Terima kasih kepada pihak Bincang.Net yang pernah menobatkan acik sebagai Hot Daddy..
Wassalam.
"Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." Ingatlah firman Allah yang artinya, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” (Ali Imran: 139).
Salam sayang buat isteriku merangkap ibu kepada anakku Syazwan yang kukasihi...
Hari ini 22.11.2014 maka tibalah hari kelahiranmu di dunia ini..
Jodoh kita bertemu bilamana aku terlihat resume mu di lipatan helaian mereka mereka yang ingin memohon pekerjaan di pejabatku..
Mulanya aku sekadar menyapa dirimu secara bersahaja.. Namun tak ku sangka dirimu begitu bersungguh sungguh ingin mengenali diriku yang tidak seberapa ini..
Pertemuan pertama kita di Central Market Kuala Lumpur merupakan detik percintaan antara kita berdua..
Makin hari makin sayang ku bertambah kepadamu dan akhirnya kita diijabkabulkan.. Hingga kini kita tetap bersama dan ku doakan agar dikau akan setia bersama ku hingga hujung waktu...
1.BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.2.Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.
3.Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
4.Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi di pegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.
5.Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.
6.Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.
7.Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.
8.Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
9.Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.
10.Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.
11.Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.
12.Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.
13.Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.
14.Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.
Ceritakan pengalaman anda bekerja dengan cina di ruangan comment supaya dapat kita menguatkan kajian ini bahawa ini benar benar terjadi sejak dahulu lagi.
Sumber:
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1464-discrimination-against-hiring-of-malay-graduates-.html
Assalamualaikum, minta maaf semua... ada rezeki kita jumpa lagi.From: Farid Wajidi Ariffin.
Peringatan bersama, tak guna kita kutuk wahabi, salafi, tabligh serta jemaah2 lain, PAS dan kuncu2nya, umno dan kuncu2nya, karpal, org kutuk karpal, tok guru, tok bomoh, wardina, ust don, dr maza dan semua isu2 berbangkit yang disumbat masuk dalam laman facebook ini sekiranya amal kebajikan dan amanah antara hubungan kita dgn Allah dan amal kebajikan serta amanah antara hubungan kita sesama manusia kita tak jaga. Surah Al-Baqarah ayat 177 menerangkan secara jelas dan lengkap, amanah serta kebajikan yang perlu kita fokus bersama "Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) org yg beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat2, kitab2, dan nabi2, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak2 yatim, org2 miskin, org2 yg dlm perjalanan (musafir), peminta2, dan utk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, org2 yang menepati janji apabila berjanji, dan org yg sabar dalam kemelaratan, penderitaan dan pada masa peperangan. Mereka itulah org2 yg benar, dan mereka itulah org2 yg bertaqwa".
trust me, apabila tuan2 menghampiri saat2 kematian, tak ada perkara lain yg lebih penting dalam hidup tuan2 melainkan utk menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah didalam AlQuran, bukan bermakna tuan2 kena habiskan masa di atas tikar sejadah, putus asa dan akhirnya terperdaya dgn tipuan syaitan.... tetapi banyak lagi perintah lain yg Allah senaraikan dalam AlQuran bagi memburu redha dan kasih Allah. And trust me, apabila tuan2 menghadapi saat2 kematian, hanya amalan yang Allah dan Rasul bagitau sahaja yg tuan2 rasa nak buat dan usahakan, but yet people of facebook love to label us many names ...."when we try to follow the real teaching of prophet Muhammad, we know that we can't make it perfect, but we really try with solat, doa and tawakkal to Allah .... but yet people will label us as you know who .... eventough we don't know who are those people really are".
Salam, sekian, jumpa lagi, InsyaAllah.
From: Farid Wajidi Ariffin [mailto:wajidiconsultant@gmail.com]
Sent: Saturday, September 25, 2010 6:57 PM
To: shah-h@xxxx.com.my
Cc: siba@xxxx.com.my; ridzal ; asrul_@xxxx.com.my; Mohd Zinie Amin
Subject: Ampunkan dosa aku
Assalamualaikum,
Kawan2.... aku nak mintak ampun dan maaf atas segala dosa dan kesalahan aku selama ni kat korang semua.... tolong bagitau org lain semua yg mengenali aku kat situ, aku mohon ampun dan maaf ata segala dosa dan kesalahan aku selama ini. Ini mungkin email aku yg terakhir utk korang, so aku merayu agar korang semua maafkan dosa dan kesalahan aku selama ini. Semalam aku dikejarkan kehospital, doktor detect aku ada kanser darah yg kronik atau dgn nama lain, leukimia yg agak kritikal. So mulai isnin ni aku akan menjalani proses kimoterapi, chances of survival agak tipis, tapi aku tetap berdoa pada Allah agar sembuhkan penyakit aku. Asrul.... tolong sampaikan dekat semua budak finance, mintak diorang semua ampunkan dosa dan kesalahan aku selama ini. Aku sayang korang semua... terima kasih kerana menjadi kawan aku yg baik selama ini. Doakan lah perjuangan aku mengharungi ujian kasih sayang Allah pada aku ini. Salam terakhir dari aku buat korang semua sekiranya ditakdirkan aku pergi menemui Allah nanti.
Wassalam.
Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa.
Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki.
Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah?
Terucap syukurku..
Aku memilihmu
Tuk menjadi teman hidup setia slamanya
Belahan hati ini.. Kini tlah terisi
Aku dan dirimu mengikat janji bahagia..
Dan berlayarlah kita renda keluarga meretas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku
Tuhan persatukan kami untuk slamanya hingga bahagia disurga-Mu
Pegang tanganku, tataplah mataku..
Engkau ditakdirkan untukku
Ikatan suci ini..
Slalu 'kan ku jaga
Meniti sakinah..
Penuh Kasih Sayang dan Rahmat-Nya...
Lirik Lagu/ Lyrics:
Kau Ditakdirkan Untukku - Inteam ft. Suhaimi & Aden Edcoustic