Monday, June 14, 2010

Piala Dunia vs Piala Akhirat

Assalamu'alaikum wbt



Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang FIFA World Cup (2010) yang ada kaitan dengan penggunaan internet di seluruh dunia.

1. Selepas England disahkan ke Piala Dunia, berlaku peningkatan trafik pelawat sebanyak 43% ke atas semua laman web pelancongan (travel) terutamanya untuk mendapatkan maklumat berkenaan penerbangan ke Afrika Selatan.

2. Sebelum perlawanan bermula, laman web FIFA menjadi laman web sukan yang ke-8 paling banyak dikunjungi pelawat melalui enjin carian untuk rujukan perlawanan tersebut. Bagaimanapun setelah perlawanan bermula, jumlah pelawat telah berkurangan kerana diambil-alih oleh laman web yang lain.

3. Pelawat ke laman web sukan England juga meningkat sebanyak 11.5% pada 5 Jun lepas berbanding minggu sebelumnya.

4. Rio Ferdinand adalah pemain yang paling dicari di England, diikuti oleh Joe Cole dan Theo Walcott. Senarai pemain yang paling banyak dicari dari pelbagai negara mendedahkan populariti global bintang bola sepak tersebut.

5. Pemain yang paling banyak dicari oleh peminat seluruh dunia ialah Cristiano Ronaldo.

6. Pemain-pemain bola sepak Piala Dunia telah menjadi bintang terkenal pada masa kini dan seperti menenggelamkan cerita-cerita artis-artis Hollywood, Bollywood dan artis tempatan sendiri.

7. Macam mana pula dengan Malaysia? Tentunya nama Subkhiddin Mohd. Salleh tidak akan terlepas daripada enjin carian kerana beliau adalah satu-satunya anak tempatan Malaysia yang beraksi sebagai pengadil di Piala Dunia Afrika Selatan 2010
Sumber:
beberapa-fakta-menarik-tentang-piala-dunia-



Namun fakta yang kurang menarik untuk ditontoni atau didengari oleh sebilangan dari kita yang faham agama ialah;

1. Kita sanggup bangun jam 2.30 pagi atau jam 3.00 pagi, dengan mengunci jam dan sebagainya hanya kerana hendak melihat pasukan England dan USA seri… namun jarang sekali nak bangun untuk solat tahajjud?

2. Kita sanggup minum kopi dan berada didepan restoran mamak untuk melihat siaran langsung jam 7.30 mlm tapi tak sanggup nak ke surau diwaktu tersebut.

3. Kita sanggup langgan ASTRO semata² nak tengok Piala Dunia namun tak sanggup nak langgan majalah² agama islam yang boleh memberikan panduan dan ilmu kepada kita setiap bulan.

4. Acik nak minta anda menokok tambah jika ada idea… namun demikian, bukanlah thread acik nie nak bikin spoil pada minat dan kesukaan anda semua didalam melihat bolasepak yang hanya sekali dalam 4 tahun…


Cuma suatu nasihat agar janganlah terlalu berlebihan sangat dek kerana bola sepak kiter lupa akan peranan dan tujuan kita hidup didunia ini… dan fikirkanlah adakah anda yakin akan berjumpa lagi dengan Piala Dunia ini 4 tahun akan datang?…

“Orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati akan mati"…

Wallahu a’lam bisshawab.

p/s: Nasihat buat diri dan anda semua

Thread di Bincang.net: BDN BMM

No comments: