Thursday, November 11, 2010

fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran).

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

Wednesday, November 03, 2010

Cerita tali gantung

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


Wednesday, October 27, 2010

Wasiat & Pembahagian Harta Pusaka




Seorang saudara telah bertanya mengenai pembahagian harta pusaka serta memberi satu kes sebagai contoh untuk diselesaikan. Sebelum menjawab soalan beliau, kami menurunkan dahulu ayat-ayat al-Qur'an yang bersabit, supaya penjelasan yang bakal dibuat menjadi lebih licin. Kami akan memberi sedikit komentar ke atas ayat-ayat tersebut, dan berharap para pembaca dapat membantu dengan membetulkan kesilapannya setelah ia dikesan.

Wasiat

Perkara utama dalam pembahagian harta pusaka ialah membuat wasiat. Suruhan membuat wasiat disebut dari awal lagi di dalam al-Qur'an. Daripada ayat al-Baqarah yang berkenaan dapat difahamkan iaitu bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) adalah wajib membuat wasiat sebelum mereka meninggal dunia. Wasiatnya memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara. Ayat yang dimaksudkan berbunyi,

"Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia meninggalkan kebaikan (harta), supaya membuat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa." (2:180)

Kemudian, sekiranya kandungan wasiat difikirkan tidak adil atau berdosa maka ia harus dibetulkan dengan perundingan antara pihak-pihak yang terlibat. Al-Qur'an didapati amat jelas mengenai perkara tersebut:

"Jika seseorang takut akan penyimpangan daripada jalan yang benar, atau dosa, daripada orang yang berwasiat itu, lalu dia membetulkan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (2:182)

Wasiat patut juga mengandungi peruntukan untuk isteri selama setahun dan pembayaran sewa rumah, kalau rumah yang didiami disewa. Peringatan itu datang daripada ayat berbunyi,

"Dan orang-orang antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu mengenai apa yang mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana." (2:240)

Thursday, October 21, 2010

Kenali Lelaki Kacak Ini... sebuah tazkirah...

1. Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk kesyurga!"

Monday, October 18, 2010

Tanda² korang ahli neraka (jika tak bertaubat)

"Nukilan diambil dari blog KeretaMayat"...

1.Korang berhutang dengan Along

Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..

Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..

Friday, October 15, 2010

Siapa itu Qarīn?

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."

Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa [[hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.

Thursday, October 14, 2010

Ahlan Wasahlan buat teman forum JAKIM...

Assalamu'alaikum wbt.

Ada tetamu yg bertanya pada acik adakah acik ini bekas salah seorang ahli forum jakim yang telah berkubur skrg nie... Jawapan acik "ya" memang benar dakwaan saudara YUSOF tersebut.. acik mmg pernah menjadi ahli setia (kalau kat BDN dikira mcm ahli otai jugaklah) kat forum jakim tersebut...

Dan sememangnya gara² berforum di JAKIMlah acik mencari dan berjumpa dengan forum Bincang.net kerana forum JAKIM tersebut telah ditutup sementara dan kemudian terus ghaib dari alam maya...

Wassalam.

Wednesday, October 06, 2010

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah.. Acik masih sihat atas kehendakNYA... Buat masa ini sibuk menguruskan rumah baru yang bakal diduduki tak lama lagi di Semenyih. Dan beberapa urusan mencari penyewa rumah lama di Bdr Baru Bangi kelak...

Wassalam.

Friday, September 03, 2010

Perutusan Raya dari Acik Fosilmitra buat rakan semua..

Assalamu'alaikum wbt.
Bersyukur kiter kehadrat Illahi kerna dgn limpah kurniaNya dapat kiter bersua lg diteratak buruk acik nie..
Dikesempatan dan masa terluang yg ada pada acik mlm ni, dptlah acik menukil kata sepatah 2 kata buat tatapan rakan2 yg mgenali dan masih lg setia menanti coretan dari acik yg sememangnya telah lama 'bersara' dari alam maya persada blogger ini..
Ditambahkan cuka dgn sedikit gula, izinkan acik myampaikan salam hari raya buat shbt2 yg masih teringat dijiwa acik..
Selamat hari raya (walaupun raya lambat lg nih) kpd cik adreen yg dipertua forum bincang.net diatas jasa dan ehsan beliau mbawa acik sekejap mjadi keluarga bincang.net.. Semoga cepat btemu jodoh.
Tak lupa juga buat achique, humairah, gudgal, lavender, kurma (maaflah sbb tau nick je) yg telah mjadi rakan bincang acik sewaktu aktif bforum dahulu..
Tak ketinggalan saudara Tok Janggut, sdr el-lail, sdr trew, sdr ekzos_pipe, sdr meor, sdr meowhidayah, sdr mufanz, sdr morpheozneo, sdr Madd, sdr darkemperor dan ramai lg saudara yg acik kenali kat BDN sana cuma udah terlupalah pulak nick mrk.. Maaflah adanyer..
Disamping itu buat rakan blogger saiful merah, hamka keretamayat, ust. Emran, haizam dan beberapa rakan blogger yg lain.. Keep up a good work ok..
Akhirulkalam, acik ingin memohon maaf atas silap dan salah sepanjang kiter semua bersama suatu ketika dahulu..
Kenangan lalu mmg sukar utk dilupakan.. Cuma korang jer dah lupa kat acik kan? Isk isk isk.. Ni pehal plak bjiwang hindi plak ni.. Hehehe..
Sekian dulu, wabillahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt..

p/s: ngantuknyerrr

Wednesday, August 18, 2010

Jadi Jutawan dalam masa 30 hari sahaja, serius!

Copy paste dari email...


Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa
yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi
jutawan mudah dengan teknik duplikasi jer.

Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang,
tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu
maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang
sekali dalam setahun.

Mari kita rebutkan peluang jadi jutawan di Bulan Ramadhan.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu
diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan
diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan
oleh Allah swt 94500 pahala

Friday, August 13, 2010

Animasi Ibn Batutta di TV2

Animasi Ibn Batutta di TV2



ANIMASI Ibn Batutta diterbitkan khusus untuk tontonan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini.


--------------------------------------------------------------------------------

BARANGKALI tidak banyak stesen televisyen yang terfikir untuk menerbitkan program yang khusus kepada golongan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini.

Beritik tolak daripada kesedaran itu, RTM mengambil inisiatif menghasilkan karya yang disasarkan kepada golongan cilik.

Hasilnya lahirlah sebuah program animasi Islamik, Ibn Batutta khusus untuk tontonan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini.

Ditayangkan pada setiap hari Ahad pukul 9 pagi, Ibn Battuta dapat ditonton menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Sepanjang 13 episod, Ibn Battutta mempunyai tarikan yang berbeza berbanding animasi-animasi sebelum ini.

Episod Animasi berbahasa Melayu ini, mengisahkan Ibn Batutta anak kepada seorang Qadi terkenal di Maghribi yang ingin mencari pengalaman hidup dengan mengembara.

Keinginannya ditentang hebat oleh ayahnya kerana mereka bukanlah dari golongan pengembara.

Dengan semangat Ibn Battuta, ayahnya terpaksa mengalah, namun Ibn Battuta diminta ayahnya berhijrah ke kota Mekah terlebih dahulu.

Pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuhi Ibn Battuta dalam penghijrahannya ke Kota Mekah mengajar Ibn Battuta tentang kehidupan.

Antara episod-episod menarik animasi Ibn Battuta bermula dari Tangiers iaitu kisah serpihan peta Al-Idrisi peninggalan dari zaman pemerintahan Roman menyebabkan Ibn Battuta sanggup menggadaikan cincin dan harta pusaka demi memiliki peta yang mempunyai pelbagai misteri.

Tanpa pengetahuannya, seorang waris hartawan yang bernama Dzofrullah juga ingin memiliki peta tersebut semata-mata untuk memperoleh kemasyhuran dan kegemilangan.

Saksikan keindahan siri animasi pengembaraan Ibn Battuta di lokasi berbeza yang penuh mendebarkan serta memberi pengajaran dan mesej buat anak-anak anda sempena bulan Ramadan ini hanya di TV2.

Wednesday, August 11, 2010

ORANG TABLIGH...

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayu
murtad di Malaysia)........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
(untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama
menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti
Perak). Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak
dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan. .........

Thursday, July 29, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud



Dalam tidak sedar.



Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya

memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh

dari hati kita selama ini..



Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa

solat..



Wednesday, July 28, 2010

Gurindam dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin

+++++++=============================+++

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari

kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..

kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..

kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..

kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..

tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?

papa semakin parah..? wang semakin lelah..?

jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..

kerana kerajaan kita sedang susah..?

maka subsidi kita terpaksa diserah..

Wednesday, July 21, 2010

Kerajaan salah, rakyat dihukum

Adakah benar bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019? Kenyataan ini tidak dibuat oleh YB Lim Kit Siang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun YAB Dato Seri Tok Guru Nik Aziz.

Yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang pemimpin Barisan Nasional sendiri. Seorang menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri telah berani tampil ke hadapan untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa negara kita akan muflis dalam tempoh 9 tahun lagi. Beliau menyarankan supaya subsidi yang diberikan kepada rakyat ditarik balik untuk menyelamatkan negara.

Menurut Datuk Idris Jala , hanya dengan cara ini kita boleh menyelesaikan masalah ekonomi yang serius dihadapi oleh negara kita. Jika apa yang disebutkan oleh beliau itu adalah benar, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?

Negara kita diperintah oleh komponen BN sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Jika negara kita menghadapi masalah ekonomi yang begitu meruncing, bukankah itu berpunca daripada ketololan dan salah urus kewangan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Sudah tentu kita tidak boleh salahkan DAP, PAS, PKR mahupun rakyat dalam hal ini.

Tuesday, July 20, 2010

Hadiah Kerajaan 1 Malaysia Kepada Rakyat


RON 95 naik 5 sen

Diesel naik 5 Sen

Gas LPG naik 10 sen sekilo

Gula naik 25 sen sekilo


Tajuk topik adalah nukilan dari northern from Bincang.net Bilik Bincang Semasa.

Kenkadang pelik jugak acik dengan kerajaan Barisan Nasional nie... seakan tidak mahu belajar dari kesilapan lalu... bagaimana dizaman Pak Lah kerajaan telah menaikkan harga minyak yang jauh lebih tinggi dari harga yang dinaikkan sekarang... Namun sungguhpun tidak begitu banyak kenaikan yang dibuat (atau secara mendadak) namun perkataan "HARGA MINYAK NAIK" sememangnya menjadi fobia bagi masyarakat pertengahan atau berpendapatan sederhana di negara kita ini.

Acik seakan dapat rasakan disebabkan kenaikkan ini, di Buletin Utama berlumba² pulak kerajaan membuat liputan mengenai perihal kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang diambil alih oleh pihak pembangkang yang mana mengenai isu korek pasir (curi pasir), isu bekalan air akan habis, isu felda dan harakah daily yang hendak ditamatkan dan pelbagai lagi isu yang rata² membuatkan masyarakat merasakan bahawa kerajaan Pak Lah dan kerajaan yang diterajui oleh Najib seakan 2 x 5 sahaja.

Acik takmo nak mengupas lebih panjang lagi isu mengenai kenaikkan minyak ini, cuma satu yang acik nak seru kepada pembaca budiman semua agar dapatlah kiranya mengambil langkah berjaga² dengan keadaan ekonomi semasa ini. Disamping itu, acik juga menyeru kepada semua agar banyakkanlah membaca buku² panduan menguruskan wang gaji dan menguruskan kewangan peribadi anda agar tidak menyesal dikemudiaan hari.

Thursday, July 15, 2010

"Paul" si tukang tenung World Cup South Africa 2010

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Keghairahan teka pemenang Piala Dunia berdasar gerakan binatang boleh jejas akidah

KEJAYAAN Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 awal pagi kelmarin menjadikan sotong kurita bernama Paul semakin popular mengalahkan bintang bola sepak yang berjuang bermati-matian di padang untuk meraih kemenangan setiap perlawanan.

Sotong di Akuarium Sea Life di Oberhausen, selatan Jerman itu sebelum ini membuat ramalan mengenai perlawanan membabitkan pasukan Jerman yang kebetulan, ramalannya mengena. Rentetan ramalan Paul yang mengena itu, ada pihak termasuk sesetengah umat Islam seakan-akan percaya sotong ini memiliki keajaiban untuk menentukan hala tuju sesuatu perlawanan.
Sungguh aneh, budaya yang begitu sebati dalam masyarakat Arab zaman jahiliah kini menular di kalangan peminat bola sepak pada zaman serba moden. Arab jahiliah dulu memang hidup mereka sentiasa dibayangi amalan syirik, tahyul dan khurafat.
Contohnya, jika mereka ingin memulakan sesuatu perjalanan, mereka akan melihat gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan.


Wednesday, July 14, 2010

Awas! Boleh jadi kufur percaya ramalan sotong tentang keputusan Piala Dunia

Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:

Maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."

Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

Ertinya:
"Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."

Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;

مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد

Maksudnya:
"Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."

Friday, July 02, 2010

Rancang wang Dari Sekarang...

:salam:

Mungkin blog ini hanyalah blog kewangan peribadi, namun segala isu dan hal ehwal kewangan yang diutarakan mempunyai komentar dari segi islam… Wajar ditonton untuk semua.

Mengenai buku ini, acik telah membelinya, bukanlah nak promosikan buku ini disini, namun ianya amat sesuai untuk mereka² yang mempunyai masalah kewangan yang tengah serius sekarang nie disamping isu² yang dibawakan mempunyai unsur² keislaman sekali. Wajar beli!

Wassalam.

http://www.pakdi.net/

http://www.pakdi.net/bagaimana-untuk-beli-buku-pakdi/

Wednesday, June 30, 2010

Permohonan maaf mengenai isu andartu di Bilik Kaunseling BDN…

Salam buat semua pembaca budiman,

Acik ingin melahirkan rasa keinsafan dan kemaafan diatas keterlanjuran kata² dan nasihat² acik yg tak kena ditopik yang acik bukakan di forum bincang.net disini:

Acik yakin dan percaya, tentu ada wanita² yang telah terguris dan terasa dijiwa diatas statement acik yg tah hapahapantah itu…

Akhirulkalam, acik mendoakan agar semua yang terasa sudi memaafkan kesalahan acik dan acik berharap isu ini akan selesai disini saja.

Wallahu a'lam bisshawab.