TAMATNYA TEKNOLOGI DUNIA
.
.
.
.
Saya teringat sebuah kisah yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Hj Hanafiah Abdul Razak. Ustaz Hanafiah bercerita pengalaman beliau menjadi tetamu undangan dalam sebuah program Ilmu Falak pada tahun 2010.
Kebetulan dalam program tu, ada seorang lagi panel khas yang dijemput khas dari luar negara. Seorang pakar Astronomi, Profesor Dr David A King. Beliau adalah seorang yang hebat dalam ilmu Astronomi. Di bawah saya letak biografi beliau.
Ustaz Hanafiah bercerita, “Dalam program tu.. masa saya sedang berehat, tiba-tiba Dr David tu menyapa saya dalam bahasa Arab. Saya terkejut dengar dia boleh bercakap dalam bahasa Arab. Dengan orang lain dia speaking English, tapi dengan saya dia cakap Arab…
Saya pun bersembang la dengan dia. Rupa-rupanya dia pernah belajar di Mesir…sebab tu dia boleh bercakap Arab dengan fasih. Bila sembang dengan dia, baru dia cerita yang dia sebenarnya berketurunan Yahudi…
Dia kagum tengok pembentangan saya tentang sebuah alat Falak tradisional yang bernama Rubu’ Mujayyab. Alat tu diperbuat daripada kayu dan benang je… tapi boleh dijadikan kalkulator untuk menghitung pergerakan matahari dan waktu solat untuk umat Islam. Alat tu tak guna wifi..tak guna internet, dan tak guna elektrik pun.
Dr David tu berseloroh dengan saya minta saya ajar dia cara nak guna alat Rubu’ Mujayyab tu. Saya pun berseloroh dengan dia: Buat apa awak nak belajar Rubu’ Mujayyab ni, ilmu awak dah tinggi dan sekarang pun dah banyak aplikasi dan teknologi moden yang boleh digunakan untuk menghitung pergerakan matahari dan planet-planet lain di angkasa…
Saya kata kat dia: Teknologi kamu dah maju seribu tahun ke hadapan berbanding kami, buat apa nak belajar tentang ‘kayu’ ni?
Dr David menjawab soalan saya dengan satu perkataan yang ringkas, tapi cukup untuk membuat saya terdiam. Dia cuma menjawab:
وعدتم من حيث بدأتم...
Saya terdiam dan terpaku mendengar jawapan dia. Kemudian saya bertanya lagi: Awak pernah belajar di Mesir. Awak banyak belajar tentang Islam. Awak tak tertarik ke untuk masuk Islam?
Dr David menjawab: Kami orang-orang Yahudi takkan berselawat kepada Muhammad bin Abdullah. Kami takkan sekali-kali membaca doa untuk beliau. Itulah penghalang yang paling besar buat kami daripada memeluk Islam...”
Demikianlah sebahagian cerita yang disampaikan oleh Ustaz Hanafiah.
Apa benda ayat yang Dr David tu cakap? Kalau nak tahu itu sebenarnya petikan daripada hadith Rasulullah SAW. Hadith yang lengkapnya berbunyi macam ni:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: «مَنَعَتِ العراقُ دِرْهَمَها وقَفِيزَها، ومَنَعَتِ الشامُ مُدَّها ودينارَها، ومَنَعَتْ مِصْرُ إِرْدَبَّها ودينارَها، وعُدْتُم من حيثُ بَدَأْتُم، وعُدْتُم من حيثُ بَدَأْتُم، وعُدْتُم من حيثُ بَدَأْتُم».
Maksudnya: “Iraq pasti akan menghentikan dinarnya dan takarannya, Syam pasti akan menghentikan cupaknya dan dinarnya, Mesir pasti akan menghentikan takaran irdab nya dan dinarnya, dan kamu pasti akan kembali kepada keadaan asal kamu, dan kamu pasti akan kembali kepada keadaan asal kamu, dan kamu pasti akan kembali kepada keadaan asal kamu.”
(Hadith riwayat Imam Muslim: 2896)
Hadith tersebut diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah dan beliau berkata, “Daging dan darah Abu Hurairah menjadi saksi terhadap hadith ini.”
Dalam hadith ini, Rasulullah SAW bercerita tentang keadaan yang akan berlaku pada dunia di akhir zaman. Saya tak nak syarahkan bahagian awal hadith tersebut, topiknya berbeza, dalam posting yang lain kita sentuh insya-Allah.
Tapi saya nak fokus kepada bahagian akhir hadith tersebut. Ayat yang Baginda SAW ulang sebanyak tiga kali. Ayat yang dipetik oleh Dr David al-Yahudi tadi:
“...Dan kamu pasti akan kembali kepada keadaan asal kamu.”
Ada banyak pendapat para ulama tentang maksud kata-kata Rasulullah SAW tersebut. Antara pendapat para ulama ahli hadith, maksud hadith tersebut ialah:
1. Umat Islam akan kembali lemah seperti keadaan mereka ketika permulaan Islam dahulu,
2. Iman akan kembali ke pusat asalnya iaitu di kota Madinah al-Munawwarah,
3. Masyarakat akan kembali kepada gaya kehidupan jāhiliyyah seperti dahulu.
Terdapat juga sebahagian ulama kontemporari yang berpendapat bahawa, hadith ini memberi isyarat bahawa dunia akan kembali kepada zaman tanpa teknologi seperti zaman dahulu! Segala teknologi dunia akan hilang pada akhir zaman nanti!
Elektrik... internet... kenderaan... everything will be gone!
Sejak kecil lagi saya selalu dengar tentang perkara ni. Tapi saya tak faham. Macam mana segala teknologi ni akan hilang? Dia pergi mana?...
Tapi bila baca post yang dikeluarkan oleh Iran ni “SAY GOODBYE TO ELECTRICITY” perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah hadith ini! Dan cerita yang disampaikan oleh Ustaz Hanafiah tadi...
Perang antara Iran dan musuh-musuhnya semakin meruncing. Dan corak serangan mereka mula terarah kepada sumber tenaga elektrik dan minyak.Masing-masing nak menghapuskan sumber tenaga minyak dan elektrik di negara musuh mereka.
Masing-masing sedang rancak meletupkan sumber tenaga elektrik dan minyak musuh mereka.
Tenaga elektrik dan minyak adalah dua tenaga yang paling banyak digunakan untuk menggerakkan dunia moden hari ini. Cuba bayangkan dunia tanpa elektrik dan minyak... agak-agak segala teknologi ni masih boleh berfungsi tak?
Selain minyak dan elektrik, pemancar internet (pencawang dan satelite) yang menjadi wadah komunikasi antara masyarakat juga sering dijadikan sasaran dalam medan perang. Ini dah berlaku di banyak negara.
Bayangkan dunia tanpa minyak, elektrik dan internet...
“...Dan kamu akan kembali kepada keadaan asalmu.”
Segala jenis teknologi ni bukan senang nak dibina. Makan masa puluhan tahun, hasil kajian ratusan tahun. Tapi untuk memusnahkannya, hanya perlukan waktu yang singkat sahaja. Seperti bangunan megah pencakar langit...bukan senang nak dibina, tapi nak meruntuhkannya cuma perlukan waktu yang singkat sahaja.
Dan bahagian yang meremangkan ialah, kalau itu boleh berlaku di negara mereka, ia juga tidak mustahil boleh berlaku di negara-negara lain di seluruh dunia... malah tiada kemungkinan yang dunia akan kehilangan segala teknologi mereka suatu hari nanti... dengan sebab PERANG.
Dulu saya terfikir perkara ni tak logik..susah nak bayangkan perkara tu berlaku...
Tapi bila lihat keadaan perang Iran ni, baru saya sedar... ia bukan perkara yang mustahil.
Mungkin ia tidak berlaku sekarang. Mungkin perang Iran ni bukan perang yang bertaraf perang dunia.
Tapi saya rasa Allah nak bagi sedikit “hint” supaya kita boleh buat persiapan awal.
Rasulullah SAW pernah bercerita bahawa akhir zaman nanti akan berlaku perang dunia yang paling besar dalam sejarah.
(الملحمة الكبرى)
Saya yakin tak semua orang Islam yang akan percaya tentang perkara ni. Malah terdapat tafsiran-tafsiran lain tentang hadith tersebut (seperti di atas). Tapi tak mustahil kesemua tafsiran-tafsiran tu adalah betul. Bukan sebahagian betul dan sebahagian salah.
Sebab itu memang mukjizat yang Allah berikan kepada Rasulullah SAW. Baginda diberi kelebihan untuk menyampaikan perkara-perkara yang panjang dan mendalam melalui ayat-ayat yang ringkas dan padat.
جوامع الكلم
Berbalik kepada cerita Dr David A King tadi.. Ustaz Hanafiah kata: Rupa-rupanya orang Yahudi lebih percaya kepada hadith Rasulullah SAW berbanding orang-orang Islam sendiri.
Tapi mereka degil dan ego, mereka tak mengaku. Mereka sebenarnya percaya yang suatu hari nanti teknologi dunia ni akan hilang dan dunia akan kembali seperti keadaan dahulu tanpa teknologi!
Orang-orang Yahudi ni, walaupun mereka benci kepada Rasulullah SAW, tapi sebenarnya mereka yakin tentang segala yang disampaikan oleh Baginda. Berbeza pula dengan sebahagian orang Islam yang mengaku beriman kepada Nabi Muhammad SAW, tapi perbuatan mereka nampak macam tak berapa nak yakin dengan segala yang Baginda SAW sampaikan...
Segala yang berlaku di dunia hari ini, membenarkan sabdaan Rasulullah SAW. Satu persatu Allah singkap dan buktikan. Saya ingat lagi Habib Ali pernah bercerita, sebelum zaman Palestin di jajah oleh penjajah Yahudi, sebahagian orang berasa hairan tentang hadith yang menceritakan tentang perang antara orang Islam dan Yahudi di Palestin yang akan berlaku di akhir zaman nanti.
Mereka mempertikaikan kesahihan hadith tersebut. Mereka kata: Macam mana boleh berlaku perang antara orang Islam dan Yahudi di Palestin? Palestin kan negara Islam? Mana ada orang Yahudi di Palestin?
Tapi setelah segala yang berlaku pada hari ini, ada lagi tak orang yang masih pertikaikan kesahihan hadith tersebut? Habib kata, masa Palestin dirampas oleh orang-orang Yahudi suatu ketika dahulu, sebahagian ulama sujud syukur. Bukan bersyukur sebab tanah Palestin dijajah, tapi bersyukur sebab Allah dah zahirkan kebenaran sabda Rasulullah SAW yang dipertikaikan masyarakat ketika itu.
Ada seorang syeikh di Malaysia berkata, kalau internet dunia terputus, mungkin satu pertiga daripada masyarakat dunia akan jadi gila. Saya tak rasa ia mustahil. Dengan kehidupan masyarakat yang berkait rapat dengan internet sekarang. Hari ini segala urusan hidup kita dipindahkan daripada fizikal kepada sistem atas talian.Bayangkan segala-galanya hilang...
Anak-anak muda yang balik kg beraya pun nampak menggelupur macam dah nak mati kalau tak ada WiFi/ line kat kampung. Itu baru sekejap je. Macam mana kalau tak ada langsung nanti?
So apa yg kita nak buat sekarang? Kita kena tinggalkan segala teknologi ni dan masuk dalam hutan ke?
No.
Teruskan hidup seperti biasa. Dekatkan diri kepada Allah dan agama. Jaga solat.
Biasakan diri untuk healing dengan Allah.. solat zikir al-Quran dan ilmu.
Jangan terlalu biasakan diri untuk healing dengan hiburan yang melalaikan.
Jangan sampai jadi "gila" kalau tak ada line internet atau wifi.
Berjinat-jimat dalam berbelanja. Jangan terlalu boros.
Keluar dari zon selesa. Jangan biasakan diri dengan kemewahan setiap masa dan keadaan.
Lengkapkan diri dan keluarga dengan ilmu agama. Jangan terlalu bergantung dengan AI.
Letakkan keyakinan kita kepada Allah Yang Maha Berkuasa.
Jangan terlalu panik memikirkan peristiwa akhir zaman ni.
Yakinlah bahawa Allah akan senantiasa melindungi hamba-Nya yang berserah kepada-Nya.
Ingatkan diri kita bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan yang sementara.
Hidup yang sebenar akan bermula di akhirat.
Wallahua’lam.
Ini biografi Dr David A King tu:
https://davidaking.academia.edu/
No comments:
Post a Comment