Sunday, February 05, 2023

Belajar untuk faham takdir Illahi..

Baru-baru ini acik dikejutkan dengan berita kehilangan seorang rakan sekerja dulu yang mana dikala beliau sedang mengambil gambar tetiba beliau rebah ke bumi.

Allahuakbar.. Mujur diketika itu acik punyai byk kelapangan masa untuk hadir menziarahi shbt acik ini sdr Fadzly Izwani.. Beliau meninggalkan seorang balu dan 4 org anak yang mana seorang masih lagi dalam kandungan isterinya yang sedang menunaikan umrah ketika itu..

Acik doakan agar roh arwah dicucuri rahmat dariNya dan acik doakan agar isteri arwah tabah menghadapi ketentuan dari Illahi..

Acapkali bila kita lihat kehidupan seseorang itu yang menghadapi dugaan dan rintangan hidup yang teramat berat untuk bahunya memikul.. Kita tersedar bahawa ujian bagi diri kita ini mungkin lagi mudah dari org itu tadi.. 

Sebab tu mensyukuri akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepadamu kita selama 45 tahun hidup di muka bumi ini amatlah perkara yang amat penting.. Kita tentu tahu bahawa Allah SWT menjanjikan bahawa tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita tanggung dan pikul..

Sekiranya kita fahami elok elok akan ayat al-Quran "disebalik kesukaran ada kemudahan" nescaya kita akan sedar pasti ada kebahagiaan menjelma selepas kesedihan.. Acik doakan sesiapa juga yg sedang dilanda kesukaran dan kepayahan hidup dikala ini agar tabah menghadapi ketentuan dari Illahi.. Aamiin 🤲 

Sunday, January 29, 2023

Sesungguhnya kemenangan itu dekat..

Alhamdulillah pagi ini berpeluang untuk menukil kata sekejap dalam blogspot luahan perasaan acik yang sedikit celaru.

Kadangkala ada orang yang kita rasa macam seronok sangat kehidupannya dan kita terasa ingin seperti mereka.. 

Adakalanya kita rasakan kehidupan kita ini lagi sukar dan teramat sukar berbanding kehidupan sahabat sahabat kita yang lain. 

Namun acik ada terbaca satu artikel mengatakan sebenarnya kehidupan orang itu lebih lagi sukar berbanding acik cuma mereka mampu menyembunyikan perasaan mereka dan mampu menyembunyikan masalah mereka dengan sering meminta merayu merintih kepada Allah.. 

Kemungkinan inilah agaknya perkara yang menyebabkan acik masih lagi diberikan kesukaran dalam kehidupan.. Rasa bersyukur itu masih kurang dan rasa nikmat yang Allah masih berikan terlalu sedikit... 

Semoga sama-sama kita renungkan agar kita berharap hanyalah kepada pemilik alam semesta dan pemberi rezeki didunia ini... 

Wallahu'alam Bisshawab. 

Wednesday, January 04, 2023

Didiklah anakmu untuk bergantung harap pada Allah bukan manusia..

Salah satu perkara penting yang kita perlu buatkan untuk anak-anak kita ialah berharap pada Allah SWT sebagai pemberi rezeki dan jangan berharap pada manusia kerana sesungguhnya manusia akan mengecewakan diri kita sendiri..

Wallahu'alam Bisshawab. 

Tuesday, November 15, 2022

Feel Good Channel

Kadangkala acik terfikir jugak yang Tazkirah dan apa saja nukilan yang pernah ada didalam channel blogspot ini mungkin tidak begitu menarik untuk ditonton atau dibaca.

Jika zaman berforum dulu mungkin banyak info dan artikel yang lebih menarik kita temui namun sekarang ini mungkin sebab masa dan tidak ketemu sgt artikel yang menjadi penambah ilmu agama di dada kita.

Sebenarnya untuk kekal istiqamah didalam mendapat rahmat Allah ini serta mendapat hidayah untuk sentiasa malar segar dalam mendapat ilmu yang bermanfaat ialah kita kena banyak mencarinya..

Mungkin juga kita perlu lebih banyak bertemu dengan ramai orang agar Allah dapat temukan kita dengan sahabat sahabat yang bakal membantu kita kembali ke jalan Allah SWT..

Semoga masih ada kesempatan untuk acik bertemu dengan sahabat sahabat lama dan baru yang sudi singgah ke teratak buruk acik ini lagi.. 

Wallahu'alam Bisshawab. 

Friday, November 11, 2022

Sentiasa syukuri nikmat yang Allah bagi hari ini..

Alhamdulillah.. mungkin hari ini bukanlah hari yang terbaik untuk diriku tetapi selalu kusyukuri semua yang Allah SWT berikan padaku..

Sekiranya kamu bersyukur dengan nikmatku nescaya Aku tambah lagi nikmatku untuk mu... 

Thursday, October 20, 2022

Bersedekah..

Assalamu'alaikum
Al fatihah

*Bersedekah.* 

1. *Sedekah* adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah Subhanahu wa ta ala,

2. *Sedekah* ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang,

3. *Sedekah* akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam,

4. *Sedekah* mampu memadamkan kemurkaan Allah Subhanahu wa ta ala dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah *sedekah* dan Allah Subhanahu wa ta ala akan sentiasa memanjangkan pahala dari *sedekah* tersebut,

6. *Sedekah* mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,

7. *Sedekah* adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah Subhanahu wa ta ala,

8. *Sedekah* boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

9. *Sedekah* mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

10. *Sedekah* adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah Subhanahu wa ta ala dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

11. Orang² yang memberi *sedekah* ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu wa ta ala, 

12. Orang yang memberi *sedekah* dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah Subhanahu wa ta ala In Syaa Allah, 

13. Orang yang memberi *sedekah* adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi *sedekah* adalah perbuatan yang mulia,

15. *Sedekah* mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah Subhanahu wa ta ala In Syaa Allah,

16. *Sedekah* mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

*17. Sedekah* mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup,

18. *Sedekah* adalah obat,

*19. Sedekah* mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas &

20. *Sedekah* ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang² atau burung².

Yang terakhir sekali.....

_*Sedekah* yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..._

karena itu hanya dengan cara berkongsi tulisan ini kita akan mendapat bahagian pahala *sedekah*,
Jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk ber- *sedekah*...

*Semoga bermanfaat.*

Saturday, September 24, 2022

Kisah klasik untuk masa depan..

https://youtu.be/Oz5w5j2_DMI

Anda Hebat Luar Biasa 👍 👍 👍 

Wednesday, August 24, 2022

Hijrah Untuk Kesejahteraan

Assalamu'alaikum
Al fatihah

*Hijrah Untuk Kesejahteraan*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Daripada Abdullah bin Amru dari Nabi SAW, bersabda: "Seorang muslim adalah orang yang kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain (sentiasa  selamat dari gangguan lisan dan tangannya seperti umpatan, fitnah, adu domba dan lain-lain).

2.  Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka  sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

3.  Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau keadaan kepada satu situasi atau keadaan yang lain.  Seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan berdosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala.

4.  Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

5.  Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.  Para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki di Mekah dan menempuh perit getir perjalanan untuk ke Madinah sehingga mereka selamat sampai. Oleh itu untuk berhijrah dan berubah, setiap kita perlu berkorban.

Marilah kita melakukan perubahan dan berhijrah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah. Bersama mewujudkan kesejahteraan ummah.

Hikmah Pagi

Assalamu'alaikum sahabat2 yg dirahmati Allah SWT sekelian, 

Al fatihah

*HIKMAH  PAGI*

Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalunya tidak sempurna.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yang hakiki,
Kalau hati itu bersih...

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal.
Dan mati amal kerana tiada istiqamah.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan dalam kehidupan...

  *SEMOGA BERMANFAAT*

Zikrullah..

﷽ 
Assalamu'alaikum 
Al fatihah

 *BERZIKIR* 

🍃ZIKIR:
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

Zikir ini bermaksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

Jadi, sentiasalah ‘ringan bibir’ melafazkan zikir ini setiap hari sebanyaknya. Sambil bekerja, sambil berzikir. Sambil melayan media sosial anda juga boleh berzikir!

🍃ZIKIR: 
LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN

Zikir ini bermaksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Friday, August 12, 2022

Penat Hidup

Adakalanya ujian Allah itu pelbagai.. Kadang ada yang kita fahami dan kadang ada yang memang kita tak fahami langsung tujuannya..

Baru terima surat cinta dan perlu diterima dengan hati yang terbuka.. Mungkin rezeki dan jodoh acik sudah tiada lagi disini.. 

Acik redha dan pasrah.. Setiap sesuatu ada sesuatu.. Redha sangka baik selalu.. Allah mungkin nak berikan acik semangat juang yang betul betul terbaik.. Mungkin jugak kali ini bila dah tiada lagi comfort zone acik akan menyerah kalah atau acik akan bangkit berjuang!!! 

Saturday, July 09, 2022

Sempena hari raya Aidiladha..

Assalamu'alaikum wbt buat semua yang masih sudi membaca segala nukilan dan sisipan acik di ruang angkasa blogspot acik ni..

Acik ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari Aidiladha dan juga semoga anda semua tidak terkesan dengan masalah kewangan yang melanda negara kita ini.. 

Insya Allah disebalik kesukaran ada kemudahan.. Yakin Anda Boleh Berjaya! 

Friday, July 01, 2022

Harga Sebuah Persahabatan..

Kawan

Bila perlu, kita guna..
Lepas guna kita buang..
Apa dalam fikiran kita lepas kita dengar perkataan ni?
Mesti tisu pakai buang kan? 😅

Tuan2 yg mulia,
Tapi zaman sekarang ni,
Perkataan tu sesuai digunakan untuk "kawan" kan?
Time senang lupa,
Time susah dia call kita,
Time senang.. kita call pun jarang nak jawab.

Tau tak kenapa perkara ini berlaku?
Sebab ada yg rasa dan menganggap bahawa kawan ni hanya alat untuk memudahkan urusan sajer,
Tatkala dia susah dan dalam masalah.

Dia tak lihat kawan sebagai harta yang berharga,
Sebab mungkin dia buta!
Buta dalam menilai sebuah persahabatan kerana telah dikaburi dengan kebendaan atau seseorang yg baru datang dalam hidup dia,
Sebab tu kalau persahabatan ni boleh dinilai dengan wang ringgit,
Saya rasa tak kan ada harga,
Sebab ianya terlalu mahal.

Tapi mungkin kerana ianya percuma,
Sebab tu banyak persahabatan berakhir dengan kekecewaan.

Tuan2 yg mulia,
Kita semua ada kawan,
Kalau hari ni kita tak hargainya,
Kalau hari ni kita tak jaga persahabatan tu,
Boleh jadi esok dia pergi tinggalkan kita.. kerana diri kita sendiri,
Hidup ni simple,
Hargai mereka yg menghargai kita..

#SyMenyampaiUtkRenungan

Tuesday, June 14, 2022

Nowseeheart 😞

Tersentap tapi bermakna. 😔😔😔Satu perkongsian dari Ustaz Windu Wijaya...

● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.

Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..
● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
● Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik...
● Hanya kau dan amal mu.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
● Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana.

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar.

● Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat.
● Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia.
● Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik._

-🕌SHARE pada Keluarga, teman & saudara mara, semoga bermanfaat.

Saturday, June 04, 2022

2 Tanda Allah sedang marah pada kita..



Seorang Wali Allah pernah berkata, jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah, aku akan perhatikan 2 tanda ini -𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 dan 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜𝗞𝗨

𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 yang  diguna sering rosak dan meragam. Banyak kerosakan yang datang darinya berbanding memudahkan urusan seharian.

𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati.

Kata Ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu.

Karenah isteri yang suka melawan pula adalah disebabkan kita sendiri berani lawan perintah Allah. Lebih teruk lagi, anak-anak juga turut bermasalah.

Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para Ulamak.

Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.

Kena cari balik kemaksiatan apakah yang sedang kita buat sehingga Allah sedang memberi peringatan kepada kita sedemikian rupa.

Perkongsian oleh : 
Tuan Guru Sheikh Zaini Ahmad

Monday, May 30, 2022

Ini hidup.

Alhamdulillah baru-baru ini acik dapat ikuti suatu kisah hidup seorang yang bernama Ali Banat..

Sebenarnya kisah beliau dekat 3 tahun berlalu cuma acik berkesempatan membaca dan melihat video "Alhamdulillah.. I have passed away" baru sahaja dua malam lepas.

Kisah beliau mmg menarik hati acik dan seakan menjentik hati kecil ini untuk menyertai perjuangan beliau tersebut. 

Namun, semalam tanpa disangka acik mendapat khabar berita jiran sebelah rumah acik dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kajang gara gara tekanan darah tinggi. 

Allahuakbar.. Sebelum ini nak dijadikan cerita sebenarnya disitu jualah acik menanti detik seorang shbt karib acik yang merupakan cikgu sekolah yang juga mengalami hal yang sama iaitu tekanan darah tinggi yang menyebabkan beliau koma seminggu dan menghembuskan nafasnya.. 

Kini acik macam terasa hal yang agak sama bisa berlaku namun hati acik berdoa harapnya bukanlah sama seperti arwah Hazrin Ahmad kawan sekolah acik tersebut. 

Acik yakin dan percaya jiran acik ni mempunyai aura yang tersendiri.. Beliau yang merupakan pemilik restoran Smell Tomyam di pekan Semenyih bernama Azli Idris. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan buat beliau dan sehingga ke saat ini acik masih menanti keputusan pembedahan yang beliau lalui di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Insya Allah jika ada kesempatan nanti acik akan ke sana dari ofis acik.. Allah Maha Besar.. Allah Maha Kuasa. 

Friday, May 20, 2022

Ilmu kewangan mesti mantop jika ingin berbisnes..

Sebenarnya ada beberapa perkara yang sering menjadi amalan acik ketika ini iaitu sering melihat CTOS berbayar yang acik langgani.

Bagi mereka yang benar benar mahukan sistem perancangan kewangan yang rapi dalam hidup mereka maka CTOS berbayar ini acik kira dah jadi satu kewajipan yang perlu kita ada dan tahu.

Setiap hutang dan setiap bayaran yang tertunggak sebulan dua bulan atau 3 bulan akan mudah kita ketahui.

Untuk urusan mencari loan atau hutang baik pula biasanya pihak bank akan melihat report CTOS dan CCRIS kita ini. 

Jika bermasalah kat situ kita akan tahu atau hadapi kesukaran untuk mendapatkan sebarang loan atau pinjaman dengan pihak bank nanti. 

Disamping itu, kita juga perlu sedar kewajaran jika sekiranya kita mahu memiliki lebih dari satu kad kredit. 

Kad kredit ini tidaklah salah untuk menggunakannya.. Ianya kadangkala lebih sempurna berbanding memiliki kad debit sahaja. 

Setiap transaksi dapat kita lihat dan pantau dan setiap transaksi yang mencurigakan jika dibuat di platform jualan online seperti lazada shoppee dan sebagainya boleh kita tangani dengan mudah. 

Namun begitu, kejayaan seseorang lari dari terjebak ke dalam masalah kewangan yang rumit adalah berpunca dari kad kredit yang tidak diuruskan dengan baik. 

Disamping itu, nafsu kita yang selalu terasa ingin berbelanja lebih sedikit bila menggunakan kad kredit ini memungkinkan masalah kewangan kita akan menjadi barah yg bernanah sedikit demi sedikit. 

Mudah mudahan acik doakan kepada semua rakan dan taulan agar sentiasalah menjaga sistem kewangan mereka dengan baik dan sentiasa memastikan hutang mereka terkawal dengan pendapatan yang mereka seadanya.. 

Wednesday, May 18, 2022

Belajar dari kesilapan kita selaku manusia biasa.

1. Tuan puan yang budiman, jika awak tidak tahu, saya telah menanggung kerugian lebih RM100,000 selepas menutup kedai muzik saya 30 tahun dahulu. (Cerita penuh insiden ini ada dalam buku saya Jutawan Dari Planet Jupiter.)

2. I vowed to become better. Jadi saya menambahkan ilmu dengan mendapat Master in Business Administration (MBA). Alhamdulillah, perniagaan saya yang berikutnya berjaya.

3. Saya juga pernah rugi berpuluh-ribu ringgit dalam pasaran saham. Nama saham yang saya beli ialah Aokam yang pada satu ketika merupakan a darling di Bursa Malaysia.

4. I vowed to become better. Jadi saya menambahkan ilmu dengan membaca ratusan buku tentang kewangan dan pelaburan serta mendapatkan designation Chartered Financial Consultant (ChFC) dan Islamic Financial Planner (IFP). Alhamdulillah, pelaburan-pelaburan saya yang berikutnya berjaya.

5. Dan baru-baru ini, saya juga telah menanggung kerugian berpuluh-ribu ringgit melabur dalam coin Terra Luna – a previous darling dalam dunia cryptocurrency. Nilai Terra Luna telah jatuh lebih 99% dalam masa beberapa hari sahaja setelah diserang oleh spekulator.

6. Sudah tentu semua kerugian ini adalah menyedihkan. Tetapi saya tahu yang dunia tidak berakhir kerana saya telah menanggung kerugian ketika melabur. Ia juga tidak bermakna yang saya bodoh kerana kerugian tersebut. Kadangkala dan terutamanya dalam dunia pelaburan, situasi berlaku di luar kawalan atau jangkaan kita. Contohnya, covid-19, dan sekarang the collapse of Terra Luna.

7. Saya juga tahu inilah harga dan pengorbanan yang perlu dibayar untuk menjadi usahawan dan pelabur berjaya. Mana ada usahawan dan pelabur yang tidak pernah menanggung kerugian? But as long as we learn daripada insiden-insiden pahit ini, dan tidak mengulanginya, kita dalam jalanan yang betul.

8. Jadi saya akan menambahkan ilmu, meneruskan belajar dan insyaAllah, menjadi pelabur yang lebih bijak dan lebih berjaya. Jika awak juga telah menanggung kerugian, mari bersama-sama saya untuk menjadi pelabur yang lebih bijak dan lebih berjaya. Kita tambah ilmu bersama-sama, kita rentasi semua halangan yang melintang, dan kita daki gunung yang tersergam.

9. Dunia yang lebih baik menunggu mereka yang gigih berusaha.

Azizi Ali Mentor Wang

# Do your own research
# Not financial advice