berdukacita buat keluargamu... Sabar dan teruskan bersabar sahabat... InsyaAllah ganjaran pasti akan diberikan nanti...
Wassalam.
"Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." Ingatlah firman Allah yang artinya, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” (Ali Imran: 139).
Thursday, May 01, 2014
Semoga Tabah Menghadapi Ketentuan Illahi sahabatku... Sharidzal Shamsuri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment