Tuesday, May 05, 2009

Kesalahan mendidik anak - Takut kepada manusia

1. Terdapat 2 masalah apabila takut kepada manusia.

2. Pertama, untuk meninggalkan perkara maksiat atau pun bid’ah yang dipandang mulia di mata manusia, sekali pun jelas perkara ini adalah sesat.

3. Kedua, apabila melakukan perkara yang baik atau pun ibadah semata-mata untuk tontonan manusia.

4. Lebih bermasalah jika ibadah itu adalah ibadah wajib, maka kewajipan ini sangat mudah ditinggalkan apabila tiada mata manusia memandang.

5. ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada ALLAH dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan ALLAH dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.” (al-Baqarah: 8-9).



6. ALLAH berfirman lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) ALLAH (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan ALLAH pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).” (al-Nisaa’: 142).

7. Apabila ibadah kepada ALLAH semata-mata atau pun lebih mencari keredhaan manusia berbanding ALLAH, maka jadilah orang munafik.

8. Sanggupkah kita membiarkan anak kita digelar orang munafik?

9. Sanggupkah kita membiarkan anak kita apabila berjumpa dengan ALLAH dalam keadaan munafik?

10. Kalau persoalan pertama (#8) lebih mengguris hati berbanding persoalan kedua (#9), maka kita sendiri pun kena perbaiki diri kita dalam bab ni… sebelum kita betulkan anak kita.

11. Jadi pengajaran yang benar kepada anak adalah menakut-nakutkan mereka kepada ALLAH dan dalam masa yang sama mencintai ALLAH meskipun tidak mendapat keredhaan manusia malah dibenci manusia sekali pun.

12. Tanamkan dalam hati anak rasa diawasi ALLAH dalam keadaan tersembunyi, mahupun terang-terangan.

13. Beramal ibadah kepada ALLAH tak kira sedih atau pun gembira, susah atau pun senang.

14. Pengajaran-pengajaran begini memerlukan ilmu aqidah dalam bab mentauhidkan ALLAH.

15. Oleh itu, marilah kita sama-sama menuntut ilmu akhirat, kurangkan sedikit aktiviti keduniaan.

wassalam.

trew - BDN moderator

No comments: