Thursday, August 31, 2006

Fosilmitra Junior lahir 25hb Ogos 2006.

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan inayahNya telah menganugerahkan acik & isteri seorang cahayamata lelaki pertama dalam hidup kami.

Bayi seberat 3.08 kg yg lahir pada pagi Jumaat, 25hb Ogos tepat jam 11.41 pagi di Hospital Putrajaya telah kami namakan Muhammad Syazwan. Namun begitu, sehingga nukilan ini dituliskan, Muhammad Syazwan masih lagi berada di Hospital Putrajaya selang 3 hari berada dirumah kerana mengidap 'kuning'diparas yg hampir serius.

Semoga anak acik ini akan cepat sembuh dan doa kalian semua diharapkan. Untuk tatapan semua, inilah anak yg telah isteri acik lahirkan...

Image Hosted by ImageShack.us

Wassalam.

8 comments:

Mohd Fairuz Taib said...

Tahniah bro.. semoga syazwan cepat sembuh.. amin..

-Mizu-

Anonymous said...

tahniah!!! ;-) semoga si comel yg kecik cepat sembuh... 2 ekor kambing la nampaknya ;-)

wassalam.

MDM FARAH FAIZURA said...

wah..

tetiba aku sebak lak

iskh

Adrina Adi said...

tahniah acik. your son is so so adorable. semoga jadi anak yg soleh, insyaAllah.

Anonymous said...

Terima kasih semua.

maziah said...

alhamdulillah...semoga sentiasa dlm lindunyaNYA Yang Esa buat acik sekeluarga...comeyyynya

Ibn Hussin said...

Biasa la anak kena kuning tu he.. he.., apa-apa pun Tahniah dulu :)
~pemusnah dewa

Anonymous said...

ya Allah comelnya generasi baru ini..semoga dia menjadi pewaris yg memperjuangkan Islam..acik didiklah dia dengan baik ye..onw more thing nak link lagu tu ye..http://www.fileden.com/files/2006/9/5/203819/Palestina%20Tercinta.mp3...kalo nak lagu yg berbentuk jihad ana ade byk lg..