Friday, September 29, 2006

Isu sensitif di BDN?

Assalamu’alaikum wbt.

Sebenarnyer acik nie jarang membawa isu2 diforum kedlm laman web blog acik utk diperbincangkan… Namun topic yg berada dipautan ini begitu menarik perhatian acik utk diketengahkan disini…. Dilaman web secerah pawarna acik fosilmitra ini…

http://bincang.net/forum/showthread.php?p=1529545#post1529545

Terlalu byk persoalan yg acik dok pikirkan diakai kepala hotak acik nie… apa silapnyer topic pertanyaan “Dlm seminggu berapa kali anda ke majlis ilmu?” tersebut?…

Mungkin jugak disebabkan kesilapan acik kerana meletakkan isu tersebut di Bilik Bincang-bincang dan bukan di Bilik Bincang Muslimin & Muslimah?.. Disebabkan itu seakan wujud niat dihati acik nak pekenakan org dgn persoalan sebegitu sensitive (yg mmg dah acik mentionkan diawal topic tersebut).

Berkemungkinan jugak sebab kenyatan yg acik petik dari saudara Ann Wan Seng (seorg muallaf yg telah dijemput khas memberikan ceramah diopis acik) yg mana beliau berkata “punca umat islam di tindas sekarang ini berkemungkinan disebabkan org dah mula tak berminat dgn majlis ilmu... “Didlm majlis tersebut juga disebutkan kebaikkan menghadiri majlis ilmu dibulan puasa ini yakni bakal mendapat seribu pahala org solat sunat dgn keizinan Allah SWT.

Jadi niat acik sebenar ialah cuba utk bertanya kpd semua umat2 Muhammad SAW di dlm BDN tersebut berapa kali mereka pergi kemajlis ilmu bukanlah dgn niat nak bermegah2 sebab acik baru jer poie majlis ilmu sebegitu… (kalau pun acik ada terniat sedemikian, who cares?!… siapa nak ambik tahu melainkan acik dgn Allah SWT semata2…

Nielah kalau didlm hati kiter dah ada penyakit hati… hati yg berpenyakit… tak mahu… taknak… takde masa nak beramal ibadah sungguhpun dibulan baik ini… Acik harap acik tak dikatakan riak lagi dgn kenyataan sebegini sebab nampak sgt pulak…
Umat islam dipalestin… umat islam disomalia… umat islam dibosnia herzegovina… umat islam diafghanistan… umat islam di Iraq… umat islam di Acheh… umat islam di mana2 sahaja diserata dunia yg telah ditindas oleh org bukan islam kalau nak kiter katakana penyebab mereka ditindas (adalah sebab meninggalkan majlis ilmu)… amatlah tak logic pulak… camne tgh sibuk nak berperang sempat pulak pak2 imam mereka nak kasi ceramah?… kasi ceramah dgn peluru berpandu nak ler mereka…

Cuma disini kiter dpt simpulkan… jikalau semua umat islam yg ditindas tadi mengikuti majlis ilmu misalnyer majlis ilmu tentang peripentingnyer mengikat perpaduan… mementingkan persaudaraan sesame islam, pentingnyer mempertahankan aqidah dan sebagainyer lagi nescaya takkan mungkin mereka ditindas… Umat islam begitu ramai didunia nie saudara saudari semua… seperti sabda nabi umatku diakhir zaman seperti buih dilautan… bilangannyer begitu ramai sekali tetapi tidak bersatu… berpecah belah menyebabkan mereka ditindas…

Tah ler… acik malas nak menjawab lagi sekali persoalan saudari Chester yg diajukan pada acik… kalau acik sebutkan lebih byk maka akan lebih byk ler keburukan acik dilihat dimata beliau seakan beliau tahu pulak niat dihati acik yg setahu acik hanya Allah SWT yg mengetahuinyer… Baiklah… acik berenti disini utk wat kerja… dah nampak sgt mengular sawa tahap tertinggi lak nie… Acik memohon maaf jika ada silap dan salah acik… acik manusia biasa… boleh ajdi salah boleh jadi betul… jika fikiran acik menepati as-sunnah maka terimalah… sekiranyer tidak maka tinggalkan… Firman Allah SWT patutkah kamu menyuruh org lain berbuat kebajikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri… apa yg bai itu dtgnyer dari Allah SWT dan apa yg kurang tue sememangnyer datangnyer dari diri acik sendiri sebagai manusia biasa… byk lagi nak tulis nie tapi udah-udahlah dulu… kekeke.

Wallahu a’lam bisshawab.

Thursday, September 28, 2006

Menumpang Teknologi Allah

Kalau mengharapkan teknologi manusia, memang kita tidak ke mana! Ada satu cerita berkaitan seekor semut yang hinggap di kopiah seorang haji. Pak Haji ini, kemudian pergi ke Taiwan dari Malaysia pada waktu pagi, manakala malamnya sudah berada di Malaysia semula. Ketika semut itu berkata, bahawa dia telah pergi ke Taiwan kepada rakan-rakannya, mereka tidak percaya. Jaraknya beribu-ribu kilometer dan dirintangi laut yang luas!

Namun ia tidak mustahil jika si semut berada pada kopiah si Pak Haji. Memanglah si semut tidak mampu berbuat demikian sendirian. Namun jika menumpang teknologi manusia, pasti boleh. Dan ia terjadi.

Menumpang Teknologi Allah

Teknologi Allah lebih hebat. Allah menjadikan cahaya dan tidak mustahil untuk menjalankan hambanya di malam hari untuk sampai kelangit ketujuh dan Sidratul-Muntaha sambil memerhati pelbagai peristiwa. Tidak mustahil kerana Allah mampu melaksanakan teknologi sehebat itu. Dialah al-Khaliq. Kalau Rasul sekadar menumpang teknologi manusia, ke Mekah pun tidak sampai pada pagi besoknya.
Kalau mengharapkan manusia mengubat sakit pada hati manusia dengan dengki, hasad dan dendam, memang kita tidak mampu walaupun berjuta-juta disumbangkan kepada Institut Jantung Negara atau institusi lain. Kita mengharapkan teknologi Allah yang menjadikan hati itu sendiri.

Kalau kita mengharapkan manusia memberi motivasi pada diri kita sepanjang masa, ia tidak mampu terjadi kerana si Pencipta memang sudah meletakkan motivasi rendah dan tinggi dalam hidup. Kalau tidak berbalik pada formula-Nya, pasti kita payah memotivasikan diri walaupun pergi ke program setiap hari. Ia berbalik kepada teknologi Allah yang perlu dilihat manualnya di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Teknologi Allah perlu dipelajari

Kalau kita ingin mengecap nikmat komputer, perlulah ambil masa untuk mempelajari teknologi komputer. Memang ada manusia yang lemah semangat untuk mempelajarinya terutama yang sudah tua-tua. Mereka kata ' Susah , biarlah orang muda'.
Namun ada juga yang tua dengan semangat yang kuat mampu belajarnya, walaupun berdikit-dikit. Untuk mengecap teknologi Allah, wajarlah kita mempelajarinya berdikit-dikit. Luangkanlah masa untuk mendalami al-Quran dan as-Sunnah samada sambil membaca atau bersama dengan individu yang berilmu atau mendengar ceramah.
Teknologi amat luas.Ia terpulang kepada diri kita untuk menggunakannya atau tidak.

Wallahu a'lam - Sumber saifulislam yahoo groups.

Wednesday, September 27, 2006

Kanser Kolon (Usus besar)

Assalamualaikum

Tahukah anda:

> Pembunuh nombor 2 lelaki dan wanita (selepas Kanser paru-paru) ialah kanser kolon (Usus besar).

(Source: Balch P.A dan Balch J.F, Perscription for Nutritional Healing, 2000).

> 90 Peratus penyakit di akibatkan oleh kolon yang tidak sihat.
(Source: Balch P.A dan Balch J.F, Perscription for Nutritional Healing, 2000)

> Hanya setelah kanser tersebut berada pada peringkat merbahaya baru kita menyedari kita sudah mengidap penyakit kanser kolon.

Pencegahan adalah lebih baik dari mengubat. Apa kata anda dan keluarga anda cuba menjawab soalan di bawah dan lihat keputusannya di hujung soalan.

Untuk penerangan dan cara menyelesaikan masalah ini boleh dibincangkan di sini. Kalau segan boleh PM atau email saya personally di munajat12@yahoo.com dan saya akan terangkan kaedah pencegahan awal terhadap kolon kanser ini insya-Allah.

Sila tandakan pada mana yang berkenaan sahaja dan kira.

Monday, September 25, 2006

Selamat Berpuasa sahabatku sekelian...

Maksud hadis, "Telah diriwayatkan oleh Abi Hurairah (RA) daripada Rasulullah (SAW), baginda bersabda: Firman Allah SWT segala amalan kebajikan anak adam itu adalah untuknya kecuali puasa itu bagiku dan aku memberikan pembalasan (pahala) kepadanya dan puasa itu adalah satu perisai (penghalang dan daya pencegah) daripada perbuatan maksiat dan sekiranya sesaorang itu sedang menjalani puasa maka janganlah mengeluarkan cakap-cakap dan perkataan-perkataan yang keji lagi kotor seumpama perbuatan orang jahil dan janganlah mengangkat suara terpekik terlolong bertengkaran, jika sekiranya dimaki atau dicaci oleh seseorang atau bercakaran, maka hendaklah ia berkata, sesungguhnya saya sedang berpuasa dan demi Allah, benar bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi disisi Allah daripada bau kasturi. Seseorang yang berpuasa itu memperolehi dua kesukaan, iaitu kesukaan dikala berbuka dan kesukaan dikala berhadapan dengan Allah.

(Dipetik dari kitab himpunan Khutbah 2005 Mufti Kerajaan Negeri Perlis).

Thursday, September 21, 2006

Muhamad Raziq Mifzal & Muhammad Syazwan.

Assalamu'alaikum wbt.

Mungkin ramai tertanya2 siapa gerangannyer si kecik comel lote yg menjadi penghias avatar acik dimana2 forum dan di web blogger nie... Bagi yg dah tahu tue maka tak perlulah nak ambik tahu lagi ek... nie yg bagi belum tahu maka acik nak ler bagitahu sebelum anda semua makan tauhu dirumah tue... Sebenarnyer itu adalah anak buah acik Muhammad Raziq Mifzal namanyer... Ayahnyer adalah abg sulung acik...

Image Hosted by ImageShack.us

So, anak acik yg baru lahir nie lum dapek acik nak create avy darinyer... sekadar buat tatapan semua... maka inilah gambar seminggu selepas dirinyer lahir ke dunia... Muhammad Syazwan atau dlm maksud bahasa arabnya "Harum Keturi"

Image Hosted by ImageShack.us

Sekian... wassalam.

Saturday, September 16, 2006

Kisah Rasulullah S.A.W Dgn Sebiji Limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika
itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji

buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa

terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan

senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun

kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis

semua limau itu.

Friday, September 15, 2006

Zikir... ibadat paling mudah dapat pahala

Tajdid Iman: Zikir ibadat paling mudah dapat pahala

Bersama Dr Juanda Jaya

Amalan tak memerlukan seseorang berwuduk, menutup aurat dan batas waktu

PENGARANG kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari. Burung itu hinggap di atas pokok kurma.

Ahli ibadah itu hairan kerana tidak ada seekor burung pun yang mempunyai sarang di situ.

Beliau berkata: "Saya memanjat pokok itu dan melihat di sana ada seekor ular buta. Setiap kali burung itu mendekatinya, ia pun bersuara, lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang. Perbuatan itu dilakukannya setiap hari."

Kisah berkenaan mengajar kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh diberikan kepada orang lain, manakala, kehinaan itu kerana mensia-siakan potensi dan kekuatan jasmani dan rohani yang Allah kurniakan kepada kita.

Haiwan bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Tetapi, manusia masih lagi diulit mimpi angan-angan yang panjang.

Haiwan dan alam semesta semua berzikir kepada Allah, tetapi manusia sibuk melupakan Allah.

Allah berfirman menyeru kepada orang yang mengaku beriman bermaksud: "Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan rasul-Nya serta orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah al-Taubah, ayat 105)

Bekerja adalah ibadat. Bahkan, nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama. Tetapi, sifat malas sering timbul ketika melakukan jihad ini. Ia sentiasa hadir dalam kehidupan pekerja yang beriman.

Di manakah kelemahannya hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur?

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Semangat kerja Nabi Idris patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri.

Pada suatu hari, Allah berfirman bermaksud: "Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Seperti firman Allah bermaksud: "Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi." (Surah Maryam, ayat 57).

Nabi Idris menjawab: "Saya tidak tahu wahai Tuhanku." Allah berfirman: "Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.

Allah berfirman yang maksudnya: "Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh." (Surah Fatir, ayat 10)

Demikianlah keutamaan Nabi Idris kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar.

Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu' al-Fatawa menyatakan � amalan yang paling utama selepas amalan yang fardu adalah zikrullah.

Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku tunjukkan amalan paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu, lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu?" Sahabat menjawab: "Tentu wahai Rasulullah SAW." Rasulullah SAW bersabda: "Zikrullah."

Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat.

Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila saja dan dalam keadaan apa pun, ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: "Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah."

Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya.

Baginda adalah ketua negara yang amanah, mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat. Rasulullah SAW juga ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah penyayang dan saudara lelaki penyantun.

Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi Baginda mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ia tidak terhenti kecuali kedua-dua kaki ini sampai di pintu kenikmatan tertinggi, syurga abadi!

INTI PATI
Berkat berzikir

Bekerja adalah ibadat kerana nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah paling utama.

Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat malah tidak dibatasi waktu atau tempat.

Haiwan dan alam semesta berzikir kepada Allah.

Tuesday, September 12, 2006

Ucapan Penghargaan Buat Semua Teman.

Terima kasih buat sahabat acik saudara saudari impreza, trew, pemusnah dewa, ali, kak ed, maziah dan lain2 yg telah sudi merakamkan ucapan tahniah mereka di web blog acik yg tak seberapa nie... Acik doakan semoga kalian semua diberkati dan diredhai oleh Allah SWT selalu.

Friday, September 08, 2006

Komen artis selepas Siti Nurhaliza berkawen... (sajer menyelit skit)

Rosyam Nor:
"Saya minta maaf banyak banyak pada Siti kerana tak dapat menghadiri jemputan Siti sebab RTM dah bagi tawaran lumayan untuk jadi hos rancangan MAWI-INA. Walau apa pun saya doakan semoga Siti berbahagia. Next time kalau Siti nak bersalin ke, nak bercerai ke dan teringin masuk TV, jemputlah saya untuk jadi hos"

Datuk Yusof Haslam:
"Saya rasa gembira melihat majlis perkahwinan ini dan mendoakan semoga dua mempelai berbahagia. Walaupun Siti tak pernah berlakon dalam filem arahan saya, tapi saya ingin buat filem mengisahkan percintaan Siti dan Datuk K. Saya rasa A.Galak yang jugak bermisai tebal dan berusia sesuai untuk watak Datuk K"

Datuk Sharifah Aini:
"Walaupun dia tak jemput Kak Pah, Kak Pah tetap menonton TV malam tu. Terima kasih TV3. Kak Pah doakan Siti akan berbahagia dan cepat dapat anak dan cepat jadi gemuk lepas tu. Kalau boleh segemuk Kak Pah"

Ella:
"Siti dah selamat. El belum ada jodoh. Mungkin lepas ni El akan belajar dari Siti cara pikat Datuk"

Mawi:
"Saya jugak minta maap pada Siti sebab tak dapat hadir malam tu. Bukan niat saya untuk 'potong line' tapi saya dibayar untuk berlakon apa yang patut. Sudah rezeki saya. Tapi apa apa pun harap Siti terus gembira dengan suaminya. Selamat pengantin baru"

Ina (Tunang Mawi):
"Jaga mak. Jaga mak. Jaga mak"

Aznil:
"Selamat berbahagia Siti. Saye tak dapat hadir. Astro ugut nak pecat saye kalau saye tak nak jadi hos untuk MAWI-INA. Minta maap Siti. Lagipun saye tak berduit sebab AF dah habis. So kena la buat duit sikit"

Pak Lah:
"Saya suka erti disebalik jumlah mas kahwin dan duit hantaran. Ia melambangkan Islam Hadhari. Tahniah untuk Siti"

Sammy Vellu:
"Saye hingin mengucapken Selamat Pengantin Baru kepade mereke. Tol tidak akan dinaikkan. Siti boleh selalu balik kampung di Kuale Lipis"

Syarifah Amani:
"I will look stupid if I wear kurung Melayu"

Karam Singh Walia:
"Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua, tidak semestinya sama rata, datuk pilih si ayam dara, siti mendapat si ayam tua"

Muhammad Aazif (anak Datuk K):
"Kalau dulu bila sambut Mother's Day kami akan nyanyikan lagu ibu untuk mummy. Tapi bila Father's Day tak de pun lagu untuk kaum bapa, ade pun satu jer tapi tak sesuai utk papa. But this time we all boleh nyanyikan lagu tu..... "Ayahku Kahwin Lagi"

Monday, September 04, 2006

Hari pertama bergelar Bujang Tersegak.. hehe

Assalamu'alaikum wbt.

waduh2... sejak bergelar bapak nie kendian ditinggalkan seorg diri (almaklumlah isteri dan anak sudah berada diumah mak mentua) terpaksalah acik berdikari...

Basuh baju, seterika baju dan pelbagai lagi dgn sendirinyer... Arini first day mula kerja selepas seminggu bercuti.. erm alahai... cuti tahunan pun dah nak abis dah nie...

Sedikit al-kisah sewaktu melihat isteri acik sedang berkerja keras melahirkan baby... terlihat kebesaran Illahi didepan mata... terasa gentar mengenangkan bagaimana nasib isteri antara hidup dan mati tatkala itu... berusaha utk mengelaurkan zuriat dari dlm kandungan...

Acik mmg berada disebelah isteri ketika beliau sedang sakit utk melahirkan baby... seakan terasa juga kesakitan yg dialami oleh isteri ketika bersusah payah utk meneran dan menahan nafas...

Acik yakin dan percaya jika semua org dpt melihat kesusahan ibu beliau melahirkan diri mereka, nescaya takkan berlaku lagi penderaan seksual terhadap wanita dewasa ini.

Apa yg acik lihat akan acik jadikan iktibar dan panduan dlm hidup ini, insyaallah. Semoga Allah SWT memberikan sebyk2nyer pahala buat isteri acik yg telah bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawabnyer sebagai seorg ibu dan isteri.

wallahu a'lam bisshawab.

Thursday, August 31, 2006

Fosilmitra Junior lahir 25hb Ogos 2006.

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan inayahNya telah menganugerahkan acik & isteri seorang cahayamata lelaki pertama dalam hidup kami.

Bayi seberat 3.08 kg yg lahir pada pagi Jumaat, 25hb Ogos tepat jam 11.41 pagi di Hospital Putrajaya telah kami namakan Muhammad Syazwan. Namun begitu, sehingga nukilan ini dituliskan, Muhammad Syazwan masih lagi berada di Hospital Putrajaya selang 3 hari berada dirumah kerana mengidap 'kuning'diparas yg hampir serius.

Semoga anak acik ini akan cepat sembuh dan doa kalian semua diharapkan. Untuk tatapan semua, inilah anak yg telah isteri acik lahirkan...

Image Hosted by ImageShack.us

Wassalam.

Friday, August 11, 2006

Sehigga jam 4 ptg, 11 Ogos 2006.

Assalamu'alaikum wbt.

Acik telah menghubungi isteri acik dirumah dan khabarnya beliau masih tidak memberikan apa2 tanda untuk melahirkan lagi. Jadi, semoga isteri acik akan tabah menghadapi saat-saat yang sangat ditakutinya selama ini dengan selamat sejahtera dan sentosa.

Wassalam.

Tuesday, August 08, 2006

IFC - di antara kebaikan dan keburukan

IFC - di antara kebaikan dan keburukan

--------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum

Inter Faith Comission (IFC) di wujudkan oleh beberapa badan bukan kerajaan termasuk Sister in Islam (sis) dan beberapa lagi pertubuhan rentetan dari peristiwa murtadnya Lina Joy dari Islam kepada kristianity. Sebelum ini kita dikejutkan dengan isu Aisyah dan hakikatnya menurut statistik tidak rasmi beribu lagi menunggu untuk menjadi murtad (walhal hakikatnya dengan niat demikian mereka telah pun murtad.

Apakah isu yang diperjuangkan oleh IFC?

IFC cuba melobi kerajaan agar memansuhkan artikel 11 perlembagaan persekutuan dan secara specificnya artikel 11 (4) yang menyatakan bahawa rakyat malaysia bebas beragama tetapi penyebaran agama lain boleh disekat sekiranya ia cuba dilakukan ke atas umat Islam. Walaupun tidak terdapat larangan secara khsuus di dalam undang-undang melarang orang Islam keluar Islam, tetapi perlembagaan yang menyebut bahawa orang melayu mesti beragama Islam mengindikasikan bahawa seseorang yang telah Islam itu tidak boleh keluar agama seperti mana seorang melayu tidak boleh mengubah hakikat dirinya melayu.

Thursday, August 03, 2006

MALAYSIAKU HARI INI...

kuliah maghrib tak de lagi
dikir barat sampai pagi
sure heboh tiap2 negeri
mufti menegur terus dimaki
kes bunuh hari2
rompak ragut makin menjadi
aurat dah tak ambil peduli
termasuk bini para menteri
hukum hudud selalu dicaci
pelembagaan penjajah di junjung tinggi
pejuang islam ditangkap digari
bapak rasuah pula dipuji
inilah dia islam hadhari
tajaan paklah ahmad badawi
Al-ghazali yang kita cari
rupa2nya Mawi yang ditemui.....
dari kampung ke akademi
dari ngaji nak jadi penyanyi
hidup biasa kini sensasi
dari tsunami jadi tsumawi
menjadi idola masa kini
tapi skrg apa dah jadi
putus tunang bapa pula mati
dulu dijulang kini dicaci
konon mula dah lupa diri
ina ditatang kini di benci
alasan sudah takdir ilahi
alasan lapuk sejak azali
akhirnya putus kahwin tak jadi
hai kau ni mawi apa nak jadi....
kini pula kecoh hal siti
dah tiba masa nak dikahwini
oleh datuk tp bukan menteri
jauh lagi pemimpin tertinggi
kahwin pula nak ikut hati
tak de yang muda lekat dihati
yg tua juga pilihan hati
apa nak jadi kau ni siti..
datuk k tu pula tak sedar diri
dah tua bangka nak kahwin lagi
tak sedar diri anak dah berlari
bagi pompuan sekejab menjadi
alasan kahwin juga takdir ilahi
sudah jodoh harus dituruti
umum kahwin bagai nak umum menteri
jangan cerai udah cam erra ngan yusri.
cukup sudah tulisan ku ini
sebagai nasihat dan teladan hari ni
kisah 2 insan ini
kononnya role model masa kini
tercipta dari islam hadhari
yang jadi kebanggaan seantero negeri
bak tua dan juga muda mudi
akhir kata dariku ini
moga malaysia negara ku ini
cemerlang gemilang, terbilang lagi terperi
menjadi kebanggaan seluruh duniawi
bukan kerna siti dan mawi
tapi jadilah insan sejati
mencari jalan kebenaran hakiki
moga hidup selalu diredhai

amin....

Friday, July 21, 2006

Perintis Malaysia

Donald Trump: Lah, kenapa kamu kalah?

Pak Lah: Saya pun kurang pasti, semua yang kami rancangkan berjalan lancar. Mungkin pasukan lain mempunyai kelebihan dari segi idea dan buah fikiran.

Donald Trump: Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam kumpulan ini?

Pak Lah: Saya. Tetapi yang mencadangkan perkara tersebut ialah Samy Vellu.

Samy Vellu: Memang saya yang mencadangkannya tetapi saya pun tidak tahu perkara akan jadi seperti ini.

Donald Trump: Tapi kamu telah membuat kesilapan yang besar. Siapa yang bertanggungjawab dalam promosi? Saya melihat promosi kumpulan kamu sangat teruk, sedangkan kumpulan lain menyasarkan kepada pelanggan internet. Kamu hanya mempromosi di kaki lima.

Khairy: Saya yang menguruskan promosi.

Donald Trump: Apa pula tugas Najib? Najib: Saya menguruskan jualan. Bagi saya jualan kami tidak menyumbang kepada kekalahan tapi strategi pemasaran.

Donald Trump: Saya sangat kecewa dengan prestasi kerja kamu, terutamanya kamu Samy Vellu. Tetapi sebagai pengurus projek, semua tanggungjawab terletak di bahu kamu Lah. Apa pendapat kamu?

Pak Lah: Saya akuinya dan saya akan mempertingkatkan usaha saya dalam tugasan akan datang. Saya akan membuktikan yang saya akan menjadi perantis kamu.

Donald Trump: Baiklah, saya ingin kamu memilih 2 orang untuk dibawa ke bilik persidangan. Siapa yang kamu pilih?

Pak Lah: Najib dan Samy Vellu.

Donald Trump: Kamu pasti? Kenapa kamu tak memilih Khairy? Bukankah Khairy juga melakukan kesalahan dengan pelan promosi yang kurang memberangsangkan?

Pak Lah: Khairy lebih berusaha melakukan tugasannya dengan baik berbanding Najib walaupun gagal.

Najib: Ye kenapa kamu memilih saya? Apa yang telah saya lakukan?

Pak Lah: Jualan sedikit disebabkan oleh kamu. Itu tidak dapat dinafikan.

Najib: Jualan sedikit kerana promosi oleh Khairy yang tidak sesuai dan tidak dapat menarik ramai pelanggan.

Donald Trump: Sudah, cukup! Lah, kamu tahu yang Khairy dan Samy Vellu lebih banyak melakukan kesalahan berbanding Najib. Tetapi kamu tidak memilih Samy Vellu. Terlalu banyak kesalahan kumpulan kamu minggu ni. Kamu tidak dapat memimpin dengan baik.

Pak Lah: Tapi..

Donald Trump: Lah, terlalu banyak kesilapan minggu ni.

Pak Lah: Tapi Tuan Donald... saya...

Donald Trump: Lah... You're fired! Go!

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 20, 2006

Malaysia vs Singapore- Why we fail the negotiation?

Malaysia vs Singapore- Why we fail the negotiation?

Singapore Cabinet

PM Lee Hsien Loong
Cambridge University - First Class Honours (1974)
Harvard University - Masters (1980)

SM Goh Chok Tong
University of Singapore - First Class Honours (1964)
Williams College, USA - Masters (1967)

MM Lee Kuan Yew
Cambridge University - First Class Honours (1949)

Minister for Law Prof. S Jayakumar
University of Singapore - Bachelor of Law Honours (1963)
Yale Univerity - Masters (1966)

Minister for Home Affairs Wong Kan Seng
University of Singapore - Bachelor of Arts & Business Admin (1977)
London Business School - Masters (1979)

Minister for Foreign Affairs BG George Yeo
Cambridge University - Double First Class Honours (1976)
Harvard Business School - MBA w/ Distinction (1985)

Minister for Trade and Industry Lim Hng Kiang
Cambridge University - First Class Honours w/ Distinction (1976)
Harvard University - Masters (1986)

Minister for Defence Teo Chee Hean
University of Manchester - First Class Honours (1976)
Imperial College, London - Masters w/ Distinction (1977)

Minister for Education Tharman Shanmugaratnam
London School of Economics - Bachelor of Arts
Cambridge University - Masters
Harvard University - Masters


Azlina Jailani yg mahu bergelar Lina Joy...

13 Julai 2006

Peguam Kes Murtad Shazalina Jaafar/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI Jaya, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.

Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.

Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini.

Tuesday, July 18, 2006

BANGANGKAH MELAYU...?

BANGANGKAH MELAYU...?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Kenapalah Bangang Sangat Melayu Ni.

1. Mula-mula buat isu seludup minyak. Fokuskan kat Kelantan. Endingnya minyak naik harga. Salahkan kerajaan Kelantan tidak membendung rakyatnya dari seludup. Islam konon katanya.

2. Kemudian buat isu Kelantan diabetis. Kencing manis. Suka gula. Seterusnya buat isu seludup gula. Kat Kelantan lagi. Akhirnya gula naik harga. Terus selesai isu. Orang Kelantan dan kerajaan negeri juga dipandang serong.

3. Seterusnya isu tarif elektrik naik. Tetiba jer ada isu kawin misyar. Pungut pendapat sana, pungut suara sini. Selesai.

4. La ni Pak Lah dengan Mahathir pula bergumpal. Tapi ada senjata untuk Melayu. Cerita Siti. Siti kawin Datuk K. Baru-baru ni pucuk dicita ulam mendatang. Cerita Mawi putus tunang. Alahai Melayu, asyik kena tipu jer. Dari Kerajaan Hindu lama, Siam, Portugal, Belanda, British, Jepun, Komunis, Bintang 3 asyik kena tipu jer. Jika tidak kerana British sudah lama Melayu diperintah oleh Cina.


Monday, July 17, 2006

Bercukur janggut.

Boleh berikan kita fatwa mengenai cukur janggut di Malaysia.

Kalau ikutkan pendapat disini...http://www.islamicboard.com/world-af...ban-beard.html

ramai mengatakan cukur janggut adalah haram...

Boleh terangkan lagi tak?

Pertanyaan dari Syahila - BDN



Hukum mencukur janggut ini ada tiga pendapat:

Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.
Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.
Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian sementara ulama sekarang.

Qaradawi menulis:
Tetapi barangkali yang agak moderat dan bersikap tengah-tengah yaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeda dengan orang kafir. Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah dye rambut supaya berbeda dengan orang Yahudi dan Kristen. Tetapi sebagian sahabat ada yang tidak mengerjakannya. Oleh karena itu perintah tersebut sekedar menunjukkan sunnat.

Betul tidak ada seorang pun ulama salaf yang mencukur jenggot, tetapi barangkali saja karena mereka tidak begitu memerlukan, karena memelihara jenggot waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka.

wallahualam
TJ

Thursday, July 13, 2006

Penukaran Shoutbox acik...

Assalamu'alaikum wbt.

Acik ingin memaklumkan kpd rakan2 dan sahabat2 yg selalu hadir keteratak buruk acik nie bahawa MyShoutbox telah digantikan dgn Oggix.com shoutbox disebabkan beberapa masalah teknikal yg dihadapi bersama shoutbox yg terdahulu.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Sekian, wassalam.

Acik fosilmitra