Assalamu'alaikum wbt shbt sekelian,
Alhamdulillah... kerana masih dipanjangkan usia utk memberikan sedikit nukilan buat tatapan acik sendiri.. ops! hehehe... Mudah-mudahan ada yg sudi membaca dan menatap artikel dan perkongsian ilmu yang acik perolehi...
Sebagaimana yg kita semua ketahui... Taufan Sandy kini melanda New York di Amerika Syarikat atau senang kita sebut US... Dari info yang acik perolehi dari beberapa website tertentu, 17 kematian telah dicatatkan akibat taufan sandy ini... mudah-mudahan akan bertambah lagi... Hmm... tak baik pulak acik nie kata gitu.. hihihi...
Bukannya apa.. kita semua sudah tentu faham sangat bagaimana US yang dikatakan sebagai "Polis Dunia" menangani masalah keselamatan didunia yg fana ini... Bagaimana tindakan dan kerakusan mereka melemparkan label "pengganas" kepada penganut islam dan dunia islam walhal semua orang tahu siapa mereka ini sebenarnya... Orang yang bersekongkol dengan Yahudi yang paling kejam, keji, dan jijik sekali hendak dikatakan sebagai manusia!!!
"Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." Ingatlah firman Allah yang artinya, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” (Ali Imran: 139).
Tuesday, October 30, 2012
Taufan Sandy... Pengajaran dari kisah² Nabi terdahulu...
Wednesday, October 24, 2012
Selamat Menyambut Hari Raya Korban 2012...
Assalamu'alaikum wbt....
Bersyukur kiter kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sama² kita sekali lagi meraikan hari raya korban yang sememangnya sinonim dengan upacara menunaikan Haji dan mengorbankan binatang peliharaan yang lain.
Nak diceritakan panjang lebar pasal bab korban nie... acik yakin dan percaya bahawa kebanyakkan dari kiter semuanya sudah tentu tahu akan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail... Jadi tak perlulah acik dok panjangkan cerita lagi memadaikan acik ingin memperingatkan diri acik sendiri dan tuan puan yg sudi bertandang ke blog acik ini agar banyakkan membuat ibadah korban...
InsyaAllah, jikalau kita dah mula menyimpan dari awal sedikit sedikit lama² akan jadi bukit jua duit tabungan kiter itu yg disesuaikan dengan keperluan menunaikan ibadah korban ini... Kadangkala bila kiter tidak terlalu mengambil berat sangat... dan tidak terlalu mengatakan bahawa ibadah korban itu sebagai sesuatu yg penting, maka sebab itu kiter lalai untuk menyimpan dan menyediakan sedikit sumbangan ikhlas utk menunaikan ibadah korban...
Kadangkala kita begitu seronok dan begitu teruja sekali menyimpan wang jika ingin emmbeli barang seperti gadget, Samsung Galaxy Note, SMART TV, Smartphone terkini, kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dan sebagainya yang bersifat keduniaan.
Namun jarang sekali kiter seakan terpanggil utk menyimpan duit utk menunaikan ibadah korban ini.. Adakah kita rasa ibadah korban ini hanya utk pak pak haji yg baru pergi mekah?... Adakah kita beranggapan bahawa ibadah korban ini sekali seumur idup cukup laa... atau adakah kita merasakan bahawa ibadah korban ini adalah fardhu kifayah yg mana bila dah ada org buat maka aku tak payah?!...
Jangan begitu sahabat acik sekelian... kiter seelok dan semoleknya cuba utk mengumpulkan modal... mengumpulkan wang bukan sekadar niat utk menunaikan haji semata²... namun dlm ibadah korban pun kiter perlu sediakan perbekalan awal... insyaallah.

Wednesday, October 10, 2012
Menulis lagi untuk kesekian kali...
Assalamu'alaikum wbt.
Terlebih dahulu acik ingin mengucapkan terima kasih atas sapaan saudara Aslam yg memberikan penjelasan dan cadangan mengenai Unifi yg masih belum bertandang lagi di kawasan Semenyih nie...
Untuk pengetahuan saudara, acik dahulu menetap di Bandar Baru Bangi... disebabkan ianya sebuah rumah pangsapuri maka acik bertukar kawasan ke semenyih berhampiran tol lekas dikenali yang mana kawasan ini masih lagi baru dan biasalah disebabkan itu service Unifi pun masih belum boleh disalurkan lagi oleh pihak TM Point ke kawasan ini.
Berbalik kpd hajat acik untuk menulis dan menukil kata pada hari ini... sebenarnya acik baru saja dikejutkan dengan ungkapan dari anak acik yang mana membuatkan acik terharu sangat dikala ini dengan statement mautnyer... Sungguhpun anak acik nie baru berusia 6 tahun, namun kepetahannya bercakap dah sama baya dengan kanak² yang berusia sekitar 7-8 thn...
"Ayah, kenapa ayah tengak rancangan nie... ayah bukannya baik sangat pun"... rancangan yg dimaksudkan itu ialah rancangan di TV Al-hijrah "30 minit bersama Ustaz Don"... Acik tergerak pulak membuka channel 114 ASTRO ini dimalam yg turunynya hujan renyai² namun petir dan kilat sabung-menyabung... tetapi masih boleh melihat channel di ASTRO ini dan tidak pulak Out of Service...

Monday, October 01, 2012
Bajet 2013 kerajaan = Bajet diri sendiri???
Assalamu'alaikum wbt dan salam hormat buat para pembaca "Bicara Acik Fosilmitra"...
Untuk pengetahuan semua, bermula 25hb Sept yg lalu, acik telah pun melanggan TMnet Streamyx di rumah acik ini... memandangkan UNIFI masih belum wujud (nampak sangat kawasan umah acik nie masih kelaut jauhnya.. hehehe) maka terpaksalah memakai TM net streamyx buat semantara waktu... Dikhabarkan kemungkinan hujung tahun ini baru mereka cuba utk memasang streamyx di kawasan sekitar semenyih ini... Dulu waktu acik dok Bdr Baru Bangi takdelah masalah sgt dgn internet nie...
Jadi, dikesempatan ini acik ingin bertanya kepada hadirin dan hadirat sekelian, bagaimana dengan Bajet Kerajaan yang telah diumumkan baru² ini dikaca televisyen dan dikebanyakkan media massa... Adakah anda mendapat sedikit sebanyak manfaatnya?...

Tuesday, September 25, 2012
Streamyx akhirnya disisi acik...
Alhamdulillah... segala puji bagi Allah diatas kesedaran dan limpahan rahmatNya buat acik sekeluarga.. maka dptlah pada malam ini acik memulakan mukaddimah pertama acik dirumah menggunakan talian streamyx yg baru dilanggan ptg tadi... Menerusi streamyx, pelbagai kemudahan sperti tepon cordless percuma, modem wifi percuma.. streamyx line yg boleh membantu acik selama ini... Mudah-mudahan ianya memberikan acik byk kemudahan. Insyaallah.
Monday, February 20, 2012
Long Service Award
Baru2 ini, acik telah dianugerahkan dgn long service award diofis acik...
Dgn penganugerahan tersebut maka genaplah sudah 10 thn acik bekerja di bank ini...
Sungguh cepat masa berlalu... Seingat acik baru je acik memulakan tugas dan tiadalah byk sgt pengalaman yg acik telah perolehi disini namun begitulah cepatnya masa berlalu.. Tanpa sedar umur pun dah lanjut...
Acik amat bersyukur bila menerima wang anugerah 10 thn yg boleh dikatakan banyak jugaklah kalau nak dibandingkan dgn wang BR1M yang diberikan baru2 ini oleh kerajaan...

Saturday, December 10, 2011
Suburkan Dakwah Dijiwa...
Sesekali terdgr nada2 sumbang diforum2 bilamana ada rakan yg menyumbangkan video dan youtube yg berkisar mengenai dakwah dan ajaran agama namun disebabkan adanya sedikit kesilapan dan kedhaifan rakan itu tadi maka dirinya telah dihina dan dikeji...
Mengapa sampai begitu sekali tindakan kita terhadap rakan sebegini yg cuba sedaya upaya menyuburkan kembali usaha dakwah yg sedang ditinggalkan oleh kebanyakkan org dewasa ini...
Awaslah terhadap perangkap syaitan! Suatu hari, al-hassan al-basri bjumpa dgn seorg pemuda dari Bani al-shikhir. Al-hasan berkata kpdnya: 'nasihatilah kami, wahai pemuda' pemuda itu mjawab: 'aku belum layak utk mberikan nasihat wahai abu sa'id'. Al-hasan berkata: 'siapakah yg benar2 layak mberi nasihaat!'

Tuesday, September 06, 2011
Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam???
Komen bernas dari saudara TJ terhadap isu ini...
salam
Saya lebih selesa utk menunggu keputusan dari yang berwajib. Walaupun saya tidak menafikan bahawa kristian memang ada agenda seperti yang telah dinyatakan di atas, tetapi kita sebagai umat Islam, dalam kebencian kita kepada sesuatu kaum itu, kita mesti berlaku adil.
Pagi tadi saya bercerita dengan seorang yang pernah murtad sebelum ini dan alhamdullilah kembali kepada Islam kembali setelah didakwahkan oleh kami. Dia bercerita mula2 pihak kristian ini akan bagi kita duit, bagi bantuan dll. Dia tak ajak pun masuk agama dia. Lepas tu bila dah jadi kawan, dia tanya kita, free tak ahad? Jom tolong masak2 kat gereja. Lepas tolong masak2, dengar pulak bible reading. Lepas tu ada pulak program utk anak2 kita. Lepas tu sedar tak sedar 5 tahun dia mengikut agama kristian.
Sunday, September 04, 2011
Salam kemenangan buat semua perajurit ramadhan...
Assalamu'alaikum wbt... Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi menulis sebaris kata di blog yg semakin hilang taringnya sejak dua tiga menjak kebelakangan ini atau mmg dari dulu lagi? hehe..
Alhamdulillah... dpt lagi kita bersua muka dipaparan kisah acik kali ini... kisah kemenangan yg termampu acik lakukan diwaktu getir menyusuri medan pertempuran nafsu lapar dan dahaga tempoh hari... Alangkah getirnyer ramadhan tahun ini bilamana acik dijangkiti chicken pox sehingga menyebabkan acik bercuti sakit dari melakukan tugas seharian ditempat kerja...
Apapun, acik tetap bersyukur kerana Allah masih mengasihi acik dengan memberikan sedikit dari penyakit yg pada acik jika dibandingkan dengan seorang rakan acik yg mengidap penyakit leukimia dikala ini dan setiap waktu melakukan kimoterapinya maka apalah sangat dibandingkan dengan serangan chicken pox tersebut... tidak terbanding langsung!!...

Wednesday, August 24, 2011
Rancangan "Reflection" di TV AlHijrah 11.30 mlm setiap hari...
Assalamu'alaikum wbt..
Dlm rancangan semlm pengacaranyer Shah Kirit Kakulai Govindji mmg superb betul acik tgk... Cara beliau menerangkan tentang Al-Qur'an yakni sebuah kitab yg 1400 tahun telah wujud dan mampu menjelaskan tentang persoalan sains moden yang sedikit pun tidak bercanggah dengan hasil penemuan sains dizaman mutakhir ini...
Bagaimana sebuah kitab yg wujud diawal 1400 Hijrah telah mampu dan telah menjelaskan tentang bagaimana bentuk muka bumi (menerusi ayat² didalamnyer... acik dah lupa lak ayat apa) dan bagaimana kitab ini boleh menceritakan kejadian pembentukan embrio manusia dari air mani dan menjadi apa dan apa...
Bagaimana kitab ini mampu memaklumkan bahawa ibu jari adalah pembeza diantara semua manusia didunia ini dan segala mcm perkara yg beliau simpulkan didalam rancangan reflection tersebut dapat menyakinkan diri acik siapa lagi yg mampu menulis kitab ini kalau bukan Allah SWT Tuhan yg menurunkannyer kpd Nabi Muhammad SAW... Masakan nabi boleh mencipta kitab yg didalamnyer terkandung segala penemuan sains moden tanpa sedikitpun ada perbezaan atau percanggahan dengan ilmu sains semasa...
Mengapa manusia masih mahu mendustakan Tuhan yg menciptakannya???
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Mungkin ada lagi rancangan² diTv lain atau di TV AlhIjrag yg hendak dikongsikan bersama... takut ada yg tak sedar jer kehadiran rancangan² terbaekk nie...

Thursday, July 21, 2011
Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?
Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.
Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:
1. Israel
Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.
Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.
Thursday, July 14, 2011
Menangani fenomena literalis agama — Dr Mohd Asri Zainul Abidin
July 13, 2011
13 JULAI — Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.
Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.
Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.
Monday, July 11, 2011
Persoalan tentang Negara Berkebajikan vs Negara Berpendapatan Tinggi...
Sesi perbincangan mengenai persoalan dimana atau apakah yang paling afdal dilaksanakan di Malaysia: Negara berpendapatan Tinggi seperti yg dilaungkan oleh kerajaan atau negara berkebajikan seperti yang diilhamkan oleh Pakatan Rakyat?...
Rujuk komentar sdr Tok Janggut dan Morpheuzneo...

Saturday, July 09, 2011
Mencari kesempurnaan didalam SPR...
Assalamu'alaikum wbt.
Mungkin coretan diforum ini bisa membantu anda semua memahami bagaimana hendak mencari kesempurnaan didalam Sistem Suruhanjaya PilihanRaya di Malaysia ini...
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Lihat nukilan dari saudara Tok Janggut...

Sunday, July 03, 2011
Harta itu milik kita?
Assalamu'alaikum wbt. Mari muhasabah diri kiter...
Ramai manusia berfikir bahawa duit yg diperolehi dari gaji dan disimpankan ke dlm dompet adalah kepunyanya… atau lihat buku akaun simpanan bank, penyata simpanan unit trust, unit amanah saham bumiputera adalah harta miliknya. Bermakna kat sini, segala yang tertera nama kiter dlm penyata akaun itu adalah hakmilik kiter yg mutlak.
Namun sedarkah kita bahawa kiter tidak permah memiliki apa² kerana semua itu milik Allah yg dipinjamkan sementara dan kiter hanyalah pentadbirnyer… Buktinyer semua harta itu tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi utk dimanfaatkan.
Pernahkah anda melihat sekujur mayat tetiba bangkit mengatakan “siapa yg berani mengambil harta benda aku nih!!”… Dan adakah kiter pernah melihat kubur yg didalamnyer bersemadi sekali semua harta benda yg pernah dimilikinyer?,,, Jadi apa harta yg menjadi milik kita sebenarnyer?
Thursday, June 30, 2011
Berbicara sebentar tentang sedekah...
Assalamu'alaikum wbt buat semua sahabat... Acik berkesempatan memberikan satu soalan buat rakan² di forum Bincang.net... mari sama² kiter saksikan...
“Tidak akan berkurang harta seseorang disebabkan bersedekah.” Hadis Nabi SAW...
Acik sekadar nak bertanya kat sini... jikalau kiter hampir pasti (bukan 100% betullah) yg org selalu minta sedekah kat kiter tue bukanlah seorg yg layak kiter sedekahkan (maybe sebab dia bukanlah sakit atau hadapi kekurangan anggota badan) adakah salah kiter bersedekah lagi kpdnya??...
Kenkadang kat kawasan tempat acik dok makan tgh nie mesti ada org yg sama meminta sedekah... kenkadang tue dia berlegar dari satu tempat ke satu tempat sampaikan kiter dah amat mengetahui yg kerjanyer sekadar cari makan dengan meminta sedekah... Adakah kiter dikira bersalah jikalau memberi sedekah kpd golongan sebegini?...
Acik bertanya nie sebenarnyer sebab ada sahabat yg menarik tgn acik sewaktu nak sedekah kat sipolan nie "jgn kasi dia... bukannyer betul pun susah!"... Adakah salah kiter sekadar mahu bersedekah kpd golongan yg sebegini?... Mohon pencerahan...
p/s: Mungkin ada yg biasa menghadapi org yg seperti acik ceritakan..
Thursday, June 16, 2011
Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Saturday, May 14, 2011
Adakah BN bakal bercuti 5 tahun di PRU ke-13 nanti?
Ini suatu persoalan yg membuatkan acik berfikir... kalaulah menjadi kenyataan, apakah yg akan berlaku kpd kehidupan rakyat Malaysia nanti?.. Acik duduk diSelangor dan selangor adalah kawasan taklukan PKR-DAP-PAS atau Pakatan Rakyat... disini air diberikan percuma tanpa bayaran pun... mmglah berapa sgt bil air nie namun kalau difikirkan kalau dah berapa sgt nilainya kenapa tak diberikan percuma?...
Mcm kos Indah Water Consortium pun berapa sgt ler nilainya namun kenapa kerajaan takmo buat begitu?... diberikan percuma sahaja kpd rakyat... walhal kalau nak dikirakan rakyat dah memberikan terlalu banyak kpd kerajaan Mesia nie... beri duit Tol.. beri duit lembaga hasil... beri duit cukai astro.. beri duit cukai sini sana apa tak cukup byk lagikah rakyat dah kasi kat kerajaan?...
Acik rasa sudah tiba masanya kita memberi peluang kpd kerajaan baru Pakatan Rakyat untuk cuba mentadbir kerajaan Mesia dan melihat sesuatu hasil setelah lebih 50 thn kerajaan yg sama memberikan bakti... Kalau kiter lihat sejarah Umar Abdul Aziz... dlm masa tempoh 2 setengah tahun beliau boleh menjadikan kerajaannya tanpa ada seorg pun yg boleh menerima zakat... ini zaman Tun Mahathir yg memerintah kerajaan 22 tahun pun tak dpt nak selesaikan masalah rakyat....
Aik?... pehal plak tetiba acik dok berceramah politikus nie? hehehehe

Friday, May 06, 2011
Obama Bunuh Osama?
Tertarik dgn kenyataan dari TGNA...
Kematian Osama Bin Laden, Respon Saya TGNA
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Kematian Osama Bin Laden, Respon Saya TGNA
Tuesday, March 29, 2011
Kiter bukanlah seorang "hero" didlm kehidupan ini...
Assalamu'alaikum wbt.
“Setiap yang hidup pasti akan menemui mati kendatipun ianya berada didalam benteng yang tingi lagi kukuh…” Maksud firman Allah SWT didlm Al-Qur’an…
Arini acik mendapat perkhabaran mengenai kehilangan seorang ibu kepada seorang teman seperjuangan diofis acik… Ibunya yg dikatakan selalu sakit telah kembali ke rahmatullah hari ini... semoga roh ibu beliau ditempatkan dikalangan orang yg mendapat rahmat dariNya… InsyaAllah.
Kedapatan diantara kiter sering menganggap bahawa diri kiter sebagai seorang “hero pilem hindustan" sebagai cth… mcm mana teruk sekali pun kekalahan yg dialami… bagaimana teruk sekalipun tumbukkan yg dikasi… dan bagaimana teruk sekalipun situasi yg dihadapi namun hero tetap akan kalah dahulu menang kemudian…. Hero takkan mati dlm pilem tersebut... Sebagai seorg hero... jgn risaulah... jln citenyer pun kiter dah boleh agak... takkan mati punyer hero nie...
Begitulah sikap segelintir manusia termasuklah acik sendiri… Kiter menyangka bahawa dlm kehidupan kita skrg nie… kitalah heronyer… mana ada kuasa yg boleh mengugat kedudukan kita?… mana ada org yg berani menganggugugat kehidupan kita?… mana ada org yg berani mencabar kiter? Mana ada “kematian” ke atas kiter sehinggakan kita menyangka kitalah heronyer… "hero dlm pilem mana boleh mati maa…" "dia takkan kalah punyerlah…" begitulah pemikiran kiter...
Jangan begitu sahabatku sekelian… jangan sesekali kiter menyangka bahawa diri kita adalah seorang hero didlm kisah kehidupan kiter sendiri.. Kiter hanyalah sebagai hamba Allah SWT yg pasti akan kembali ke pangkuanNya nanti… akan dimamah ulat… akan dikebumikan bila tiba masanyer… oleh itu persiapkanlah perbekalan sebelum kiter hadir ke "bawah" sana nanti…
Pernah Ustaz Ismail Kamus menerusi ceramahnyer berkata “ manusia nie sering menyifatkan kematian itu seperti ayam yg dimasukkan ke dlm raga ayam… bila tuan ayam ambil seekor ayam iaitu rakannya didlm raga tersebut maka ayam yg terselamat akan berkata “alahh… itu dia yg kena, kita tak lagi”… esoknyer tuan ayam sembelih lagi seekor ayam sampailah sampai kepada turn kita sendiri… masa itu adakah kita masih nak kata “alahh… itu dia yg kena, aku tak lagi… leh enjoy lagi nie…”.. nauzubillahiminzalik… minta jauhlah semua akan sikap sebegini…
Masa yg terhad dihadiahkan oleh Allah ini kiter gunakanlah sebaiknyer… acik menyeru kepada diri sendiri agar insaflah… kembalilah ke jalan Allah… jgnlah tunggu sehingga Allah menurunkan azab siksanyer kepada acik nanti… insyaAllah… semoga apa yg acik sampaikan akan acik dahulu laksanakan dan ambillah iktibar jika ada iktibar padanyer…
Wallahu a’lam bisshawab.

Subscribe to:
Posts (Atom)