Persoalan yg acik nak kemukakan hari ini nampak seakan kontra dgn gerak kerja perniagaan yg acik sedang laksanakan... Mungkin ada yg masih berpendapat MLM itu haram seharam²nya dalam islam. Justeru itu mmg takkan terbuka lagi hatinya utk menyertai MLM...bak kata org "acik dah tobat nasuha dah... tak nak MLM!".
Bagi mrk yg dah berfikiran begitu... mari kiter renung²kan kisah ini... Katakan kalau arini kita tak memasuki jemaah tabligh dgn alasan didalamnya byk pengunaan hadis² palsu... selalu tinggalkan anak isteri tanpa nafkah... berhenti kerja tanpa sebab dan akibatnya tanggungan merana dan sebagainya.
Kesemua ini kalau dilihat, mmg akan menyebabkan terhapusnya golongan yg menyuruh ke arah kebaikkan dan mencegah diri ke arah kemungkaran jikalau semua org dah takmo lagi mengikuti golongan² jemaah tabligh ini... tapi kenapa sampai skrg masih kedapatan jemaah tabligh yg melata diseluruh Uinversiti² dan IPTA/S?...
Sebabnyer kerana kekuatan jemaah ini didalam bersatu melakukan sesuatu perkara itu secara berjemaah. Sebab tue dlm sebuah hadis nabi SAW dikatakan solat berjemaah itu 27 darjat lebih tinggi pahalanyer dari solat secara bersendirian... Pentingnya jemaah atau berada didalam kumpulan² tertentu mestilah atas beberapa sebab...
Satu cite yg sering didendangkan oleh bapa kita sewaktu kita kecik ialah mengenai seorg anak yg diminta mematahkan sebatang lidi. Dgn mudah anaknya mematahkan lidi yg sebatang itu. Tetapi apabila ayahnya memberikan lidi secara berikat getah, seorg pun anaknya tak dpt nak mematahkan lidi tersebut dgn mudah... Itulah pentingnya jemaah atau kita berada didalam satu kumpulan.
Begitu jugaklah dgn sistem MLM ini... bekerja dalam satu kumpulan adalah lebih baik jika bekerja secara berseorangan. Sebab tue kebiasaan upline yg jenis nak cepat kaya, bila dah taja seorg downline, dia akan membiarkan downlinenya terumbang ambing keseorangan membuat kerja utk menaja org bawahannya.
Sepatutnya upline ini kena sedar dan faham kejayaan dirinya adalah atas sebab org bawahan (downline)nya itu... Sebab itu timbulnyer rasa ada penindasan terhadap org bawah dikalangan mereka² yg baru permulaan diminta utk join didalam apa saja bidang MLM.
Acik yakin dan percaya bahawa jikalau upline ini sedar... service after sponsoring itu begitu penting, dia akan berfikir 2-3 kali utk bergelar upline org... kalau tidak, mmg masak dia sebab kalau downlinenya masih belum dpt menaja maka uplinelah yg harus dipersalahkan disini atas kegagalan org bawahannya.
Justeru itu, bekerjalah dalam satu kumpulan... berkongsi²lah dari segi kewangan dan jugak apa saja ilmu pengetahuan yg kiter ada agar org dibawah kiter takkan tertekan dan terasa dirinyer telah gagal didalam perniagaan yg sepatutnyer hebat dan mmg bermutu tinggi ini.
Wallahu a'lam bisshawab.
No comments:
Post a Comment