Tuesday, August 10, 2021

Pemergian Siti Sarah Raisuddin..

Acik terdetik ingin membuat sedikit nukilan berkenaan pemergian Arwah Siti Sarah Raisuddin isteri kepada Shuib Raja Lawak dan DJ radio Sinar kalau tak silap acik.. Maklumlah acik bukanlah minat sgt mengikuti kehidupan artis artis di Malaysia ini..

Sungguhpun begitu tidaklah bermaksud acik tak mengambil tahu langsung keadaan semasa artis artis di Malaysia ini kerana dulu dulu acik minat jugak tonton Melodi.. Ketika pengacara nya adalah kak Ogy Ahmad Daud.. Hihihi.. Waktu tu acik minat Ogy tu je.. 😅

Bila melihat artis artis Malaysia ni, mmg kita sering kali merasakan bahawa mereka sudah tentu terlibat dengan dosa dosa kecil ketika berlakon dan dari situ juga acik merasakan bahawa kerjaya artis ini mmg wajar dijauhi..

Sungguhpun begitu kita kena faham juga bahawa hidayah Allah itu hanya diberi oleh Allah SWT sendiri dan kita sedar bahawa pengakhiran seseorang itu menentukan mereka ke syurga atau neraka kelak.

Mudah mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah Siti Sarah Raisuddin dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman kelak.. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal'alamiin.. 

Friday, July 30, 2021

Fikrah Besi Karat.

FIKRAH BESI KARAT 
*Awas, artikel panjang dan berduri.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ada orang kata, saya tembak PAS sebab koyak digelar "hantu jepun". Tak ada maknanya nak koyak, sebab saya sendiri pernah anggap Page FB saya sebagai page hantu. Koman lah kalau kena label hantu Jepun boleh koyak. Orang lain kena label kapir dan munafik, tak koyak pun.

2) Besi, kalau duduk terbiar saja, lama-lama akan berkarat. Tetapi, kalau kita ambil besi tu, kita ketuk, kita bakar, kita canai - ia akan jadi pedang yang tajam dan berguna. Kena pula teknik polishing yang betul, berkilat besi tu.

3) Semasa kena ketuk - sakit. Kena bakar - panas. Kena canai - pening. Itu semua umpama tarbiyah kepada besi, untuk besi itu menjadi pedang yang tajam dan berkilat. Berguna untuk berperang, berguna untuk sembelih unta, berguna untuk potong kayu. 

4) Kalau besi itu menolak untuk diketuk, dibakar dan dicanai - dengan alasan itu kerja hantu yang akan merosakkan kualiti besi, maka besi itu akan lama-kelamaan berkarat dek tindakbalas pengoksidaan. Besi akan berkarat. 

5) Samalah kita dalam berjuang, terutama dalam era media sosial. Kita tak boleh duduk main dalam lingkungan pemikiran kita sahaja, jika perjuangan kita adalah untuk berdakwah kepada masyarakat umum, dan juga nak memerintah negara. 

6) Masyarakat umum dan rakyat keseluruhannya mempunyai pelbagai fikrah dan ideologi yang berbeza. Kita takkan boleh jadi pendakwah yang baik atau pemimpin negara yang baik jika kita dengan kaedah memaksa orang menuruti fikrah kita.

7) Memandangkan followers saya ramai jenis berfikrah PAS, saya cuba lontarkan idea (baca: provok) yang mengetuk dan membakar idea-idea besi para penyokong PAS. Dah nak ketuk, ketuk betul-betul. Kena pula isu yang boleh boost ketukan. Bahkan penyokong-penyokong PH dan BN juga pakat masuk join membelasah PAS dalam komen-komen, ia adalah kesengajaan yang saya bawa untuk follower PAS baca idea dan fikrah orang lain.

8 ) Saya faham, abam-abam yang selalu follow usrah - hanya dapat feed daripada naqib-naqib PAS yang membawa fikrah satu hala, membentuk satu doktrin bahkan menjadi kultus pun ada. Bukan semua, tetapi secara umumnya begitu. Tanpa mengetahui idea dan fikrah mad'u, tentu sekali method dakwah yang betul tidak dapat dilaksanakan untuk mendepani mad'u yang pelbagai.

9) Apatah lagi rakyat Malaysia yang bermacam-macam cara berfikir. Kalau 10 orang ahli usrah pun sudah berbeza cara fikir, ini 30 juta rakyat yang PAS impikan untuk mengurus tadbir semuanya. Jika PAS memerintah dengan idea besi karat, PAS akan mudah patah dengan serangan-serangan yang mahu menjatuhkannya, kerana PAS tak pernah ajar ahli dan pimpinan untuk adapt dan mengolah startegi mengadap kepelbagaian fikrah.

10) Dalam usrah PAS, hanya membawa fikrah Islamis berfahaman Ikhwan secara umumnya. Sedangkan aim besarnya nak tadbir 30 juta rakyat yang ada pelbagai fikrah Islamis, pelbagai spektrum ideologi politik, pelbagai keperchayaan etc. Secara teknikalnya, ahli-ahli usrah tak nampak. Hanya terbayang dengan melaksana Islam serta menurut al-Quran dan sunnah, umat negara kita akan aman damai seperti zaman Khalifah. Tapi tak nampak bagaimana secara teknikalnya ia akan dilaksana.

11) Bahkan orang-orang diluar sana, dah berlambak orang bongkar dark side dalam pemerintahan khalifah, sejak Empayar Umayyah, Abbasiyah hingga Turki Ottoman. Banyak buruk daripada yang baik yang fakta sejarah catat. Kita hanya baca dalam usrah tentang satu dua zaman khalifah yang baik dan bertaqwa. Bagaimana kita nak hadap mad'u yang ada idea yang bertentangan dengan kita? Kita kata zaman khalifah terbaik, depa kata zaman khalifah teruk.

12) Banyak lagi isu yang sangat kontra dengan idea tarbiyah PAS, yang menyukarkan PAS untuk hadap jika sekarang pun masih rigid tidak mahu buka minda, atau masih mahu idea besi itu dibiar berkarat. Idea fikrah perjuangan Islam yang diambil daripada Ikhawan adalah berjuang untuk menggantikan sistem khalifah yang hilang. Tak salah, tapi ia hanya sesuai dalam masa 10-20 tahun selepas tumbangnya Khalifah Ottoman.

13) Sedangkan Freemason dan Illuminati pun sudah jauh berevolusi depa punya startegi untuk menguasai dunia, kita masih duk mengharapkan method lama zaman Tunku Abdul Rahman untuk mengibar bendera pemerintahan Islam. Method usrah yang pengisiannya tak pernah berubah, nak hadap dunia realiti umat serta warga media sosial yang penuh dengan influencer, netizen, dan sebagainya?

14) Corak pemerintahan zaman Khalifah Abu Bakr selama dua tahun, berubah secara major semasa pemerintahan Umar al-Khattab. Kemudian berubah lagi pada zaman Usman. Berubah dalam masa dua tahun, dua tahun. Kerana apa? Kerana mereka cepat adapt dengan wilayah Islam yang semakin luas - semakin ramai umat Islam dari pelbagai kaum, negara, budaya dan cara fikir. 

15) Sedangkan cara tarbiyah kita masih sama walau sudah 50-60 tahun merdeka. Malah apabila ditegur, melenting pula. Apabila di bawa idea yang tak pernah dibaca dan didengar, terus di chop dengan pelbagai label. Bahkan berbisik semasa ahli WhatsApp group, jangan follow orang itu dan orang ini - kerana tidak mahu proses pengaratan besi terganggu.

16) Dalam isu yang kita hadap hari ini, ia bukanlah isu yang besar secara umumnya. Tak perlu pun saya nak join membahan PAS sampai suruh Dato Takiyuddin letak jawatan. Cukuplah geng PH sahaja buat kerja tu. Tapi saya heret masuk dalam page ini dengan tujuan lain. Kamikaze - untuk hentikan proses pengaratan. Biar follower PAS buka mata lihat komen-komen orang luar duk kondem PAS. 

17) Ya, kalau baca komen saja sudah melenting, tentu saja sebelum ini tak pernah jumpa komen orang hentam PAS. Ataupun pernah jumpa, tapi tak pernah muhasabah. Ini bukan cherita pasal makian orang. Makian takyah ambil pot kerana pemaki memang low-class. Kelabu asap. Kita ambil komen rasional, tapi discredit kepada PAS. Kalau kita panas, bermakna kita tak biasa hadap. Sebab kita rigid duduk bermain dalam kepompong kita sendiri sahaja, bawa cherita yang mengasyikkan sahaja.

18 ) Maafkan saya, tulis panjang-panjang begini pun mungkin hanya 10-20% sahaja pembaca yang boleh faham, kerana ramai yang akan membaca dengan emosi, bukan dengan fikiran untuk fahami perkara yang nak disampaikan.

19) Habis kenapa suruh Dato Takiyuddin letak jawatan? Simple, letak jawatan bukan bererti kalah. Saya tak kisah pun dia nak letak atau tak letak jawatan. Itu atas kebijaksanaan beliau, kerajaan dan parti beliau lah. Apa perlu saya nak ambil pusing. Saya sengaja suruh letak jawatan atas sebab yang telah saya sebut.

20) Habis, apa nak jadi dengan isu PN penipu, derhaka raja, kerajaan gagal semua-semua tu? Aduh. Kita bukan boleh buat apa pun. Kerja kita tengok saja laa drama tu. Yang boleh buat keputusan atau perubahan, hanya MP-MP, Speaker dan YDPA sahaja. Tunggu tengok saja laa. Nak susahkan diri fikir buat apa. Trust them.

21) Kita ada masalah lain yang lebih banyak nak diselesaikan. Jika kes Covid19 ni masih mencanak, ia sudah luar kawalan kita sebagai rakyat. Tetapi kita masih ada ruang untuk membantu rakyat yang kesusahan dari sudut ekonomi. Bantu lah secara individu, atau from satu kumpulan, atau sertai NGO yang bekerja menghulur bantuan kepada orang yang memerlukan. Permainan politik, biarlah orang politik yang main. Kalau kome pun turut main politik, siapa nak buat kerja kebajikan?

22) Saya lihat, kumpulan-kumpulan yang aktif dalam kebajikan, perbincangan mereka lebih tenang dan positif berbanding kumpulan yang duk sembang pasal politik. Nadanya siapa lagi belum dapat, kawasan mana lagi yang tak sampai, apa lagi yang tak cukup. Kita akan bantu. 

23) So, artikel ini secara umumnya untuk follower PAS lah yang baca. Follower lain kalau baca pun, tak payah nak panas. Fokus laaa suruh PM letak jawatan. Mana tau kali ni ada sinar di hujung terowong.

Sekian

p/s: Ketua Cybertrooper PAS? Hantu Jepun? Munafik? Hangpa punya pasal. Tak ada kena mengena dengan saya. :)

Thursday, July 15, 2021

Semoga pandemik ini tidak berpanjangan lagi.. Perkenanlah Yaa Allah..

Kes hari ini dah capai 13 ribu orang... Jika kita jumlahkan kes setiap hari dari tarikh dikemukakan cadangan lockdown tempoh hari rasanya dah mencapai bilangan sebuah negeri di Malaysia kita ini.

Apalah lagi yang mampu rakyat lakukan dan membantu kerajaan untuk hadapi pandemik ini?.. Rasanya jika ada yang menyalahkan kerajaan disebabkan ke tidak pandai an mereka menguruskan negara maka acik kira statement tersebut boleh diterimapakai kali ini..

#kerajaangagal 

Tuesday, July 06, 2021

Perjuangan Iswardy Morni..

Sketsa Perjuangan

Album : Terlerai Kabus Di Terbit Fajar

Perjuangan ini penuh dengan ranjaunya
Mari kita berjuang dengan keikhlasan
Serta mengharap keredhaan dari-Nya
Dari Ilahi Tuhan Maha Esa
Tuhan Maha Esa

Berjuang itu memerlukan ketabahan
Terkadang sengsara hidup menderita
Namun semuanya kerana kasih kita
Pada Dia Tuhan, Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Ayuh mari teman kita lonjakkan
Langkah perjuangan menegak kebenaran
Menjelajah kota serta desa
Kembara ke pelusuk dunia
Menyusuri pusaka Rasulullah
Kekasih Allah

Mari bersama kita mulai langkah
Bersama seiringan bergandingan tangan
Dengan satu matlamat dan cita-cita
Membangun Islam ke mercu gemilang
Dengan kejayaan

Ayuh mari kawan kita leraikan
Segala persengketaan yang merugikan
Kita kembalikan sejarah agung gemilang
Pusaka zaman-berzaman
Mewarisi perjuangan Rasulullah
Kekasih Allah 

Wahai Tuhan Yang Esa
Suburi puspa perjuangan kami
Dengan keimanan hakiki
Agar langkah tidak goyah
Tumbang oleh godaan dunia...yang fana

Lirik: Abd Jalil Husni Yahaya
Lagu: Abd Jalil Husni Yahaya
Vokalis : Mohd Qhalid Abd Hafiz

Semoga usaha sahabatku Sdr Tok Janggut aka Iswardy Morni diberkati.. Aamiin

Tuesday, June 22, 2021

Doa sesudah terawih.. (Tiber)

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam B ahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…

Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..

Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya… 

Aamiin3x Ya Robb.

Ujian sebagai penentu ketakwaan kita.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ 
 
Assalamualaikum 
 Al fatihah
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم 
 
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. 
 
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya 
 
UJIAN KIFARAH DOSA

Apabila kita diuji...
Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul... Tapi, 
Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.
Kenapa dan Mengapa.
Wahai saudara2ku
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah sudah berjanji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

Wanita mulia...Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.  Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan..bukan..Bukan kerana DOSA semata2...

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita. 
Kerana ALLAH rindu airmata kita...
Indah bukan.. 

Bila kita menangis.... Air mata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka. 

Saudara2 ku yang dikasihi,
Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. 
selepas salam.. istighfar dan selawat.. 

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN daku.."

Allah itu MAHA ADIL.. 
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.
Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.

SEMOGA BERMANFAAT & 
 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 
 
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

Sunday, June 20, 2021

Lihat pada proses bukan result..

Assalamu'alaikum wbt pembuka bicara Acik Fosilmitra..

Dalam setiap perkara yang kita lakukan didalam kehidupan kita seharian kita perlu yakin pada proses bukannya result kepada proses tersebut.

Seandainya hari ini kita dah buat semua perkara untuk kejayaan perniagaan kita seperti update status Facebook saban hari, update status Instagram saban waktu, update status WhatsApp saban masa namun belum ketemu lagi customer yang dicari maka percayalah pada proses anda itu bukan keputusan yang anda cari..

Kita berkemungkinan belum lagi tiba waktunya untuk di kurniakan rezeki dari Illahi dan kita pun tahu ada ramai pesaing kita yang telah bermula lebih lama dari kita didalam menjalankan proses ini jadi wajar lah mereka terlebih dahulu dikenali..

Ingat.. Belajar untuk buat proses ini dengan bersungguh sungguh nescaya akan ada sinar menanti di hujung perjalanan anda..

Wallahua'lam Bisshawab. 

Monday, June 14, 2021

Perbezaan besar antara orang yang "solat" dan orang "jaga solat"..

Tengok jam "Awal lagi ni.. kejap lagilah aku solat.. janji solat"

Nak tahu tak beza orang "solat" dan "jaga solat"? 

Orang yang solat je biasanya dia takkan jaga solat.. Dia solat suka hati bila nak.. Samada awal waktu atau melewatkan waktu solat. 

Nak jemaah atau bersendirian.. Nak khusyuk atau khayal dan sebagainya.. 

Tapi orang yang "jaga solat".. Dia akan jaga kualiti solat.. Dari segi awal waktu.. Khusyuk.. 

Dari segi awal waktu.. khusyuk.. kefahaman.. tempat solat.. berjemaah dan lain-lain.. 

Sebab itu ramai yang merungut kenapa aku masih berbuat maksiat dan dosa lagi ek?.. 

Kenapa aku masih dengar hiburan haram lagi?.. Bukankah Allah kata kalau solat mencegah kemungkaran.. 

Aku dah solat dah.. Betul kita dah solat.. Tapi kita tidak menjaga solat zahir lebih lebih lagi batinnya.. 

Kalau solat kita tak jaga.. macamana solat nak jaga kita?.. Semoga sama-sama kita renung-renungkan dari lubuk hati yang ikhlas dan mendalam.. 

Perubahan dalam hidup.. "BERUBAH"

Assalamu'alaikum wbt para pembaca yang budiman, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sekali lagi saya menuliskan sedikit baris kata untuk tatapan semua.

Sungguhpun saya sedar, saya bukanlah seperti Sdr Iswardy Morni, atau saya bukanlah siapa siapa pun didalam negara Malaysia kita ini, saya hanyalah seorang manusia biasa yang diberikan akal fikiran untuk berfikir seadanya.

Izinkan saya meluahkan kata-kata di blog ini sebagaimana biasa saya lakukan sejak berkecimpung dalam forum Jakim suatu ketika dulu dan bersambung ke Forum MyMasjid dan kemudiannya ke Bincang.net dan seterusnya ke Sekampung.net .

Zaman dulu - dulu takde Facebook.. takde Instagram.. takde Twitter.. Tik Tok lagikan pulak.. Dulu cuma ada MiRC, Friendster dan adalah suatu website untuk download lagu-lagu dikenali Multiply.. Bagus jugak dulu bab bab nak download lagu mp3 mmg laju dgn Bit Torrent etc.. 😅

Itulah.. dulu lain sekarang lain.. Dan sungguhpun begitu hidup perlu diteruskan.. Move on jelaa dengan media sosial dan menjaga Netizen ni.. Harapnya kita tidak akan lupa dan sesekali menyangka bahawa setiap apa yang kita tuliskan tetap jugak akan ditanya walau sebesar zarah pun nanti..

Insya Allah acik akan sentiasa luangkan masa untuk menaip kata-kata positif untuk diri acik sendiri dan juga untuk sesiapa yang sudi membacanya disini.. Kepada Allah aku berserah seandainya apa yang aku tuliskan ini sebenarnya tidak ku perbuat.. Patutkah kamu menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri..

Nowseeheart... Wallahu'alam Bisshawab. 

Sunday, June 06, 2021

Apa khabar sdr Tok Janggut aka Iswardy Morni..

Sebenarnya persahabatan acik bersama sdr Iswardy Morni tidaklah seteguh mana jika nak difikirkan.. Kali pertama acik bertemu beliau adalah ketika ada satu perjumpaan dengan ahli Bincang.net..

Beliau ketika itu adalah seorang moderator di room Bincang Muslimin dan Muslimat di Bincang.net. Disebabkan itu juga acik terpanggil oleh BOARD DIRECTOR Bincang.net untuk bersama-sama beliau mengemudikan room Bincang Muslimin dan Muslimat tersebut.

Ketika berjumpa beliau sebenar beliau seorang yang biasa biasa sahaja. Takdelah gaya dan cara beliau seakan seorang kerani cabuk sedang mengadap CEO di pejabatnya yang memerlukan banyak protokol dan Etika pemakaian dan percakapan yang kita akan rasa rimas ibarat berjumpa bos kita di pejabat.

Beliau biasa biasa sahaja.. kita jadi mudah untuk berbicara. Begitulah antara kaedah yang digunapakai oleh kebanyakan orang-orang yang hendak berkecimpung dengan business berbentuk Multi Level Marketing atau Network Business sekarang ini.

Kita perlu menganggap orang yang pertama kali kita jumpa itu adalah kawan lama kita yang dah bertahun tahun terpisah. Mungkin teknik teknik untuk berbicara dengan stranger ini perlu acik kuasai dulu jika hendak berjaya dalam apa jua bisnes yang ingin acik ikuti nanti.

Insya Allah.. kita sambung semula nanti.. Lama dah tak mencapub dalam blogspot acik ni.. Arini baru rasa nak mulakan semula apa yang telah acik tinggalkan dulu.. Menulis ikut sukat kati acik je disini.. Hahahaha.. 

Monday, May 17, 2021

Pandemik Covid-19

 Kita dah masuk tahun 2021 dikala ini.. Bermakna sejak penemuan pada tahun 2021 corona virus Covid-19 ini negara kita kian hari kian lemah didalam mengawal penularan wabak ini.

Apakah sebabnya?

Pelbagai andaian dan analisis yang telah dibuat namun pada acik semuanya membawa ke satu arah iaitu kita masih belum lagi mahu mengEsakan pemilik dan pencipta virus tersebut iaitu Allah SWT.

Kita masih lagi lalai dan kita masih lagi alpa dengan kelemahan kita sebagai manusia yang diperintahkan untuk beribadat kepada Allah SWT semata-mata.

Mudah-mudahan kita semua dapat membuka kembali mata dan juga minda kita untuk menyedari segala sesuatu itu datangnya daripada Allah dan tidak ada sesuatu pun yang mampu mengubati dan memulihkan kecuali Allah jua..

Wallahu'alam bisshawab.

Monday, February 01, 2021

Sharing is Jariah...

 Alhamdulillah... bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama sekali lagi disini.. Hari ini terdetik acik nak bercerita tentang Adik "Amir" (nama penuhnya boleh semak dimedia sosial) namun inilah suatu kisah yang menyayat hati dan meruntun jiwa acik beberapa hari ini.. Kena pulak tiba-tiba terpacul pulak Youtube kebaikan Youtuber "Azfar Badrul" yang sebenarnya jarang jugak acik nak tonton tetapi inilah namanya rezeki dan hidayah dari Allah SWT...

Beberapa youtube yang terkandung didalam siaran Azfar Badrul acik tonton tanpa Skip Iklan pun (dan memang acik guna Youtube Premium) jadi jalan cerita sentiasa diteruskan sehingga tak tertahan air mata ini untuk ditampung lagi...

Kadangkala dengan sedikit kebaikan yang kita berikan mudah-mudahan dapat membantu serba sedikit kesusahan yang ditanggung oleh seseorang itu. Inilah keindahan rasa "bahagia" yang diberikan oleh Allah terkadang diberikan pada sesiapa sahaja, bukan setakat orang kaya sahaja boleh bahagia... orang miskin... orang yang sering ditindas di pejabat.. dan sesiapa sahaja... InsyaAllah...

Mudah-mudahan acik sendiri akan menjadi lebih baik dan lebih rajin lagi didalam menempuhi hidup didunia ini dan semoga sesiapa yang membaca nukilan ini.. Semoga Allah SWT permudahkan kehidupan kamu jua... 

Wednesday, November 18, 2020

Cadangan untuk bertemu sahabat lama.. Tok Janggut Moderator Bincang.net

 Alhamdulillah akhirnya dapat jua acik mengupdate blogger kesayangan acik ni setelah sekian lama tak update... Rasanya dekat berbulan bulan jugak acik tak update blogspot ni sejak Malaysia di landa Covid-19 dan zaman PKP dulu...

Setiap sesuatu itu ada pro dan contranya... dan disebalik ujian tersimpan hikmah yg mungkin baik bagi kita kalau bukan skrg tetapi dimasa akan datang.

Sesungguhnya jika kita menyangka Allah sengaja memberikan kita malapetaka ini dengan menyebabkan kita tak boleh nak keluar rumah dengan sewenang-wenangnya lagi... Nak ke Pantai Port Dickson pun agak sukar... perlu penjarakan sosial.. perlu bersolat sementara di rumah sahaja, dibuang kerja atau tidak lagi dpt bekerja seperti biasa dengan ungkapan Work form home (BDR) maka semuanya pasti akan ada sesuatu hikmah yang tersembunyi yang mana jika kita nak fikirkan sgt apa kebaikannya mungkin ketika ini kita belum lagi mengetahui akan hikmah yg Allah SWT nak berikan.

Memanglah sikap manusia biasa seperti kita ini kadangkala takkan tahu apa saja aturan yang dah Allah SWT putuskan "Tidak kamu kehendaki melainkan dikehendaki oleh Allah" menyebabkan kira rasa down sgt... terasa seperti hidup didunia ini seakan tiada maknanya lagi.. Nauzubillahiminzalik...

Jangan sesekali kita menyangka setiap sesuatu itu terlepas dari qadak dan qadar Allah SWT. Penyakit covid-19 ini adalah datangnya dari Allah SWT dan kita kena faham bahawa inilah masanya bagi kita untuk muhasabah diri.

Bagi yang bekerja sebagai pramugari, pramugara, tourist guide dan sebagainya maka apabila terjadi PKP dan tidak lagi dibenarkan kapal terbang bebas keluar masuk negara kita dan banyak pekerja-pekerja sektor perlancongan ini terpaksa dikurangkan maka ambillah perkara ini sebagai suatu ujian dari Allah untuk menentukan sejauhmana kita redha sebagai hamba mutlak kepunyaanNya.

Sebagai hamba kita semestinya redha dengan setiap apa yang tuan kita putuskan. Sepertimana kita terpaksa akur dengan keputusan majikan atau tuan kita untuk berhentikan kita kerja maka begitu jugalah perkara ini.

Sesungguhnya sekiranya acik ditakdirkan berkemungkinan dari dulu hendak dibuang kerja oleh majikan acik maka acik akan memahami bahawa rezeki acik ditempat kerja cukup sekadar itu sahaja dan mungkin dikala ini acik akan menceburkan diri ke dunia perniagaan yang hebat yang acik rasa semua org tahu apakah perniagaan hebat tersebut...

Jumpa kita dipuncak kejayaan. Sekian, terima kasih kerna sudi baca sampai habis seloteh acik dimalam hari ni... 

Tuesday, March 26, 2019

Mengapa e-money dan kapitalisma bahaya pada ummat islam..

Saya ingin menggariskan beberapa isi penting, mengapa wang elektronik (e-money) dan kapitalisma bahaya kepada manusia dan ummat Islam:

1) Asas kedua-dua perkara ini ialah riba. Kita sudah tahu riba itu haram. Namun ada banyak cabang riba. Salah satunya ialah matawang kertas yang sudah tidak dipeg dengan emas atau perak, sejak tahun 1960an. Malah, ianya dijadikan komoditi untuk dijual dan dibeli (FOREX). Walhal ianya hanyalah "kertas" yang tak bernilai (kalau terbakar - rugi, dibanding emas yg tak akan hilang walau terbakar. Paling tidak hanyalah lebur). Nilai wang kertas hanya bergantung kepada kesepakatan umum bahawa ianya bernilai. Jika umum bersepakat yang ianya tiada nilai (tiada demand), maka ia akan susut nilai.

2) Wang kertas yang tiada nilai ini, dinilai menggunakan konsep "supply and demand". Jika ianya dipeg menggunakan emas dan perak, maka nilai wang kertas 'constant' atau sekata dengan nilai emas dan perak. Namun ini sudah tidak berlaku. Ianya bergantung kepada pemintaan orang ramai. Jika orang tak mahu ringgit (atas sebab tak nak datang Malaysia sebab industri pelancongan merudum, atau sebab tak mahu beli barangan buatan Malaysia, sebab kualiti teruk, atau tak mahu trade barang2 melalui pelabuhan Malaysia, sebab banyak sangat port dan karenah birokrasi) maka nilai ringgit akan jatuh. Jika Amerika ada minyak dan gas sebab fenomena shale gas, maka nilai dollar akan mengukuh. Ini adalah asas "ekonomi baru" yg dipelopori barat menggunakan riba sehabis boleh untuk kepentingan mereka (segelintir pihak / for the benefit of the few up there).

3) Masalah ini semakin meruncing apabila matawang telah dianggap sebagai wang. Malah, menjadi lebih parah apabila matawang ditukar melalui alat elektronik seperti e-banking dan telegraphic transfer. Nilai atau jumlah wang berlipat ganda dalam bentuk digital. Kalau dahulu kita tanya, mana emas dan perak? Sekarang kita sudah lebih jauh dari nilai wang sebenar, dengan bertanya, mana kertas nya? Atau mana "pitih" nya?

4) Wang semakin tiada nilainya. Maka manusia berebut-rebut untuk membeli harta bagi disimpan untuk kebahagiaan anak cucu cicit serta untuk memuaskan nafsu bagi mereka yang cintakan dunia. Harta juga dapat dilihat dan dirasa. Berbanding wang yang hanya berbentuk digital atau nombor. Walau, rumah diperlukan hanya satu, tapi sanggup berhutang untuk memiliki lebih dari satu. Kereta, barang kemas dan sebagainya. Perkara perlu menjadi wajib, perkara mustahak menjadi terabai. Zakat dilupakan, derma disedikitkan, ibadat dilengahkan. Isu utama diabaikan, isu hiburan diutamakan. Melepaskan "stress" menjadi alasan utama masyarakat untuk berbelanja seperti bercuti, bershopping dan makan di luar. Dalam hal "pelanggan suka berbelanja" pula, maka ini pasti akan menggembirakan puak kapitalis. Kapitalis memang suka jika kita banyak berbelanja dan berhutang. Mengapa ya?

5) Kapitalis bermaksud mereka yang memiliki wang yang lebih dan mahukan wang lebih lagi, setiap saat, masa dan selama-lamanya. Sesiapa sahaja yang ada keinginan sedemikian (greed) bermakna, dia telah ada sifat pro-kapitalisma. Niat kita yang membezakan.

6) Kapitalisma tidak memerlukan wang, tetapi memerlukan pelanggan atau manusia yang cintakan wang. Wang atau kertas (atau nombor digit) hanyalah ilusi untuk menjadikan sistem kapitalisma itu terus hidup. Apakah ianya sistem kapitalisma? Iaitu sistem memberikan hutang kepada mereka yang mampu berhutang, dan menggalakkan mereka berbelanja dengan hutang yang semakin bertambah.

7) Mereka yang sanggup hidup sederhana semata-mata untuk tidak berhutang maksudnya, mereka bukan sahaja bijak, malah menentang kapitalisma. Pihak kapitalisma akan berusaha keras memastikan mereka yang menyokong kapitalisma kekal berkuasa. Dan berusaha keras bagi memastikan mereka yang anti-kapitalisma kekal "tidak berkuasa" atau kalah. Jika berkuasa sekalipun, mereka akan dicatat sebagai gagal atau bermasalah (seperti tiada pembanggunan atau tiada kemajuan).

Maka dengan ini kita hendaklah menilai diri kita sendiri. Adakah kita ke arah kapitalisma atau anti-kapitalisma.

- Admin Ekonomis.

Tuesday, March 12, 2019

Mcm ada problem je blogspot acik ni..

Bila nak buka menggunakan laptop seakan ada masalah yang tidak dapat dipastikan sebab apa.. Jika dibuka menggunakan browser chrome jugak bermasalah.. Sabau jelaa..

Saturday, February 23, 2019

Cerita dari PRK SEMENYIH

Seorang suami yang berumur 60 tahun ingin menguji tahap pendengaran isterinya yang berumur 55 tahun.

Dari jarak 10 meter suami mulakan :

Suami : Awak masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 7 meter pula.
Suami : Awak masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 5 meter pula.
Suami : Awak masak apa hari ni..?
Dia masih dapati isterinya senyap.

Dari jarak 3 meter pula.
Suami : Awak masak apa hari ni..?
Isterinya senyap jugak.

Dari jarak 1 meter...dengan suara yang lebih kuat.
Suami : Awak masak apa hari ni..?

Kali ni isteri terus menjawab.
Isteri : Awak ni dah pekak ker...dah 5 kali saya jawab...awak tanya gak lagi..😂😂😂

Kadang-kadang kita rasa kita saja yang betul..
Sebenarnya orang lain lebih betul tanpa kita sedar.

Friday, February 22, 2019

Program PROKIDS di SK Semenyih bersama Ustaz Ebit Lew


Program PROKIDS di SK Semenyih bersama Ustaz Ebit Lew di Sekolah Anak Suluh Acik suatu ketika dulu… Sekolah Kebangsaan Semenyih...

Friday, February 15, 2019

Suatu nukilan berharga dari Al-Imran...

Assalamu'alaikum wbt.

Bagus nukilan dari saudara Al-Imran BDN nie... Sila baca sama2...

Maaf pada semua, posting saya mengenai aqeedah tak bersambung2. Insya' Allah saya akan sambungkan dalam masa terdekat.

En. buildtem tak bagikan statistics jadi saya tak tau sama ada posting tu bersandarkan pengalaman peribadi ataupun apa yang dibaca dalam media. Dalam pandangan saya agama yang paling pesat berkembang adalah agama Islam dari segi kualiti dan juga kuantiti. Apakah yang saya maksudkan dengan kualiti? Kualiti adalah apabila seseorang itu menganuti Islam setelah mengkaji agama2 lain, bukan kerana terikut2 atau terpaksa.

Dalam posting yang pendek ini saya nak membawa sekalian pembaca supaya menganalisikan fakta2 yang saya berikan. Mari kita bandingkan konsep2 ketuhanan dalam Al-Quran dan dalam bible.

Dalam Islam konsep Rabb, Illah, KeEsaan Allah, sifat2 dan nama2 Allah, perhubungan Allah dengan makhlukNya di terangkan dengan jelas dalam Al-Quran. Makna linguistik perkataan Al-Rabb dari buku Lisan-al-Arab (Ibn Mandhur 711H) yang memberi makna kepada semua istilah di dalam Al-Quran.
Al-Rabb: pemilik mutlak, pencipta segala sesuatu, pentadbir, pemelihara, pemberi rezeki, pelindung, pengatur.

Kebanyakan agama terpesong dan tersangkut oleh sebab tidak dapat menjelaskan satu konsep yang penting: “Tuhan berupaya berkuasa melakukan segala apa jua pun.”, “Inna Allah ha ala kulli syai in qadir”. Apakah maksud sebenar “Allah berkuasa melakukan segala sesuatu?” Bolehkah Tuhan bertukar menjadi makhlukNya? Agama2 lain tidak dapat menjawap soalan ini yang boleh diterima akal. Satu ayat dalam Al-Quran yang ada dijiwa setiap umat Islam yang dididik dengan agama Islam yang sempurna: "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" [Surah Al-Ikhlas ayat 4]
Surah Al-Ikhas amat pendek namun membacanya adalah seperti membaca 1/3 Al-Quran [Bukhari], menjelaskan semua sifat kesempurnaan Allah Ta'ala. Tiada satupun yang menyerupai Allah dalam segala hal, kerena andaikan ada sesuatu yang menyerupai Allah, maka Dia bukan lagi Maha Esa. Dia amat jauh berbeza dengan makhluk-Nya. Dan juga dalam ayat lain: “Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. [Surah As-Syura ayat 11]

“Allah berkuasa melakukan segala sesuatu” juga tidak bermaksud Allah boleh menjadi sesuatu yang membuat Allah itu bukan lagi bertaraf Tuhan dan menjadi makhluk. Kebanyakan agama mempunyai konsep dimana tuhan menjadi makhluk, termasuk agama Kristian. Zat2 Allah berbeza dari makhlukNya. Manusia mencipta dengan memanipulasi benda2 yang sedia ada, manakala Allah tidak perlu benda untuk mencipta, jika Allah berkata “jadi” maka jadilah, “kun faya kun”.

Jika Al-Quran kata “Allah tiada permulaan” [Surah Hadid ayat 3], bolehkah kita tanya “bolehkah tuhan dilahirkan?” Itu adalah soalan yang tidak boleh diterima akal. Jika Al-Quran kata “Allah tiada penghujung” [Surah Hadid ayat 3], bolehkah kita tanya “bolehkah tuhan mati?” Semua ini diterangkan dalam Al-Quran dengan jelas. Agama buatan manusia tidak akan dapat menjawab soalan2 tersebut.

Orang kristian mengaku mereka percaya pada 1 tuhan tapi dalam 3. Macam mana boleh 1+1+1 = 1? Mereka akan memberi banyak perumpamaan pokok la (dahan, cabang, akar), perumpamaan air la (cecair, wap, ais), perumpamaan telur la (kulit, putih telur, kuning telur), dll. Kita jawab itu pokok, air, atau telur yang kamu perkatakan itu bukan tuhan. Apa yang dinyatakan dalam Al-Quran? “Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya”, amat jelas sekali.

Cuba kita bandingkan apa tertulis dalam bible. Ada seorang raja (Melchizedek) tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan. (Hebrews 7:3) Tidak berawal, tidak berkesudahan – hmmm, itu bukan lagi manusia namanya, itu sifat2 Tuhan. Ini satu contoh bagaimana bible memberikan sifat2 tuhan kepada makhluk. Ada juga dalam bible yang memberi sifat2 manusia kepada tuhan, contohnya, dalam Genesis 2:2, “Dan pada hari ketujuh setelah menghabiskan ciptaannya; dia berehat pada hari ketujuh dari segala kerja yang telah dibuat.”, memberi sifat kepenatan kepada tuhan. Juga dalam bible tuhan meminta maaf dan keampunan (Genesis 6:6) memberi sifat membuat kesilapan kepada tuhan, dalam bible juga tuhan berjalan dengan tapak kakinya yang berbunyi dan mencari Adam lalu bertanya, “Adam dimana kah engkau?” (Genesis 3:8-9). Tanya pada orang kristian “itu kah ciri2 wahyu yang tulin?”

Kita perlu membaca Al-Quran dan memahami apa yang Allah beritahu tentang diriNya, contohnya dalam Ayatul Kursi yang ada dihati sanubari setiap muslim:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” [Al-Baqarah 255]

Dalam Islam KeEsaan Allah adalah unik, tidak seperti makhluk. KeEsaan Allah tidak boleh dipecah2kan menjadi dua, tiga atau pun lebih. Atom yang dulunya saintis kata tidak boleh dipecah2kan lagi, sekarang ada elektron, proton, neutron. Lepas tu, eh boleh pecah lagi, leptons, quarks. Kemudian pecah lagi matter, anti-matter dsb. Insya' Allah kita sambungi lagi sifat2 Allah (swt) dalam forum yang lain.

Jadi apa kesimpulannya? Tanggung jawab siapakah untuk menyampaikan risalah ini? Tak perlu tunjuk jari tu kearah mana2, tak perlu tengok jauh2, lihat di dalam cermin. Rasulullah (saw) adalah nabi terakhir dan tugas memyebarkan risalah ini adalah di atas bahu setiap umat Islam! Ada yang berkata, “aku tak cukup ilmu untuk menyebarkan Islam.” Tanya pada mereka, “kamu tau surah Al-Fatihah?”, “kamu tau surah Al-Ikhlas?”. Bersabda Rasulullah (saw): “Ballighu anni walau ayah” - Sampaikan apa yang kau dapat dariku walaupun satu ayat.

Wallah hu alam

Thursday, February 14, 2019

Posting bulan Februari 2019

Dikala acik menuliskan kata-kata disini, sebenarnya acik berada didalam keadaan yang kurang sihat.. Nak dikata slipped disc, doctor pakar tak jumpa lagi... nak dikatakan sakit pinggang belakang, ianya seperti kesakitan yg hamper serupa (kemungkinan) pernah ditanggung oleh seorang shbt karib acik yang telah dulu meninggalkan acik disebabkan cancer ..

Sebenarnya tujuan acik kemari... yakni menaip buat seketika disini... adalah kerana memori yang diimbau kembali oleh saudara Tok Janggut atau nama sebenarnya Iswardi Morni... Ianya berkenaan Forum Komuniti Bincang.net yang suatu ketika dulu begitu gah sebanding dgn forum-forum seperti lowyatt.net, ah-ahkam.net dan sebagainya lagi...

Ilmu itu suatu cahaya dalam kehidupan manusia... Tatkala berforum sebenarnya kita memperkayakan akal fikiran kita ini dengan suatu baja yang menyemai benih kebahagiaan didalam kehidupan kita semua... Acik sebenarnya terlalu rindu untuk berforum semula sungguhpun acik bukanlah org yg sebijak saudara Tok Janggut malah sdr Morpheoneo dan semua nickname-nickname lama yg acik dah ingat-ingat lupa...

Jadi, semoga ilham dan cetusan idea dari tok Janggut kita berhasil dan dengan era media social seperti facebook, twitter, Instagram, WhatsApp dan sebagainya lagi yang tak sama dengan dunia forum dulu... acik kira inilah cabaran yang perlu kita hadapi dan ayuhlah kepada semua ahli-ahli forum yang pernah menghuni teratak buruk bincang.net agar kembali semula kita berforum dan mengembalikan zaman kegemilangan "Dimana Bumi Dipijak, Disitu ISLAM dijunjung!!!!"