Saturday, December 29, 2012

Guna KWSP / EPF atau Duit Tunai Lebih Baik Untuk Melabur di Unit Trust?

Suatu soalan yg pernah acik tanyakan kepada Suzardi Maulan...

by Suzardi Maulan

“Pelaburan unit trust lebih baik guna KWSP / EPF atau tunai?”

Soalan yang pendek, tetapi penjelasannya tidak.

Maklumlah kita sudah biasa mendengar:

“Pulangan pelaburan KWSP baru 4%.”
Apa itu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?

Saya cerita dari sudut pelaburan.

Majoriti duit KWSP ini digunakan untuk membeli government securities. Fixed income instrument.

Kerajaan perlukan duit. Maka, satu produk kewangan dibuat untuk memenuhi permintaan tersebut. Pulangannya tetap, sekitar 4% setahun. Lagi lama lagi tinggi.

Kerajaan dapat duit. KWSP dapat pulangan yang tetap. Duit pencarum tidak terdedah dengan risiko pasaran yang besar.



Maka, jangan mengharapkan pulangan yang tinggi dari KWSP.

Apa yang lebih utama adalah duit pencarum selamat.
Duit Pencarum, Sedapnya

Duit KWSP ini berbilion.

Maka, institusi kewangan seperti fund management company seperti yang jual unit trust ini pun berminat nak dapat sedikit sebanyak duit KWSP.

Kalau satu syarikat dapat ambil RM 1b, dengan caj 3% setahun mereka dah dapat RM 30 juta. Nyum nyum.
Kalau Pencarum Nak Lebih, Boleh

Maka, peluang pun terbuka untuk para pencarum.

Nak lebih boleh. Kena cari syarikat pengurus dana yang diluluskan untuk skim pelaburan KWSP.

Risiko tanggung sendiri.
Kos jualan, kos pengurusan tanggung sendiri.
Kalau untung pun masuk dalam akaun sendiri.

Jadi kalau memilih untuk melabur dengan KWSP, itulah maksudnya.

Kita melepaskan peluang yang confirm dapat sekitar 4% setahun, dan berharap untuk mendapatkan pulangan paling kurang 7% setahun melalui unit trust baru lah dapat prestasi yang sama dengan KWSP.

Sekiranya dapat lebih alhamdulillah. Sekiranya rugi, pun ucaplah alhamdulillah. Ada orang KWSP pun tiada.
Bagaimana Dengan Pelaburan Tunai?

Jika tunai, kita ada peluang untuk dapat 8% (ASB), 5% (TH) dan 3% (mudharabah account).

Jika kita pilih untuk melabur di amanah saham, maka untuk break even, perlu untung 13% (ASB), 10% (TH) dan 8% (mudharabah account).

Secara psikologinya, kita tak rasa KWSP tu duit kita sangat berbanding duit tunai.

Maka itulah antara pertimbangan yang perlu kita buat.

Yang paling rugi adalah orang yang meletakkan duitnya di bawah bantal semata-mata.

“Tapi Pakdi, kan kita tengok long term, bukan short term. Lama-lama untung lah kan?”
Ilmu Pelaburan Dapat Beri Lebih Untung

“Pergi jumpa gunting rambut, memang dia kata kena potong rambut.”

Tahukah kita, pada 2012 dana patuh Shariah yang memberikan keuntungan paling banyak untuk tempoh 10 tahun menurut The Edge-Lipper adalah ____ ____ ____ (sila teka dahulu, jawapan ada di bawah)

[tet]

[tet]

[teeeeeet]

Bukan dana yang biasa kalian baca di internet.

Namanya Pacific Dana Aman.

Syarikat mana tu?

Yang 3 & 5 tahun paling untung pun dana dari syarikat yang tidak berapa terkenal. Kenanga Syariah Growth.

Jadi, sila lah tambah ilmu pelaburan. Yang popular tidak semestinya beri paling banyak untung. Saya pun tak tahu dana apa yang bakal menang tahun depan.

Saya cuma tahu satu strategi yang dapat digunakan untuk mereka yang berminat untuk melabur sebahagian duit KWSP mereka. Sila ke www.RancangWang.com untuk maklumat lanjut.

Copypaste yg dibenarkan dari Pakdi.my

No comments: