Sunday, August 04, 2013

Video Yang Menghina Islam "1 Hari raya" bersama anjing...

Hukum Kenajisan Anjing: Satu Penilaian Semula.

oleh:Hafiz Firdaus Abdullah

Apabila sahaja disebut tentang anjing, pasti ramai yang akan merasa jijik. Apabila sahaja melihat anjing, ramai yang akan cuba menjauhinya. Ini kerana kita sejak awal telah diajar bahawa anjing adalah najis yang berat. Akan tetapi pada masa kini, wujud beberapa suasana di mana kita terpaksa berada “berhampiran” dengan anjing.

Sebagai contoh, terdapat beberapa lapangan terbang antarabangsa yang menggunakan anjing untuk mengesan dadah pada penumpang dan bagasi mereka. Ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kita kerana kesukaran untuk menyamak mana-mana bahagian yang telah disentuh oleh anjing tersebut.

Dalam risalah ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian mengkaji semula, adakah benar anjing adalah najis yang berat? Adakah setiap kali anjing bersentuhan dengan kita, kita perlu menyamaknya? Sebelum dimulakan kajian ini, penulis ingin terlebih dahulu memberi muqaddimah tentang pandangan Islam terhadap haiwan secara umum.

Wednesday, July 31, 2013

Umur semakin hampiri 40 tahun... Kemana arahmu?...



Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun

Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya akutetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; danjadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri).”
(Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)

Ayat ini menyatakan umur 40, iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Syaratnya dia mulai daripada sejak dia baligh lagi. Kebanyakkan ulama’ bersungguh-sungguh dalam beribadah mengurangi tidurnya, ketika mencecah usia ini.

Maafkanlah... bila hati.. tak sempurna menyintaiMu..




dosa org yg kita marah sebab buat video atau gambar atau statement yg mungkin dibuat ketika beliau jahil entah2 dah lama diampun oleh Allah .... kita ni tanpa siasat terus sebarkan dalam facebook, membangkitkan fitnah yg telah terkubur mungkin 3 atau 4 atau 10 tahun yang lalu, mungkin dia bersalah, mungkin dia perlu dihukum, tapi kita?.... kenapa kita jugak mencari sebab utk Allah hukum kita kerana membangkitkan fitnah yg telah terkubur.... jgn mudah share, jgn mudah utk comment, siasat lah dulu atau diam.... dalam perkara fitnah, diam adalah lebih baik.

Tuesday, July 30, 2013

Seronoknya Berterawikh... Tapi awas!

SELAWAT NABI: Arab tidak buat, Melayu buat

SECARA santai, tercerita mengenai solat Tarawih di Makkah dan tanah air. Bersoal-jawab pula, mengapa orang Nusantara membuat bacaan selawat ke atas nabi serta pujian kepada empat orang khalifah di celah-celah solat Tarawih, sedangkan di masjid Makkah dan Madinah tidak ada? Ada beberapa macam jawaban. Antaranya, “Arab itu Wahabi”, “Itu cara orang Arab, cara Melayu lain sedikit” dan “perkara baik, bagus dilaksanakan”.

Memang berselawat ke atas Nabi s.a.w. itu satu anjuran yang aula. Bisa dilihat ayat 56 surah al-Ahzab. Maksudnya, “sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atas nabi dan ucapkanlah salam yang penuh penghormatan kepadanya.”

Oleh itu mengapa di Makkah dan Madinah tidak melaksanakan seruan supaya berselawat di antara rakaat-rakaat Tarawih? Orang Arab meninggalkan selawat dan orang Melayu melakukan selawat?

Saturday, July 20, 2013

Penghinaan yang dilakukan oleh Alvin & Vivian Terhadap Islam.. apa pandangan islam?

"apa yg hangpa nak defend sgt org bukan Islam tu!... agama lain nak defend, agama sendiri di biar dihina!... habis tu hangpa nak suruh buat apa? takkan nak suruh dok diam saja!... bodoh.... bacul... dayus...."

tuan2 ikhwatul iman ... kalaulah perjuangan ini semudah bila kita menegur terus org tu berubah, maka tak adalah konsep jihad dan bersabar dalam perjuangan. Semua org pernah dengar cerita nabi bersama perempuan tua yahudi yg buta, sampai nabi wafat, perempuan yahudi tua tersebut tetap menghina nabi saw, adakah ini bermakna nabi gagal? tak... perjuangan dan usaha dakwah nabi akhirnya berhasil bila perempuan tersebut mengucapkan kalimah syahadah dihadapan Saidina Abu Bakar ra. Tak sempat pun nabi melihat hasil perjuangan beliau, tapi nabi tetap terus berusaha berjuang tanpa putus asa.

ada banyak konsep dakwah nabi saw bawak bagi mendekati org kafir terutamanya yg menghina Islam, namun begitu ada 2 konsep yg cukup besar yg ditunjukkan oleh nabi saw iaitu akhlak yg baik dan berdialog. Kita boleh baca dari sejarah nabi akhlak yg baik digunakan bagi mendekati org kafir setempat manakala konsep berdialog digunakan apabila berjumpa pemimpin2 dan org2 yg berpengaruh.

Kebangkitan Islam Pasti Akan Berulang!!!



Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menolak permintaan untuk bertemu dengan Muhammad Al-Baradei, anggota Barisan Penyelamat, dan salah seorang dari pengkomplot rampasan kuasa tentera ke atas presiden sah Mesir Dr Muhammad Mursi .

Turut tertulis dalam keratan akhbar "Aksham" Turki, Erdogan menolak pertemuan itu kerana mengira bahawa ianya adalah salah satu percubaan bagi menghalalkan rampasan kuasa tentera ke atas presiden Mursi, dan sudah pasti itu adalah sesuatu yang tidak dipersetujui oleh Erdogan dengan bantahan yang keras, beliau juga mengesahkan bahawa Turki tidak mengenali presiden sah Mesir kecuali Dr Mursi.

Tambahan, bahawa presiden Turki Abdullah Juul telah pun menolak pelawaan bertemu mereka pada hari Isnin yang lepas selepas menerima surat daripada Adly Mansour-yang telah dilantik oleh As-Sisi yang diterima dari kedutaan Mesir di Ankara.

Penolakan ini adalah sebagai bantahan dari mengiktiraf kelangsungan kerajaan baru di Mesir. Mereka menegaskan "Kami tidak mengenali presiden Mesir selain Mursi"

Sumber : IkhwanOnline

Friday, July 05, 2013

Morsi dijatuhkan dalam rampasan kuasa oleh pihak tentera...



Mari kita buat perbandingan mengenai kes Morsi vs Hosni dgn kes PR vs BN nie… Hosni dah lama memerintah mcm BN laa… dah dekat 55 thn memerintah… rakyat mmg dah bersemadi lama dijiwa mereka dgn zaman pemerintahan BN nie… tap tup PR take over sebagai kerajaan (ini cth jelah dlm pilihanraya ke-13 tempoh hari) dan melakukan dasar² yg lebih radikal…

Sudah tentulah dlm masa yg begitu singkat.. mana mampu sebuah kerajaan baru nak menunjukkan kehebatan dan kesempurnaannya kepada rakyat dalam sekelip mata sahaja… mesti ada anasir² samada dari BN atau dari Hosni yg cuba utk kembali berkuasa dan kembali utk menjatuhkan PR nie…

Sebab itu, apa saja kebaikan yg dilakukan oleh PR di negeri jajahan mereka tidak begitu kelihatan dimata seluruh rakyat dan masyarakat msia… cth air percuma… gaji bos syabas sampai berjuta… org² sgor je yg tak dpt menerimanyer dan membuka mata mengenai perkara ini… selebihnya bagi mereka yg masih berada di tanah jajahan BN tak kata apa…

Sunday, June 23, 2013

Kematian yang mulia...



salam

husam berhujah dengan hadis ini:

"Pemimpin para syuhada adalah Hamzah dan juga orang yang mendatangi pemimpin yang zalim lalu menasihatinya dan melarangnya, lalu pemimpin itu membunuhnya." (Diriwayatkan Al-Hakim)

Dari sini, ada di antara ulama meyimpulkan bahawa apabila nabi saw menyebut perkataan para syuhada dan hamzah yang syahid di perang uhud seolah2 nabi menyatakan bahawa yang mati menegakkan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim adalah syahid.

Saya berpandangan seperti dr asri bahawa hadis sebegini bukan bermaksud mereka syahid seperti para syuhada di medan perang menentang musuh Islam, tetapi mereka, biiznillah, mendapat pahala seperti orang yang mati syahid.

Tak kata dia salah. Ini pendapat peribadi. Mungkin HSBC boleh mentakhsihkan hadis dari al hakm ini.

Ini disebutkan sendiri di dalam kitab harian metro yang wajib di imani oleh penyokng BN:

Thursday, May 30, 2013

Dr Juanda: Zuhud Bukan Bermaksud Membenci Dunia...


Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Suatu hari Abdullah bin Abbas RA memakai pakaian yang paling indah dan mahal berharga 10.000 dirham. Beliau bermaksud mengadakan dialog dengan kaum Khawarij yang memberontak. Orang-orang Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengenepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, Fiqh dan Hadis. Mereka terkenal sebagai kaum yang degil, berpuak-puak dan membenci sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan mereka.

Abdullah bin Abbas RA mandi dan memakai wangian yang paling harum, menyikat rambutnya dan mengenakan pakaian yang paling indah dan bersih. Beliau akan berhadapan dengan orang-orang degil yang memakai baju bertampal-tampal, muka yang berdebu dan kusut masai. Mereka berkata: “Kamu adalah anak bapa saudara Rasulullah SAW. Mengapa kamu memakai pakaian seperti ini? Abdullah bin Abbas RA menjawab: “Apakah kalian lebih tahu tentang Rasulullah SAW berbanding saya?” Mereka berkata: “Tentulah kamu yang lebih tahu.” Abdullah berkata lagi: “Demi Allah yang jiwaku dalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah SAW berpakaian dengan mengenakan perhiasan yang berwarna merah dan itu adalah sebaik-baik perhiasan.”

Monday, May 20, 2013

Berbicara tentang rezeki...



"Jika kamu bertawakal kepada Allah dgn sebenar² tawakal, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung keluar dalam keadaan lapar namun pada petangnya pulang dalam kekenyaangan".

Hadis Riwayat al-tarmizi... dari majalah solusi isu 56.

Mungkin ada sesiapa nak memberikan satu formula bagaimana kita sebagai rakyat biasa, orang kebanyakkan mampu berdikari tanpa mengharapkan belas ihsan (subsidi) kerajaan lagi?...

p/s: Taknak terikat dgn permasalahan politik maka acik bicarakan di BMM saja..

Mendamba Hidayah Allah...



Kepada semua kawan yg ada kat Forum Bincang Muslimin dan Muslimat yg ambil berat perkembangan David...


slmt tgh malam dan slmt sejahtera kepada kawan yg ambil berat tentang perkembangan david selama ni....

terima kasih sbb masih ingat lg david....

sini ada pengumuman....

klo x ada halangan akan david terus memeluk sebelom bulan Ramadhan.....

klo ada sesiapa yg ingin tau perkembangan david blh hubungi david di 013-4426363....

Wednesday, May 15, 2013

Kabinet Baru Kerajaan Malaysia...

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan barisan Kabinet baru yang dianggap kabinet yang berimbang di antara mereka yang berpengalaman, teknokrat dan golongan muda.

Berikut ialah senarai kabinet yang dikeluarkan oleh BERNAMA.

Perdana Menteri:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteriatuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Saturday, May 11, 2013

Damai Yang Hilang Di Syria...



Doa acik mengiringi kanak-kanak yang tidak berdosa di Syria yang dibunuh dengan kejam dan tanpa pembelaan... Yakinlah bahawa Allah SWT akan membalas semua perbuatan mereka terhadapmu didunia ini di akhirat sana!!!!!!

Sunday, May 05, 2013

Selamat Mengundi Rakyat Malaysia...

Agar terbangun DUNIA BARU ISLAM....





Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah


Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh

Lagu : The Zikr
Lirik : Ashaari Muhammad

Saturday, May 04, 2013

AR RUHUL JADID (ruh yang membawa pembeharuan)

Arruhul jadid suatu ketika dahulu di Bincang.net




Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang jolokan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentera Allah siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan untuk ikuti Rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

Friday, May 03, 2013

Memilih pemimpin negara adakah lebih kecil bandingannya dari sekecil² zarah???



"Bagaimana kita boleh mengatakan bahawa didalam bab memilih pemimpin ini ianya hanyalah perkara kecil dan tidak mungkin akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak sedangkan firman Allah SWT yang bermaksud:
" Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya pula."

(Surah al-Zalzalah 99: 7-8)

Wednesday, April 24, 2013

Malaysia Memilih yang cemerlang...



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Saturday, April 20, 2013

Di Bln Mei... Bakal Berlakukah Sesuatu Di Malaysia???



Untuk tatapan semua yang belum baca buku Cikgu Non

CN Afghani Saksi Amanat Hadi

Published by AIDC on February 19, 2013

AIDCNews – 19/02/13 – Ahli Pas seumur hidup, Zainon bin Ismail merupakan salah seorang saksi yang terpenjara minda dan tubu badan ekoran Amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diucap di Kg Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada tahun 1981.

Zainon yang menggunakan nama pena, C.N Al-Afghani mencatatkan pengalaman beliau menghayati Amanat itu dalam bukunya “Kafirkah Aku”, 2012.

Ikutilah pendedahan beliau :

Aku, Mimpi dan Dot.. Dot.. Dot.... versi youtube...



Published on Apr 18, 2013
Jadikan mimpi anda suatu realiti... "Pilih Sinar Harapan Baru". Aku, Mimpi & Dot... Dot... Dot...

oleh Tok Janggut terbitan Bincang.net Production 2013

Tahniah buat saudara Tok Janggut dan rakan² yang telah menghasilkan suatu videoclip yg terbaik ini... terasa sikit sangat sumbangan yang telah acik berikan... moga usaha kalian diberkati.. amin.

Saturday, April 13, 2013

Apakah itu memang pilihan kita?

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
5:39PM Apr 11 2013

Beberapa orang Melayu yang kurang biasa dengan makanan Jepun memasuki sebuah restoran makanan Jepun untuk mencuba. Pelayan restoran Jepun itu datang dan memberikan menu makanan yang ada di restoran berkenaan.

Nama-nama makanan semuanya berbunyi Jepun. Semua bunyi itu agak asing bagi pelanggan-pelanggan Melayu berkenaan.

"Sila pilih menu yang tuan-tuan mahukan", kata pelayan.