Saturday, December 29, 2012

Guna KWSP / EPF atau Duit Tunai Lebih Baik Untuk Melabur di Unit Trust?

Suatu soalan yg pernah acik tanyakan kepada Suzardi Maulan...

by Suzardi Maulan

“Pelaburan unit trust lebih baik guna KWSP / EPF atau tunai?”

Soalan yang pendek, tetapi penjelasannya tidak.

Maklumlah kita sudah biasa mendengar:

“Pulangan pelaburan KWSP baru 4%.”
Apa itu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?

Saya cerita dari sudut pelaburan.

Majoriti duit KWSP ini digunakan untuk membeli government securities. Fixed income instrument.

Kerajaan perlukan duit. Maka, satu produk kewangan dibuat untuk memenuhi permintaan tersebut. Pulangannya tetap, sekitar 4% setahun. Lagi lama lagi tinggi.

Kerajaan dapat duit. KWSP dapat pulangan yang tetap. Duit pencarum tidak terdedah dengan risiko pasaran yang besar.

Friday, December 28, 2012

Mengapa Ada Yang Menolak Hudud Islam?

Assalamu'alaikum wbt.

Acik ada membukakan suatu topik di Bilik Bincang Muslimin dan Muslimah atau lebih senang dikenali sebagai BMM di Bincang.net...
“Kegagalan undang-undang manusia untuk membendung jenayah sepatutnya menjadi bukti betapa manusia memerlukan undang-undang jenayah islam bagi menangani masalah jenayah yang semakin meruncing dari hari ke hari”

-Umpama Mengikut Telunjuk Yahudi oleh Dr. Mohd Shauqi Othman.

Mengapa ada dikalangan org islam yg menolak hudud? Tak paham atau takut huru hara² dinegara ini?.. Bincangkan!.

Boleh merujuk terus ke ruang angkasa forum tersebut...

Wallahu a'lam bisshawab.

Thursday, December 20, 2012

Aku, Mimpi dan dot… dot… dot? (Copy dari Sdr Tok Janggut BDN)

Aku, Mimpi dan dot… dot… dot?

Oleh: Tok Janggut (www.bincang.net)

Disember 2016

Kaki Ramli sudah mula boleh berjalan seperti biasa. Walaupun masih belum secergas sewaktu sebelum kejadian kemalangan, tetapi sekurang-kurangnya dia dalam keadaan yang lebih baik daripada koma yang hampir meragut nyawnya.

Semuanya berlaku pada Disember 2012, Ramli baru sahaja selesai dari menjadi perwakilan perhimpunan agung UMNO dan dalam perjalanan balik ke Perak. Kereta Vivanya terbabas sewaktu sampai di selekoh masuk ke Tanjung Malim dan melanggar pembahagi jalan. Punca utamanya kerana mengantuk yang telah menguasai dirinya.

Kejadian tersebut menyebabkan kecederaan yang teruk sehingga dia koma selama hampir 3 tahun. Pada penghujung 2015, Ramli mula sedar dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat karibnya. Dia nampak kelibat anaknya tetapi tidak bekas isterinya.

Tuesday, December 18, 2012

Newtown diselubungi kesedihan yang tidak sehebat kesedihan di GAZA...

Alhamdulillah.. bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya dapat kita sekali lagi bersama-sama diblog acik ini... Sepertimana yang tertera diatas tajuk artikel ini... acik buatkan sedikit sorotan kejadian yang menimpa kanak-kanak yang tidak berdosa di Newtown...

CONNECTICUT — Bandar Newtown di Connecticut masih diselubungi kesedihan ekoran tragedi pembunuhan 20 kanak-kanak sekolah dan enam individu Jumaat lalu.

Hari ini, Penduduk berkumpul di Gereja Katholik St Rose of Lima bagi memberi penghormatan terhadap mangsa.

“Amat dahsyat, (mangsa) adalah kanak-kanak. Mereka belum memahami erti bahaya, mereka juga tidak faham istilah ‘jahat’,” kata penduduk Newtown, Al Cawthra.

Jumaat lalu, penjenayah yang dikenali sebagai Adam Lanza, 20 tahun, membunuh ibunya sebelum menyerang dan menembak mati 20 kanak-kanak Sekolah Elementari Sandy Hook.

Adam juga membunuh 6 mangsa lain di sekolah berkenaan sebelum membunuh diri.

Saturday, December 15, 2012

Hikmah kegagalan Malaysia ke final Piala AFF Suzuki...

"Hikmahnya dapatlah kita mengelak dari dikalahkan sekali lagi oleh Singapura... hehehe..."


Sekian.

Thursday, December 06, 2012

Puisi Buat Seorang Teman...

Salam ku hulurkan
Menghiasi pertemuan
Indah persahabatan
Moga terus berkekalan

Setulus keikhlasan ku mohon kemaafan
Keterlanjuran lalu usah lagi dikenang
Syukur syawal ini masih lagi kita ditemukan

Setahun yang berlalu
Tak ku dengar perkhabaran
Ku bimbangi diriku
Tidak dalam ingatan

Betapa ku rindukan saat persahabatan
Dan ku menghargai talian persaudaraan
Syukur atas nikmat pemberianMu Tuhan

Kan ku kenang masa yang berlalu
Kan tetap bersemadi di hati
Terima kasih untuk semuanya
Tiap kesempatan yang kita lalui
Bersama.....

Kawan yang ku kasih
Teman yang ku sayangi
Bahagia kini ku rasai
Ku damba kepadaNya
Ku mohon restuNya
Moga ukhwah dirahmati

Dalam perjalanan meniti hidup
Adakala tersalah tersilap bahasa
Itu lumrah manusia

Aku hanya insan yang lemah
Tak mungkin telah berseri dosa
Peliharalah ikatan ini
Sebaiknya....

Agar ukhwah ini ke hujungnya...

Copy paste dari blog shbt lama acik, rakan dari forum JAKIM... Mudah-mudahan sihat hendakNya... :)
pojie82

Tuesday, October 30, 2012

Taufan Sandy... Pengajaran dari kisah² Nabi terdahulu...

Assalamu'alaikum wbt shbt sekelian,

Alhamdulillah... kerana masih dipanjangkan usia utk memberikan sedikit nukilan buat tatapan acik sendiri.. ops! hehehe... Mudah-mudahan ada yg sudi membaca dan menatap artikel dan perkongsian ilmu yang acik perolehi...

Sebagaimana yg kita semua ketahui... Taufan Sandy kini melanda New York di Amerika Syarikat atau senang kita sebut US... Dari info yang acik perolehi dari beberapa website tertentu, 17 kematian telah dicatatkan akibat taufan sandy ini... mudah-mudahan akan bertambah lagi... Hmm... tak baik pulak acik nie kata gitu.. hihihi...

Bukannya apa.. kita semua sudah tentu faham sangat bagaimana US yang dikatakan sebagai "Polis Dunia" menangani masalah keselamatan didunia yg fana ini... Bagaimana tindakan dan kerakusan mereka melemparkan label "pengganas" kepada penganut islam dan dunia islam walhal semua orang tahu siapa mereka ini sebenarnya... Orang yang bersekongkol dengan Yahudi yang paling kejam, keji, dan jijik sekali hendak dikatakan sebagai manusia!!!

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Korban 2012...

Assalamu'alaikum wbt....

Bersyukur kiter kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sama² kita sekali lagi meraikan hari raya korban yang sememangnya sinonim dengan upacara menunaikan Haji dan mengorbankan binatang peliharaan yang lain.

Nak diceritakan panjang lebar pasal bab korban nie... acik yakin dan percaya bahawa kebanyakkan dari kiter semuanya sudah tentu tahu akan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail... Jadi tak perlulah acik dok panjangkan cerita lagi memadaikan acik ingin memperingatkan diri acik sendiri dan tuan puan yg sudi bertandang ke blog acik ini agar banyakkan membuat ibadah korban...

InsyaAllah, jikalau kita dah mula menyimpan dari awal sedikit sedikit lama² akan jadi bukit jua duit tabungan kiter itu yg disesuaikan dengan keperluan menunaikan ibadah korban ini... Kadangkala bila kiter tidak terlalu mengambil berat sangat... dan tidak terlalu mengatakan bahawa ibadah korban itu sebagai sesuatu yg penting, maka sebab itu kiter lalai untuk menyimpan dan menyediakan sedikit sumbangan ikhlas utk menunaikan ibadah korban...

Kadangkala kita begitu seronok dan begitu teruja sekali menyimpan wang jika ingin emmbeli barang seperti gadget, Samsung Galaxy Note, SMART TV, Smartphone terkini, kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dan sebagainya yang bersifat keduniaan.

Namun jarang sekali kiter seakan terpanggil utk menyimpan duit utk menunaikan ibadah korban ini.. Adakah kita rasa ibadah korban ini hanya utk pak pak haji yg baru pergi mekah?... Adakah kita beranggapan bahawa ibadah korban ini sekali seumur idup cukup laa... atau adakah kita merasakan bahawa ibadah korban ini adalah fardhu kifayah yg mana bila dah ada org buat maka aku tak payah?!...

Jangan begitu sahabat acik sekelian... kiter seelok dan semoleknya cuba utk mengumpulkan modal... mengumpulkan wang bukan sekadar niat utk menunaikan haji semata²... namun dlm ibadah korban pun kiter perlu sediakan perbekalan awal... insyaallah.

Wednesday, October 10, 2012

Menulis lagi untuk kesekian kali...

Assalamu'alaikum wbt.

Terlebih dahulu acik ingin mengucapkan terima kasih atas sapaan saudara Aslam yg memberikan penjelasan dan cadangan mengenai Unifi yg masih belum bertandang lagi di kawasan Semenyih nie...

Untuk pengetahuan saudara, acik dahulu menetap di Bandar Baru Bangi... disebabkan ianya sebuah rumah pangsapuri maka acik bertukar kawasan ke semenyih berhampiran tol lekas dikenali yang mana kawasan ini masih lagi baru dan biasalah disebabkan itu service Unifi pun masih belum boleh disalurkan lagi oleh pihak TM Point ke kawasan ini.

Berbalik kpd hajat acik untuk menulis dan menukil kata pada hari ini... sebenarnya acik baru saja dikejutkan dengan ungkapan dari anak acik yang mana membuatkan acik terharu sangat dikala ini dengan statement mautnyer... Sungguhpun anak acik nie baru berusia 6 tahun, namun kepetahannya bercakap dah sama baya dengan kanak² yang berusia sekitar 7-8 thn...

"Ayah, kenapa ayah tengak rancangan nie... ayah bukannya baik sangat pun"... rancangan yg dimaksudkan itu ialah rancangan di TV Al-hijrah "30 minit bersama Ustaz Don"... Acik tergerak pulak membuka channel 114 ASTRO ini dimalam yg turunynya hujan renyai² namun petir dan kilat sabung-menyabung... tetapi masih boleh melihat channel di ASTRO ini dan tidak pulak Out of Service...

Monday, October 01, 2012

Bajet 2013 kerajaan = Bajet diri sendiri???

Assalamu'alaikum wbt dan salam hormat buat para pembaca "Bicara Acik Fosilmitra"...

Untuk pengetahuan semua, bermula 25hb Sept yg lalu, acik telah pun melanggan TMnet Streamyx di rumah acik ini... memandangkan UNIFI masih belum wujud (nampak sangat kawasan umah acik nie masih kelaut jauhnya.. hehehe) maka terpaksalah memakai TM net streamyx buat semantara waktu... Dikhabarkan kemungkinan hujung tahun ini baru mereka cuba utk memasang streamyx di kawasan sekitar semenyih ini... Dulu waktu acik dok Bdr Baru Bangi takdelah masalah sgt dgn internet nie...

Jadi, dikesempatan ini acik ingin bertanya kepada hadirin dan hadirat sekelian, bagaimana dengan Bajet Kerajaan yang telah diumumkan baru² ini dikaca televisyen dan dikebanyakkan media massa... Adakah anda mendapat sedikit sebanyak manfaatnya?...

Tuesday, September 25, 2012

Streamyx akhirnya disisi acik...

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah diatas kesedaran dan limpahan rahmatNya buat acik sekeluarga.. maka dptlah pada malam ini acik memulakan mukaddimah pertama acik dirumah menggunakan talian streamyx yg baru dilanggan ptg tadi... Menerusi streamyx, pelbagai kemudahan sperti tepon cordless percuma, modem wifi percuma.. streamyx line yg boleh membantu acik selama ini... Mudah-mudahan ianya memberikan acik byk kemudahan. Insyaallah.

Monday, February 20, 2012

Long Service Award

Baru2 ini, acik telah dianugerahkan dgn long service award diofis acik...

Dgn penganugerahan tersebut maka genaplah sudah 10 thn acik bekerja di bank ini...

Sungguh cepat masa berlalu... Seingat acik baru je acik memulakan tugas dan tiadalah byk sgt pengalaman yg acik telah perolehi disini namun begitulah cepatnya masa berlalu.. Tanpa sedar umur pun dah lanjut...

Acik amat bersyukur bila menerima wang anugerah 10 thn yg boleh dikatakan banyak jugaklah kalau nak dibandingkan dgn wang BR1M yang diberikan baru2 ini oleh kerajaan...

Saturday, December 10, 2011

Suburkan Dakwah Dijiwa...

Sesekali terdgr nada2 sumbang diforum2 bilamana ada rakan yg menyumbangkan video dan youtube yg berkisar mengenai dakwah dan ajaran agama namun disebabkan adanya sedikit kesilapan dan kedhaifan rakan itu tadi maka dirinya telah dihina dan dikeji...

Mengapa sampai begitu sekali tindakan kita terhadap rakan sebegini yg cuba sedaya upaya menyuburkan kembali usaha dakwah yg sedang ditinggalkan oleh kebanyakkan org dewasa ini...

Awaslah terhadap perangkap syaitan! Suatu hari, al-hassan al-basri bjumpa dgn seorg pemuda dari Bani al-shikhir. Al-hasan berkata kpdnya: 'nasihatilah kami, wahai pemuda' pemuda itu mjawab: 'aku belum layak utk mberikan nasihat wahai abu sa'id'. Al-hasan berkata: 'siapakah yg benar2 layak mberi nasihaat!'

Tuesday, September 06, 2011

Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam???

Komen bernas dari saudara TJ terhadap isu ini...

salam

Saya lebih selesa utk menunggu keputusan dari yang berwajib. Walaupun saya tidak menafikan bahawa kristian memang ada agenda seperti yang telah dinyatakan di atas, tetapi kita sebagai umat Islam, dalam kebencian kita kepada sesuatu kaum itu, kita mesti berlaku adil.

Pagi tadi saya bercerita dengan seorang yang pernah murtad sebelum ini dan alhamdullilah kembali kepada Islam kembali setelah didakwahkan oleh kami. Dia bercerita mula2 pihak kristian ini akan bagi kita duit, bagi bantuan dll. Dia tak ajak pun masuk agama dia. Lepas tu bila dah jadi kawan, dia tanya kita, free tak ahad? Jom tolong masak2 kat gereja. Lepas tolong masak2, dengar pulak bible reading. Lepas tu ada pulak program utk anak2 kita. Lepas tu sedar tak sedar 5 tahun dia mengikut agama kristian.

Sunday, September 04, 2011

Salam kemenangan buat semua perajurit ramadhan...

Assalamu'alaikum wbt... Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi menulis sebaris kata di blog yg semakin hilang taringnya sejak dua tiga menjak kebelakangan ini atau mmg dari dulu lagi? hehe..

Alhamdulillah... dpt lagi kita bersua muka dipaparan kisah acik kali ini... kisah kemenangan yg termampu acik lakukan diwaktu getir menyusuri medan pertempuran nafsu lapar dan dahaga tempoh hari... Alangkah getirnyer ramadhan tahun ini bilamana acik dijangkiti chicken pox sehingga menyebabkan acik bercuti sakit dari melakukan tugas seharian ditempat kerja...

Apapun, acik tetap bersyukur kerana Allah masih mengasihi acik dengan memberikan sedikit dari penyakit yg pada acik jika dibandingkan dengan seorang rakan acik yg mengidap penyakit leukimia dikala ini dan setiap waktu melakukan kimoterapinya maka apalah sangat dibandingkan dengan serangan chicken pox tersebut... tidak terbanding langsung!!...

Wednesday, August 24, 2011

Rancangan "Reflection" di TV AlHijrah 11.30 mlm setiap hari...

Assalamu'alaikum wbt..

Dlm rancangan semlm pengacaranyer Shah Kirit Kakulai Govindji mmg superb betul acik tgk... Cara beliau menerangkan tentang Al-Qur'an yakni sebuah kitab yg 1400 tahun telah wujud dan mampu menjelaskan tentang persoalan sains moden yang sedikit pun tidak bercanggah dengan hasil penemuan sains dizaman mutakhir ini...

Bagaimana sebuah kitab yg wujud diawal 1400 Hijrah telah mampu dan telah menjelaskan tentang bagaimana bentuk muka bumi (menerusi ayat² didalamnyer... acik dah lupa lak ayat apa) dan bagaimana kitab ini boleh menceritakan kejadian pembentukan embrio manusia dari air mani dan menjadi apa dan apa...

Bagaimana kitab ini mampu memaklumkan bahawa ibu jari adalah pembeza diantara semua manusia didunia ini dan segala mcm perkara yg beliau simpulkan didalam rancangan reflection tersebut dapat menyakinkan diri acik siapa lagi yg mampu menulis kitab ini kalau bukan Allah SWT Tuhan yg menurunkannyer kpd Nabi Muhammad SAW... Masakan nabi boleh mencipta kitab yg didalamnyer terkandung segala penemuan sains moden tanpa sedikitpun ada perbezaan atau percanggahan dengan ilmu sains semasa...

Mengapa manusia masih mahu mendustakan Tuhan yg menciptakannya???

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: Mungkin ada lagi rancangan² diTv lain atau di TV AlhIjrag yg hendak dikongsikan bersama... takut ada yg tak sedar jer kehadiran rancangan² terbaekk nie...

Thursday, July 21, 2011

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?


Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.

Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel
Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.
Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.

Thursday, July 14, 2011

Menangani fenomena literalis agama — Dr Mohd Asri Zainul Abidin


July 13, 2011

13 JULAI — Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.

Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.

Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.