Wednesday, March 29, 2023

Cukup seminggu hari ini berpuasa..

Dah masuk 7 Ramadan 1444 H arini.. Cepat sungguh masa berlalu. Acik yakin dan percaya bahawa belum rasa lagi kita benar benar menikmati keindahan bulan Ramadan ini sebenarnya...

Namun dalampada itu, acik turut berduka cita dengan beberapa orang yang acik kenali yang terlibat dengan kemalangan jalan raya di bulan puasa ini.. Akibatnya beliau terpaksa berada seketika di Hospital Serdang begitu juga dengan seorang jiran tetangga yang terkena serangan angin ahmar menyebabkan juga berada dan bermalam di Hospital Serdang buat masa ini.. 

Acik doakan agar sdr Zaidi dan abg Azmi akan tabah menghadapi ketentuan dari Illahi dan Semoga lekas sembuh seadanya.. Terlihat satu forwarded dari rakan rakan group whatsap tentang perihal kematian yang di ceramah kan oleh Allahyarham Ustaz Ismail Kamus..

Ceramah ustaz begitu tepat mengenai tentang kehidupan manusianya yang bakal menjadi ahli jenazah tak lama lagi.. Mungkin kita perlu memikirkan perkara ini sedalam dalamnya melebihi perniagaan yang kita tengah usahakan kerana kejayaan sebenar adalah kejayaan bila mana terlepas dari azab kubur.. Allahuakbar 😓