Friday, May 20, 2022

Ilmu kewangan mesti mantop jika ingin berbisnes..

Sebenarnya ada beberapa perkara yang sering menjadi amalan acik ketika ini iaitu sering melihat CTOS berbayar yang acik langgani.

Bagi mereka yang benar benar mahukan sistem perancangan kewangan yang rapi dalam hidup mereka maka CTOS berbayar ini acik kira dah jadi satu kewajipan yang perlu kita ada dan tahu.

Setiap hutang dan setiap bayaran yang tertunggak sebulan dua bulan atau 3 bulan akan mudah kita ketahui.

Untuk urusan mencari loan atau hutang baik pula biasanya pihak bank akan melihat report CTOS dan CCRIS kita ini. 

Jika bermasalah kat situ kita akan tahu atau hadapi kesukaran untuk mendapatkan sebarang loan atau pinjaman dengan pihak bank nanti. 

Disamping itu, kita juga perlu sedar kewajaran jika sekiranya kita mahu memiliki lebih dari satu kad kredit. 

Kad kredit ini tidaklah salah untuk menggunakannya.. Ianya kadangkala lebih sempurna berbanding memiliki kad debit sahaja. 

Setiap transaksi dapat kita lihat dan pantau dan setiap transaksi yang mencurigakan jika dibuat di platform jualan online seperti lazada shoppee dan sebagainya boleh kita tangani dengan mudah. 

Namun begitu, kejayaan seseorang lari dari terjebak ke dalam masalah kewangan yang rumit adalah berpunca dari kad kredit yang tidak diuruskan dengan baik. 

Disamping itu, nafsu kita yang selalu terasa ingin berbelanja lebih sedikit bila menggunakan kad kredit ini memungkinkan masalah kewangan kita akan menjadi barah yg bernanah sedikit demi sedikit. 

Mudah mudahan acik doakan kepada semua rakan dan taulan agar sentiasalah menjaga sistem kewangan mereka dengan baik dan sentiasa memastikan hutang mereka terkawal dengan pendapatan yang mereka seadanya.. 

Wednesday, May 18, 2022

Belajar dari kesilapan kita selaku manusia biasa.

1. Tuan puan yang budiman, jika awak tidak tahu, saya telah menanggung kerugian lebih RM100,000 selepas menutup kedai muzik saya 30 tahun dahulu. (Cerita penuh insiden ini ada dalam buku saya Jutawan Dari Planet Jupiter.)

2. I vowed to become better. Jadi saya menambahkan ilmu dengan mendapat Master in Business Administration (MBA). Alhamdulillah, perniagaan saya yang berikutnya berjaya.

3. Saya juga pernah rugi berpuluh-ribu ringgit dalam pasaran saham. Nama saham yang saya beli ialah Aokam yang pada satu ketika merupakan a darling di Bursa Malaysia.

4. I vowed to become better. Jadi saya menambahkan ilmu dengan membaca ratusan buku tentang kewangan dan pelaburan serta mendapatkan designation Chartered Financial Consultant (ChFC) dan Islamic Financial Planner (IFP). Alhamdulillah, pelaburan-pelaburan saya yang berikutnya berjaya.

5. Dan baru-baru ini, saya juga telah menanggung kerugian berpuluh-ribu ringgit melabur dalam coin Terra Luna – a previous darling dalam dunia cryptocurrency. Nilai Terra Luna telah jatuh lebih 99% dalam masa beberapa hari sahaja setelah diserang oleh spekulator.

6. Sudah tentu semua kerugian ini adalah menyedihkan. Tetapi saya tahu yang dunia tidak berakhir kerana saya telah menanggung kerugian ketika melabur. Ia juga tidak bermakna yang saya bodoh kerana kerugian tersebut. Kadangkala dan terutamanya dalam dunia pelaburan, situasi berlaku di luar kawalan atau jangkaan kita. Contohnya, covid-19, dan sekarang the collapse of Terra Luna.

7. Saya juga tahu inilah harga dan pengorbanan yang perlu dibayar untuk menjadi usahawan dan pelabur berjaya. Mana ada usahawan dan pelabur yang tidak pernah menanggung kerugian? But as long as we learn daripada insiden-insiden pahit ini, dan tidak mengulanginya, kita dalam jalanan yang betul.

8. Jadi saya akan menambahkan ilmu, meneruskan belajar dan insyaAllah, menjadi pelabur yang lebih bijak dan lebih berjaya. Jika awak juga telah menanggung kerugian, mari bersama-sama saya untuk menjadi pelabur yang lebih bijak dan lebih berjaya. Kita tambah ilmu bersama-sama, kita rentasi semua halangan yang melintang, dan kita daki gunung yang tersergam.

9. Dunia yang lebih baik menunggu mereka yang gigih berusaha.

Azizi Ali Mentor Wang

# Do your own research
# Not financial advice

Sunday, May 08, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari Acik Fosilmitra

Assalamu'alaikum wbt dan salam perkenalan buat semua.. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita sekali lagi bersama sama mengikuti sedikit coretan acik bersempena Syawal 1443 H / 2022 M ini.

Kita sepatutnya kena banyakkan bersyukur kerana Allah SWT telah menjemput kita menemui bulan Rejab, Ramadan dan Syawal ini berbanding kenkwn kita yang telah pergi dulu meninggalkan kita hari ini. 

Acik sebenarnya rasa bersyukur namun rasa jugak penuh keinsafan kerana tidak pulun henyak sampai lunyai untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan aritu.. Moga moga Allah berikan acik kesempatan lagi untuk berada dibulan Ramadan akan datang.. Aamiin 🤲. 

Dikesempatan ini juga acik nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin buat semua yang masih setia atau masih baru berkunjung ke teratak buruk acik fosilmitra ini.. Mungkin ramai yang masih ingat achik ni 'Hot Daddy' Bincang.net ataupun mungkin masih mengenali bekas moderator Bincang Muslimin dan Muslimat selevel dengan Sdr Iswardy Morni atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Janggut (TJ) disana juga..

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt.. 

Wednesday, April 13, 2022

Muhasabah Malam Ini..



Barang siapa yang sengaja meletakkan Dirinya di tempat yang boleh mendatangkan Tohmahan dan fitnah keatas nya.

Maka janganlah marah jika orang lain bersangka buruk padanya

Thursday, March 03, 2022

Untuk menjadi hamba Allah yang terbaik...

Maka tirulah makhluk hamba Allah yang terbaik iaitu Nabi Muhammad SAW... Insya Allah kita juga akan jadi yang terbaik disisi Allah SWT kelak... Aamiin 🤲 

Wednesday, February 16, 2022

Malamku di Kuala Lumpur hari ini..

Rasanya bukan kaleng kaleng tempat untuk acik bermalam hari ini.. Namun tempat ni bukanlah tempat yang sebenarnya acik suka untuk pergi.

Tempat ni ada banyak keluhan hati.. Ada banyak keresahan dihati.. tempat ini tempat yang sesuai untuk orang sakit sahaja.

Namun begitu, samada kita yang sakit atau menziarahi orang sakit tempat ni banyak memberikan acik suatu kepastian.. Kita tidak boleh berlengah lengah lagi.. 

Untuk berada di tempat ini bukanlah sedikit duit diperlukan.. Mungkin duit simpanan jika kita bekerja lebih 20 tahun di suatu organisasi..

Backup plan perlu diwujudkan segera dan kita tidak mungkin boleh lagi berdabik dada.. Ini masa pandemik... ini masa panik dan ini adalah masa untuk tidak lagi berada di zon selesa dalam kehidupan acik sekeluarga.. 

Friday, February 04, 2022

Tik Tok vs Facebook..

Terpanggil nak buat satu content pasal tajuk diatas ni.. Acik melihat yang budaya berfacebook kian ketinggalan zaman dah sekarang.

Orang lebih gemar ber Tik Tok dikala ini. Antara keduanya yang mana satu paling hebat, acik rasa semuanya ada zaman kegemilangan dan kegelapan mereka..

Sama macam aritu kita tengok persaingan antara JnT dan Pos Laju serta JnT tiba-tiba JnT dikatakan lebih bagus berbanding pos laju. Dan dikala semua menuju ke JnT untuk menjadi penghantar barangan mereka ketika itulah kelam kabut jadinya pengurusan JnT itu dan akhirnya berlaku banyak perkara yang tidak diingini.

Mari kita lihat YouTube ini untuk pencerahan antara Tik Tok vs Facebook.. 

https://youtu.be/FvEkjgl_M9c

Friday, January 28, 2022

Usia kian meningkat.. Renungan buat diriku sendiri.

Astagfirullah hal'azim..baru saya fhm😔

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

 You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
               
- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf 😊

-Unknown writer-

Thursday, January 20, 2022

Nowseeheart 9 tahun lalu..

Bismillah. Mencari  untuk ditinggalkan, meninggalkan bekalan yang patut di bawa. Teringat kepada nasihat seorang sifu saya beberapa tahun yang lalu.

Sebahagian manusia mengejar dan mencari harta-harta, status dan pujian yang sudah pasti akan ditinggal  di dunia ini apabila tiba masa mereka meninggalkan dunia. Walaupun mereka mati sewaktu dalam process mencari harta untuk ditinggalkan.

Pada masa yang sama, mereka meninggalkan bekalan yang patut di bawa bersama di liang lahad.

Pesan beliau lagi "Banyak manusia mencari benda-benda yang akan ditinggalkan kelak, sedangkan bekalan yang patut dibawa ditinggalkan." Bekalan di sini bermaksud amal ibadah terutama yang Fardhu.

Apabila kita sentiasa merasakan cukup, itu antara bekalan yang kita bawa bersama ke liang lahad, iaitu bersyukur.

Ini kerana susah untuk kita merasakan cukup apbila kita membeli rumah dengan mengambil bebanan maksimum, pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, kad hutang dan tempoh pinjaman kereta yang maksimum. Semua itu akan ditinggalkan. 

Secara puratanya rumah yang kita tinggalkan nanti walaupun semahal mana nilainya  ketika itu, anak-anak yang makan gaji terpaksa menjualkannya ini kerana tiada anak-anak yang sanggup membelinya dengan harga pasaran bagi membahagikan duit dari hasil jualan itu dengan anak-anak kita yang lain. 

Kejadian anak-anak menjual rumah peninggalan ibu bapanya dapat dilihat berlaku secara berleluasa hari ini.

Pinggan mangkuk yang berjenama pada hari ini, sudah menjadi model lama (fesyen lama) apabila kita sudah mati. Secara puratanya anak-anak tidak sanggup bagi menggunakan lagi pinggan tersebut. Mereka akan meneruskan adat mencari untuk ditinggalkan, sekiranya kita tidak menjadi contoh yang lebih baik untuk mereka ikuti. 

Kita di sini adalah bermaksud sebahagian daripada kita.

Lain sekolah kehidupan, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan seperti mana perbezaan antara Mazhab.

Malaysia | Shamsuddin Kadir

Thursday, December 16, 2021

Ada apa dengan Twitter Acik Fosilmitra..

Acik berkesempatan menerjah ruang tamu Twitter Acik Fosilmitra hari ini dan acik dapati ada permintaan untuk Follow Tweet acik dari beberapa orang rakan yang tak dikenali..

Maaflah sebenarnya acik menggunakan Twitter sekadar untuk melayari bahtera viral yang berlaku di media sosial dikala ini..

Kes budak kena buli, kes suami memecahkan tingkap kaca milik isterinya, kes sajat turut tidak terlepas dari radar acik di Twitter ini dan acik mmg bukannya nak gunakan medium ini untuk berkenalan atau mencari prospek.

Jadi jika ada yang rasa acik ni bukanlah kawan yang harus diikuti atau difolowi maka acik berbesar hati dan berharap anda bolehlah unfollow acik semula.

Apapun, semoga kalian semua diberkati dan dirahmati Allah selalu dan doakan agar acik turut serta bersama kalian diberkati dan dicintainya oleh Maha Pencipta..

Kehilangan mengejut seorang shbt yang teramat baik sgt di pagi Sabtu minggu lepas menyedarkan acik betapa dekatnya kematian ini untuk setiap manusia.. 

Maka harus kapan apakah lagi yang perlu sang pencipta berikan agar kita kembali semula KepadaNya.. 😔😣😖😢😞

Thursday, December 09, 2021

Suatu kisah yang perlu kita fikirkan untuk berniaga secara networking..

KAU INGAT GAJI RM10,000 TU BANYAK KE?

Meh sini aku nak cerita sikit, bagi terbukak mata tu luas-luas. Engkau dan bini engkau kalau ada combine gaji RM10,000 dan menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai 2 orang anak kecik, engkau sebenarnya miskin.

Bunyi 'miskin' tu memang macam kasar sikit tapi inilah realitinya. Meh sini aku buat breakdown cost untuk korang hadam dalam-dalam.

SITUASI 1:

Ok, let say engkau duduk rumah sewa pangsapuri atau kondo lah, sebab dok KL ni takdenyaaa engkau nak dok rumah landed. Majoriti memang kena dok kat high-rise building sebab lagi murah. Sewa rumah dalam RM1,600. Ini harga agak standard ya, rumah pun rumah biasa je setakat 850 sq ft. Bukan rumah besar pun.

Kos lain macam api mungkin dalam RM120 sebab kat rumah ada aircond sebijik dan ada water heater seketul. Pastu bil air dalam RM30 lah senang cerita. Ini pun standard.

Rumah settle, now kereta pulak. Kalau dah dok KL ni, memang selalunya engkau dan bini engkau kedua-duanya bekerjaya dan memerlukan kereta untuk pergi kerja hari-hari. So, katakanlah engkau pakai Proton Persona Premium, bulan-bulan engkau bayar dalam RM580, bini engkau pulak pakai Axia sebab orang pompuan suka kete kecik, bayar dalam RM380 tiap-tiap bulan. So kereta je dah RM960.

Dah ada kereta, kena spend kat minyak pulak. Engkau hari-hari kena drive dalam 45KM pergi balik kerja, ini memang standard la. Bini engkau pulak mungkin kerja dekat sikit, dalam 20KM je pergi balik. So, kereta Persona 1.6 engkau tu mungkin minyak dalam RM280 sebulan (setiap minggu isi full tank RM70). Bini engkau pulak minyak murah sikit sebab kereta 1.0 je, so mungkin dalam RM150 sebulan dah cukup. So untuk minyak, total ialah RM430.

Tu baru minyak, dok KL ni mana boleh terlepas dengan tol. Sana sini semua tol. So engkau pun spend lah dalam RM150 dan bini engkau dalam RM100 sebulan. Tol atau Touch & Go je dah RM250.

Pastu jangan lupa, parking kena bayar jugak. Standard rate kat KL ni kalau Season Pass ada lah dalam RM150 sebulan. Yang ini pun dua-dua kena bayar, so total parking is RM300.

Eh, takkan gaji tu engkau nak bolot semua. Paling kurang pun kenalah hulur sikit kat mak ayah setiap bulan. So engkau hulur RM200, bini engkau pun hulur RM200. Amal jariah lain pun kena buat jugak, contohnya zakat. Kita kira paling senang lah, amek 2.5% daripada total gaji RM10,000 tu, so zakat is RM250.

It doesn't stop there. Sedekah lain macam belanja orang makan, derma masjid setiap kali solat Jumaat, dan lain-lain pun kena ada bajet jugak. Yang ini letaklah dalam RM150 sebulan untuk engkau dan RM150 untuk bini engkau. Jangan risau sangat spend RM300 ni, dengan niat yang baik pasti ada ganjarannya nanti.

Now, let's talk about Wifi and other entertainment sources. Wifi kalau setakat 30Mbps tu baik tak payah amek lah. So paling busuk engkau go for 100 Mbps anggaran dalam RM140 sebulan kalau pakai unifi. Nak tengok bola, kena ada Astro pulak, dump lagi RM100 tiap-tiap bulan, lepas tu Netflix kenalah ada jugak, nasib baik murah dan boleh share akaun so sebulan dalam RM18 je. Movies and Series dan cover, bola pun dah cover, so kena spend kat Music jugak. Subscribe pulak Spotify, amek yang Duo Account dalam RM20 monthly. Sedih kan, nak dengar muzik pun kena keluarkan duit.

Berhibur tu berhibur jugak, kerja tu kerja jugak, kesihatan takkan nak tolak tepi dan buat tak tahu je. Kena pastikan the whole family get protected. So, kenalah amek Takaful untuk 4 orang. Paling senang kira sorang dalam RM150, so 4 orang jadilah RM600. Paling basic lah ni, bukannya amek pakej yang mahal-mahal pun. Yang ini nak tak nak memang kena ada sebab we never know what's gonna happen.

Orang sekarang ni mana ada masa nak jerang jerang air bagai semua ni. Zaman dah moden so kenalah pasang Cuckoo atau Coway. Senang, air dah lah ditapis, bersih suci, lepas tu air sejuk air panas air masak semua free flow. Ameklah pakej yang paling murah dalam RM70 sebulan. Nak kasi fancy sikit, tambah Air Purifier pulak barulah dapat hirup udara bersih dan segar, so bayar RM70 jugak tiap-tiap bulan.

Belambak-lambak dah kos yang engkau kena tanggung, ribu riban dah ni. Tapi kau perasan tak, ini belum lagi masuk kos anak-anak. Haaa, ini yang paling scary sebenarnya. Average 1 anak dalam RM1,000 sebulan but let's not go there. Meh sini aku pecahkan setiap kos dengan lebih terperinci. Ini aku cerita untuk 2 orang anak kecik taw. Kurang anak, kuranglah kos, lebih anak, lebihlah kos. Tengok bawah ni:

- Pampers lima kampit = RM180
- Susu average 8 tin = RM550
- Taska / Playschool = RM900
- Keperluan lain = RM200

So total kos untuk 2 orang anak kecik lebih kurang RM1,830. Amek kau. Ini standard lah ni, takde apa yang fancy pun. Semuanya keperluan tiap-tiap bulan.

Anak dah settle, sekarang ni cerita bab makan pulak. Yang ini pun scary ya tuan-tuan dan puan-puan. Bila engkau dan bini engkau dua-dua pun bekerja, maka masa untuk masak kat rumah tu memang tak ada lah kalau on weekdays. Masak pun mungkin sekali sekale je. Majority of people memang akan beli bungkus atau makan luar. Kos untuk makan aku pecahkan kat bawah:

- Necessities / Groceries = RM500
- Makan luar = RM700
- Makan bila engkau pergi kerja = RM250
- Makan untuk bini engkau pergi kerja = RM250

Total duit makan / keperluan makanan setiap bulan = RM1,700.

Eh, hidup ni kena ada rekreasi atau riadah jugak kawan-kawan. Takkan nak dok terperap je kat rumah. Mestilah kena keluar jalan-jalan sikit, tengok wayang sikit, main badminton ke, futsal ke, bola padang ke, makan sedap-sedap sikit, pergi taman sikit nak spend time dengan family, dan macam-macam lagi. Ini semuanya perlukan duit. Percayalah aku cakap, sekali kalau dah keluar dengan family, setakat spend RM100 tu memang standard. Ye lah, engkau akan spend untuk makan, itu je dah berapa, lepas tu nak beli air lagi sebab haus, nak spend untuk tiket lah, untuk entrance lah, itu lah ini lah. So untuk bajet rekreasi ni letak lah dalam RM500 sebulan.

Kos apa lagi yang engkau belum spend?

Postpaid plan. Yang ini lain orang lain kos nya. Macam aku sendiri pakai UMobile bulan-bulan RM75. Ini postpaid biasa je. Tapi aku tengok sekarang ni macam ramai pakai iPhone sebab nak ikut trend, sanggup amek plan dari Maxis lah Celcom lah, averaging dalam RM250 sebulan, untuk phone dan juga postpaid plan. So kalau engkau dan bini engkau dua-dua amek postpaid plan iPhone ni, sebulan kena bayar dalam RM500. Mahal ke ni? Ini semua standard ya, setakat pakai iPhone ni alahai benda biasa lah. Bersepah-sepah orang pakai iPhone. Memang dah jadi lifestyle yang normal.

Berapa ribu dah engkau spend tu? Jangan lupa untuk allocate some money untuk kos-kos lain jugak ya, seperti:
- potong rambut
- basuh kereta
- 'me time'
- lain-lain

Yang ni boh jela dalam RM150.

Kos-kos yang aku tulis kat atas ni semuanya tak ada yang fancy pun. Ini semuanya untuk kelangsungan hidup setiap bulan yang cukup-cukup makan. Jom tengok berapa total kos untuk semua:

Sewa - RM1,600
Api - RM120
Air - RM30
Kereta - RM960
Minyak - RM430
Touch & Go - RM250
Parking - RM300
Mak Ayah - RM400
Zakat - RM250
Sedekah - RM300
Wifi - RM140
Astro - RM100
Netflix - RM18
Spotify - RM20
Takaful - RM600
Cuckoo - RM140
Anak - RM1,830
Makan - RM1,700
Rekreasi - RM500
Postpaid - RM500
Lain-Lain - RM150

TOTAL = RM10,338

Haaa amek kau! Gaji RM10,000 pun tak cukup woi! Siap ada negative cash flow lagi.

But but, some might argue that kos-kos kat atas ni mungkin macam over stretched sikit in few areas. 

Ok takpe takpe, meh sini kita tolak sikit here and there untuk bagi gambaran yang lebih realistik lah konon.

SITUASI 2:

Mungkin untuk rumah, engkau duduk rumah flat je, bayar dalam RM900 sebulan, rumah pun tak ada aircond tak ada water heater so jimat sikit lah kat bil api.

Kereta engkau tak pakai Persona tapi pakai Saga Premium, so bayar dalam RM450 sebulan. Bayar RM450 untuk kereta kira murah lah tu, engkau nak murah macam mana lagi bai. Kereta 1.3 ni minyak kurang lah sikit kan, mungkin sebulan hanya RM240.

Lepas tu, mungkin bini engkau office dia dekat je dengan rumah. So tak payahlah bayar tol bagai semua tu. So bolehlah jimat sikit kat duit tol and minyak.

Oh, engkau tak perlukan Astro? Ok tolak lagi RM100. Spotify pun tak payah, nak dengar lagu engkau bukak je YouTube dan layan segala ads. Atau kau pakai cara old skool: bukak radio.

Takaful pulak, engkau rasa cukup kalau company dah cover untuk engkau dan bini engkau. So engkau amek takaful untuk dua orang anak je, bayar RM300 sebulan.

Cuckoo pun tak perlu, engkau lebih prefer jerang air sampai menggelegak, lebih selamat dan secure katanya. Air purifier? Lagilah mengarut. So jimat RM140 sebulan kat sini.

Untuk anak pulak, engkau pun cut lah mana-mana yang boleh. Mungkin perbelanjaan untuk dua anak is only RM1,600.

Makan pun mungkin tak mewah mana, atau kalau ada masa kau cuba lah masak untuk jimat lagi kos. So tolak lagi RM200. Rekreasi pun sikit-sikit je, setakat bawak anak-anak pergi tasik je kot. Engkau jenis yang tak main bola, tak main badminton, lebih prefer family time kat rumah. So untuk rekreasi engkau allocate RM300. Ok lah tu kan.

Lepas tu let say engkau dan bini engkau tak pakai iPhone pun, bayar postpaid bulan-bulan dalam RM150 je instead of RM500 kat atas tu.

So, berapa kos terbaru untuk situasi kedua ni?

Sewa - RM900
Api - RM80
Air - RM30
Kereta - RM830
Minyak - RM390
Touch & Go - RM180
Parking - RM300
Mak Ayah - RM300
Zakat - RM200
Sedekah - RM200
Wifi - RM140
Netflix - RM18
Takaful - RM300
Anak - RM1,600
Makan - RM1,400
Rekreasi - RM300
Postpaid - RM150
Lain-Lain - RM150

Lepas dah tolak sana sini sikit, total kos kau masih RM7,468!

Kau nampak, sedih gila weh.

Ini engkau duduk flat taw, tak ada sekuriti, tak ada lif, kalau rumah engkau kat tingkat 4, menapaklah engkau naik tangga hari-hari berkali-kali dengan anak bini. Pakai pun kereta tempatan je, setakat Saga dan Axia. Dua-dua tu kereta Segmen A atau Entry Level Cars je. Kereta yang paling basic dalam market Malaysia, dari segi safety pun setakat ada 2 Air Bags. Itu pun kau dah sangkak, kena ada atleast RM7,500 sebulan.

Padahal kat luar tu bersepah-sepah orang dok kondo bagai, lepas tu kereta semua tak nak mengalah pakai Honda City lah, Toyota Vios lah, Honda Civic lah. Weh, City and Vios ni mahu RM850 sebulan kau kena tanggung. Civic tu tak payah cakap lah, at least kena ada RM1,000 - RM1,300. Tapi ramaaaaaiiiiii sangat orang pakai.

Bila tengok kira-kira ni, rasa takut sangat. Maksudnya, setiap isi keluarga kat KL kena ada paling busuk RM7,500 sebulan, itu pun lifestyle kau memang mehh lah. Duduk flat, pakai kereta paling basic, dan macam-macam lagi benda yang lacking. Takde apa yang gah.

Yang mana ada combine gaji RM10,000 tu, pun masih cukup-cukup makan weh, cuma dapatlah duduk rumah elok sikit and makan sedap sikit. Tapi setakat tu jelah. Apa benda je lagi yang engkau dapat. Takde apa pun.

Pastu sekarang ni kos bahan mentah makin naik. Sayur ayam bagai semua naik harga. So aku tak tahulah macam mana kos makan in the future nanti. Sekarang pun dah mahal nak mampos.

Gila betul hidup zaman sekarang ni, semua benda kau kena spend dan semua benda mahal, even yang paling basic paling standard sekali pun. 

Kau bayangkan, kos-kos ni semua adalah kos WAJIB yang setiap keluarga PERLU ADA dan PERLU SPEND setiap bulan. Ini baru kos untuk survive makan minum taw. Dan aku nak emphasize sekali lagi, ini semua kos-kos yang STANDARD dan langsung TAK FANCY.

Itu pun dah kena ada RM7,500? Gila betul, kepala hotak dia. Berapa ramai je isi keluarga early 30s yang ada combine gaji sampai RM7,500 ni? Bukannya ramai pun. And even dah ada RM7,500 sekali pun, kau still tak boleh nak enjoy life and everything is juuuuuuuuuuuust enough for you to survive.

Dah tu engkau nak sembang pasal savings pulak? Memang ke laut lah.
Investment? ASB? Kena meninggal dulu baru boleh invest kot.
So kalau ada emergency, mana nak cekau duit?
Anak nak masuk sekolah, macam mana?
Nak servis kereta pun tak boleh kalau macam gini gaya. Gila.
Nak sembang renew roadtax+insurance lagi? Mati.
Lepas tu tiba pulak Hari Raya. Nak shopping pakai apa?
Kau nak kena balik kampung jalan kaki ke?
Family members pulak buat kenduri kendara sampai ke Sabah sampai ke Perlis. Nak pakai duit apa ni?
Nak travel? Kau dok jelah terperap kat rumah engkau tu sampai Abang Jamil mampos.
Shopping? Lupakan saja.

Jadi, sebab tu lah ramaaaaaaaaaiiii sangat orang yang hidup paycheck to paycheck. Awal bulan dapat gaji, tengah bulan dah sangkak gila babi. Nak menabung langsung tak boleh sebab kos untuk survive bulan-bulan pun dah tinggi 7 petala langit. Sebab tu lah ramaaaaaaiiii sangat orang yang berhutang sana sini because let's face it, kita memang tak mampu untuk belanja lebih sikit. Serius tak mampu.

Sebab tu lah ramaaaaaaaaaiiii sangat orang ada hutang kad kredit. Habis tu, kalau kad kredit tak ada, mak bapak engkau nak tolong engkau ke? Tapi bila dah ada kad kredit, engkau tambah pulak komitmen bayar hutang kad kredit setiap bulan. Masalah takkan selesai, engkau makin sangkak lagi ada lah!

Ini belum sembang Personal Loan lagi. Yang ni lagilah jahat nak mati interest melambung tinggi tinggi. Tapi apa je pilihan yang kita ada?

Semuanya dilakukan atas dasar TERPAKSA dan majoriti kita memang TAK ADA PILIHAN lain untuk survive.

Sebab tu aku tak faham bila tengok orang yang pakai kereta mahal mahal, dok makan kat hipster cafe tiap-tiap minggu, berjalan and travel sana sini, beli iPhone atau phone yang mahal mahal lepas tu WhatsApp tak reply, tiap-tiap bulan shopping beli itu ini, spend lavishly on things etc etc.

Bagi kita, benda tu semuanya normal sebab itulah lifestyle zaman sekarang. Dan sosial media juga main peranan dalam menggalakkan kita untuk 'look good' di mata khalayak ramai. Maklumlah, semua benda kena nampak best. Dalam sosial media, semua orang nampak macam they are doing good and have figured out life as we know it. But the truth is, it is farrr farrrr from that. Kereta orang nampak, lifestyle pun orang nampak, hutang orang mana nampak brooo.

Bak kata pepatah, "Biar papa asal bergaya."

Piiiiigidaaahhhh!

Gila betul. Aku yang tulis status ni pun terkejut beruk bila tengok calculation ni. Tapi inilah realiti hidup di KL, atau lebih tepat, hidup pada zaman sekarang ni. Tak boleh nak buat apa, terpaksa hadap jugak.

Benda-benda macam ni politicians mangkuk ayun tu bukannya nampak pun. Gaji minima masih RM1,200? Memang bangang tahap dewa lah korang semua.

Bertabahlah wahai ibu dan bapa, kawan-kawan, atau sesiapa sahaja yang struggle setiap hari to make ends meet. Perjuangan kita takkan pernah selesai. Saya doakan agar urusan kita semua akan dipermudah. Fighting! ❤️

- Farouq Johari 
Anak baru satu, kepala dah bercelaru.

Friday, December 03, 2021

Berguru bila mencari ilmu..

Kadangkala acik terfikir jugak.. Adakah semua ilmu yang kita hendak pelajari itu perlukan guru?.. Selain belajar mengaji Al-Quran perlu dan wajib berguru, acik kira untuk ilmu ilmu selain itu pun perlu juga kita mempunyai guru.

Salah satu contoh jika kita berniat untuk berbisnes Networking.. Yang ini semestinya perlukan guru dan mentor untuk ajar kita secukupnya..

Namun begitu, kadangkala yang jadi payah bagi seseorang guru atau mentor untuk mengajar kita selok belok bisnes networking ni sebab kadang kita rasa kita dah ada ilmu selling.. dah ada ilmu marketing sebelum ini jadi kita macam agak tak berapa suka nak ikut mentor kita yang sememangnya dah faham lebih lama dari kita dalam bisnes networking ini.

Sebab itu sebagai mentor, sememangnya kita akan nasihatkan mereka untuk empty gelas dalam akal fikiran mereka terlebih dahulu.. Jangan nak bandingkan dengan Score A Program yang pernah acik ikuti dulu.. Fahami selok belok perniagaan baru ini dengan hati dan minda yang terbuka.

Kegagalan kita untuk mengikut mentor yang ajar kita perkara baru nilah sebenarnya penyebab sesuatu perkara itu jadi susah dan sesuatu perkara mudah itu jadi senang.. Ibarat berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi.. cewahhh.. Mcm karam Singh walia gitu.. 😅 😆 😂 

Kuala Lumpur City Juara Piala Malaysia

Sebenarnya acik terpanggil untuk buat content tentang kejayaan KL City membenam JDT dalam episod Piala Malaysia setelah mengetahui bahawa adanya pemberian cuti umum kepada mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan..

Cuma disebabkan acik bekerja disalah sebuah bank di ibukota cinta maka cuti umum yang diumumkan itu sebenarnya tidak terapply kat staff bank sekitar KL ni.. Hehehe..

Agak lawak juga walhal memang acik pun sebenarnya takdelah ambik port sangat tentang perlawanan akhir Piala Malaysia tersebut sebab ianya dibuat dihari Selasa waktu orang tengah bekerja dan sebenarnya terus terang cakap acik lebih layan game EPL lagi... Huhuhu.

Tapi disebabkan mungkin ini merupakan kekalahan terhadap satu pasukan unggul di Malaysia ketika ini maka acik kira memang wajar lah ramai rakyat Malaysia seakan rasa "puashati" dengan kemenangan tersebut.

Apapun bagi acik yang merupakan anak kelahiran negeri sembilan dan menetap di Selangor serta bekerja di Kuala Lumpur.. Acik kira takde apalah keseronokan untuk kita berbicara tentang bolasepak ini melainkan disebabkan pemberian cuti umum itu jelah kot..

Wallahu'alam Bisshawab. 

Thursday, December 02, 2021

Iswardy Morni (Sdr TJ) digantung dari PKR

Assalamu'alaikum wbt.. Pagi ini acik terpanggil untuk bercerita sedikit tentang tajuk yang diatas.

Sungguhpun yang sebenarnyer acik kurang mahir sedikit tentang selok belok politik ini sebenarnya namun acik tetap rasai kehilangan "siaran live" sdr Iswardy Morni ini saban malam.

Setiap dari kita mempunyai matlamat dalam hidup. Ada sesetengah orang mungkin tak ambil tahu tentang matlamat hidup kita dan ada juga orang yang tak ambil peduli pun apa saja yang kita buat didunia ini. 

Namun begitu, acik berani katakan bahawa acik benar benar faham akan matlamat dan hala tuju perjuangan sdr Iswardy Morni itu.. Kita mahukan negara kita ini benar benar bebas dari rasuah dan salah guna kuasa. 

Mungkin di waktu ini tiada bukti kukuh atau pun ada bukti tetapi bukti tersebut berjaya dipadamkan oleh orang yang berautoriti.. Namun percayalah walau sebesar zarah pun tetap semua perbuatan yang kita buat akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT kelak. 

Bersabarlah untuk menunggu detik detik perhitungan Allah dijalankan dan kita sebagai rakyat marhaen yang tidak mengetahui kemana duit duit kerajaan yang telah disonglapkan maka bertabahlah lalui kehidupan kita hari hari. 

Ingatlah firman Allah SWT.. Janganlah kamu merasa hina dan jgnlah pula kamu bersedih hati padahal kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu org org yg beriman.. 

Wallahu'alam Bisshawab. 

Saturday, November 27, 2021

Jam menunjukkan pukul 2.19 pagi...

 Sebenarnya dah lama sungguh acik tak update blogspot ini. Maklumlah dikala ini acik sering melayari podcast Azri Walter dan juga Tik Tok Azri Walter yang berkisar tentang perjuangan didalam menjalan bisnes didalam kehidupan yang keras dan semestinya kena henyak sampai lunyai.. ha ha ha..

Pada mulanya acik memang tercari-cari seorang sifu bisnes untuk mengajar acik mengharungi suatu bisnes Networking yang sememangnya diketahui oleh semua rakyat jelata kerana lamanya bisnes ini bertapak dinegara kita dan dikenali sebagai Direct Selling no. 1 didunia.

Namun begitu sepertimana yang kita semua tahu... dalam berbisnes mencari networking ini, setiap langkah dan setiap tindakan kita memerlukan ketekunan dan kekuatan tersendiri. Suatu perkara yang boleh menyukarkan kita untuk memahami bisnes ini adalah dek kerana mindset kita yang dah lama kita gunapakai di kepala hotak kita ketika ini.

Rejection menjadi suatu proses biasa sebenarnya untuk berniaga namun disebabkan mindset kita belum lagi kental dan kukuh untuk menerima semua rejection ini maka adakalanya akan buat kira rasa down juga diwaktu-waktu tertentu.

Dan ketika itu, shaitan akan memastikan kita merasakan diri kita tak boleh bertahan dan tak boleh berjaya kerana proses permulaan untuk menjalankan bisnes ini memerlukan pengorbanan yang teramat besar. Bagaimana kita mampu meluangkan masa setiap malam berjumpa orang, membuat demo dengan orang, membuat panggilan-panggilan kepada orang yang kita kenal dan tidak kenal dan semuanya ini sememangnya adakalanya seperti mencurah air ke daun keladi..

Usaha begitu banyak... hasil masih kurang dan duit semakin lama semakin sikit dan kita dipenuhi dengan hutang?! Inilah antara perkara yang menyebabkan kadangkala kita buntu untuk memikirkan adakah kita berada dilandaxan yang betul.

Namun begitu, satu kata-kata mentor yang acik pegang ialah semua bisnes ada kepayahannya sendiri. Tak kisahlah kita buat bisnes konventional seperti menjual popia, membuat servis membaiki kereta dan sebagainya maka semua pasti ada kesusahan dan ganjarannya yang tersendiri.

Disinilah mindset kita berfungsi untuk mengatakan bahawa kita boleh atau tidak.. Walau apapun yang terjadi maka fikirlah bahawa untuk bergelar juara dan bergelar leader kita takkan mungkin boleh berjaya dengan membuat perkara-perkara biasa dan perkara-perkara yang kita suka..

Kita perlu buat suatu kerja yang luar biasa dari kerja-kerja biasa kita saban hari sebelum ini jika hendak kejayaan itu menerjah kehidupan kita. Kita mesti perlukan kekuatan dan henyak sampai lunyai semua perkara yang menjurus kepada kejayaan kita kelak.

Untuk masuk syurga Allah pun kita perlukan usaha dan istiqamah yang berterusan dan bukan terhenti ditengah jalan. Success is a journey not a destination... Teruskan melangkah sehingga kakimu berada disyurga Allah... Jangan pernah give up dan jangan takut untuk menderita dahulu sebelum kemanisan kejayaan menghampiri kita nanti..

Wallahu ' lam bisshawab.

8229246.

Dingin malam menerjah blogspot acik fosilmitra...

 Keindahan itu dingin

Kebetulan tah kenapa hari ini dimalam yang dingin acik terasa bagai disapa sesuatu untuk menerjah blogspot seperti diatas...

Kepada penulisnya yang masih lagi aktif.. Acik mendoakan agar beliau akan terus berkarya dan akan terus menukil kata yang terbaik untuk tatapan manusia yang masih dahagakan ilmu penerang jiwa dan hati.

Acik terkenang suatu ketika dulu ketika masih bersama dengan Tok Janggut (sdr Iswardy Morni) mengepalai Bincang Muslimin dan Muslimah di Bincang.net.

Setiap malam pasti akan ada ilmu baru yang acik dan kenkawan perolehi diruang udara Bincang Muslimin dan Muslimah itu. Ketika itu sdr Iswardy Morni atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut sering berkarya di bilik tersebut menjawab beberapa persoalan tentang agama dan isu semasa.

Ketika itu kadangkala acik begitu terpesona dengan jawapan yang diberikan oleh sdr TJ tersebut disebabkan ilmu yang beliau ada sememang nya amat mengujakan sesiapa yang membaca nukilan beliau.

Seringkali terdetik difikiran acik bagaimana beliau begitu cepat menukilkan kata kadangkala melebihi ribuan kata dalam masa yang begitu singkat.

Beliau juga mampu memberikan ayat-ayat yang mudah faham iaitu kita boleh memahami kata-katanya dengan hanya sekali bacaan sahaja. Begitulah kehebatan beliau tatkala itu.

Semoga perjuangan yang beliau sedang cuba untuk perjuangankan diterima oleh Allah SWT dan semoga segala kebaikan yang pernah beliau berikan ketika berkarya di Bilik Bincang Muslimin dan Muslimah dulu mendapat pahala yang berterusan hendakNya..

Wallahu'alam bisshawab.

Wednesday, September 29, 2021

Nowseeheart...

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......
.
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
.
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
.
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
.
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....
.
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.
.
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
.
AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Thursday, September 23, 2021

Agamawan Influencer Celebrity Diterjah..

Assalamu'alaikum wbt.. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama sama sekali lagi bersua disini..

Sebenarnya acik terpanggil untuk menulis sedikit nota tentang tajuk yang tertera diatas ini.

Setiap manusia mesti tak lepas dari salah dan silap sepanjang kehidupannya. Dan kita sebagai manusia harus terima perkara ini dengan seikhlasnya.. 

Siapa pun kita, pasti kata-kata kita boleh ditolak melainkan sabda Rasulullah SAW sahaja.

Justeru itu, biar apapun kesalahan yang telah kita lakukan ataupun "celebrity" tersebut telah lakukan (sehingga tulisan acik ini ditulis, keputusan siasatan polis masih belum di perolehi lagi.

Namun percayalah sebagaimana kita sendiri yang tidak akan suka aib dan dosa kita ditayangkan ke serata alam buana begitu jugalah dengan keluarga "celebrity" ini.. 

Hanya kepada Tuhan kita berserah diri dan hanya atas ketentuan Tuhan jualah segala perkara ini terjadi.. Mudah mudahan kita sebagai manusia biasa dapat menginsafi diri kita yang masih lagi banyak noda dan dosa dan semuanya tercatit walaupun sebesar zarah sekalipun dan akan dipertanggungjawabkan di hari perhitungan nanti..

Wallahu'alam Bisshawab.