Friday, April 21, 2006

Penjelasan BERGURU DGN BUKU = BERGURU DGN SYAITAN ?

BERGURU DGN BUKU = BERGURU DGN SYAITAN ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr yang tidak jemu-jemu menziarahi web al-Ahkam.net ini .

“ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “. Ini di antara kata-kata yang sering kita dengar .

Marilah kita meneliti kata-kata ini dengan mengikuti perbahasan mengenainya sebagai mana berikut :

Wednesday, April 19, 2006

Salam Takziah...

Al-Fatihah...
Acik ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan takziah buat ahli keluarga bapa saudara (adik kembar arwah abah acik) yg telah kehilangan isterinyer disebabkan mengidap penyakit barah payu dara yg telah sampai ketahap kritikal.

Alhamdulillah, mujur acik bersama keluarga sempat juga menziarahi beliau pada hari sabtu lepas sebelum balik ke kampung acik di rumah makcik Senaling utk mengadakan kenduri sempenan mak & makcik acik sekeluarga akan mengerjakan umrah nanti.

Tampak kesakitan yg beliau hadapi ketika itu, terasa pilu sungguh hati bila mengetahui beliau sememangnya sudah tidak punya harapan lagi utk hidup, sekadar menanti waktu menanti kedatangan ajal sahaja... Bayangkan jika kiter berada ditempat beliau... tela ketahui bahawa saat kiter untuk pergi dan takkan kembali sudah tiba... apa perasaan kiter tatkala itu?...

Yaa Allah... Engkaulah yg Maha Mengetahui akan sesuatu... insaf acik...

Tuesday, April 18, 2006

Spending Habits

Spending Habits

Again, the problem is you, not the economy or world politics

To see what I mean, look at the Ahmads, married with a combined Annual income of $60,000.They felt they didn’t spend extravagantly, but they were nonetheless concerned that they couldn’t seem to save any money. ‘‘We don’t drive fancy cars or take big vacations and our kids don’t have the latest Reeboks,” they told me. But we can’t seem to get ahead.” Needless to say, the Ahmads didn’t know where their money was going, so my firm helped them figure it out. The Ahmads commuted to work separately and here’s what we found:

When they each got to the office, each would buy a newspaper ($.1.20), Coffee ($.1.00), and a doughnut ($1.00). In a mid-afternoon break, they’d buy a candy bar ($.1.00). Without knowing the other was also doing this, each was spending $4.20. a day, for a daily total of $8.40. With 20 working days per month, they were spending $168 per month, or $2,016 a year And guess what happens to the money you earn before you receive it? It gets taxed. In other words, the Ahmads had to earn more than $2,600 in order to net the $2,016 that they frittered away on candy and soda. Then they came to us saying, “We can’t seem to save any Money.”

Have you ever withdrawn $50 from an automatic teller machine, yet find your wallet or purse empty just a few days later? Have you ever asked yourself, “Where does all my money go?” Like the Ahmads, you probably are piddling it away. You have absolutely no idea you’re doing it, because if you did know, you would stop instantly, for there isn’t rational human being in the world who would tolerate such nonsense. But we all piddle money away because we don’t pay attention. The Ahmads were spending 3 percent of their annual income on….Nothing. To avoid this problem, you’ve got to look at your spending habits, for that’s where you’ll find the key to your financial future. If your spending habits are causing you trouble, You can learn how to fix them.

Thursday, April 06, 2006

Cadangan membuat Tabung Khairat Kematian

Assalamu'alaikum wbt.

Apa pandangan kalian semua yg dihormati jika acik syorkan diadakan satu Tabung bertujuan utk memberi sumbangan kepada ahli2 yg kehilangan keluarga/adik-beradik/saudara mara yg tercinta?.

Ianyer berbentuk derma dimana satu account bank akan dibuka, kemudian setiap ahli yg bermurah hati akan menderma sekali sahaja dalam setahun iaitu samada RM5 atau RM10 atau seikhlas hati kiter. Sumbangan ini akan disimpan sehinggalah ada kematian dan aan disalurkan kembali kesemua wang tersebut kpd sipolan melalui tranfer account etc. Selagi tiada kematian yg dilaporkan disini maka duit simpanan tersebut akan tetap kekal dan hanya akan dibuat kutipan jika telah digunakan.

Apa pandangan sahabat2 semua?... Manalah tahu time ghat nanti boleh ler kiter sesama sedekah duatiga hinggit utk tabung nie... Tabung ini adalah usahasama antara forum Sekampung.net & Myikim.net... Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah kiter bincangkan ditopik ini. Harap mendapat sambutan kelak, insyaallah.

Wassalam.

Note:
Sekampung.net
http://www.sekampung.net/forum/showthread.php?p=326299#post326299
Myikim.net
http://myikim.net/v1/PNphpBB2-viewtopic-t-845.htm

Friday, March 31, 2006

Cantik fizikal atau rohani?

Menjadikan faktor fizikal untuk mencari isteri melebihi faktor akhlak.

" Ana nak minta calon isteri yang cantik, putih, dan sebolehnya kurus.
Itu yang paling utama…"demikian permintaan yang diajukan kepada saya
selaku ajk yang terlibat.

Sepanjang pemerhatian ( saya tidak sempat membuat rekod secara
spesifik tentang data yang terperinci kerana kesuntukan masa dan beban
kerja). Secara keseluruhan, hampir 70% permintaan baitul muslim dari
pihak muslimin yang diajukan kepada saya adalah berdasarkan kepada
faktor fizikal melebihi faktor yang lain.

Saya ingin membawa pembaca ke alam anatomi tentang siapa sebenarnya
manusia di sebalik kulit ini? Sebenarnya, Allah telah menciptakan
manusia semua berasal dari tanah, "Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah, kemudian Kami
jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh
(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu
segumpal darah itu kami jadikan daging, dan segumpal daging itu Kami
jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan
daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka
Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik."1.

Sekiranya kita mengoyakkan satu persatu lapisan kulit (dermis &
epidermis) kemudian kita akan menemui lemak (subcutaneous fat) dan
kemudian kita bertemu pula dengan otot, saraf dan pembuluh darah serta
noda limfa (muscles, nerves, veins, arteries & lymph nodes). Kemudian
kita pergi lagi mengembara lebih dalam dari lapisan tadi, kita akan
berjumpa dengan tulang-tulang (skeleton).

Jadi di manakah kecantikan yang sebenarnya? Kecantikan amat
superfisial. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan disimbah asid
atau kebakaran kecantikan superfisial tadi akan hilang sekelip mata.
Sedar atau tidak kita semua hanyalah ruh yang ditutupi dengan tulang-
tulang yang melekat padanya daging dan diselaputi kulit? Yang paling
penting adalah ruh atau jiwa yang terdidik dengan akhlak Islam. Tapi
malang, ramai yang tidak sedar hakikat ini.

Memang amat tidak dapat dinafikan punca utama yang menjadi tarikan
seseorang ialah kerana faktor mukanya dan fizikalnya yang lain. Tetapi
sudah lupakah ahli-ahli gerakan Islam sekalian, dengan hadith
Rasulullah? "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya
kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu
mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu
merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya.
Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih
utama".2

Ada satu lagi evidence base yang berlaku pada sahabat muslimat saya.
Dia merupakan seorang siswi yang memiliki fizikal dan paras rupa yang
menarik. Saya hairan, ramai muslimin yang ingin membantu muslimat tadi
mendapatkan calon suami. Mereka berpendapat, rugi sangat kiranya
muslimat tadi dimiliki oleh orang tidak faham Islam. Jadi tidak
rugikah kita jika muslimat yang memiliki suboptimal beauty dimiliki
oleh orang yang tidak faham islam? Adakah rugi itu hanya untuk wanita
cantik? Alangkah malangnya..

Tempoh masa kesuburan wanita sangat terhad.

Wanita akan memasuki umur tuanya apabila mencapai umur 35 tahun. Ini
bermakna ovum yang dihasilkan selepas itu tidak lagi berkualiti
seperti ovum-ovum yang dihasilkan sebelum 35 tahun. If the female
partner is 35 years or above, fertility is halved. Fertility declines
sharply after age of 37.4 (Jika pasangan wanita berumur 35 tahun atau
lebih, tahap kesuburan menjadi berkurang setengah dari asal. Kesuburan
akan menurun dengan amat mendadak setelah lebih 37 tahun). Dan 1/10
dari bayi yang dilahirkan oleh wanita berusia lebih 40 tahun mungkin
akan mempunyai sindrom Down's.

Saya sangat terkesan dengan maklumat yang diperolehi ini. Jika unit
baitul muslim tidak diutilisasikan dengan tahap yang optimum, saya
bimbang ramai di kalangan muslimat yang ditarbiyah akan lewat
mendirikan baitul muslim. Tambah bimbang lagi jika berkahwin pula
dengan lelaki yang tidak ditarbiyyah dan tiada fikrah. Ataupun tidak
berkahwin langsung pun. Alangkah membazirnya ovum-ovum yang berkualiti
itu. Mungkin ada yang sudah lupa atau belum habis membaca buku Fathi
Yakan; "Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan
agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan
kecantikan…"5

1. Al Quranul Karim, surah Al Mu'minun, ayat 12-14
2. Hadith riwayat Ibnu Majah
3. Najah Nadiah Amran, Isu mengenai wanita Islam dalam pemikiran MB
Kelantan,
Subur, hal 14.
4. Campbell & Monga, Gynaecology by Ten Teachers, Arnold, pg 83.
5. Fathi Yakan, Apa ertinya saya menganut Islam, DPF, hal 68.

Thursday, March 30, 2006

Tulisan Jawi Bukan Untuk Orang Jawa ..

Hmm... acik tertarik mendengar keluhan dari salah seorg mod di MyMasjid ini... Mengenai tulisan jawi... cer kiter baca sat...

Tulisan Jawi Bukan Untuk Orang Jawa ..

Oleh : Rule.Net®
Tarikh : 3/28/2006 10:39:58 AM,
aslm,
Memanglah perkataan "JAWI" itu sendiri diambil dari perkataan "JAWA", kerana bangsa Jawa yang kerap menggunakan tulisan jawi. Mereka menggunakan bahasa arab, parsi, hindi untuk menggantikan tulisan sanskrit setalah Islam mula tersebar.
Kat Malaysia, tulisan jawi mula dijumpai pada tahun 910 sebelum masihi, kat kedah beb ! Selepas itu baru batu bersurat kat kelantan.
Saya belajar di sekolah cina, waima pelajaran Bahasa Melayu pun diajar oleh guru cina. Pernah sekali saya terasa seperti "tak syok" apabila belajar bahasa melayu daripada seorang "apek" separuh abad.
Mungkin "apek" tu perasaan, dia memarahi saya dan menulis dipapan hitam dalam bahasa Jawi.
"Fuyoo ! aku pun tak boleh buat macam tu."
Semenjak itu saya menghormatinya, tetapi dia jer laa.
Isu yang ingin saya ketengahkan adalah masalah tulisan Jawi. Mana Jawi sekarang ? Apadah jadi ?
Dulu bahasa jawi diajar di sekolah, sampai apek ni pun boleh jadi 'ekspet'. Dulu, ia digunakan di dalam perlembagaan, surat menyurat raja-raja melayu.
Sekarang ni, agak-agak laa dalam 10 orang sorang jer yang tahu jawi, itu pun merangkak beb. Pada dari 1965, bahasa rumi di ikhtiraf sebagai tulisan rasmi melayu.
So, jawi orang tak pakai, kat sekolah pun tak der dah. Majalah Mastika yang dulu bahasa jawi pun mula bertukar sampai hari ni ..
Worst, apabila ramai tak tahu jawi, logiknya ramai laa yang tak tahu baca Quran. Akhirnya, tengok apa jadi dengan anak bangsa kita. Hancuszzz.
Korang tahu tak, ada sorang menteri yang bertanggungjawab memansuhkan jawi dari diajar di sekolah. Time tu dia jadi menteri pendidikan malaysia ...


p/s: Suratkhabar Utusan Melayu yg bertulisan jawi telah lama ditutup kerna tidak mendapat sambutan... maybe perlu ada satu usaha dari pihak kerajaan utk menangani permasalahan ini sungguhpun ianyer hanyalah sekadar masalah penulisan semata2.

Mazhab & Persoalannya.

Assalamu'alaikum wbt.

Al Imam As Syafie pernah menyebut "Kalau sahih hadis itu maka itulah mazhabku. Kalau ada pendapatku yang bertentangan dengan al-Quran dan As Sunnah yang sahih, buanglah pendapatku itu. Mungkin ada yang tidak kuketahui".
Sumber: trew BDN.

Hmm... acik tertarik melihat kenyataan Imam As-Syafie yg diberikan oleh saudara trew di forum BDN nie... terdahulu sebelum tue... maaflah jika ada yg lihat acik nie dok mengopy paste sajer karya atau artikel org kat dlm web blog acik nie...

Bukannyer takmo menulis sebarang kata disini... takut tersilap fakta & ilmu islam sahaja disini... Maklumlah acik nie org yg biasa saja dlm ilmu agamanyer... masih byk kelemahan yg perlu diperbaiki... masih byk kekurangan ilmu yg perlu diperubahi lagi...

Berbalik dgn isu diatas... masalah perbezaan mazhab... selaku org awam yg mana satu perlu kiter ikuti?... Mmg persoalan nie acik pernah usahakan utk mencari dan menyelidiki setiap artikel... setiap ungkapan dan setiap forum agama yg mengandungi serpihan persoalan yg sama... namun masih terasa kabur lagi...

Camne nak buat nie.. kalau2 ada yg arif boleh membincangkan lagi dgn sedalam2nyer mungkin kiter boleh dpt satu kata putus yg cukup selesa bagi diri dan seluruh umat islam...

Wallahu a'lam bisshawab.

Friday, March 24, 2006

Debate - precious

A Debate

Mufti sat next to a Reverend on a flight. The Rev asked the Mufti, What is
your occupation?

Mufti: I'm into big business

Rev: But what business exactly?

Mufti: I deal with God

Rev: Ah, so you're a Muslim religious leader. I have one problem with
you Muslims: you oppress your women.

Mufti: How do we oppress women?

Rev: You make your women cover up completely and you keep them in the
homes.

Mufti: Ah. I have a problem with you people: you oppress MONEY.

Rev: What? How can one oppress money?

Mufti: You keep your money hidden away, in wallets, banks and safes.
You keep it covered up. Why don't you display it in public if it's a
beautiful thing?

Rev: It will get stolen, obviously.

Mufti: You keep your money hidden because it is so valuable. We value
the true worth of women far, far more. Therefore, these precious
jewels are not on display to one and all. They are kept in honour and
dignity....

Thursday, March 16, 2006

Tips Mencari pasangan Hidup...

--------------------------------------------------------------------------------

"Jikalau anda pernah menonton filem Sleepless in Seattle, mungkin anda akan
percaya bahawa kita perlu berusaha dan kadang kala mesti bersusah-payah
untuk bertemu dengan idaman kalbu. Lihat sahaja bagaimana Meg Ryan yang
comel itu berusaha untuk bertemu dengan Tom Hanks, walaupun kedua-duanya
terpisah dengan jarak yang begitu jauh. Tetapi kerana tarikan yang Meg
rasakan tiada gantinya, dikuatkan juga semangat untuk menjejaki Tom Hanks,
yang beliau rasakan adalah cinta abadinya. Filem itu juga membuktikan yang
perkenalan juga memerlukan bantuan daripada orang sekeliling atau pun
"posmen". Tanpa bantuan anak lelaki Tom Hanks, mungkin Meg Ryan tidak akan
berpeluang langsung untuk bertemu dengan Tom Hanks.

Kehidupan seharian kita juga tidak banyak bezanya, berikut adalah beberapa
cara untuk bertemu, mendapat atau berkenalan dengan calon idaman kalbu.


Wednesday, March 15, 2006

Ada Apa Dengan 30 sen???

Cuba, mari kita renung2kan. Sekadar tiga keping syiling sepuluh sen.
Kalau dicampakkan ke lantai, bukan saja Bill Gates taknak ambil,
malah kanak-kanak pun tidak pandang kerana 30 sen itu tidak
cukup untuk mereka membeli kad mainan Naruto atau Pokemon dan seumpamanya.

Kenapa kita yang perlu bising dengan kenaikan 30 sen itu sedangkan budak
kecik pun tak pandang?

Setiap liter petrol menambahkan kos 30 sen. Untuk setiap tangki penuh 45
liter, kita telah berbelanja lebih RM13.50 . Jika sebulan kita isi tangki penuh 5 kali,
ini bermakna kita telah membelanjakan RM67.50 lebih banyak dari kos biasa.
(Boleh dapat setangki penuh lagi!)


Sudah pasti pesta kenaikan harga barang akan berlaku.

Katakan segelas minuman dinaikkan sebanyak 20 sen. Dan makanan dinaikkan 50
sen. Maknanya setiap kali makan kita akan membelanjakan 70sen lebih daripada
biasa. Seminggu bekerja 5 hari, maka 70sen x 5 hari = RM3.50. Maknanya
sebulan sebanyak RM14 penambahan kos perlu ditanggung oleh seseorang.
Anggaplah makan di luar sekali sahaja hanya pada waktu bekerja.
(RM67.50 + 14= RM81.50)


Harga barang pasti akan naik. Menteri nak bagi amaran tembak peniaga sampai
mati pun, tak ke mana. Harga barang lambat laun perlu dinaikkan juga.
Katakanlah satu kilo ikan naik RM1, dan kita membeli 10 kilo ikan sebulan,
maka penambahan kos yang ditanggung ialah RM10. Beli ayam, katakan ayam naik RM1 jugak.
Sebulan kita beli 10 ekor ayam, katakan 1 kilo seekor. Lagi RM10
perlu dibelanjakan untuk menanggung kos.
(RM67.50 + 14 + 20 = RM101.50)


Tu baru ikan dan ayam. Sayur, udang, sotong dan sewaktu dengannya belum
masuk kira. Misalkan semua tu kita anggap naik 10%, jika sebelum ni kita
belanjakan RM100 sebulan untuk itu semua, sekarang kena tambah RM10 lagi.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 = RM111.50)


Katakanlah harga barang runcit naik 10%. Jika sebelum ini kita membelanjakan
RM300 untuk barangan runcit, sekarang kita perlu belanjakan RM 330. Lebih
RM30 perlu ditanggung.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 = RM141.50)


Masak sendiri di rumah lebih jimat? Tapi jangan lupa, harga LPG pun naik 30
sen sekilogram. Satu silinder bersamaan 12 kg. 12 x 30 sen = RM3.60. Anggap
saja sebulan guna satu silinder.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 = RM145.10)


Sebulan paling tidak pun sesekali nak juga makan di luar bersama kawan-kawan
atau keluarga kan. Ikut teori kenaikan 20 sen harga minuman dan 50sen
makanan, sekali makan di luar kita terpaksa bayar lebih 70sen. Katakanlah
kita makan di luar, sebulan 5 kali, maknanya kita telah belanjakan lebih
RM3.50. Tu kira belanja diri sendiri. Kalau belanja kawan atau ahli
keluarga, mestilah berganda tambahannya.
(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 + 3.50 = RM148.60)




Jadi?
Simpanlah 30 sen tu untuk masa depan.
Sekarang, boleh rasa kan..????
Ada apa dengan 30 sen?!
Sesungguhnya, haku tercari2 dimanakah 30sen haku sekarang!

Tuesday, March 14, 2006

Haruskah Beramal Dengan Apa yang Menyalahi Mazhab Yang Empat?

Haruskah Beramal Dengan Apa yang Menyalahi Mazhab Yang Empat?

Soalan ini dikemukakan kepada saya oleh sebahagian pembaca sejak lebih dari satu pertiga kurun rentetan daripada apa yang disiarkan di dalam majalah Nurul Islam mengenai kajian fikah yang dinamakan oleh pengarangnya sebagai `Hukum-hukum yang ganjil.

Soalan:

Haruskah beramal dengan hukum-hukum yang ganjil ini, meskipun ianya menyanggahi mazhab dan Imam yang diredhai dan diikuti oleh pembaca? Apatah lagi terdapat di dalam hukum-hukum ini apa yang menyalahi semua keempat-empat mazhab yang dimuktamad.

Bagaimana jiwa akan tenang untuk beramal dengannya? Layakkah pula bagi satu majalah yang berpengaruh menyiarkan perkara-perkara seperti ini, lalu menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perdebatan antara para pembacanya? Sedangkan di waktu yang sama ia menyeru kepada perpaduan dan persaudaraan?

Jawapan:

Hukum `At-Talfiq' Antara Mazhab-Mazhab.

Soalan:

Apakah hukum bertaqlid kepada seorang Imam dalam satu masalah dan kemudiannya bertaqlid kepada Imam lain dalam masalah yang lain pula?

Jawapan:

Inilah yang dinamakan `talfiq'. Sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian yang lain melarangnya. Pada pandangan saya sekiranya 'talfiq' ini bertujuan mencari hukum yang termudah dan yang bertepatan serta disukai oleh hawa nafsu tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus.

Oleh itu para salaf telah berkata: "Orang yang mencari rukhsah (keringanan) daripada mazhab-mazhab adalah fasiq."

Sebagai contoh:

Seseorang yang mengambil pendapat mazhab tertentu apabila kepentingannya terdapat di dalam pendapat tersebut seperti seorang lelaki mengambil pendapat Abu Hanifah yang mengatakan jiran mempunyai `syufah' bagi membolehkannya memiliki rumah jiran sebelahnya.

Tetapi jika pendapat mazhab tersebut mendatangkan maslahat kepada jirannya, dia akan mengambil pendapat sebaliknya, iaitu jika dalam masalah yang sebaliknya. Dia berkata: "Aku mengambil pendapat Imam Syafie dan aku menolak pendapat lainnya."

Itu adalah kerana dia mengikut hawa nafsunya, mempermain-mainkan agama dan menjadikan mazhab-mazhab sebagai hamba kepada kepentingannya.

Seorang Mukmin sepatutnya sentiasa bersama-sama kebenaran sama ada kebenaran itu baginya atau ke atasnya (zahirnya menguntung atau merugikannya). Allah telah mencela kaum Munafiq di dalam firman-Nya:

"Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakinya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat ".Kemudian segolongan dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman. Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah RasuINya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta segolongan dari mereka berpaling engkar (menolak ajakan itu kiranya keputusan tidak menguntungkan mereka). Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukamannya). An-Nur: 47-49.

Kaum ini mahukan kebenaran mengikut mereka, bukannya mereka mengikut kebenaran seperti yang dilakukan oleh Mukmin sebenar.

Adapun sekiranya seseorang itu mengikut pendapat yang paling betul (rajih) pada, pandangannya (dari segi dalil dan hujah) dan paling kuat pada penilaian hatinya, bolehlah dia mengikut pandangan Abu Hanifah yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhuk, pandangan Syafie yang mengatakan bahawa keluar darah tidak membatalkan wudhu' dan pandangan Maliki yang mengatakan bahawa air tidak akan najis melainkan apabila berubah warna, bau atau rasa, setelah dia merasa tenang dengan dalil-dalilnya.

Inilah fatwa saya.

Semoga Allah memudahkan kita untuk memahami agamanya. Sesiapa yang Allah hendak berikannya kebaikan akan diberi kefahaman dalam agama.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad, keluarga, dan sahabat-sahabat baginda.
Berpegang Kepada Al-Quran Dan Sunnah.

Soalan:

Bolehkah kita bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat? Bolehkah kita berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah tanpa bergantung kepada mana-mana mazhab?

Jawapan:

Ya, harus bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat.

Berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah juga adalah harus bagi orang yang mampu berbuat demikian dari kalangan ahli Fiqh dan para pengkaji.

Mereka bolehlah mengkaji, berijtihad dan mengeluarkan hukum daripada al-Quran dan sunnah serta mencari hukum yang paling kuat berdasarkan dalil dan hujahnya.

Mereka juga boleh merujuk kepada ulama-ulama 'tarjih' dan ulama-ulama perbandingan mazhab yang membanding dan mencari hukum yang terkuat berdasarkan dalil dan hujah seperti Ibnu Daqiq al-'Eid, Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar al-'Asqalani, as-San'ani, asSyaukani dan lain-lain lagi.

Seterusnya bolehlah dia mengambil hukum yang paling diredhai, paling kuat pada pandangannya dan yang hatinya tenang untuk diamalkan dalam agamanya. Inilah tanggungjawabya. Allah tidak mewajibkan kepada manusia suatu tanggungjawab yang tidak mampu dipikulnya.

Pandangan yang tersebar di zaman kemunduran sekarang yang mengatakan bahawa pintu ijtihad telah tertutup adalah ditolak dan tidak mempunyai dalil sama ada daripada al-Quran, sunnah mahu pun ijmak.

Bahkan pengikut mazhab Hanbali dan lainnya telah berkata:

"Tidak harus wujud zaman yang tidak ada mujtahid yang berfatwa kepada manusia berdasarkan dalil-dalil. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah untuk memberikan kelebihan dan kemampuan kepada sebahagian hamba-Nya bagi membolehkan mereka berijtihad. Ijtihad bukanlah suatu yang mustahil. Bahkan, di zaman kita ini ijtihad lebih mudah dilaksanakan kerana adanya kemudahan jalan- jalan ilmiah yang tidak ada pada zaman sebelum kita seperti percetakan, fotostat, komputer dan sebagainya lagi.

Sementara orang yang tidak memahami ilmu bahasa (Arab) dan dalalahnya (petunjukkannya kepada sesuatu perkara), al-Quran dan sunnah serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-duanya, tempat-tempat `khilaf (perselisihan) dan ijmak, Usul Fiqh, Qias, kaedah-kaedah `ta'arudh', `tarjih' dan sebagainya yang merupakan alat-alat asasi untuk berijtihad, adalah berkewajipan untuk merujuk kepada pakar-pakar ilmu sebagaimana manusia kebiasaannya merujuk dalam sesuatu masalah kepada pakarnya. Firman Allah:

"Maka bertanyalah kamu kepada "Ahli Zikir" jika kamu tidak mengetahui. Al-Anbiya': 7

Sangkaan sesetengah golongan yang mewajibkan semua manusia berijtihad adalah suatu yang tidak dapat diterima. Ianya adalah suatu yang tidak mungkin serta tidak mempunyai dalil.

Masalah-Masalah Yang Diperselisihi.

Masalah-Masalah Yang Diperselisihi.

Soalan:

Adakah semua pandangan dalam perkara yang diselisihi ini sabit daripada Rasulullah?

Jawapan:

Terdapat banyak amalan yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) dan diriwayatkan daripadanya bahawa baginda memang pernah melakukannya meskipun terdapat amalan lain yang lebih kerap dilakukannya.

Contohnya, takbir di dalam azan. Adakah empat kali atau dua kali sahaja. Kedua-dua bilangan ini diriwayatkan daripada Rasulullah.

Mazhab Maliki mengambil bilangan dua kali, manakala mazhab lain mengambil bilangan empat kali.
Begitulah juga dengan tarjii' (mengucap dua kalimah syahadat dengan perlahan sebelum dilaungkan). Ianya telah diriwayatkan daripada Rasulullah. Sebahagian ulama menerimanya dan sebahagian yang lain menolaknya.

Sebahagian dari perkara ini diriwayatkan daripada Rasulullah, meskipun mungkin satu bahagian lebih kerap diamalkan daripada bahagian yang lain. Seperti membaca bismillah dengan kuat.

Adalah diriwayatkan, baginda tidak membacanya dengan kuat. Namun, terdapat hadis-hadis yang menunjukkan baginda membacanya dengan kuat. Ini tidaklah menghalang kemungkinan baginda membacanya dengan kuat dalam sesetengah keadaan untuk mengajar orang yang bersembahyang di belakang baginda atau sebagainya.

Oleh itulah, Ibnu Taimiah telah berkata di dalam perkara-perkara yang seumpama ini:

"Kita boleh meninggalkan perkara yang afdhal dalam ibadat demi menyatukan hati, sebagaimana Rasulullah membiarkan Kaabah daripada dikembalikan pembinaannya di atas asas yang telah dibina oleh nabi Ibrahim kerana bimbang orang ramai akan menjauhkan diri daripadanya.

Imam-imam seperti Imam Ahmad juga berpandangan demikian dalam masalah bismillah, menyambung sembahyang witir (iaitu sama ada tiga rakaat sembahyang witir dilakukan dengan satu atau dua salam) dan sebagainya yang menunjukkan boleh meninggalkan perkara-perkara yang afdhal demi menyatukan hati, serta untuk menunjukkan bahawa perkara itu adalah sunnah dan sebagainya."

Hukum Mentaqlid Imam-Imam.

Hukum Mentaqlid Imam-Imam.

Soalan:

Apakah hukum mentaqlid Imam-imam?

Jawapan:

Terdapat golongan yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam-imam yang empat. Inilah yang dikatakan oleh pengarang kitab tauhid, `al Jauharah'

Terdapat juga pendapat melampau yang menyatakan wajib bertaqlid kepada Imam yang tertentu sahaja:

Pengikut mazhab Syafie berkata wajib bertaqlid kepada Syafie: Pengikut mazhab Hanafi berkata wajib bertaqlid kepada Abu Hanifah. Begitulah seterusnya, pengikut mazhab Maliki dan Hanbali berkata wajib bertaqlid kepada imam mereka.

Pendapat ini adalah silap menurut para pengkaji. Bahkan mereka berkata:

"Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama."

Perselisihan Di Antara Imam-imam dan Hukum Bertaqlid Dengan Mereka

FATWA DR YUSUF QARADAWI - Bertaklid Pada Mazhab

Perselisihan Di Antara Imam-imam dan Hukum Bertaqlid Dengan Mereka

Soalan:

Kenapakah Imam-imam berselisih dan apakah hukum bertaqlid dengan mereka? Adakah pandangan-pandangan dalam masalah yang diperselisihi ini sabit daripada Rasulullah? Kenapakah terdapat perkara dalam ibadat yang mengikut pandangan seorang Imam adalah wajib dan mengikut pandangan Imam lain pula adalah makruh? Apakah pula hukumnya mentaqlid seorang Imam di dalam satu masalah, kemudian mentaqlid Imam lain di dalam masalah yang lain pula? Bolehkah kita mentaqlid selain daripada Imam-imam yang empat? Haruskah kita berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah tanpa bergantung kepada mana-mana mazhab pada zaman ini?

Jawapan:

Monday, March 06, 2006

Sedarkah anda strategi sulit musuh Islam?

Drp terjemaah Surah Al-Mumtahanah:

1] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

2] Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
.
.
.
.
7] Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

8] Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

9] Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Friday, March 03, 2006

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak.

Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh nak guna, sayang, dan macam-macam alasan. Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya
tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi
Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!" Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."
"Encik takut?" Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian. Tentangannya lebih
hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."
Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula
mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.

Meter Baru Kereta Anda...