Thursday, November 02, 2017

Masihkah perlu lagi melayan EPL?

Adakalanya hati kita berbisik sendiri dengan mengatakan.. "Cukup²lah tu melayan bolasepak epl tu".. Bukannya apa kita takuti dalam keseronokan kita menikmati perlawanan bola oleh kelab yang kita minati tiba-tiba Allah SWT menjemput kita hadir ke "sana".. Dimana nak letak muka kita?

Acik jugak turut merasakan bahawa sememangnya ada kalangan sahabat kita yang terlihat zahir sebagai seorang alim ulama namun masih melayan bola epl terutama Fantasy EPL... Perkara sebegini kita perlu tangani dengan secepat mungkin...

Masa yang diluangkan untuk menonton bola jika dibahagikan kepada anak-anak kita yang sedar membesar alangkah lebih mulia dan moleknya.. Wallahu'alam.