"Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." Ingatlah firman Allah yang artinya, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” (Ali Imran: 139).
Friday, June 19, 2015
Thursday, June 04, 2015
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Acik Fosilmitra
Tuesday, May 05, 2015
Suatu nukilan menyentuh jiwa..
Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
.....
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
.....
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.
.....
Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
.....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."
Tuesday, April 28, 2015
Wednesday, April 22, 2015
Whatsapp, Facebook, Blogspot & Twitter...
Wassalam.
Jenazah Yang Mulia...
Mereka pegi dekat & sedari yg org tu dah mati !!!
Tetapi org tempatan yg lalu, buat tak peduli pun !!!
'Hey apa nie..?
Mengapa awak semua tak pedulikan si Mayat nie..?
Mana keluarga atau rumah nya..?
Si Mayat nie org ZANDIQ (fasiq jahat), peminum arak & penzina yg pergi kpd pelacur !!!
'Bukan kah dia drpd Ummat Nabi Muhammed SAW..?
Sila tlg angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !!!'
Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawal nya..
'YA ALLAH, kasihani lah WALI ALLAH..
Sesungguhnya ana saksi dia drpd kaum SALEHEEN !!!
'Macam mana awak blh panggil arwah sebagai Wali, tetapi org ramai kutuk nya hingga tak sudi pedulikan mayat nya.??'
'Saya sudah sangka akan berlaku sedemikian !!!
Si suami selalu kaluar waktu mlm pegi ke kedai bar & beli sebyk mungkin botol arak dan kemudian membawanya balik ke rumah..
Kemudian dia menuang & membuang ke dlm tandas rumah kami!
Dan dia pergi ke wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jgn ambil pelanggan lain mlm nie !!!
Jadi mereka sangka dia buat jahat !!!
'Jikalau awak mati, tak akan jumpa sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu !!!
'Jangan takut !!!
Jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam nie dgn ulama & wali-wali ALLAH !!!'
Beliau berkata..
'Benar lah kata si arwah !!!
Aku ialah Sultan Murad !!!
Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikan nya..
Ramai org awam dtg dan uruskan pengebumiannya..
Kita hukum org ikut yg kita nampak & dgr saja apa percakapan org lain..
Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..
Nescaya kita akan tambah taqwa kpd ALLAH..
Mohon ihsankan dan sempurnakan DHOMIR zat intipati diri kita & buatlah dgnnya tiang teguh utk lindungi kita di dunia dan juga di akhirat..
Tuesday, April 21, 2015
Perbanyakkanlah mengingati akan kematian..
Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang menyebabkan kita hilang rasa lazat pada duniawi iaitu kematian...
Takziah buat seorang sahabat kepada sahabat karibku yang telah pergi menemui Illahi.. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi ketentuan dari Illahi..
Monday, April 20, 2015
Tazkirah malam Isnin dibln Rejab
Hari ini kita telah memasuki bulan Rejab.. Dan hari ini, di Facebook, di Twitter, di group whatsap dan dimana mana lagilah media sosial yang ada di Malaysia ini rata rata menyentuh mengenai soal hadis Kelebihan berpuasa dibln Rejab..
Bila ada sipolan bagi message pasal Kelebihan bln Rejab maka ketika itu jugalah akan tiba satu message yang mengatakan bahawasanya perkara itu palsu belaka..
Kenapa setiap tahun rakyat kita ni dok ulangi benda yang sama??.. Kadang naik malas dah kita nak mengingatkan mereka mengenai hadis palsu pasal bulan Rejab ni namun atas sebab takut kelak kita akan dipersoalkan maka kita mulalah memberi maklum balas..
Panjang sebenarnya nak ditaipkan lagi tapi almaklumlah org umah dah suruh bubum maka apa yang baik itu dtgnya dari Allah SWT dan yg lemah dan silap itu dtgnya dari kelemahan diri saya sendiri..
Wassalam.
Tuesday, March 17, 2015
Tazkirah malam selasa..
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
Sunday, February 22, 2015
Masa untuk berforum sudah berakhir..
Acik rasa masa memisahkan semangat untuk menyertai semula forum Bincang.Net atau xbincang.net..
Maka dengan ini diumumkan persaraan terus acik dari dunia perforuman.. Jika ada kelapangan contact2 ler guna medium whatsap ek..
Wassalam.
Friday, February 13, 2015
Kenali Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau myang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.
Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.
fosilmitra-alangkah baiknya jika acik dapat mengikuti jejak langkah allahyarham walaupun sedikit..
Bincang.net vs XBincang.net
Suatu pembaharuan namun masa tidak sesuai lagi buat acik untuk "mencapub" disana.. Nak menunjukkan begitu fananya dunia ini sebenarnya setiap yang bermula pasti akan berakhir... Selaku ahli forum Senior kini menjadi ahli forum biasa balik maka dengan jelas menunjukkan kepada kita selaku manusia biasa.. sama sahaja didunia ini kecuali keimanan dan ketaqwaan kita sahaja yang bakal membedakan darjat kita dikemudian hari..
Salam kasih dari acik fosilmitra...
Wallahu a'lam bisshawab.
Friday, February 06, 2015
Eh?! Forum Bincang.Net kembali dengan nama ... XBINCANG.NET
Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sekali lagi acik menulis sepatah dua kata di blog yg sudah lama ditinggalkan.. Mungkin sebab dah ada Facebook kot.. Huhuhu..
Dikesempatan ini acik ingin memaklumkan bahawa telah wujud gagasan baru perjuangan IS di forum Bincang.Net bilamana difahamkan seorang moderator bincang. Ne yg dulu iaitu dikenali sebagai "manjacat" telah melahirkan forum baru iaitu xbincang.net.. Terima kasih kerna mengembalikan nostalgia ini..
Tuesday, January 27, 2015
Isteri acik kembali berbadan 2...
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang memberikan nikmat dan rezeki buat acik untuk menimang cahaya mata sekali lagi setelah 8 tahun menanti..
Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan buat acik sekeluarga dan mohon kenkwn yang masih mengikuti blog acik ini untuk mendoakan agar isteri acik selamat untuk mendapatkan baby lagi sekali..
Wassalam.
Friday, December 12, 2014
Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015.
Tahun 2014 ini menyaksikan banyak perihal kehilangan bagi rakan rakan acik yang karib dengan acik..
Salah seorangnya adalah sahabat teragung iaitu arwah Farid Wajidi Ariffin yang telah kembali ke rahmatullah akibat barah.
Kehilangan beliau sememangnya teramat acik rasai kerana beliau merupakan seorang rakan yang amat baik dan konsisten didalam memberikan bantuan dan sumbangan kepada rakan rakan yang lain ketika diperlukan.
Acik yakin dan percaya dikala ini bahawa Allah SWT lebih menyayangi beliau berbanding diri acik dan kenkwn yang lain. Kepada beliau acik doakan mendapatkan mati syahid dan mudah mudahan beliau mampu memberikan syafaat kepada kita semua InsyaAllah.
Sekian dahulu, apa yang baik itu datang nya dari Allah dan yang buruk dan sering khilaf adalah kelemahan diri acik sendiri..
Wallahu'alam bisshawab.
Saturday, November 29, 2014
Saturday, November 22, 2014
Happy birthday to my wife..
Salam sayang buat isteriku merangkap ibu kepada anakku Syazwan yang kukasihi...
Hari ini 22.11.2014 maka tibalah hari kelahiranmu di dunia ini..
Jodoh kita bertemu bilamana aku terlihat resume mu di lipatan helaian mereka mereka yang ingin memohon pekerjaan di pejabatku..
Mulanya aku sekadar menyapa dirimu secara bersahaja.. Namun tak ku sangka dirimu begitu bersungguh sungguh ingin mengenali diriku yang tidak seberapa ini..
Pertemuan pertama kita di Central Market Kuala Lumpur merupakan detik percintaan antara kita berdua..
Makin hari makin sayang ku bertambah kepadamu dan akhirnya kita diijabkabulkan.. Hingga kini kita tetap bersama dan ku doakan agar dikau akan setia bersama ku hingga hujung waktu...
Monday, October 20, 2014
Perginya seorang sahabat teragung... Farid Wajidi Ariffin.
Monday, September 15, 2014
Forum Bincang.net masih lagi ditutup...
Rasanya tentu ramai ahli-ahli forum Bincang.net yang rindu akan pembukaan semula forum yang suatu ketika dulu begitu rancak dan begitu meriah dengan pelbagai topik dan penceritaan...
Namun segala-galanya telah berubah dan acik masih menanti akan tibanya hari forum ini dibuka semula... Bukanlah sebab acik nie masih bergelar moderator atau atas sebab lain... namun ianya disebabkan semua posting dan juga nukilan acik bermula diforum ini...
Rakan-rakan forum yang walaupun tak pernah dikenali dengan dekat namun semuanya masih terpahat diingatan terutamanya ahli forum bernama Tok Janggut, Humairah, Achique, Red_line, Eksoz_pipe, Balakblues, manjacat, Darkemperor, Atmi Raniya (baru update hihihi) dan pelbagai lagi nama yang acik rasa mungkin semuanya masih mengingati mereka semua...
Moga forum ini akan dibuka semula dan moga akan terus meriah dengan ahli-ahli dan juga dengan isu-isu hangat semasa di Malaysia Raya kini...
Wassalam.
Friday, August 08, 2014
Isu Boikot Barangan Buatan & Produk Yahudi...
Syeikh Al-Allamah Al-Qaradawi berkata :-
أما الرد الخامس الذي طالب به فيتمثل في المقاطعة الاقتصادية لبضائع الدول التي تسمح لرعاياها بالتطاول على المقدسات الإسلامية". ووصف المقاطعة بأنها "سلاح يوجع القوم
Ertinya : kaedah kelima (untuk berdepan dengan masalah penghinaan filem fitna) adalah "Boikot ekonomi iaitu dengan boikot pembelian barangannegara-negara yang membenarkan rakyatnya biadap kepada hal ehwal suci umat Islam, disifatkan boikot ini sebagai senjata yang boleh menyedar dan menyakitkan satu kaum"