Friday, April 25, 2008

Kenyataan Kamikaze Dari Anwar - PKR

Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar

PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan),

Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam. Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. "Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.

Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN. "Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya. "Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang. Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.

Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti. Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.

Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya. "Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.

http://www.harakahdaily.net//index.php?option=com_content&task=view&id=14093&Itemid=28

Thursday, April 17, 2008

YB Zulkifli Nordin - PKR

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah... acik baru pulang dari surau DBKL tgh tadi... mengikuti ceramah dari YB Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu...

Byk pengajaran yg diperolehi dari ceramah beliau tadi... walaupun ada yg dok tertawa bila YB dok bikin lawak dlm menyampaikan ceramahnyer... namun perlu ada kesedaran terhadap apa yg beliau sampaikan terutama dari soal kencing berdiri didlm tandas duduk yg biasa kiter perolehi dimana² tempat dewasa ini... Persoalan mengenai kencing berdiri dan tandas duduk ini wajar diambil perhatian dgn sungguh² agar solat yg sah dpt kiter laksanakan, insyaallah.

Dlmpada itu, barulah arini acik dapati terdapat beberapa org rakan forum di BDN yg betul² dekat dan kerja berhampiran dgn ofis acik tatkala ini... Nickname beliau biarlah acik rahsiakan dahulu... Dan beliau menyatakan bahawa ada seorg sahabat jua sememangnya bekerja di ofis acik sendiri... wahhh... siapalah pulak si dia tur... hehe...

Friday, April 11, 2008

Acik & Isteri.... Gambo yg dikehendaki polis! hehe...

-Edit-

Maaf, gambo acik ngan isteri tidak diberi keizinan oleh isteri utk didedahkan disini. Maaf sekali lagi.

Thursday, April 10, 2008

Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!

Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!
Tarikh : Wednesday, April 09 @ 16:10:55 MYT
Topik : Artikel
Oleh Iza

TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan.

PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas "kuda kayu" ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya.

Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia.

Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.

Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya.

Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.

Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.

Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air.

Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.

Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.

Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?

Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka.

Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8700

Tuesday, April 08, 2008

Merenung... taburan bintang²...

Assalamu'alaikum wbt.

Apa habaq?... Harapnyer saudara saudari sumernyer sihat... Arini acik cam takde mood nak masuk forum BDN... tah kenapa... diri ini terasa lemah longlai utk memasukkan kata nama dan passwood utk login ke dlm BDN...

So, seharian nie dok buat kerja dan melanggok melihat berita di akhbar utusan online dan harakahdaily... nielah berita utama yg acik dok fokuskan skang nie... Kenkadang boring gak dok baca pasal hal politikus kat mesia nie.. namun nak taknak terasa seronok plak mendengar hujah dari kedua belah pihak mengenai sesuatu perkara...

Sejak akhir² nie acik dah jarang makan tgh dgn kenkawan... Maklumlah, sejam yg diberikan utk acik merehatkan badan dan melahap makanan telah acik gunakan utk mendengar ceramah di surau berdekatan ofis acik nie... Mungkin disebabkan itu jugak ler, acik dah tak byk berkongsi maklumat dgn kenkawan sebaliknyer lebih byk menerima maklumat menerusi ceramah² agama yg diadakan..

Insyaallah... jika berkesempatan akan acik cuba berikan apa saja yg acik perolehi dari ceramah² yg sempat acik dengari nanti...

Wassalam.

Friday, April 04, 2008

Sesi wawancara wartawan BDN bersama Acik fosilmitra...

Wartawan BDN:

Assalamu'alaikum acik.. apa habaq?

Acik:
Wa'alaikummussalam wbt... habaq baekk... cewah! loghat utara lak acik...
Wartawan BDN:
Baiklah, sebelum kiter pi lagi jauh... boleh acik berikan sedikit latar belakang acik... family... kerja etc...
Acik:
Alahh... kamu nie mcm tak kenai ngan acik pulak... tapi mmg pun tak kenai... hehe... so, acik ringkaskan jelah yer latarbelakang kehidupan acik yg brutal nie... Acik dilahirkan di Kg. merual, seri menanti, kolopilah.. lahir kat kg jer acik nie... bukan kat spital terdekat sanun...

Punyai 5 org adik beradik... kesemua adik beradik acik dah berkawen kecuali soang... namanyer Azhar... dia nie baru abis belajar di UiTM Perak, kini bekerja di UPM sebagai setiausaha... tapi baru² nie dia dikatakan nak bertunang dah... so, sesiapa yg ado hati nak berkenalan tue, acik mintak maap lah.. hehe.

Acik berkawen pada 11 Sept... bermakna tarikh keramat US diserang Israel tuh!... tahun 2005... Isteri berasal dari jelebu... samo noghori ler nie... dan kami kini menetap di Sek. 16 Bandar Baru Bangi... Mendapat soang cahayamata yg diberi nama Muhammad Syazwan (seperti dlm avy BDN)... acik disebuah bank diibukota dan isteri acik disalah sebuah sykt insuran diibukota...

Tue jelah kot...

Wartawan BDN:
Dah berapa lama dah acik berkecimpung dlm bidang perforuman nie?

Acik:
Seingat acik... waktu memula dpt pc dan dpt internet nie pun kat opis... iaitu tahun 2001 lebey kurang... dah tak berapa ingat sgt dah... tapi yg acik tahu.. melalui internet jugaklah acik ketemu dgn buah hati acik yg skang nie bergelar org umah kat dapur nun.. hehe. So, dari tahun 2001 sampai skrg nie kamu kiralah sendiri berapa thn...

Wartawan BDN:
Adakah forum BDN forum pertama acik?

Acik:
Bukan... BDN bukanlah forum pertama yg acik jejaki sewaktu berada di alam maya cyber ini... memula forum ialah forum JAKIM... tue pun lepas acik berchatting dgn seorg wanita... nick dia rumaysa... (tau dek bini acik nie masyakk!.. hehe)... dialah yg mengajak acik memasuki arena perforuman nie... iaitu di forum JAKIM yg kini masih wujud... walaupun selepas dibuat perubahan... http://web.islam.gov.my/forum/

Sebenarnyer acik berpindah forum disebabkan berlakunyer penutupan sementara forum JAKIM nie... lepas ditutup acik boring lak takde kenkawan utk berbualbicara so acik pergi ke Mymasjid.com... kat sana acik berforum tak sampai beberapa bulan and then acik berpindah ke forum BDN melalui pautan yg ada kat Mymasjid tue...

Wartawan BDN:
Wahh... kira aciknyer otai rock jugak ler...

Acik:
Takdelah sampai begitu...

Wartawan BDN:
Sepanjang berforum... apa yg acik perolehi?

Acik:
Terlalu byk perkara... ya... mmg terlalu byk perkara yg acik jumpai dan pelajari... termasuk membina laman web sendiri... bloggers sendiri seperti yg saudara tgh tgk nie... dan jugak beberapa cara nak download lagu, nak upload picture... nak create forum sendiri dll laa...

Wartawan BDN:
Bagaimana dgn persahabatan?...
Acik:
Acik sebelum kawen... makna kata sebelum menjadi bapak org nie... acik mmg suka berkenalan dan jugak mengacau² anak dara org... tapi bukanlah tujuan kacau tue nak sesajer jadi pengacau... tapi adalah niat disebalik hati tue ingin berkawen...

Wartawan BDN:
Amboii... panas nie... pengakuan berani mati takde ke acik?...
Acik:
Ada satu yg perlu dan mahu acik katakan disini.. nie kira pengakuan berani dikutuklah nie... Acik nak buat pengakuan... acik pernah memasukkan gambar wajah acik kat dlm forum... dah lama dah topik tue... tak tahulah mana ghaibnyer... mungkin di bilik arkib pengendali kot... Sebenarnyer gambar tersebut bukanlah wajah sebenar acik... tapi wajah kawan acik 'nan' dkt johor sana... dia pun dah berkawen dah...

Kenapa dan atas sebab apa acik pi lekat gambar dia kat avy acik pun acik tak paham... mungkin masa tue acik mahupun perhatian org ramai kot.. eheh... malu bila mengenangkan peristiwa itu... ramai org teruja dgn gambar tue... maklumlah kawan acik nie ensem gak... cam arwah sudirman skit... Hal ini acik dah maklumkan kat certain² user kat BDN nie... namanyer biarlah acik simpan buat pekasam...

Wartawan BDN:
Dahsyat gak acik nie... kenapa sampai begitu sekali?...
Acik:
Tah ler... no komen.. (mcm mawi ler pulouk acik nie)...

Wartawan:
Acik pernah dikatakan sebagai pencetus kontroversi atau sukabuatorg sakit hati dgn beberapa statement acik terutama berkenaan hukum hakam islam nie... boleh komentar skit pasal nie...

Acik:
Acik sekadar menasihati... nasihat diri sendiri dan jugak kenkawan... tak usahlah ambik hati kalau ada nasihat acik tue terkena batang idung sendiri yg mungkin tak boleh diterima langsung walaupun benar sebab kebenaran itu sememangnyer pahit utk ditelan...

Wartawan BDN:
Okaylah acik... dah tak byk masa lagi nie... nak interview lain org lak... so, kata² akhir acik pada peminat 'Hot Daddy BDN'...

Acik:
Acik ingin mengambil kesempatan ini utk meminta maaf kiranyer ada kesalahan dan perbuatan acik yg tak sepatutnyer acik lakukan... acik akui kesilapan acik selama ini... acik mohon ampun dan maaf dan acik telah maafkan kesemua kesalahan kenkawan cyber sekelian..

Hidup hanya sekali... pergunakanlah jasad dan roh yg dipinjamkan oleh Allah SWT ini dgn sebaik mungkin... Jgnlah merasa hina dan jgnlah pula bersedih hati... walhal kamu org yg paling tinggi darjatnyer sekiranyer kamu org² yg bertaqwa dan beriman...

Wallahu a'lam bisshawab.

Thursday, March 27, 2008

Distribute to every one you know

To all Muslims,

THIS IS NOT A FICTITIOUS STORY... IT IS REAL AND VERIFIABLE ...

Vander Hoven, a psychologist from Netherlands, announced his new discovery about the effect of reading the Qur'aan and repeating the word ALLAH both on patients and on normal persons.

The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word "ALLAH" clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension. Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly could protect themselves from psychological diseases.


The psychologist explained how each letter in the word "ALLAH" affects healing of psychological diseases. He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word "ALLAH" which is the letter (A), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration.


Also, pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heartbeat. What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the HolYQuran Allah, The Great and Glorious, says, We will show them Our signs in the universe and in their ownselves, until it becomes manifest to (remember me in ur Dua) ALLAHU AKBAR Allah is great Allah keeps me going day and night.

Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength." This is a simple test. If you love Allah and you are not ashamed of all the great things that he has done for you, send this to everyone you know, May Allah help u to succeed...Ameen

Wednesday, March 26, 2008

Leh caya atau tidak?

Assalamu'alaikum wbt.

Terkujat gak bila tetiba mailbox kiter didatangi message sebegini:

NOKIA N'SERIES PROMOTION
TICKET NO: 1110008342
Ref : NKN/UK 110241/01
Batch: 4-13-7-37-1

We are delighted to inform you of your prize release on the
15th,March 2008 from the
NOKIA 'N' SERIES PROGRAM. Your e-mail was attached to ticket
number 1110008342, serial
number 6028808.Your Email have won the Sum of You hereby
have been approved a lump sum
of GBP £1,000,000.00(ONE MILLION GREAT BRITISH POUNDS)

Online Result
Please send the below information to :
Mr James Keegan.
Email: nokiaclaimsoffficerdept102@yahoo.co.uk
Tel: +44 703 190 9354
Fax: +44 707 500 4877

Regards,
Dr .Darryn Clarke
NOKIA! 2008 Lottery program


Mujur acik dptkan penjelasan dari seorg sahabat yg punyai sahabat di Celcom...

-----Original Message-----

From: Shahrul Azhan Samsudin [mailto:sazhans@celcom.com.my]

Sent: Monday, March 03, 2008 12:53 PM

To: Norhisam Selamat

Jawapannya.......

TAHNIAH KERANA ANDA HAMPIR BERJAYA DI TIPU....heheheh...

Kengkawan sekalian,

Aku mmg dapat banyak soalan pasal kes nie... setiap kali dapat msg mcm

tu, apa yg kita kena tgk ialah NO SENDER.

Macam Syam bagi contoh tu, konpirm penyangak!! Sbb, dia guna nombor

International.

Dimaklumkan, kes begini dah byk kali kuar suratkhabar Notis

pemberitahuan, malah sesetengah stesen2 minyak pun ada tertera NOTIS

PERINGATAN ttg kes2 begini.

Anyway, for kengkawan, any SMS rcv pas tu suruh call @ sender fr

International no, boh layan jee....

Thanks 4 asking....

Susu Tepung sudah naik harga ler pulouk...

Assalamu'alaikum wbt.

Susu tepung neslac 1+ yg biasa acik beli kat seorg kakak kat opis nie dah naik harga pulak dah... Sebelum nie RM23 saja... mmg murah giler berbanding harga susu tepung dipasaran... kini naik RM26 setin... Walaupun kenaikkan harga tersebut masih tidak terlalu tinggi berbanding dgn harga dipasaran, tetapi, anak acik skang nie dah kuat minum susu lak... Mungkin sebab susu ibunyer dah semakin berkurangan...

Apapun, acik berharap pengumuman kerajaan bahawa harga petrol, gas dan tarif eletrik tidak akan dinaikkan akan mampu memberikan kami sekeluarga sedikit kelegaan...

Wassalam.

Tuesday, March 25, 2008

Menghayati sejenak maulidur rasul...

Assalamu'alaikum wbt.

Syukur kehadrat Illahi kerna dgn limpah kurniaNya dpt acik memberikan nukilan sedikit diteratak buruk acik nie...

Baru lepas selesai mengikuti ceramah dari Ustaz Dr Azhar Yaakob yg berkisar mengenai maulidur rasul. Kali nie ustaz tersebut ckp dia nak ubah sedikit cara bercerita mengenai hari yg diketahui sebagai hari keputeraan baginda nabi Muhammad SAW... namun kali nie beliau mahu menceritakan perihal mengenai kewafatan nabi SAW...

Mmg menarik sungguh cara penyampaian ustaz diselang seli dgn sedikit lawak jenaka yg membuatkan acik dan semua pendengar teruja dgn kata² ustaz tersebut. Nak diceritakan sehingga habis terlalu panjang, memadai acik memetik kata² beliau yg mahu kiter meletakkan diri kiter ditempat duduknyer Aisyah r.a isteri nabi ketika baginda wafat...

Letakkan diri kiter dimana ketika Aisyah r.a mendgr nabi menyebut as-solah... as-solah... as-solah... (agar umatnyer menjaga solat dgn sempurna dan khusyuk)... ummati... ummati...ummati... (dimana nabi amat risaukan umatnyer diakhir zaman nanti yg akan berpecah belah)... rasakanlah getaran dan debaran yg melanda diri Aisyah r.a yg akan kehilangan suami dan kiter yg akan kehilangan seorg nabi yg merupakan kekasih Allah SWT...

Marilah kiter merenungi diri... memuhasabah diri... sejauh mana kiter benar² cintakan nabi Muhammad SAW yg telah membawa rahmat dan menerangi kegelapan dan kekaburan kehidupan kiter selama berada di alam yg fana ini... alam yg bersifat sementara yg tidak kekal abadi sebagai mana setelah kiter semua dibangkitkan kembali...

Wallahu a'lam bisshawab.

Wednesday, March 19, 2008

Melayu ibarat tebuan, dipandang boleh, dikacau jgn!

Assalamu'alaikum wbt.

Seminggu yg lalu acik berkesempatan utk pulang ke rumah mak pak mentua acik di Kg. Puom, Jelebu... Kat sana ada majlis org kg ckp 'lenggang perut' disebabkan adik ipar acik bininyer bakal melahirkan bayi sulung lelaki kelak, insyaallah...

Dlm sedang rancak mengatur persiapan utk memasak, membasuh dan segala²nyer utk majlis kenduri tersebut yg diadakan disebelah malam sabtu, acik berkesempatan jua bersembang dgn beberapa penduduk kg puom... Seorg dipanggil tok long yg katanyer pernah menjadi turus angkatan tentera... jadinyer beliau bekas pasukan tentera kerajaan negara ler nie...

Beliau pun citelah pasal perkembangan politik ditanah air kiter nie... beria² betul beliau berceritera sampaikan acik dgn beberapa org yg lain terpegun dan terduduk (mmg tgh duduk kat bangku pun masa tue) mendgr ceritanyer yg tah betul tah idak... hehe...

Tapi acik assume betul jelah buat masa nie... cite mengenai perebutan org melayu yg bimbang sekiranyer org bukan islam (cina atau india) yg cuba nak menaguk diair keruh inginkan negara kiter dijajah oleh mereka setelah org² dari parti melayu dok saling bercakaran sesama sendiri... Yg acik maksudkan nie ialah BN-PAS-PKR ler sebab depa sumerkan org melayu...

Cuma yg perlu diingatkan disini (kata tok long tadi)... sebenarnyer askar², anggota polis dan tentera laut udara dah dibagitau dah pasal hal nie... mmg org cina, org india atau apa saja org lagilah takkan boleh cuba² utk menjadi pentadbir negara kiter... Sebab tue bekas² askar dan org yg tahu pasal nie takkan cepat melatah dan risau kiranyer negara kiter akan dijajah semula oleh komunis atau DAP dll..

Beliau mengatakan bahawa ada enakmen warta negara yg dipegang oleh tribunal yg bermesyuarat diGeneva yg mengatakan bahawa, biar apapun cara dan biar apapun kaedah... negara Mesia akan tetap dipegang dan diperintah oleh Yg Dipertuan Agong selagi ada bahasa, agama, bangsa dan budaya iaitu bahasa melayu, agama islam, bangsa melayu dan budaya melayu... Acik pun blur jugak ckp tok long nie... maklumlah dia dah tua... tapi acik seakan faham akan maksudnyer...

Dia ambik cth jika dimesia nanti (tak tahulah tahun bila atau mungkin seribu tahun pun takkan mungkin) berlakunyer keadaan dimana hanya ada seorg melayu, selebihnyer adalah org bkn melayu seperti cina, india dll, maka kalau dilihat enakmen/akta dlm tribunal nie yg menetapkan bahawa mestia bahasa melayu yg perintah negara, so, jika cina atau india maka mereka telah melakukan kesalahan didlm enakmen tersebut... begitu jugak bangsa, agama dan budaya tadi...

Sebenarnyer panjang lagi cite dia nie... nanti²lah acik masukkan dlm blog yg takde siapa pun nak pandang nie... hehehehe...

Wallahu a'lam bisshawab.

Friday, March 14, 2008

Perletakkan Jawatan Sebagai Moderator BMM di BDN

Assalamu'alaikum wbt.

Saudara saudari yg dirahmati Allah SWT sekelian,

Acik dgn ini ingin memaklumkan kpd semua bahawa acik sudah pun memaklumkan kpd pihak majlis tertinggi Bincang.net bahawa acik akan melepaskan jawatan acik sebagai moderator Bilik Bincang Muslimin dan muslimah (BMM).

Perkara ini terpaksa dilakukan atas beberapa sebab peribadi dan beberapa sebab yg biarlah pihak majlis tertinggi BDN sahaja yg tahu. Acik dgn ini memohon ampun dan maaf diatas tindakan yg dibuat.

Semoga BMM akan lebih bertenaga disamping pengendali² yg lebih berkaliber disana nanti.

Sekian, wassalam.

Wednesday, March 12, 2008

Selamat Tinggal Isu Perkauman...

Assalamu'alaikum wbt.

Satu ulasan yg menarik...

isu perkauman semakin didendangkan di akhbar2 dan tv sekarang. blog2 pun ada seko dua yang mendendangkan rentak yang sama. “cina dan india berubah undi”, “dap (cina) alternatif kepada mca”, “melayu (umno) berpecah”, dan macam2 bunyi tajuk yang sempat aku terbaca sepanjang dua hari ni.

kesimpulannya? bagi aku, mereka cuba mengapi2kan bahawa malaya dalam bahaya sebab dap (cina) dapat kuasa! pengundi melayu menggadai tanahair kepada yb cina! melayu akan hancor! tanah melayu akan jadi singapura!

tolonglaa wahai orang ameno. tadak trik lainka selain menakut2kan rakyat dengan perkauman dan singapura? korang tak paham lagi ka yang rakyat dah muak dengan cakap2 dan warning2 korang yang tak berasas!

logik ameno yang kalah teruk sekarang ni senang, dap adalah parti cina, dan menangnya dap bermakna kemenangan pada orang cina yang akhirnya akan merampas tanah melayu dan kita akan merempat menjadi seperti kaum pribumi ostolia!

biar aku betoikan sikit. dap bukan parti orang cina to even begin with. ia membawa ideologi yang lebih besar merangkumi semua kaum. hasil daripada strategi menakut2kan rakyat selama ini oleh kerajaan, ia mengecil dan akhirnya dimonopoli oleh minoriti kaum cina sahaja. tetapi hakikatnya, ia boleh disertai oleh semua kaum. india, melayu dan cina.
bandingkan pula ameno, mic dan mca dalam bn. sapa boleh katakan kat aku yang itu bukan parti perkauman? mana ada bangsa lain boleh masuk mana2 satu parti ikut sedap dia? dan asal penubuhan ameno, mca dan mic juga adalah untuk menjaga kaum masing2!
adakah mic akan memperjuangkan hak kaum lain? bagaimana dengan mca? bn kelihatan seolah2 seperti satu parti yang menjaga semua kaum, hakikatnya ia cuma terdiri daripada komponen2 perkauman yang besar. rasionalnya, jika dalam pilihanraya nanti mic dan mca berjaya mendapatkan kerusi lebih banyak dari ameno, dan pakatan berpecah untuk membentuk kerajaan hanya dari komponen mca dan mic, siapa yang boleh salahkan mereka nanti bila mereka langsung tak mau tengok isu kaum selain cina dan india? matlamat mereka itu sendiri adalah untuk menjaga kaum sendiri!

berbeza halnya dengan pkr, dap dan pas. walaupun pas lebih kepada hak orang Islam, tetapi Islam itu sendiri menolak perkauman. dap yang setakat ini dipelopori oleh orang cina, masih terbuka kepada semua kaum - dan disertai oleh pelbagai kaum. begitu juga dengan pkr yang rata2 mengetahui ia merupakan parti pelbagai kaum. menyokong mana2 tiga parti ini lebih selamat daripada menyokong bn yang mana masa depan negara kita diperjudikan oleh kaum masing2.

atas pemahaman inilah, maka kita telah melihat senario politik kali ini berubah dengan drastiknya. kaum cina di cheras dan kaum india di estet tidak segan silu memakai lencana parti pas yang mana suatu masa dahulu menjadi ‘taboo’ kepada orang bukan Islam. begitu juga anak2 muda yang telah berani membawa bendera2 dap untuk berkempen. yang sakit hati melihat anak melayu mengibarkan bendera dap bukanlah orang melayu, tetapi orang ameno. yang kecewa melihat orang bukan Islam menubuhkan kelab penyokong pas bukanlah orang cina dan orang india, tetapi mca dan mic. yang menghasut dan membakar api perkauman bukanlah Barisan Alternatif, tetapi Barisan Nasional!

pilihanraya kali ini menunjukkan rakyat sudah matang dan menolak secara jelas parti berbentuk perkauman. masing2 tahu dan sedar bahawa perkauman hanya membawa kepada kehancuran. 50 tahun ianya dipraktikkan, dan hasilnya adalah sebuah negara yang masanya dihabiskan untuk berebut harta negara antara kaum, sedangkan ianya boleh dikongsi sama rata. jurang miskin kaya, dan kaum semakin melebar, dan rakyat telah muak dan mual dengan kehidupan sebegini. akhirnya mereka terpaksa memuntahkannya di kertas undi.
dan sekarang kerajaan masih tidak mahu sedar dan terus menerus menyalahkan kaum masing2. rata2 orang ameno yang kecewa mengatakan bahawa pengundi BA menggadai negara sendiri kepada kaum lain. menggadai masa depan negara, dan menyesali tindakan pengundi tidak memilih mereka.

aku jawab balik dengan pertanyaan : apakah kami menggadaikan negara sendiri, atau menebus balik apa yang telah kamu gadaikan selama 50 tahun? adakah kami menggadai masa depan negara atau memperbaiki kelemahan kerajaan selama ini dan yang akan datang? adakah kami menyesali tindakan kami sebagai pengundi, atau kamu menyesali tindakan kamu untuk tidak bersama kami?

jawap saja bila2 kamu suka. kerana kami sekarang tengah sibuk membetulkan kembali negara….


matkerihttp://www.jahilgoblog.net

Wednesday, March 05, 2008

Memilih pemimpin yg lebey baik atau sama jer lebey kurang dgn kiter?

Memilih pemimpin yg sama dgn kiter atau lebih baik dari kiter?

Assalamu'alaikum wbt.

Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 akan tiba sedikit lagi masa... Acik berpeluang mengundi di Kawasan Sek Men Bandar Baru Bangi bagi Dun Bangi dan Parlimen Serdang.

Firasat acik, pilihanraya kali ini mmg akan byk kejutan yg bakal kiter saksikan. Melalui perjumpaan dgn beberapa org berbangsa bukan islam (bukan melayu), rata² mengatakan bahawa mereka mahukan kerajaan BN ditukar...

Bayangkanlah kenkawan... acik takmo nak mengomel panjang, cukuplah sekadar kiter nantikan saat yg mendebarkan pada 8 Mac 2008 nanti.
Hidup Islam!!

Thursday, January 03, 2008

Assalamu'alaikum wbt.

Ckp mcm tak supa bikin jer acik nie... aritu post kata nak hidupkan semula web blog nie... skang nie tah kemana hidupnyer... hehe.

Seorg kawan acik inginkan pekerja utk restoran disemenyih yg baru beliau buka, kalau ada yg sudi leh laa contact acik dgn PM di BDN...

Korang ada tak member2 muda yg tak kawen lagi yg tak dak kerja, qualification pun rendah. Aku ada kerja kosong sebagai waiter (perlu 2 org lagi) kat restoran aku.

Tempat tinggal free aku provide kat semenyih, gaji RM 3 sejam, Kerja start drpd pukul 3 ptg sampai pukul 2 pagi, so lebih kurang 11 jam (RM990 sebulan).

Lagi satu jawatan sebagai pembantu tukang masak, sama jugak tempat tinggal free aku provide, gaji RM 3.50 sejam, so lebih kurang RM 1,155 sebulan. Aku nak yg betul2 rajin, tak dak pengalaman tak pa, training aku provide.

Monday, December 24, 2007

Azam Rakan Setia BMM sempena Maal Hijrah 1429...

Arini tergerak pulak nak open thread baru kat BMM iaitu
"Azam Rakan Setia BMM sempena Maal Hijrah 1429..."

10 Januari 2008 masih jauh lagi untuk ditempuhi... Namun kiter kuatkan semangat, bulatkan azam dan tekadkan iman untuk kembali muhasabah menilai diri kiter sejauh mana kiter bersedia utk kembali menemuiNYA jika ditakdirkan arinilah berakhirnya hembusan nafas kiter...

Mudah-mudahan ditahun baru yg akan dtg ini acik lebih byk melaksanakan tugas sebagai mod dari dok berkhutbah memanjang namun perlaksanaannyer tidaklah sehebat yg dicakapkan...Insyaallah... Jadikanlah diri kamu sebaik² manusia disisi Allah!

Wassalam.
-------------------------------

p/s: Bermula pada hari ini dan saat ini, blog acik akan dihidupkan kembali...

Tuesday, November 27, 2007

ISLAM MEMBENARKAN DEMONTRASI

ISLAM MEMBENARKAN DEMONTRASI
12 Nokhtah perhatian.

Oleh : Al Fadhil Ustaz Ghani Shamsudin

Berhimpun dan mengadakan demonstrasi ; menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syara dan undang-undang untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran.

Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka. Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus .

Tapi kalau dirujuk kepada “ Maqasid al Syaria’ah “ ia mungkin menjadi “Mandub” atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran kecuali dengan cara keluar beramai-ramai berhimpun dan berdemonstrasi di padang terbuka atau di jalan raya .

Tuesday, October 30, 2007

Tak dpt login Sekampung.net

Assalamu'alaikum wbt.

Entah kenapa dah beberapa kali mencuba... sampai sekarang acik masih gagal memasuki laman forum Sekampung.net... bukan takat tue jer... nak register pun tak boleh... dah masuk username... dah masuk passwood bila nak login jer dia ada tertera "terima kasih, fosilmitra" tapi lepas tue takde apa yg keluar... seakan acik tak pernah login sebelum nie... aduhhh... sampai skang nie acik tak dpt nak berposting kat sana...

Friday, October 26, 2007

Lama acik tak ke mari...

Assalamu'alaikum wbt.

Saudara Saudari yg dirahmati Allah SWT sekelian,

Terdahulu jgnlah terkejut kiranyer tetiba sajer saudara/i terlihat message dari acik nie... hehe.

Arini pulouk acik dpt meluangkan masa menukil kata disini memandangkan isteri acik masih lagi memenuhi masanyer dgn bekerja dipejabat. Justeru itu, acik terpaksalah menanti beliau utk pulang bersama.

Dikesempatan ini acik ingin memohon maaf kpd saudara saudari terutama rakan² forum Bincang.net yg selama ini ada merasakan terguris hati dgn kata² atau posting² yg telah acik keluarkan sepanjang menjawat jawatan pengendali BMM disana.

Acik juga mengharapkan agar Bilik BMM dpt kembali meriah sebagaimana waktu mula² acik menceburkan diri diforum BDN ini. Semoga semuanyer dpt membantu acik mengembalikan semula zaman kegemilangan dan kemeriahan Bilik Bincang Muslimin dan muslimah disana.

Sekian dahulu, wabillahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt.

Thursday, August 16, 2007

Penjelasan dari puak syiah diperlukan...

Mungkin dia boleh jelaskan perkara ini:

1. Mengkafirkan sahabat:

Bihar al-Anwar (Lautan cahaya) oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66: (Muhammad Baqir al-Majlisi, (1616 - 1689) was a famous Iranian Shia cleric of the Safavid era. Born in Isfahan in 1616, his father was a cleric of Islamic jurisprudence. By the age of 14, he gained certification of "riwāyat" from Mulla Sadra to teach. He is said to have completed studies under 21 masters (ustadh).

He trained 181 students to become masters himself.In 1678, Allameh Majlesi was appointed as "Sheikh ul-Islam" (Chief Religious Leader) in Isfahan. This was the highest religious and executive appointed rank of the time.Allameh Majlesi was a very prolific writer. )

Terjemahannya; Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapi apabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; "

Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi".

2. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka Adalah Musuh Allah

Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy.

Ini dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6.

Terjemahannya; Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata " Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka adapun mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah selain Allah. Perbuatan sedemikian adalah sesat." (Aku)Abu Hamzah menjawab; "Semoga Allah memberikan kebaikan kepada engkau."

Apakah yang dimaksudkan dengan mengenalallah itu? Jawab Abu Jafar; "Membenarkan Allah dan Membenarkan Nabi Muhammad Rasulullah tentang perlantikan Ali dan menjadikannya sebagai imam dan imam-imam yang mendapat pertunjuk selepasnya dan berlindung kepada Allah daripada musuh-musuh mereka". Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah. Kata Abu Jafar lagi, aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; "Semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau".

Apakah sesuatu yang apabila aku amalkannya pasti aku dapat menyempurnakan hakikat iman?. Jawab Abu Jafar, "Hendaklah engkau melantik wali-wali Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau bersama orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan engkau 't Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah waliallah dan siapakah musuh Allah itu?

Lalu ia menjawab, "Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad RasuluIlah, Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah perkara itu tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua anak lelaki Ja'far, Ialu ia mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu Ja'far dalam keadaan duduk. Maka siapakah yang melantik mereka? "Allahlah yang melantik mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah."

Aku bertanya lagi, "Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau." Iajawab, "Empat berhala." Ia bertanya lagi "Siapa empat berhala itu"? Ia menjawab, "Abu Fusail (Abu Bakar) Rama' (Umar) Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah."

3. Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani.

Perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, Wa - ilmi oleh al-Kulaini hal 443-446

Terjemahannya: Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain daripada Abdul Rahman bin Abu Hashim daripada Salim bin Salamah katanya; "Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah a.s (Ja'far bin Muhammad al-Sadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran (yang dibacanya) itu bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang ramai.

Lalu Abu Abdullah a.s. berkata; Berhentilah daripada membaca Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah al-Quran sepertimana orang ramai membacanya. Sehingga munculnya Imam Mahdi al-Muntazar a.s. Apabila telah muncul Imam Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan membaca kitab Allah (al-Quran) mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah) pun mengeluarkan Mashaf yang ditulis oleh Ali a.s. sambil berkata; Ali a.s. telah menunjukkan kepada orang ramai ketika beliau selesai (menulis mashaf tersebut).

Sambil berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah (al-Quran) sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya aku telah mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran itu mereka berkata; Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di dalamnya al-Quran yang kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut. (mashaf Uthmani) Lalu Saidina Ali berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan melihatnya selepaa hari kamu ini selama-lamanya.

Hanya sesungguhnya menjadi tanggungiawabku untuk memberitahu kamu semua ketika aku mengumpulkannya supaya kamu dapat membacanya." Ali bin al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu Abdullah a. s. katanya; "Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi 17,000 ayat."4. Menolak Hadith Yang

Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir. Golongan Syiah juga menolak semua hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja.

Pegangan ini disebut di-dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita' halaman 149: Terjemahannya:Di antaranya bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali hadith yang sah disisi mereka ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait daripada datuk mereka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Jafar al-Sadiq daripada bapanya al-Baqir daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain al-Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah s.a.w. (Allah meredai mereka semua).

Syiah juga tidak menerima hadith-hadith Yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah khalifah al-Rasyidin (kecuali Saidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al-Khariji dan Amru bin al-As. Apa yang mereka terima ialah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Ahli Bait.

Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Aslu al-Syiah Wa-Usuluha oleh Muhammad Husain Ali Khasif al-Ghita', hal. 149: Terjemahannya: Adapun hadith yang diriwayatkan umpamanya oleh Abu Hurairah, Samurah Ibnu Jundub, Marwan bin al-Hakam dan Umran bin Hattan al-Khariji dan Amru bin al-As dan orang-orang yang seperti mereka, mereka ini tidak diktiraf walaupun sekadar seekor nyamuk dan perkara ini sudah diketahui ramai tanpa perlu disebut-sebut. Mejoriti Ulama Sunnah telah mengecam mereka dan menunjukkan kesalahan-kesalahan mereka yang buruk ini.

Mohon pencerahan. Kalau benarlah sunni memfitnah syiah, kenapa kitab2 syiah menyatakan sebaliknya?

Perbincnagan sini mudah:

Cakcibo menyatakan: Tidak ada shiah mencela/melakhnat/mengkafirkan/menolak sahabat yang tiga. Ini fitnah dari ahli sunnah.mungkin betul fitnah. Tapi mungkin juga cakcibo boleh menjelaskan perkara ini dari laman web syiah dan ulama besar syiah:

In Sura Al-Masadd Allah himself Curses Abu Lahab the Uncle of the Prophet who bother Prophet Muhammad (SAW) and made him cry. Then how can we not curse those who killed the blood of the Prophet?Also we send Lanaat or ask Allah to Curse the Sunni Caliphs because it is Sunaat or Tradition of Prophet Muhammad.

Link: http://www.askshia.com/2007/04/30/sh...r-umar-uthman/By: By Hasan Rizvi (Who is he anyway?)

Wallahualam
TJ