#header h1 { font-size: 200%; text-shadow: #81A75B 2px 2px 2px; } #header h1 a { text-decoration: none; color: #FFFFFF; } #header h1 a:hover { color: #eee; } /* ---( main column )--- */ h2.date-header { margin-top: 0; padding-left: 14px; font-size: 90%; color: #ff9933; background: url(http://www.blogblog.com/tictac/date_icon.gif) no-repeat left 50%; } .post h3 { margin-top: 0; font: normal bold 130% 'Lucida Grande','Trebuchet MS'; letter-spacing: -1px; color: #ff6633; } .post { margin-top: 0; margin-right: 0; margin-bottom: 1.5em; margin-left: 0; padding-top: 0; padding-right: 0; padding-bottom: 1.5em; padding-left: 14px; border-bottom: 1px solid #ddd; } .post h3 a, .post h3 a:visited { color: #ff6633; text-decoration: none; } .post-footer { margin: 0; padding-top: 0; padding-right: 0; padding-bottom: 0; padding-left: 14px; font-size: 88%; color: #999999; background: url(http://www.blogblog.com/tictac/tictac_grey.gif) no-repeat left 8px; } .post img { padding: 6px; border-top: 1px solid #ddd; border-left: 1px solid #ddd; border-bottom: 1px solid #c0c0c0; border-right: 1px solid #c0c0c0; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; } #blog-pager-newer-link { float: left; } #blog-pager-older-link { float: right; } #blog-pager { text-align: center; } /* comment styles */ #comments { padding: 10px 10px 0px 10px; font-size: 85%; line-height: 1.5em; color: #666; background: #eee url(http://www.blogblog.com/tictac/comments_curve.gif) no-repeat top left; } #comments h4 { margin-top: 20px; margin-right: 0; margin-bottom: 15px; margin-left: 0; padding-top: 8px; padding-right: 0; padding-bottom: 0; padding-left: 40px; font-family: "Lucida Grande", "Trebuchet MS"; font-size: 130%; color: #666; background: url(http://www.blogblog.com/tictac/bubbles.gif) no-repeat 10px 0; height: 29px !important; /* for most browsers */ height /**/:37px; /* for IE5/Win */ } #comments ul { margin-left: 0; } #comments li { background: none; padding-left: 0; } .comment-body { padding-top: 0; padding-right: 10px; padding-bottom: 0; padding-left: 25px; background: url(http://www.blogblog.com/tictac/tictac_orange.gif) no-repeat 10px 5px; } .comment-body p { margin-bottom: 0; } .comment-author { margin-top: 4px; margin-right: 0; margin-bottom: 0; margin-left: 0; padding-top: 0; padding-right: 10px; padding-bottom: 0; padding-left: 60px; color: #999; background: url(http://www.blogblog.com/tictac/comment_arrow.gif) no-repeat 44px 2px; } .comment-footer { border-bottom: 1px solid #ddd; padding-bottom: 1em; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } /* ---( sidebar )--- */ .sidebar h2 { margin-top: 0; margin-right: 0; margin-bottom: 0; margin-left: 0; padding-top: 25px; padding-right: 0; padding-bottom: 0; padding-left: 40px; font: normal bold 130% 'Lucida Grande','Trebuchet MS'; color: #666666; height: 32px; background: url(http://www.blogblog.com/tictac/sidebar_icon.gif) no-repeat 10px 15px; height: 32px !important; /* for most browsers */ height /**/:57px; /* for IE5/Win */ } .sidebar .widget { margin: 0; padding-top: 0; padding-right: 0; padding-bottom: 10px; padding-left: 10px; border-bottom: 1px solid #ddd; } .sidebar li { background: url(http://www.blogblog.com/tictac/tictac_green.gif) no-repeat left 5px; } .profile-textblock { clear: both; margin-left: 0; } .profile-img { float: left; margin-top: 0; margin-right: 5px; margin-bottom: 5px; margin-left: 0; border: 1px solid #ddd; padding: 4px; } /* ---( footer )--- */ .clear { /* to fix IE6 padding-top issue */ clear: both; } #footer-wrapper { margin: 0; padding-top: 0; padding-right: 0; padding-bottom: 9px; padding-left: 0; font-size: 85%; color: #ddd; background: url(http://www.blogblog.com/tictac/bottom_sill.gif) no-repeat bottom left; } #footer { margin: 0; padding-top: 20px; padding-right: 320px; padding-bottom: 20px; padding-left: 95px; background: url(http://www.blogblog.com/tictac/bottom_sash_left.gif) no-repeat top left; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #outer-wrapper, body#layout #main, body#layout #sidebar { padding-top: 0; margin-top: 0; } body#layout #outer-wrapper, body#layout #content-wrapper { width: 740px; } body#layout #sidebar { margin-right: 0; margin-bottom: 1em; } body#layout #header, body#layout #footer, body#layout #main { padding: 0; } body#layout #content-wrapper { margin: 0px; } -->

Saturday, November 14, 2009

Alhamdulillah syukur...

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi menulis warkah yang buat pertama kalinya ditaip dirumah acik... makna kata kat sini nak memberitahu anda bahawa acik baru melanggan broadband... jenama apa?... Yg itu kiter sama² sebut "lu carilah sendiri!"... hehe...

Dikesempatan ini juga acik ingin memaklumkan bahawa acik akan cuba kembali menjadikan forum Bincang.net serta bilik Bincang Muslimin dan Muslimah kembali bertenaga dengan ilmu² islam yg tidak ada dimana² forum selain BDN...

Walaupun acik sedar bahawa ilmu didada amatlah nipis senipis kulit bawang putih... namun acik akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di Bincang Muslimin dan Muslimah...

Apapun, sama² menegur akan kesilapan acik didlm memberikan buah fikiran disana... Acik manusia biasa boleh jadi betul boleh jadi salah, sekiranya fikiran acik menepati al-qur'an dan as-sunnah maka terimalah... seandainyer tidak maka tinggalkan sajalah...

Apa yg baik datangnyer dari Allah dan apa yg buruk dan lemah datangnyer dari kelemahan acik sendiri...

Wabillahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt.

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: Hari sabtu dan ahad acik tiada dirumah kerna balik kg. mertua, adik ipar bakal melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi... Read more ...

Tuesday, October 20, 2009

Tidur : Antara sunnah Dan Sains

Tidur : Antara sunnah Dan Sains

Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.

(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerihatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik.

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya. " Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. " (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity, ' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation, ' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim)

Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang.

Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmuzi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap.

Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid)

Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan. Wassalam. Read more ...

Monday, October 19, 2009

Dr. Mahathir kecewa rakyat terlebih gemuk

Dr. Mahathir kecewa rakyat terlebih gemuk

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Okt. - "Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia," kata Tun Dr. Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan bekas Perdana Menteri itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

"Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.

"Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen Walk-a-Mile (WAM) sempena Hari Jantung Sedunia 2009 di sini hari ini.

Dr. Mahathir turut berkongsi panduan kesihatan dengan peserta kempen itu bahawa berat badannya tidak pernah melebihi 60 kilogram sejak mula-mula menyertai politik sehingga bersara.

Beliau seboleh-bolehnya akan tetap meluangkan masa untuk melakukan senaman walaupun sibuk dengan tugas seharian.

"Senaman yang paling mudah dan 'murah' ialah berjalan kaki, sehingga sekarang saya amalkan kecuali jika terlalu sibuk, saya akan gunakan alat senaman treadmill. Saya juga angkat dumbell untuk Kuatkan otot lengan.

"Mungkin kini tumbukan saya tidak sekuat dahulu, maklumlah usia sudah semakin meningkat, tetapi jika semasa muda sesiapa yang terkena tumbukan saya pasti akan terasa sakitnya," katanya sambil berseloroh.

Kempen WAM itu dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia bersama Nesvita Omega Plus dengan kerjasama akhbar Mingguan Malaysia.

Objektif program tidak berkonsepkan pertandingan itu adalah bagi mengajak orang ramai berjalan kaki sekurang-kurangnya satu kilometer sehari bagi menggalakkan masyarakat menjadikan amalan tersebut riadah rutin untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Read more ...

Friday, October 16, 2009

Maaf kerana lama tak update blog

Assalamu'alaikum wbt.

Buat sahabat yg bertanya kemanakah gerangannyer acik poie bertapa tue... acik ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa acik begitu sibuk dengan urusan dunia dan juga akhirat...

Wassalam. Read more ...

Wednesday, September 09, 2009

ALAM MAHSYAR - Wallahu a'lam bisshawab

ALAM MAHSYAR - Wallahu a'lam bisshawab


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah
kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia
menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak
diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu
mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang
mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.



15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.



18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat engawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

Pustaka Nasional Singapura 2004. Read more ...

Thursday, August 13, 2009

Tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah-Isu Anak Luar Nikah Teoh Beng Hock

Tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada
pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu
inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca
kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat
memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti
pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.
Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu
sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui
apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah.
Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai
perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu
perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan
membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha
Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik
Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu
bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada
pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.
Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari
ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi
kepentingan politik.

Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan
dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.
Ketua W anita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri
Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock
diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita
semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah
bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak
luar nikah (anak tidak sah taraf).

Berapa ramai lagi anak luar nikah yang
ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.
Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang
menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama
ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan
kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa
MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua
hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang
haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.
Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup,
sudah tentu tindakan Ketua W ani ta MCA ini akan dicela kerana ajaran
Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali
perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga
melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan
terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu
kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock.
Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa
tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum
mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau
dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan
meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya.
Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan
parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat
sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu?

Misalnya, pembunuhan gadis
model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang
bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP
begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?
Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau
mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP
begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum
wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan
nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi
misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah
dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa
dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi
dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa
bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika
itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China
bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada
kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk
akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang.
Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan
warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang
Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap
dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang
Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya
(Cina dan India ), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada
isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang
salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan
iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah
yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau
mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.
Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa
mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi
berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang
rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan
memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan
kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan
pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam
masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan,
satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku
penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam
tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk
menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam
(Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah
masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika
dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain.
Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti
dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan
surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira
sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam
perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah,
kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun
penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu
di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris
tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab
tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu
(parti politik Cina dan India ) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina
Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China . Kenapa mereka
tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap.
Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah
tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar
daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan
Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.
Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar
jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam
perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam.

Apa yang selalu kita
dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk
terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.
Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu
berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari
hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan
bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal.
Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem
ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita
beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah
undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah
syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan
kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan,
berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai.
Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak
menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu
diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau
berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam
al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran,
wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

*Hantar komen anda mengenai artikel ini ke **mingguan@utusan. com.my*
Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Read more ...

Wednesday, August 12, 2009

DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam

KOTA BAHARU 12 Ogos - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.


Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.


"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.


Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.


"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.


Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.


"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya. Read more ...

ISA: Pandangan dari sisi undang-undang Jenayah Malaysia dan Syariah Islam

Oleh:
Tok Janggut LLB (hons) UK

Pendahuluan

Secara umumnya, ISA bukan lah isu baru untuk diperbincangkan. Pada hemat saya, selagi mana pemerintah masih melihat ISA sebagai satu “insuran” sebagai satu undang-undang untuk menyelamatkan dirinya, ia tidak akan di ubah bagi memenuhi kepentingan umum. Dan sekiranya ia di gubal sekalipun, sebagaimana penggubalannya sebelum ini yang berlaku sebanyak 15 kali (Lihat Panduan Undang-Undang Am, Jilid I, International Law Book Services, K. Lumpur, 1998, m.s: 177), ia tetap akan di bentuk mengikut neraca yang memberi kelebihan kepada mereka yang berkepentingan.

Di dalam penulisan ini, saya akan membawakan:
1. secara ringkas prosedur penahanan dan perbicaraan yang biasa di bawah Criminal Procedure Code (CPC),
2. mengupas maksud sebenar Akta ISA berdasarkan akta Internal Security Act 1960 (Act 82), Penal Code (PC) dan Criminal Procedure Code (CPC) dari perspektif pengamal undang-undang.
3. Juga serba sedikit mengenai undang-undang ISA dari perspektif Shariah dan
4. rekemondasi saya terhadap Akta ISA (sama ada patut di mansuh atau diserap ke dalam CPC dan PC).
5. Insya-Allah, sedikit sebanyak, saya juga akan cuba menjawab sebaik mungkin persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh penulis-penulis yang telah mengungkapkan hujah-hujah mereka menyokong ISA dari perspektif syarak dan undang-undang Malaysia itu sendiri.

Sekiranya pembaca mendapati tulisan ini terlalu panjang, demikian adalah kesimpulan kenapa saya menganggap ISA adalah satu undang-undang yang tidak adil dan patut di mansuhkan:

ISA adalah satu undang-undang yang menafikan penglibatan satu badan bebas yang adil dan juga arif tentang undang-undang (badan kehakiman) dari memantau pelaksanaan udang-undang ini dari peringkat penahanan sehingga lanjutan pelaksaaan. Namun, yang paling utama, TIDAK ada di dalam akta ini satu jaminan bahawa setelah di tahan dalam tempoh masa tertentu, Orang Kena Tahan (OKT) mempunyai hak untuk diperdengarkan di hadapan mahkamah yang adil untuk membela diri. Bagi pihak yang berhujah mendakwa wujud peruntukan tempoh untuk membela diri, hujah sedemikian sebenarnya lemah dan tertolak dan menunjukan orang yang membaca akta ISA tiak memahami akta ISA dan kaedah undang-undang(dibahaskan secara panjang lebar di bawah). Baiklah, mari kita lihat bukti dan penghujahan saya:

1. Prosedur tahanan jenayah biasa sebagaimana termaktuk dalam Criminal Procedure Code (CPC) ialah:

I) Polis boleh menahan OKT untuk siasatan tidak lebih dari 24 jam.
II) Sekiranya pihak polis hendak melanjutkan siasatan, dalam masa 24 jam, dia hendaklah di bawa ke hadapan majistret dan kesnya dibentangkan bagi tujuan memohon lanjutan reman. Sekiranya Majistret berpuas hati, polis memerlukan masa tambahan, OKT boleh ditahan maksima 14 hari. Pada masa ini, peguam OKT boleh memperdebatkan jumlah hari yang di minta oleh polis sekiranya OKT mempunyai peguam.
III) Setelah tamat tempoh reman yang diberikan oleh Majistret, polis mestilah sama ada membebaskan ataupun mengenakan dakwaan (to charge) OKT di mahkamah.
IV) Sekiranya di bawa ke mahkamah untuk di tuduh, kesnya di bacakan di hadapan majistret untuk mendapatkan pengakuan OKT sama ada bersalah atau tidak.
V) Sekiranya OKT mengaku bersalah, dia akan di jatuhkan hukum. Tetapi sekiranya OKT minta di bicarakan, maka dia akan di bicarakan di mahkamah mengikut bidang kuasa. Jenis mahkamah bergantung kepada jenis jenayah.
VI) OKT yang minta bicara akan memohon untuk mendapatkan jamin. Di dalam undang-undang Malaysia, jamin (bail) terbahagi kepada bailable (boleh jamin), non bailable, dan unbailable. Non-bailable adalah kes yang boleh di jamin tetapi mengikut budi bicara mahkamah dan ada pembahagian tertentu. Sementara itu, unbailable adalah kes yang tidak boleh di jamin langsung dan selalunya melibatkan kes dadah dibawah s41B(DDA) 1952, s12FIPA 1971 dan Peraturan 9 ESCAR 1975 (tahanan di bawah ISA).
VII) Sekiranya sampai tarikh perbicaraan, OKT yang telah atau tidak di jamin, akan DIBICARAKAN.

2. ISA Secara Ringkas

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989. (Fakta di ambil berdasarkan tulisan Ustaz Ali Muda dan juga penulisan saudara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).)

Intipati ISA

Intipati ISA adalah seperti berikut:

Kuasa Menteri untuk Menahan dan Membuat Sekatan

Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 62) menyebut bahawa seorang Menteri (dalam konteks ini, Menteri dalam Negeri (Nota Pesuruhjaya ms 83 Akta ISA)) mempunyai 2 bidang kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan seseorang yang disyaki di bawah akta ini “jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.” (s8(1))

Menteri dalam Negeri ini menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu;
i) kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan (Seksyen 8(1) dan
ii) Perintah Sekatan.(seksyen 8(5))

Tempoh masa Menteri boleh memberi arahan untuk tahanan

Untuk menahan lebih dari 60 hari dengan kadar maksima 2 tahun, seksyen 8(1) memperuntukkan bahawa Menteri boleh membenarkan OKT di tahan selama tempoh tersebut dengan tidak melebihi 2 tahun.

Tetapi akta ini tidak berhenti di sini sahaja. Setelah hampir tamat tempoh 2 tahun tersebut, s8(7) membenarkan menteri menyambung lagi tahanan tersebut tidak melebihi 2 tahun dan tahanan ini boleh jadi atas dasar penahanan yang sama dari penahanan awal (s8(7)(a)), dasar penahanan yang lain dari penahanan awal (s8(7)(b)), atau sebahagian dari dasar penahanan awal dan sebahagian dari penahanan baru (s8(7)(c)).

Kuasa Polis Menahan dan Melaksanakan Tahanan

Kuasa Menahan OKT menurut seksyen 73 ialah mana-mana polis, tanpa melihat kepada pangkat, boleh:

1. Menahan suspen tanpa memerlukan waran (s73(1)) sekiranya dia memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) Ada alasan yang kukuh di bawah seksyen 8.


Dengan kata lain, mereka yang mempunyai besar dan amat luas ini yakni kuasa perintah tahanan dan perintah sekatan kini bukanya terletak pada seorang hakim atau mahkamah. Ia sebaliknya terletak pada seorang eksekutif yang bukannya seorang yang arif tentang tatacara undang-undang dan maksud undang-undang itu sendiri.

Sekiranya Negara kita menjaga kepentingan pengasingan kuasa (separation of power) maka kerajaan harus menyedari sekiranya kuasa tidak di bahagi dan dipantau, ia boleh disalahgunakan. Pepatah Inggeris ada mengatakan: “Absolute power, corrupts absolutely”.

2. “Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.” (subseksyen 2)

ULASAN TJ: seksyen 73 (1) dan (2) adalah satu bidang kuasa polis yang amat luas. TANPA memerlukan waran dan cukup dengan sekadar sangkaan (S73(1)(b)), seorang polis boleh menahan sesiapa sahaja di bawah akta ISA sekiranya orang itu “gagal memuaskan hati pegawai tersebut tentang indentitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui.”

Peristiwa ini berlaku sewaktu dato Seri Anwar Ibrahim ditangkap pada tahun 1998 di rumah beliau. Dengan tanpa sebarang amaran, sepasukan pasukan khas polis ala tentera telah menyerbu masuk dan menahan Dato Seri Anwar tanpa memerlukan sebarang waran dan tanpa perlu menyebut kenapa dia ditangkap.


Tempoh Tahanan

3. Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen 73 ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:

Dengan syarat bahawa:

(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;

(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan

(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.

KUPASAN TJ: s73(3) ini amat penting. Sekiranya kita lihat dari subseksyen 1 di atas tadi, kita akan dapati bahawa kesimpulan prosedur s73 ialah seperti berikut:

1. Polis berpangkat inspektor ke bawah boleh menahan OKT di bawah akta dalam jangka masa kurang dari 24 jam. Sekiranya pihak polis hendak menahan sehingga 48 jam, mereka mestilah mendapat kebenaran daripada seorang yang berpangkat inspektor dan ke atas.

Perhatikan penggunakan perkataan “kebenaran” di dalam subseksyen ini. Maksudnya, prosedur lanjutan penahanan tidak lagi dilakukan oleh seorang majistret, tetapi di lakukan oleh pihak polis sendiri. Tujuan undang-undang mengadakan hakim/majistret ialah supaya terdapat check and balance dan separation of power di kalangan eksekutif (polis) dan kehakiman (judiciary). Di dalam konteks ini, polis telah memegang peranan eksekutif dan juga judiciary (hakim). Maka prinsip check and balance tersebut telah terhapus. Bagaimana orang yang mempunyai kepentingan (polis) melakukan check and balance kepada dirinya sendiri?

2. Polis boleh menahan OKT selama 30 hari dengan kebenaran penolong penguasa (juga pegawai polis) dan ke atas.( Hanya selepas 48 jam di tahan, barulah dia akan di rujuk kepada Menteri dalam Negeri.) Sekali lagi perkataan “dengan kebenaran” dan hujahnya seperti di atas.

3. Polis kemudian boleh melanjutkan tahanan dari 30 hari kepada 60 hari setelah pegawai yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari penolong penguasa, atau yang telah diberi kuasa oleh ketua polis, memberi laporan kepada ketua polis dan menteri mengenai penangkapan tersebut.

Maksudnya di sini agak jelas. Apa yang polis perlu lakukan untuk melanjutkan tahanan dari 30 hari ke 60 hari, ialah cukup sekadar dengan menyerahkan laporan atau dengan kata lain memaklumkan penangkapan di bawah akta ini kepada menteri. Menteri tidak perlu member sebarang kebenaran dari menteri (Baca S73(3) yang menyebut “boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan”) atau pertikaian di sisi seorang hakim sepertimana kaedah memohon tahan reman biasa. Cukup sekadar “melaporkan” kepada menteri, dan sekiranya tidak ada bantahan dari menteri, maka terus OKT boleh dilanjutkan tahanannya selama 30 hari sehingga maksima 60 hari.( Maksima 60 hari ini tidak memerlukan surat kebenaran dari Menteri dalam Negeri. Cukup dengan beliau tahu bahawa terdapat OKT yang di tahan di bawah ISA. Penahanan selama maksima 60 hari tanpa perlu kebenaran bertulis ini termaktub dalam s73(3) akta ISA.)

4. Dan setelah 60 hari, laporan akan diberikan kepada menteri. Menteri kemudian mempunyai kuasa sama ada membebaskan atau melanjutkan tahanan sehingga 2 tahun (s8(1)) dan selepas 2 tahun, boleh dilanjutkan kepada 2 tahun lagi (s8(7)), dan seterusnya tanpa menyebut bila kesnya boleh didengar di mahkamah. Persoalannya, adakah ini yang dinamakan satu akta yang adil?

ULASAN TJ: Perbezaan ketara di antara ISA dan hukum jenayah biasa ialah perkataan DIBICARAKAN di hadapan mahkamah yang adil. Mahkamah yang adil ini biasanya akan mempunyai hakim, peguamcara dan peguambela. Terdapat juga procedure mengambil bukti, pembuktian, saksi dan sebagainya.

OKT diandaikan TIDAK bersalah sehinggalah di buktikan “dibalik keraguan munasabah (beyond reasonable doubt)” bahawa dia bersalah oleh mahkamah yang adil.

Sekiranya dia bersalah, atau tidak bersalah, maka mana-mana pihak yang telah kalah dalam perbicaraan mempunyai 2 kali hak untuk merayu di mahkamah yang lebih tinggi.

Tetapi bagaimana pula di dalam ISA? Di dalam ISA, tidak wujud majistret, peguambela, peguamcara, ataupun hakim mahkamah tinggi untuk membicara dan memutuskan (kecuali dalam kes inquiry yang akan di bentangkan nanti). Jadi sekiranya polis dan menteri sendiri yang sememangnya dilantik sebagai pelaksana (eksekutif) yang menangkap, dan kemudian dalam masa yang sama boleh menjadi hakim yang membicarakan atau menentukan prosedure, di mana apa yang kita nyatakan sebagai keadilan? Di mana check and balance di dalam akta ini?

Satu-satu badan eksekutif perlukan satu badan bebas bagi memantau agar mereka tidak melangkaui bidang kuasa (ultra varies) dan sentiasa mengikut procedure. Di dalam kes polis, badan yang akan memberi check and balance kepada mereka ialah judiciary (kehakiman) bagi memasitkan setiap procedure di ikuti mengikut acuan yang telah ditentukan oleh undang-undang.

Polis, walau pun mereka berada di dalam bidang undang-undang, bukanlah pakar di dalam undang-undang untuk menentukan atau menilai satu-satu bukti. Polis, di dalam satu-satu kes jenayah, adalah orang yang berkepentingan di dalam kes tersebut. Mereka mempunyai apa yang dipanggil “conflict of interest” sekiranya mereka sendiri menentukan sama ada prosedur mereka betul atau tidak. Ia sama seperti seorang ayah di lantik menjadi hakim kepada kes jenayah anaknya. Ini adalah salah satu kes konflik of interest.

[u]Wujudkah Akta di mana Tahanan mempunyai hak di bicarakan di bawah akta ISA? [/u]

Terdapat pihak yang pro ISA mengatakan bahawa ISA tidak menzalimi tahanannya kerana terdapat banyak seksyen yang menyatakan bahawa tahanan mempunyai hak untuk di bicara. Penulis artikel tersebut menyebut mengenai 6 seksyen di mana tahanan boleh mempertikaikan kuasa menteri.

Sebelum saya menyentuh mengenai keenam-enam seksyen tersebut, terdapat satu akta dinamaka Essentials (Security Cases) Regulations 1975 atau lebih dikenali sebagai ESCAR yang memberikan secara terperinci peraturan sekiranya kes ini hendak di bawa ke mahkamah sesyen atau mahkamah Tinggi (untuk kes yang membawa hukuman mati). Tetapi saya ingin tegaskan bahawa ESCAR hanya boleh digunakan apabila telah dimulakan perbicaraan ke atas OKT. Selagimana tidak ada pemula perbicaraan terhadap tertuduh, selagi itu dia akan terus di tahan di bawah akta ISA.

Sebaliknya, tidak ada akta di dalam ISA yang memperuntuhkkan setelah satu jangkawaktu, OKT hendaklah di bawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan.

Kita kembali kepada keenam-enam seksyen tersebut. Kita lihat setiap seksyen tersebut satu persatu dan adakah benar dakwaan tersebut. Kita kena ingat, apa yang kita perlukan adalah satu perbicaraan, tidak sekadar mencabar kuasa penahanan menteri.


Seksyen 79:

“Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.”

Nah, menurut kesimpulan penulis, “inilah dia satu bukti bahawa ISA mempunyai seksyen untuk membicarakan OKT seperti akta-akta jenayah yang lain”. Baik, mari kita kaji seksyen ini:

Seperti yang saya tulis sebelum ini, sememangnya ISA mempunyai ESCAR untuk tatacara membicara OKT di bawah akta ISA. Tetapi, itu bukanlah satu jaminan bahawa OKT akan dibicara di bawah ESCAR kerana pendakwaraya perlu terlebih dahulu memulakan dakwaan. Dan dakwaan hanya dapat dimulakan apabila telah mendapat arahan dari Peguam Negara yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Apa yang dikehendaki di sini, terdapat satu akta yang secara automatiknya setelah satu tempoh masa tahanan, satu proses perbicaraan sama ada di bawah ESCAR atau CPC di wujudkan. Di dalam CPC setelah tempoh reman, maka polis dan pendakwaraya akan menentukan sama ada OKT akan didakwa atau dibebaskan.

Seksyen 8B dan 8C

Seksyen 8B dan 8C menguatkan lagi kuasa Menteri dan Agong apabila tiada mahkamah atau sesiapa pun berhak membuat judicial review terhadap “budi bicara mereka”. Di sinilah terletaknya satu kuasa yang amat besar sehingga tidak wujud lagi satu kebebasan sepertimana yang dijanjikan oleh Human Rights. Di tangan mereka yang salah dan berkepentingan, ini adalah satu kuasa yang amat besar dan boleh dan telah pun mengakibatkan kerosakan yang amat besar kepada Negara. Seksyen 8B berbunyi:


(1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman (judicial review) di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.

Perhatikan bunyi akta di atas. TIDAK ADA mahkamah pun berhak mempersoalkan budi bicara menteri menahan tahanan di bawah akta ini dalam apa juga bidang KECUALI yang berkenaan dengan prosedur penahanan. Ini membawa maksud, sekiranya prosedur penahanan di patuhi, maka tidak ada kuasa yang mampu melakukan check and balance kepada penahanan tersebut sama ada ia valid atau tidak. Kita kena ingat, prosedur penangkapan dengan bukti penangkapan dan pertuduhan adalah dua perkara berbeza.

Seksyen 8C menyebut, Judical Review ini termasuklah:
(a) prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;
(b) Permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi; atau
(c) Writ habeas corpus; atau
(d) “Apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini. ” Maksud ayat terakhir ini, kecuali judicial review. Sesiapa hanya boleh mempersoalkan mengenai prosedur atau proses penangkapan sahaja dan bukan mempersoalkan sama ada bukti, pertuduhan, atau tuduhan tersebut berasas atau tidak.

Di sini jelas besarnya kuasa menteri untuk menahan seseorang. Tetapi ada penulis berhujah bahawa ada sebenarnya satu badan yang menjadi Check and Balance kepada akta ini. Beliau menyatakan bahawa adalah satu penipuan dan fitnah bahawa keputusan menteri tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh di cabar. Benarkah begitu? Baik, kita lihat akta yang menyatakan terdapat satu badan yang di namakan LEMBAGA PENASIHAT (Advisory Board).

Lembaga Penasihat: Representasi Terhadap Perintah Tahanan

ULASAN TJ: Seksyen 11 (1) dan (2)(a) ini merupakan satu lagi prosedur yang menyatakan bahawa OKT harus diberitahu mengenai haknya tentang representasi di lembaga penasihat.

11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah sub seksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah sub seksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya:

(a) Diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan

(b) Diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-

(i) Mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;

(ii) Mengenai pernyataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan

(iii) Mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.


Tetapi siapakah Lembaga Penasihat ini? Adakah ia mempunyai kuasa seperti mahkamah untuk membicarakan OKT? Apakah orang kena tahan mempunyai hak untuk didengar dan mempunyai peguam bela? Adakah ia akan mengikut tatacara mahkamah yang biasa?

Secara asasnya badan penasihat ini terdiri daripada:


(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (Fasal 151(2) Perlembagaan Persekutuan)

Kalau kita perhatikan di sini sememangnya pengerusi kepada Lembaga Penasihat ini adalah seorang hakim dari mahkamah Tinggi atau di atas. Tetapi, kalau kita baca seksyen 12(1) kita akan tahu bahawa bidang kuasa lembaga penasihat ini hanyalah memberi syor kepada yang dipertuan agung dan bukannya memberi sebarang keputusan kepada orang yang ditahan. Jadi di mana kelebihannya mempunyai lembaga penasihat?

Di dalam dunia sebenar, lembaga penasihat hanyalah menjadi administrative tools kepada kerajaan. Tugasnya tidak lain hanya “MEMBERI NASIHAT” kepada menteri dan agong mengenai tahanan dan kemudian membuat syor. Bukannya mempunyai judiciary power seperti mahkamah biasa. Inilah maksud Review yang boleh dilakukan oleh lembaga penasihat di bawah seksyen13. Sila baca seksyen 13(2) yang berbunyi:

“Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.”

Syornya, tidak semestinya diikuti oleh yang dipertuan Agong walaupun Agong mempunyai hak mempersoalkan penahanan Menteri di bawah Seksyen 12(2), tetapi kita sendiri mengetahui bahawa seorang Agong, bukanlah seorang yang layak menjadi hakim dan menentukan hukum kerana baginda tidak dilatih dan di lantik untuk tujuan itu.

Keduanya, di dalam realitinya, sewaktu lembaga penasihat mendengar si ditahan, di dalam kebanyakan dia tidak diwakili peguambela dan di dalam kes terdapat peguam, topic representasi tersebut bukan berkisar kepada bukti tuduhan tetapi berkisar kepada persoalan proses penahanan sama ada mengikut prosedur atau tidak. Ia juga lebih bersifat administrative daripada bersifat kehakiman. Ini berlaku kerana di dalam akta ini tidak menyebut mengenai representasi dari peguam dan inilah yang sedang dan telah berlaku secara nyata bagi tahanan ISA.

Ketiga, lembaga penasihat ini hanyalah meneliti alasan Menteri dalam penahanan tersebut tanpa perlu si ditahan membela diri dari tuduhan tersebut. Lembaga penasihat juga tidak mempunyai kuasa mempertikaikan sama ada bukti penahanan itu valid atau tidak. Mereka kemudian mengesorkan kepada Yang Dipertuan Agong yang kemudian akan memberi keputusan sama ada membenarkan penahanan itu atau tidak (S12(2)).

Keempat, betul Lembaga penasihat mempunyai hak untuk menilai setiap arahan pada setiap enam bulan. Tetapi, setelah menilai arahan dari menteri tersebut, apa bidang kuasa Lembaga penasihat? Adakah mereka boleh membatalkan arahan tersebut? Adakah mereka boleh mengubahnya? Adakah mereka boleh mempertikaikan dan mencabar arahan tersebut sekiranya ia didapati ultra varies atau bercanggah dengan mana-mana akta? Jawapannya TIDAK. Ini kerana s13(2) menyatakan:

“Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.”

Jelas menurut subseksyen 2 ini bidang kuasa Lembaga penasihat kepada menteri hanyalah memberi syor apa yang patut. Akta ini umumnya, dan seksyen ini khususnya TIDAK memberi apa-apa kuasa kepada Lembaga penasihat seperti yang saya sebutkan di atas.

Sekarang kita lihat, di mana di bawah akta ini seorang di tahan itu boleh membela diri? Badan penasihat hanya melihat “alasan menteri” tetapi tidak langsung mempunyai hak mempersoalkan sebab tahanan dan melihat bukti-bukti penahanan. Malah OKT pun tidak mempunyai hak membalas dan menjawab apakah bukti dan alasan-alasan tersebut benar-benar wujud atau tidak. Adakah ini adil?

[u]Kesimpulan:[/u]

Setelah kita meneliti perkara di atas secara mendalam, di sini kesimpulan terhadap undang-undang ISA ini;

1. Polis boleh menahan sesiapa sahaja tanpa waran dan sekiranya berpangkat di bawah inspector, kurang dari 24 jam. Dengan kebenaran inspector, selama 48 jam dan dengan kebenaran penolong penguasa, selama 30 haari dan dengan kebenaran ketua polis setelah dimaklumkan menteri, OKT boleh ditahan sehingga selama 60 hari. Menteri kemudian, boleh membenarkan OKT di tahan sehingga 2 tahun dan dilanjutkan lagi 2 tahun berikutnya dan seterusnya mengikut “budi bicara” Menteri.

2. Akta ini tidak menyebut mengenai tempoh masa seseorang itu boleh ditahan sehingga dibicarakan. Malah akta ini tidak menyebut bahawa OKT boleh dibicarakan setelah ditahan dalam tempoh masa tertentu seperti prosedur biasa.

3. Bidang kuasa Lembaga Penasihat amat terbatas dan sekadar sebagai administrative tools kepada Agong dan menteri. Mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa sekalipun melainkan sekadar sebagai “penasihat” kepada Agong dan menteri. Terpulang kepada Agong dan menteri sama ada mahu menerima nasihat tersebut atau tidak.

4. Sesiapapun tidak dibenarkan membuat judicial review terhadap apa-apa budi bicara Menteri dan Agong di bawah akta ISA dalam melakukan arahan Tahanan dan sekatan.

5. OKT tidak mempunyai hak membela diri dan diperdengarkan kesnya apabila alasan tahanannya di dengar di depan Lembaga Penasihat.

3. Cadangan untuk penggubalan ISA:

Bagi saya ISA tidak perlu dimansuhkan secara total. Ini kerana procedure di dalam akta ISA boleh digunapakai bagi menguatkan prosedur kesalahan jenayah pemberontakan di bawah Fasal VI Kanun keseksaan (Penal Code (PC)). Tetapi ada perkara perlu di mahsuhkan, ditambah dan dibaiki dan ini adalah cadangan saya:

1. Memasukkan seksyen tambahan bagi membolehkan sebarang pembuktian di lakukan seperti mana tahanan di bawah akta Criminal Procedure Code (CPC).
2. Menteri boleh di maklumkan tetang penahanan, tetapi mahkamah mesti mempunyai hak tertinggi membatalkan sebarang tanahan di atas sebab-sebab melanggar peraturan undang-undang.
3. OKT di bawah ISA mesti di hadapkan di hadapan mahkamah yang adil untuk di bicara setelah habis tempoh 30 atau 60 hari.
4. Kuasa menteri menyambung tahanan sehingga 2 tahun di mansuhkan.
5. Seksyen yang menyentuh bahawa tidak boleh ada semakan kehakiman (Judicial Review) dimansuhkan.
6. Advisory board di bentuk bagi memantau pelaksaan ISA dan kuasanya di tambah sehingga boleh membatalkan arahan menteri.
7. Seksyen 8(1) di batalkan.
8. Proses mahkamah adalah seperti mana yang termaktub di dalam CPC.

Dengan erti kata lain, Akta ISA ini menjadi satu pelengkap kepada CPC dan bukannya satu akta dan prosedur yang berdiri sendiri. Mana-mana akta di dalam ISA yang bercanggah dengan CPC dan PC di anggap terbatal dan CPC dan PC akan mengambil alih.

4. Prinsip Proses jenayah (criminal Procedure) dalam Islam dan undang-undang Malaysia. Adakah bertepatan dengan ISA?

Al Quran dan Hadis yang menjadi sumber perundangan umat Islam, tidak menyebut secara khusus mengenai Prosedur jenayah (Criminal Procedure). Al Quran dan hadis, sebaliknya, banyak menyebut mengenai Penal Code (Kanun Kesiksaan) seperti jenayah Hudu, qisas dan takzir.

Namun begitu, Prosedure mahkamah Jenayah di sebut di banyak tempat di dalam Al Quran dan hadis dan di sini kita akan melihat bagaimana sebenarnya dari aspek spirit dan tatacara ISA itu sendiri, ia sebenarnya bercanggah dengan Islam.

i) Sumber undang-undang

Adalah suatu yang diketahui bahawa sumber undang-undang Islam ialah Al Quran, hadis, Ijma’ dan Qiyas ulama. Kita tidak akan menyentung panjang mengenai perkara ini

ii) Keadilah sebagai satu perkara daruri.

Al Quran banyak menyentuh mengenai keadilan. Malah Islam itu sendiri sebenarnya membawa maksud keadilan dan itulah yang dicanangkan sejak dahulu lagi. Keadilan ini dijamin oleh Islam sepertimana tertulis di dalam surah Al Maidah ayat 8:

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong untuk kamu berbuat tidak adil. Berlaku adillah karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

iii) Prinsip Perundangan (Principle of Legality)

Untuk memulakan dengan Prinsip perundangan ini, prinsip “nullum crimen nulla poena sine lege” atau bermaksud tidak ada sesiapa boleh di jatuh hukum jenayah tanpa kehadiran undang-undang yang boleh menghukum pada masa perbuatan tersebut dilakukan adalah salah satu prinsip perundangan yang terdapat juga di dalam Islam.

Prinsip ini melindungi kita dari penyalahgunaan kuasa oleh para hakim (atau mana-mana pihak yang mempunyai kuasa terhadap undang-undang. Dalam kes ISA, Menteri dan Agong) dan memberi jaminan keselamatan kepada individu mengenai apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Di dalam Islam, kita tidak didatangkan dengan hadis atau ayat Quran yang menyebut secara khusus perkara ini. Tetapi, terdapat beberapa ayat yang menyebut mengenai prinsip ini. Allah berfirman:
“ Kita tidak akan menghukum sesuatu kaum sehinggalah kita mengutuskan seorang rasul” Al Qasas 28:59

Allah swt sendiri yang mempunyai pengetahuan melangkaui langit dan bumi sendiri bersikap adil sehinggakan tidak akan menghukum sesuatu kaum itu sehingga setelah di hantarkan utusan kepada mereka bagi menyampaikan.

Allah juga berfirman: “Allah telah memaafkan apa yang telah berlalu. Dan barangsiapa kembali mengerjakannya, nescaya Allah akan kembali menyiksanya.” Al Maidah: 95.

Secara dasarnya ayat-ayat ini membawa maksud bahawa tidak ada hukuman tanpa kewujudan undang-undang yang boleh menghukum kesalahan tersebut.*

*Muhammad S a l im a l - ‘Awwa , The basis of Islamic Penal Legislation, in: Mahmoud Cherif Bassiouni (ed.), (note 3), 149-169, (134); Abdal-Madjid Mahmud a l -Ma t l u b , Al- asl bara’at almuttaham, in: Al-Muttaham wa-huququhu fi ash-shari‘a al-islamiya, Al-Markaz al-‘arabi lid-dirasat al-amniya wat-tadrib bi r-Riyadh (ed.), vol. I, 1986, 201-242; K ame l , supra note 3, 158 et seq.; H u s s e i n, supra note 2, 36 et seq.; Mohammad Hashim Kama l i , The Right to Personal Safety (Haqq al- Amn) and the Principle of Legality in Islamic Shari ‘a, in: Muhammad Abdel Haleem/Adel Omar Sherif/Kate Daniels (eds.), (note 2), 57-96, (69 et seq.).
iv) Prinsip Tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah

Di dalam undang-undang Hak asasi Manusia antarabangsa disebut: “Everyone charged with a criminal offence shall have the right to be presumed innocent until proved guilty according to law.”
Prinsip ini bukannya satu prinsip yang bercanggah dengan Islam, malah sebenarnya ia menjadi satu perkara asas di dalam perundangan jenayah Islam itu sendiri.

Di dalam Islam, semua manusia di anggap suci dan bersih dari dosa bila dilahirkan. Prinsip ini berbeza dengan prinsip Original sin orang Kristian yang menganggap bahawa semua pada asalnya menanggung dosa nabi Adam. Dengan ini juga, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibutikan sebaliknya. (Husain M i h r p u r , Sarguzasht-i ta ‘zirat, Madjalla-yi kanun-i wukala 148/149 (1989), 13-66.)

Konsep ini juga selari dengan konsep istishab yang membawa maksud bahawa anggapan di dalam undang-undang pembuktian (law of evidence) bahawa keadaan sesuatu perbuatan yang telah wujud pada masa lampau akan terus wujud sehingga perubahan telah dibuktikan.

Konsep ini membawakan kita kepada prinsip seterusnya.

v) Beban pembuktian (onus of proof) ke atas pendakwaraya

Undang-undang barat meletakkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya kerana beban pembuktian (onus of proof) terletak di atas bahu pendakwaraya untuk membuktikan tertuduh bersalah dan bukannya terletak pada tertuduh untuk membuktikan dia tidak bersalah. Prinsip barat terhadap perkara ini ialah “He who alleges, asserts” – “Dia yang menuduh, membuktikan”.

Prinsip Islam juga begitu. Rasullulah saw menyebut perkara ini:

“Beban pembuktian adalah ke atas mereka yang membuat tuduhan, sementara itu sumpah pula kepada mereka yang menidakkannya” (Mohammad Hashim Kama l i , The Right to Personal Safety (Haqq al-Amn))

Prinsip undang-undang barat ialah: “Lebih baik membebaskan 10 orang yang bersalah, dari menghukum seorang yang bersalah.” Prinsip ini selari dengan hadis rasullulah saw dan pesanan baginda kepada para hakim agar member perhatian kepada kes yang menimbulkan keraguan. Sabda baginda: “Elakkan menjatuhkan hukuman hudud berdasarkan sangkaan atau keraguan dan sekiranya tertuduh mempunyai jalan keluar, bebaskan dia. Adalah lebih baik untuk pemerintah mengampunkan secara tidak sengaja dari menghukum secara tidak sengaja (ie menghukum yang tidak bersalah)” (Hussian Ibid)

vi) Prinsip Tertuduh Berhak Membela Diri

Salah satu prinsip yang penting di dalam satu perbicaraan yang adil adalah prinsip pembelaan diri. Di dalam Islam, prinsip pembelaan diri tidak disenaraikan secara khusus sebagai salah satu prinsip prosedur Jenayah, tetapi ia di sebut secara jelas di dalam Al Quran dan as Sunnah menjadikan ia satu prinsip keadilan yang tidak boleh dianggap mudah.

Satu peristiwa di mana Nabi saw memberikan kuasa sebagai gabenor kepada Ali r.a dan berkata kepadanya: “wahai Ali, orang ramai akan datang kepadamu untuk mendapatkan keadilan. Sekiranya dua orang datang kepadamu untuk mendapatkan nasihat, jangan memutuskan untuk seorang lagi sebelum kamu mendengar perkara yang sama dari satu pihak lagi. Ia lebih baik untuk keadilan jelas kepadamu dan untuk kamu mengetahui apa yang benar.” (Awad M. Awa d , The Rights of the Accused under Islamic Criminal Procedure, in: Mahmoud Cherif Bassiouni (ed.), (note 3), 91-107, (97).)

Juga peristwa yang saya apabila khalifah umar dikhabarkan member nasihat kepada beberapa orang hakim dengan berkata: “Sekiranya seseorang yang telah dibutakan matanya oleh orang yang lain datang kepadamu (meminta putus hukuman), jangan kamu memutuskan sehingga pihak yang satu lagi hadir. Kerana mungkin orang yang satu lagi telah dibutakan kedua matanya. (Awad)

Salah satu aspek di dalam pembelaan diri ialah hak tertuduh untuk bercakap atau terus berdiam diri. Ini juga hak yang terdapat di dalam Criminal Procedure Code Malaysia. Ini juga merupakan pendapat secara umumnya ulama Islam yang mana tertuduh tidak diwajibkan bercakap ketika di hadapkan di mahkamah dan sekiranya dia hendak mengaku bersalah, dia mestilah melakukannya tanpa sebarang tekanan.(Awad) Prinsip ini juga di amalkan di Malaysia dimana sebarang pengakuan mestilah bebas dari unsur ugutan, tekanan dan janji-janji. (Awad)

Majoriti ulama juga menolak pengakuan hasil daripada penderaan/penyiksaan (Taha Djabir A l - ‘Alwa n i , Huquq al-muttaham fi marhalat at-tahqiq, Al-Markaz al-‘arabi lid-dirasat al-amniya wat-tadrib bi r-Riyadh (ed.), (note 4), vol. I, 15-50, (42 et seq.); Ahmad Abdallah a l -Ha l i f a , Al- I‘tiraf au al-iqrar ghair al-iradi, Al-Markaz al-‘arabi lid-dirasat al-amniya wat-tadrib bi r-Riyadh (ed.), (note 4), vol. II, 87-126, (102 et seq., 116 et seq.); Kama l i supra note 4, 81 et seq.) berdasarkan kepada hadis “Allah akan menyiksa sesiapa yang mendera orang lain” (Awad)

5. FAQ mengenai ISA

S: Polis mengatakan mereka telah mempunyai bukti kukuh untuk menahan penjenayah di bawah ISA. Bukankah ini cukup untuk menjustifikasikan tahanan di bawah ISA?

J: Kalau ada bukti kukuh, kenapa tidak di dakwa?


S: ISA adalah untuk jenayah yang belum dilakukan, tetapi polis mempunyai syak yang kuat ia akan berlaku berdasarkan siasatan yang ada. Bukankah ini suatu perkara yang membolehkan ISA?

J: Syak semata-mata tidak membolehkan seseorang itu didapati bersalah. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh, maka dakwalah mereka di mahkamah yang adil. Kenapa takut untuk mendakwa mereka kalau bukti yang dimaksudkan sudah cukup.

S: Terdapat satu hadis di mana nabi membenarkan ISA berdasarkan kes usaib bin Haidir. Bukankah ini justifkasi ISA?

J: Ingin saya tegaskan bahawa saya tak menjumpai hadis tersebut di dalam kitab hadis bukhari, Muslim ataupun Muwatta. Penulis tidak menyatakan di mana hendak mencari hadis tersebut. Ini kerana untuk dijadikan sumber hukum, hadis tersebut mestilah satu hadis yang sahih.

Tetapi, hanya sebagai satu perbincangan, katakanlah hadis tersebut sahih. Terdapat beberapa kepincangan di dalam pendapat tersebut.

Pertama, hadis tersebut bercanggah dengan hadis-hadis yang sahih yang lain menggesa agar didengari pendapat kedua-dua pihak.

Kedua, hadis tersebut tidak habis diriwayatkan. Apa terjadi selepas itu? Berapa lama lelaki tersebut di tahan?

Ketiga, peristiwa ini, kalau benar-benar berlaku, menjadi hujah kepada tahanan reman dan bukannya tahanan tanpa bicara.

Dan yang terakhir sekali, sekiranya peristiwa ini benar, kita boleh mengkhususkan hadis ini kepada nabi saw kerana baginda mendapat wahyu dari Allah swt secara terus bagi menjamin keselamatan baginda. Berbeza dengan diri kita yang tidak menerima wahyu. Kaedah ini digunapakai oleh ulama agar membezakan sunnah baginda sebagai seorang nabi dan sunnah baginda sebagai manusia biasa.


S: Bukankah tahanan reman, tahanan tanpa jamin sebelum perbicaraan dan ISA itu sama?

J: Seksyen 28 CPC dan Artikel 5(5) Perlembagaan Malaysia memberi peruntukan agar tertuduh dibawa kehadapan majistret sekiranya dia hendak di tahan sehingga 24 jam. Seksyen 117 CPC juga menyediakan ruang bahawa memberi jaminan bahawa maksima bagi tahanan reman ialah 14 hari. Kemudian polis dan pendakwaraya hendaklah memutuskan sama ada hendak mendakwa atau pun membebaskan tertuduh.

Berbeza dengan ISA, akta ISA membenarkan OKT di tahan tanpa diberikan tarikh bila dia akan dibicarakan dimahkamah yang adil.

S: Adakah terdapat alternative kepada ISA? Adakah undang-undang Malaysia tidak mencukupi untuk menghadapi penjenayah?

J: Sewaktu perbincangan dengan seorang rakan yang tidak pasti mengenai undang-undang ISA, beliau bertanya “Apakah akan pincang Negara kita sekiranya akta ISA tidak ada? Apakah undang-undang Negara tidak cukup menghadapi penjenayah Negara kita? Adakah tidak ada alternative lain?”

Persoalan-persoalan ini saya simpulkan di dalam satu jawapan.

Undang-undang Negara kita sudah cukup menghadapi penjenayah pemberontakan atau jenayah berat yang lain.

I. Fasal VA Penal Code (PC – Kanun Kesiksaan) menyentuh mengenai Konspirasi Jenayah.
II. Fasal VI PC pula menyentuh dari seksyen 121 sehingga seksyen 130A mengenai Jenayah Menentang Negara (Offence Against the State).
III. Fasal VIA di tambah kemudian untuk kesalahan Jenayah Teroris (Offence Relating to Terrorism) dari seksyen 130b sehingga seksyen 130r dan ditambah pula dengan
IV. Fasal VII mengenai “Kesalahan Berkaitan dengan Pasukan Beruniform” (Offence Relating to Armed Forced). Adakah ini tidak cukup untuk melindungi Negara dari pemberontak dan penjenayah perang?
V. Malah kita juga mempunyai undang-undang untuk menahan mereka yang belum lagi melakukan jenayah tetapi telah merancang dan hampir melakukannya. Ini di namakan sebagai undang-undang Cubaan Jenayah atau Attempted law yang termaktub di dalam s511 Penal code (Act 574).
VI. Begitu seksyen 130t di bawah akta yang sama di bawa Fasal VIA yang membolekan cubaan menangkap mereka yang merancang melakukan jenayah atau cuba melakukan jenayah tetapi tidak berlaku seperti yang di kehendakinya.

Ini membawa maksud, seseorang yang telah merancang untuk melakukan jenayah atau cuba untuk melakukan jenayah boleh di tahan di bawah Penal code dan Criminal Procedure code. Sekiranya sabit, OKT boleh di jatuhkan hukuman mengikut akta-akta yang sedia ada dan mengikut prosedur jenayah biasa.

Jadi, apa bezanya dengan ISA? Bezanya, di bawah undang-undang di atas, anda mempunyai hak seperti mana kes jenayah biasa, yakni untuk didengari di dalam mahkamah yang adil, di wakili oleh peguam dan juga di bentangkan kes jenayah seperti procedure biasa.

S: Kemudian seorang rakan bertanya: “kalau dia pandai mengupah lawyer yang hebat, mesti dia akan terlepas?”

J: sekiranya satu bukti itu kukuh dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang, tidak kira sehebat mana seorang peguam itu, dia tidak akan dapat mengubah apa-apa hakikat. Ini kerana kita kena ingat bahawa seorang hakim juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan undang-undang standing dan ada yang lebih hebat dari mana-mana peguam.

Kebanyakan kes terlepas bukan semata-mata kerana kehebatan peguam. Mereka terlepas juga bukan kerana kepincangan undang-udang dalam kebanyakan kes. Tetapi, dalam kebanyakan kes tidak kepatuhan kepada peraturan dan procedure penahanan ataupun pembuktian yang tidak cukup menyebabkan OKT tidak didapati bersalah dalam mahkamah. Untuk memahami maksud saya, lihat cerita CSI di rangkaian AXN Astro.

Di sini kita jelas bahawa dalam kes biasa sekalipun pihak polis boleh melakukan kesilapan dalam penyiasatan. Apa yang menjamin bahawa ISA tidak terlepas dari menahan orang yang tidak bersalah dan lebih teruk tanpa bicara?

S: “Tetapi menurut satu cerita, memang orang yang ditangkap tersebut didapati mempunyai senjata merbahaya dan terdapat banyak bukti ke atas mereka untuk di tahan di bawah ISA”

J: Kalau betul ada bukti kukuh, maka dakwa lah mereka. Ini kerana bagi saya amat merbahaya membiarkan seorang yang benar-benar bukti kukuh pemberontakan telah ada pada mereka tetapi dibiarkan ditahan bertahun-tahun di bawah ISA kerana undang-undang pemberontakan memperuntukkan hukuman mati kepada pemberontak.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembebasan beberapa tahanan di bawah ISA yang dikatikan dengan JI. Bagi Dato Seri Najib, ia adalah satu “gula-gula” untuk meredakan rakyat tentang polisi barunya setelah memegang tampuk pemerintahan. Bagi Gerakan Mansuh ISA, ia adalah satu kemenangan. Bagi saya, ia adalah satu tindakan yang kurang bijak dan merbahaya. Kenapa?

Kalau benar mereka yang ditahan ini mempunyai bukti kukuh pengikut JI, mereka sebenarnya amat merbahaya. Maka, kalau benar ada bukti dakwa mereka dan sekiranya sabit kesalahan mereka boleh di jatuhi hukuman mati. Sekarang kita tidak akan tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau tidak.

Ini kerana tidak ada pembuktian dilakukan di mahkamah yang adil sebagaimana yang sepatutnya di lakukan. Pelik juga kerana mereka ditahan lebih dari 2 tahun atas dasar “ada bukti” telibat dalam jenayah pemberontakan, tetapi kemudian boleh dibebaskan. Kenapa tiada dakwaan? Mana bukti-bukti yang dikatakan wujud tersebut? Bukankah ini suatu tindakan merbahaya membebaskan seseorang yang didapati ada “bukti” sebagai pemberontak ke atas mereka begitu sahaja? Apakah mereka benar-benar pemberontak merbahaya sehingga selayaknya ditahan di bawah ISA? Kita tidak akan tahu kerana tidak ada pembuktian dimahkamah dilakukan.

Bibliografi:

1. Akta ISA
2. ESCAR
3. Criminal Procedure Code
4. Penal code
5. Perlembagaan Malaysia
6. Tulisan Ust Ali Muda: ISA dari perspektif Islam
7. Tulisan sdr MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ. Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).
8. Al quran dan buku-buku hadis
9. Nota Certificate Legal Practice (CLP)
10. Banyak lagi buku yang saya lupa nak ambil tajuk dan penulis.*

WALLAHUALAM
TOK JANGGUT ADALAH MODERATOR BINCANG MUSLIMIN DAN MUSLIMAH DI BINCANG.NET Read more ...

Monday, August 10, 2009

Kegiatan homoseksual, onani mudah terdedah jangkitan H1N1



KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu, tubuh seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan boleh menjadi sasaran mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya sudah mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.
Sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati kadar keasidan tinggi dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang dan seterusnya mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).
Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Menurutnya, sebagai contoh, mereka yang demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang tidak mengganggu ketahanan badan. - Bernama

Dr Palaniappan berkata, kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.

Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.

Dr Palaniappan mempunyai laman blog di http://ecohealingsystem.blogspot.com/ yang membincangkan terapi itu secara lebih mendalam. - Bernama
Read more ...

Friday, August 07, 2009

Penularan H1N1 serius - Najib

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang melanda negara pada masa ini adalah amat serius.
Sehubungan itu beliau menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan dengan lebih kerap membasuh tangan dan memakai topeng bila keluar ke tempat-tempat awam.

Pesara korban ke-14
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Seorang pesara lelaki berusia 57 tahun menjadi mangsa ke-14 wabak Influenza A (H1N1) yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya, di sini, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata lelaki terbabit yang mempunyai sejarah penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) 4 Ogos lalu akibat demam, batuk dan sesak nafas.

“Mangsa disahkan dijangkiti H1N1, semalam (kelmarin) dan meninggal dunia pada hari sama akibat ‘acute pulmonary oedema secondary to H1N1’ (paru-paru berair),” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hassan Abd Rahman.


Semlm kena, hari ini sudah kembali... bahaya sungguh!

LONDON:
Seramai 6,000 orang pelbagai peringkat usia di Britain, Jerman dan Amerika Syarikat menjadi kumpulan pertama disuntik vaksin selesema babi tajaan firma Switzerland dan ujian mengenai keberkesanannya akan mengambil masa setahun. Vaksin itu juga akan mula dijual sebelum ujian berkenan tamat, kata jurucakap firma Novartis, Eric Althoff.

Seorang penduduk Britain menjadi orang pertama disuntik vaksin itu, 10 hari lalu, katanya. "Kami memulakan ujian vaksin itu 10 hari lalu," kata Althoff. Ujian itu akan menguji sejauh mana penawar itu selamat atau sama ada satu atau dua suntikan diperlukan. "Kami beranggapan bahawa suntikan dua dos vaksin itu adalah diperlukan," kata Althoff lagi.

Sementara itu, satu lagi firma perubatan, Sanofi-Pasteur yang memenuhi 40 peratus keperluan vaksin dunia, menjangka mula mengujinya beberapa hari lagi di Amerika dan Eropah, kata jurucakapnya, Benoit Rungeard. Sanofi-Pasteur adalah unit syarikat Sanofi-Aventis SA berpejabat di Perancis.

Sejak selesema babi disebabkan virus H1N1 diisytiharkan sebagai pandemik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jun lalu, syarikat farmasi berlumba-lumba menghasilkannya. Bulan lalu, pengeluar ubat Australia, CSL menjadi pihak pertama menguji vaksin terhadap manusia di negara itu.

Lebih 35 negara membuat tempahan dengan Novartis untuk mendapatkan vaksin H1N1 termasuk Perancis, Belanda dan Switzerland. Sejak selesema babi mula dilaporkan merebak pada April lalu, ia membunuh sekurang-kurangnya 1,154 orang di seluruh dunia. Sebuah lagi syarikat perubatan, GlaxoSmithKline berkata sembilan lagi negara menempah 96 juta dos vaksin selesema babi sejak bulan lalu. Kira-kira 195 juta dos dan produk kesihatan ditempah negara termasuk Britain dan Amerika, menjadikan angka keseluruhan tempahan termasuk di Amerika kepada 291 juta dos.

Dalam satu kenyataan, Glaxo berkata, bekalan pertama vaksin itu akan mula dijual awal September.

Kelmarin, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan, ia masih percaya 2 bilion penduduk dunia akan kena penyakit itu. – Agensi

Read more ...

Salam 2 all.

KENYATAAN AKHBAR

ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita.

Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut).

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN

Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Read more ...

Wednesday, August 05, 2009

Persoalan Harta Wakaf Untuk Ibu Bapa...

Soalan:
Acik mohon pandangan dari semua yg arif, adakah boleh acik membelikan sesuatu harta wakaf untuk surau seperti kain sejadah, Surah Yaasin dan sebagainya dgn niat untuk arwah ayah dan atas nama ibu acik?...

Adakah ini boleh dikira sebagai amal jariah yg boleh memberikan pahala buat mereka bila berada dialam barzakh kelak?...

Mohon pencerahan...


Jawapan saudara thtl-Founder Al-Fikrah.net
wsm acik,

tak payah niat macam tu, jariah itu sebenarnya utk anda. Kirim pahala ni tak ada dalam madzhab syafi'iy. Peluang kita beramal, hanyalah semasa hidup je, bila dah mati, maka tamatlah peluang tsb...

sebenarnya, jika anda berbuat baik dan bersedeqah, pahala itu sebenarnya sampai kepada mereka di atas saluran anak soleh. anak soleh adalah asset ibubapa, kerana kebaikan si anak juga akan sampai kpd mereka yg telah mengasuhnya menjadi anak yg soleh.

so, anda bersedeqah, sedeqah itu buat anda. Tapi ibubapa anda turutn merasa limpahannya kerana anda adalah hasil usaha mereka yg mendidik anda menjadi insan yg soleh.
p/s:

jgn wakaf surah Yasin. Mana2 surah tidak boleh dipisahkan keluar dari musyhaf dan diangkat melebihi surah2 yg lain. Amalan mencetak surah Yasin itu dihukum bid`ah oleh Lajnah Fatwa arab Saudi kerana mendewa-dewakan surah tertentu tanpa nas yg sahih utk berbuat demikian.


Soalan:
Bagaimana pula yang mewakafkan sebuah al Quran atas nama arwah ibu dan bapa? Ada terdapat di pesta buku antarabangsa dan juga di luar dewan kuliah DAY di kelab golf tu. Harap perincian dan Jzkllah terlebih dulu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Jawapan saudara thtl-Founder Al-Fikrah.net
ummi,

al-Jawab:

boleh aja, dalilnya:

أن رجلا قال للنبي صلى الله عليه وسلم : إن أبي مات وترك مالا ولم يوص . فهل يكفر عنه أن أتصدق عنه ؟ قال ( نعم ) .
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم - المصدر: المسند الصحيح - الصفحة أو الرقم: 1630

Imam Muslim meriwayatkan hadith Abu Huraira ra:

" seorang lelaki berkata kpd Nabi :saw, "ayahku meninggal dan meninggalkan harta tanpa wasiat, apakah dapat diampuni dosanya jika aku sedeqahkan (hartanya)?" Sabda baginda," ya"

Maka benda yg ada nas boleh aja.

Soalan:
Maksudnya sedekah atau wakaf tu kena guna wang atau harta si mati tu ke?


Jawapan saudara thtl-Founder Al-Fikrah.net
harta lebihan si mati selepas tolak kos pengurusan jenazah dgn persetujuan waris2 si mati
Read more ...

Akta keselamatan dalam negeri ISA menurut siasah syariyyah

Bismillah. Selawat dan Salam ke atas Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam.

PENDAHULUAN
Sejak Kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali dengan ISA pada tahun 1960, banyak kontroversi timbul tentang akta ini. Tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia, bercanggah dengan Quran dan Sunnah, dan pelbagai reaksi diutarakan oleh sebahagian masyarakat.

“….Rakyat negara ini perlu berani membuat anjakan paradigma dalam menyatakan sokongan bagi membantah kezaliman dan kejahatan ISA yang digunakan sejak zaman penjajahan dulu….” Seru seorang wartawan dalam sebuah artikel akhbar politik tanahair.

Benarkah dakwaan bahawa ISA secara prinsipnya ialah satu kezaliman? Tepatkah kenyataan bahawa penahanan tanpa bicara tidak ada langsung sandarannya dalam syarak? Oleh itu akta ini wajib dihapuskan daripada undang-undang sesebuah negara bertamadun?

Atau mungkinkah penggunaan ISA pada asasnya diizinkan syarak, cuma perlaksanaannya mestilah dengan cara yang hak dan tidak menzalimi tahanan?

KONSEP PENAHANAN DALAM ISLAM
Dalam ilmu Qadha’ dan Politik Islam dibicarakan mengenai hukuman penahanan, atau penjara. Perlaksanaan penahanan atau penjara secara dasar diharuskan dalam Islam. Bahkan ulama bersepakat tentang fakta ini, berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah.

Penahanan seseorang individu oleh pihak berkuasa tidak semestinya disebabkan kesabitan jenayah oleh Mahkamah. Ada juga penahanan individu kerana langkah berwaspada demi menjaga maslahah umum dan mengelakkan keburukan. Oleh itu, sarjana Islam membahagikan motif penahanan kepada dua kategori:

Pertama: Penahanan Untuk Hukuman
Kedua: Penahanan Untuk Waspada

PENAHANAN UNTUK HUKUMAN
Penahanan hukuman ialah perlaksanaan penjara terhadap individu yang sudah sabit kesalahannya di mahkamah. Ia biasanya berkuatkuasa selepas mahkamah mensabitkan kesalahan seseorang individu dan menjatuhkan hukuman takzir penjara terhadapnya. Motif tahanan jenis ini ialah sebagai hukuman atau balasan kesalahannya supaya diambil pengajaran oleh dirinya dan masyarakat secara amnya.

PENAHANAN UNTUK WASPADA
Penahanan untuk waspada pula ialah penahanan terhadap individu yang belum disabitkan kesalahannya di mahkamah. Tetapi disebabkan maslahah, dia perlu ditahan sementara waktu.

Penahanan jenis ini dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Antaranya penahanan individu yang ditohmah melakukan kesalahan. Ia dikenali dengan tahanan reman. Tahanan reman bertujuan agar siasatan dapat dilakukan terhadap suspek secara menyeluruh.

Sungguhpun tahanan reman adalah tahanan terhadap individu sebelum dibicarakan di mahkamah, ia dibenarkan oleh syarak. Kerana tahanan jenis ini bermotifkan maslahah yang kuat, iaitu menjalankan soal siasat terhadap suspek.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang Yahudi yang dituduh membunuh seorang wanita dengan cara memecahkan kepalanya menggunakan batu. Selepas diambil pengakuan daripadanya, barulah dijatuhkan hukuman qisas terhadapnya. Peristiwa ini boleh dijadikan dalil bahawa perintah tahanan reman ada sandaran daripada syarak.

Antara jenis penahanan untuk waspada juga ialah penahanan individu yang dipercayai membawa ancaman kepada keselamatan awam atau keamanan negara. Biarpun individu itu tidak boleh didakwa di mahkamah, tetapi kewujudannya di tengah-tengah masyarakat boleh membawa mudarat terhadap orang awam dan keselamatan.

Jika pemerintah berpendapat bahawa seseorang individu memberi ancaman keselamatan, tetapi tidak ada bukti untuk ditohmah, maka pemerintah boleh menahannya sementara waktu sehingga ke satu tempoh yang sesuai.

Dalilnya, kisah Abu Sufian yang menghantar seorang lelaki ke Madinah untuk membunuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah Taala telah mengkhabarkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang perancangan lelaki tersebut. Lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengeluarkan arahan supaya dia ditangkap. Apabila ditangkap, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia mahu melakukan pembunuhan kerana dia sudah awal-awal lagi menyembunyikan senjatanya. Pun begitu demi kemaslahatan, baginda mengarahkan supaya lelaki ini ditahan di rumah seorang sahabat, Usaid bin Hudhair.

Kisah ini menunjukkan harus bagi pemerintah mengeluarkan arahan tahanan terhadap seseorang yang dilihat membahayakan keselamatan, sekalipun dia belum melakukan jenayah apatah lagi untuk dibicarakan di mahkamah. Penahanan orang seperti ini adalah berasaskan kepercayaan pemerintah bahawa kewujudannya di tengah-tengah masyarakat membawa bahaya.

Tetapi tempoh penahanan mestilah sekadar keperluan dan tidak dilakukan penganiayaan terhadap tahanan.

Ulama menyebut antara bentuk penahanan tanpa kesabitan kesalahan ialah jika berlaku pemberontakan oleh satu-satu kumpulan, kerajaan boleh menahan anak isteri para pemberontak buat sementara waktu supaya mereka tidak terpengaruh dan bersama-sama mengikut jejak pemberontak. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun, tetapi demi maslahah yang lebih besar mereka ditahan.

Maka difahami bahawa keizinan dikuatkuasakan penahanan tanpa bicara mahkamah, adalah kerana maslahah umum. Oleh itu pihak yang berhak mengeluarkan arahan ini ialah Ketua Negara.

AKTA ISA DARI SUDUT SYARAK
Berbalik kepada akta yang termaktub dalam perlembagaan negara kita. Bagi saya, akta ISA termasuk dalam kategori penahanan untuk waspada. Penahanan jenis ini di dalam siasah syar’iyyah adalah di bawah bidang kuasa pemerintah. Maka ia diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Agak kurang tepat orang yang berpendapat ia langsung tidak ada dalam Islam atau bercanggah dengan Quran dan Sunnah.

Cuma dari sudut perlaksanaan akta ini di negara kita, didapati ia tidak menepati syarat dan etika yang digariskan dalam siasah syar’iyyah. Berikut adalah contohnya:

1. Syarak membenarkan penahanan untuk waspada dalam kes-kes yang memberi ancaman kepada keselamatan, atau keamanan samada individu tertentu atau masyarakat. Tetapi apa yang berlaku hari ini, mereka yang tidak membahayakan keselamatan pun turut menjadi mangsa. Dibimbangi akta ini hanya menjadi benteng politik pemerintah.

2. Tempoh penahanan yang dibenarkan syarak bagi penahanan untuk waspada ialah sekadar keperluan, kerana ia bukan satu bentuk hukuman. Maka, memanjangkan tempoh penahanan ISA sehingga 2 tahun atau lebih adalah tidak wajar.

3. Layanan yang sepatutnya diberikan kepada tahanan jenis ini tidak boleh disamakan dengan layanan banduan-banduan di penjara. Mereka yang dipenjara kerana sabit kesalahan boleh dilayan dengan sedikit kekerasan. Tetapi tahanan untuk waspada wajib dilayan sebagai seorang Muslim yang tidak bersalah. Apa yang diceritakan oleh bekas-bekas tahanan ISA, seolah-olah layanan terhadap mereka lebih teruk daripada layanan banduan yang merompak dan merogol.

KESIMPULAN
Secara ringkasnya, -Wallahu A’lam- penahanan tanpa bicara dibenarkan dalam Islam dalam kes-kes tertentu. Peruntukan ini adalah bagi memelihara keselamatan awam. Tetapi hanya dalam lingkungan yang sangat sempit. Ia tidak wajar dijadikan senjata pemerintah untuk menjamin survival politik diri sendiri. Tempoh penahanan juga mesti dihadkan sekadar keperluan. Layanan kepada tahanan hendaklah secara ukhuwwah dan berperikemanusiaan, bukan dilayan sebagai banduan. Jangan sampai menzalimi tahanan dan keluarga mereka tanpa sabitan kesalahan. Jika Kerajaan berpendapat akta ini masih relevan untuk diamalkan, ia perlu kepada penambahbaikan dan kemaskini agar bertepatan dengan siasah Islamiyyah.

Wallahu A’lam.

Madinah, KSA. 19 Mei 2008 bersamaan 14 Jumada al-Awal 1429


Sumber: akta-keselamatan-dalam-negeri-isa-menurut-siasah-syariyyah Read more ...

Friday, July 31, 2009

Bagaimana mengurus duit bonus anda?

Dari website terbaik berkenaan pengurusan kewangan...

Pakdi.My

Bila sebut masalah duit, ia sebenarnya ada 2 masalah.

1. Masalah kurang duit.
2. Masalah terlebih duit.

Mendapat bonus tahunan dari syarikat tempat anda bekerja merupakan satu masalah terlebih duit.

Berikut adalah cadangan untuk anda memperhabiskan dan mempergunakan duit bonus tersebut:

1. Bagi mereka yang sudah sekian lama mengamalkan konsep pay yourself first, masukkan je la duit bonus tu dalam akaun yang sama.

2. Bagi mereka yang masih tidak dapat simpan 30% dari keseluruhan pendapatan bulanan, maka cuba selesaikan apa-apa yang patut dengan duit bonus tersebut, khususnya hutang yang berkaitan kad kredit.

3. Sekiranya anda sudah membuat 2 perkara di atas, dan duit bonus masih banyak berbaki, la… itu pun nak saya bagitahu ke? Saya fikir isteri / suami dan anak-anak anda lebih mahir bab tersebut. Hehehe…


Acik akan update pendapat dari sahabat yang lain didlm forum Al-Fikrah.net dan Bincang.net...

Update
thtl :
orang dapat bonus ni kita tak risau sangat, yg kita dok kesihan ialah orang yg tak ada gaji dan tak ada bonus...hehehe

yg dapat durian runtuh tu...

1. reward diri sendiri

2. langsai hutang tertunggak

3. hak anak bini, vacation dan makan besar

4. hak kum kerabat, ibubapa yg utama

5. Pastikan kenderaan anda tip-top balik: tayar baru, tukar timing belt, ke

6. hak simpanan anda...jgn habiskan semua...saving utk investment
Read more ...

Thursday, July 30, 2009

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut. Read more ...

Friday, July 24, 2009

Caj Astro naik RM12 kerana EPL

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.

Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.
Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus).

Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.

Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.
Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

"Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber: Kosmo!

Hmm... selepas ini mungkin ada yang boikot takmo pasang Astro lagi... hehehe... acik mmg mempunyai account Astro namun ianya terletak di rumah mertua acik dan mereka yang membayarnya... Pada acik memasang Astro walaupun secara percuma namun dengan belanja setiap bulan lebih kurang RM60, baik duit tersebut digunakan untuk beli susu tepung NUGROW anak acik yang boleh dibeli 4 pek dengan nilai RM60 tersebut... Read more ...

Thursday, July 23, 2009

H1N1: Malaysia catat kes kematian pertama

Korban ketiga H1N1 Jul 28, 09 12:07pm

Satu lagi kematian akibat influenza A (H1N1) dicatatkan dalam tempoh 24 jam - menjadikan tiga kematian dilaporkan akibat penyakit itu setakat ini.

Mangsa terbaru, seorang lelaki rakyat tempatan yang berusia 42 tahun, yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 petang emalam


Isnin Julai 27, 2009
Kematian kedua H1N1 di Malaysia
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kematian kedua akibat influenza A(H1N1) apabila seorang lelaki berusia 46 tahun yang menerima rawatan sejak 16 Julai lepas meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari semalam.


PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kematian pertama kes H1N1 apabila seorang pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal.

Liow juga berkata, sebanyak 18 kes baru dilaporkan sehingga 8 pagi ini, membabitkan 17 jangkitan tempatan dan satu import. Read more ...

Bank Rakyat untung RM668.5 juta

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM668.5 juta bagi tempoh enam bulan pertama 2009, peningkatan 29.6 peratus atau RM152.7 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan keuntungan itu hasil pertumbuhan pendapatan untung bersih dan pendapatan berasaskan fi.

Jumlah pendapatan kasar meningkat 22.8 peratus kepada RM1.889 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata demikian ketika mengumumkan prestasi kewangan separuh pertama bank itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Sumber: Bharian

Sebelum itu,
Untung Bersih 2008 Bank Pembangunan Lepasi Aras RM1 Bilion Selepas 35 Tahun Operasi

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Bank Pembangunan Malaysia Bhd (Bank Pembangunan) telah melepasi aras RM1 bilion buat pertama kali dalam sejarah 35 tahun operasinya.

Prestasi kukuh keuntungan bersih RM1,070.7 juta itu adalah berikutan peningkatan pendapatan operasi dan bukan operasi, pengurangan ke atas perbelanjaan dan pengurangan ke atas peruntukan pinjaman tidak berbayar, demikian menurut bank itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Isnin.

Menurut kenyataan itu, Bank Pembangunan telah memperkenalkan beberapa langkah proaktif bagi mengukuhkan lagi kualiti asetnya termasuk memperkenalkan kajian semula tahunan dan klasifikasi "senarai perhatian" bagi memastikan langkah pencegahan di ambil perhatian terhadap pinjaman sedemikian.

Katanya proses kelulusan permohonan baharu juga telah ditingkatkan bagi mengenepikan permohonan tidak berdaya maju dan tidak produktif dan ini telah mengunjur kepada pengurangan kelulusan pinjaman pada 2008.

Penambahbaikan terhadap pengurusan kredit menghasilkan impak positif di mana bank telah mengurangkan kadar Pinjaman Tidak Berbayar (PTB) bersih kepada 0.8 peratus pada 31 Disember, 2008, walau pun portfolio pinjaman menurun 2.7 peratus, katanya.

Pada 2008, Bank Pembangunan berkata 24 pinjaman berjumlah RM2.6 bilion telah diluluskan untuk membiayai berbagai-bagai projek dalam sektor infrastruktur, maritim dan teknologi tinggi berbanding kelulusan RM4.7 bilion pada 2007, yang melibatkan 67 pinjaman.

Pengeluaran pinjaman kekal pada RM2.1 bilion manakala pembayaran balik termasuk pra-pembayaran berjumlah RM655.5 juta, di mana sebahagian besarnya dari akaun PTB.

Pendapatan bersih faedah yang dicatatkan oleh Bank Pembangunan meningkat RM236.0 juta daripada RM441.4 juta pada 2007 kepada RM677.3 pada 2008, disebabkan oleh pendapatan pemulihan lebih tinggi yang diterima.

Dalam waktu yang sama, katanya pendapatan bukan faedah meningkat dari RM134.5 juta pada 2007 kepada RM510.6 juta pada 2008, diperoleh daripada pengasingan SME Bank.

Bank Pembangunan berkata kedudukan modalnya pada akhir 2008 terus menjadi antara yang terkukuh di dalam industri perbankan di mana dana pemegang saham telah meningkat kepada RM965.3 juta pada 2008 menjadikan Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) adalah 28.3 peratus berbanding purata 12.7 peratus pada sistem perbankan.

Kualiti aset terus kukuh dengan penurunan jumlah PTB pada RM205.6 juta.

Nisbah PTB adalah pada 0.8 peratus pada akhir 2008, satu penurunan daripada 2.0 peratus pada tahun lalu dan lebih rendah berbanding purata industri, iaitu 2.2 peratus.

Bank itu berkata ia akan terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan dalam menyokong program pembangunan negara dan memastikan penjanaan keuntungan yang berterusan.

-- BERNAMA

Read more ...

Maksud Redha dan Munajat...

Soalan:
Saya ada beberapa persoalan kat sini....1. Apa maksud redha?2. Bagaimana untuk mencapai redha?3. Apakah petunjuk atau petanda yg Allah redha kat kita?4. Apa maksud munajat? 5. Bagaimana cara sebenar nak bermunajat?p/s; mudah dikata tp tak tahu apa sebenarnya........

Jawapan:

Anda akan temui topik ini dalam kitab-kitab ala tasawwuf atau
dinamakan Fiqh albatin. Kita syorkan kitab spt Madarij asSalikin
oleh alhafeedz Ibn Qayyim alJawzea, Minhaj alQaasyidin oleh
alhafeedz Ibn Rajab alHanbali, Ihya' Ulumiddin yg disyarh oleh Ustaz
Sa'eed Hawwa yg diberi jodol Tazkiah anNafs. (semua kitab2 ini sudah
diterjemah)

1. Redha menurut Ibn Rajab alHanbali (w. 774H), Ridha ialah suatu
perasaan yg berlawanan dgn hawa nafsunya. Cth, bila dia ditimpa
musibah, dia menerima penderitaan walaupun bertentangan dgn hawa
nafsunya.

Redha menurut Prof Hasbi asSiddiqi ialah ridha akan qadha (ketentuan
Allah) dgn tabah dan lapang dada. Berdo'a dan dari lari dari sesuatu
waba' dan bencana itu bukan bermakna tidak ridha (al_Islam jld 1).
Dr Qardhawi pula Ridha adalah buah iman kepada taqdir (ketentuan
Allah) dan qana'ah (merasa cukup) dgn rezki yg Dia berikan. (alIman
bil Qadr)

2. Cara mencapai ridha?
Ia adalah buah iman kepada Qadha' dan Qadr. Ia adalah latihan
keruhanian. Menurut Ibn Rajab, qadha' tercapai bila kita peka dengan
percaturan ALlah jauh lebih baik dari percaturan kita, perancangan
Allah jauh lebih baik dari perancangan kita; kemudian meyakini
disebalik segala ujian itu tersimpan pahala yg besar dan akhir
sekali disebalik musibah dan ujian itu adalah mendapat cinta agung
dari ALlah SWT

3. Petanda Allah telah redha kepada kita?

Kata alQardhawi:

a. Jiwa yg kaya. (Dalil: HR Syaikhan," tidaklah kaya itu dgn
bertimbunnya harta, yg dikatakan kaya itu adalah kaya jiwa."

b. bersungguh mencari rezki dan menggunakan jalan yg paling suci dan
halal.

c. ia tidak memasang angan-angan , irihati dan mencoba-mencoba
melakukan apa yg sebenarnya di luar kemampuannya.
Dalil: AQ anNisaa':4:32 (dan janganlah kamu irihati terhadap
kelebihan yg diberikan Allah ke atas sebahagian dari kamu atas
sebahgian yg lain)

4. Munajat

Definasi Ibn Qayyim alJawzea (madareej asSaalikin)
"Khalwah pada waktu nuzul Ilahi utk mendekati akan Dia, membaca
kalam-Nya (AQ), merenung dan beradab ubudiyah di hadapan-
Nya..diakhiri dgn Istighfar dan Tawbat."

Dengan bahasa mudah: Munajat ialah memanjat, mendekati, berkhalwah
ketika Dia turun ke langit dunia. (Lihat juga ibn Qayyim: Mukhtasar
asySyawaiq alMursalah 2/232)

Munajat seperti definisi di atas ia mengikut sunnah nabi s.a.w. Dalilnya surah al muzammil yang menyeru nabi dan umatnya bangun pada waktu malam utk beribadat. Berkahwah di sini jgn disalah ertikan pergi ke gua2 dan tidak bercampur dengan orang. Maksudnya ialah bangun malam dan qiyam, berdoa dan memohon keampunan Allah s.w.t. Inilah munajat yang difahami oleh golongan salaf dan yang diajarkan oleh nabi. Malah banyak hadis menyebut nabi bangun malam sehingga bengkak kaki baginda. Baginda juga bristifar tidak kurang dari 70 kali sehari. Dalam rowayat lain mengatakan 100 kali sehari.


5. Cara sebenar utk bermunajat

bangun malam ketika akhir malam

berkata Syaikhul Islam dalam Syarh Haditsul Nuzul/38
akhir malam ialah waktu yg kemuncak nikmat bermunajat dgn melakukan
ibadah (solat tahajjud), berdo'a, bertaubah dan pelbagai kegiatan
ibadah termasuk membaca alQur:an
Cth:
" dan yg memohon ampun di waktu sahur" AQ aliImran : 3: 17

HR Bukhari Muslim dari Abu Hurayra
"Rabb kami Tabaraka wa Ta'ala turun ke langit dunia pada setiap
malam ketika sepertiga malam terakhir.." (Bukhari/8/197/Kitab
atTawheed; Muslim: 1/521 Kitab solat musaafirin)

Jawapan Panel al-ahkam

wallahualam
TJ Read more ...

Wednesday, July 22, 2009

Kisah susu ibu

Nukilan dari email...


Haaa....ni kisah benar dan menarik nih !
Citer dia camni .....Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.

Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.

Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.

Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!
Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut

Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Semoga menjadi panduan buat kita semua......
Read more ...

Ratusan budak jadi mangsa penderaan seks paderi

DUBLIN 22 Julai - Selepas dua bulan penelitian terhadap tanda kewujudan penganiayaan endemik, para pegawai hari ini terkejut apabila laporan mendapati ratusan kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks oleh paderi-paderi Katolik di Ireland.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kerajaan diketuai oleh hakim yang menjalankan siasatan itu mendapati penderaan seks yang dilakukan oleh paderi-paderi yang berada di bawah pengawasan biskop, gereja terbesar di Dublin itu telah bermula sejak Mac 2006 lagi.
Ketua Biskop Dublin, Diarmuid Martin dalam laporannya kepada Menteri Kehakiman, Dermot Ahern semalam, mengingatkan bahawa pendedahan itu akan mengejutkan semua pihak.
Untuk pertama kalinya, siasatan itu mendapati bagaimana gereja paling berpengaruh Roman Katolik yang dikuasai rakyat Ireland itu mengadakan hubungan `haram’.
Sementara itu, jurucakap bagi pihak biskop berkata, pihak berkuasa mendapati sejak tahun 1940, terdapat 400 hingga 450 orang menjadi mangsa penderaan seks oleh setiap seorang daripada 152 paderi. - AFP

Sumber: Utusan Online

Kesimpulannya, semua manusia telah dianugerahkan oleh Allah akan nafsu hendak memiliki pasangan hidup... Setiap dari kita dijadikan secara berpasang-pasangan... mengapa perlu mengubah hakikat kejadian manusia ini?? Read more ...

Tuesday, July 21, 2009

Nilai akhlak dalam budaya orang bukan islam

Sekali lagi acik tertarik dgn sebuah tajuk dari blog saudara Suparjo
Inilah yang berlaku rentetan kematian Teoh Beng Hock. Tunangnya, Soh Sher Wei sudah hamil sedangkan mereka belum berkahwin. Mungkin itu mengejutkan, tetapi yang lebih mengejutkan ialah apabila ayah mendiang Teoh Beng Hock iaitu Teoh Liang Fai yang berusia 61 tahun telah menerima keadaan ini sebagai biasa. Katanya, "perkara biasa, tolong jangan pandang serong,"


Didalam masa yang sama bila acik baca suratkhabar Harakahdaily Kematian Teo: Tegakkan keadilan tanpa batas kaum, agama
PAS bersama-sama rakan Pakatan Rakyat sepakat mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja supaya satu penyiasatan yang bebas, adil dan telus dapat dilakukan terhadap kematian Teoh Beng Hock ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Dalam keadaan Pakatan Rakyat membesar²kan kehebatan dan semangat yang ditunjukkan oleh Teo, kita lihat dari segi peribadi dan akhlak beliau bagaimana pulak keadaannya?... Secara peribadi, acik beranggapan rakyat Malaysia terlalu taksub dengan sesetengah Parti yang ada di Malaysia ini yang memperjuangkan hak mereka tanpa kita menyedari ada kalanya mereka (parti ini) juga boleh membuat kesilapan didalam perhitungan mereka...

Terkini:
---PETIKAN UTUSAN---
Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas
KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.


Wallahu a'lam bisshawab. Read more ...

Thursday, July 16, 2009

Jakim ambil alih keluar sijil halal

KUALA LUMPUR 9 Julai - Semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu yang berkuat kuasa serta-merta diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Katanya, Kabinet berpendapat HDC perlu memberikan tumpuan kepada fungsi asalnya untuk membangunkan produk dan hab halal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

''Dengan pengambilalihan tugas ini, Jakim kini bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Halal Malaysia bagi produk tempatan dan luar negara serta menguruskan soal-soal pembayaran untuk mendapatkan sijil berkenaan.

''Jakim sebenarnya mempunyai pengalaman luas untuk menguruskan pengeluaran sijil halal ini kerana ia telah menjalankan fungsi sama sebelum peranan ini diserahkan kepada HDC pada April tahun lalu,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pelbagai pihak sebelum ini membantah langkah menyerahkan pengeluaran sijil berkenaan kepada HDC kerana mendakwa ia mempunyai kepentingan dalam perniagaan dan akan menyebabkan pengeluaran sijil berkenaan tidak telus.

Selaras dengan keputusan itu, Jamil Khir berkata, semua kakitangan kerajaan yang dipinjamkan kepada HDC bagi menguruskan urusan pengeluaran sijil dan membuat pemantauan akan diserap semula ke Jakim.

''Kakitangan terbabit terdiri daripada pegawai Jakim yang bertanggungjawab mengendalikan ujian secara saintifik dan Islamik serta kakitangan Kementerian Kesihatan yang telah dipinjamkan bagi membuat pemantauan," jelasnya.

Menurut beliau, semua sijil halal yang telah dikeluarkan oleh HDC sebelum ini adalah sah untuk digunakan sehingga tarikh tamat tempoh.

''Sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim akan terus menggunakan reka bentuk logo lama, sama seperti yang telah dikeluarkan oleh HDC," jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan juga akan memastikan Jakim dapat meningkatkan kualiti proses permohonan dan pengeluaran sijil halal supaya ia lebih cekap dan berkesan.


Pelik jugak acik, sebelum² nie bukan mmg JAKIM yang keluarkan logo halal ke?.. Read more ...

Indahnya Malam Pertama

Sumber dari Bernama 'email'...

Indahnya Malam Pertama

Satu hal sebagai bahan renungan Kita....

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan Kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... Mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun.....harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak Ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak Ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok Dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung Dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih....

Itulah sosok Kita......

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,

Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita....

Bahagian kepala..,badan. .., Dan kaki diikatkan

Tataplah.... Tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... Langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan Dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin.....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . Yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. Pengantar akhir k Erin duan



Dan akhirnya..... Tiba masa pengantin..

Menunggu Dan ditinggal sendirian,

Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan...

Ditemani rayap-rayap Dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu.......



Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk

Membacanya terus hingga ke akhir.



Tiap Hari inilah yang Kita lalui.... Susah vs. Senang.. Dunia semua yang

Mengasyikkan. . Menyita perhatian Kita. Sedangkan dunia nyata yang

Menjemukan lupa Kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang

Nantinya akan Kita bawa kepada NYA.
Read more ...

Wednesday, July 15, 2009

Metod memfatwakan MU haram atau Nike haram dinamakan fatwa2 KEZUTAN. Semisal dengannya, ialah fatwa haramnya demokrasi, muzik, nyanyian, dan camera.

Kenyataan dari saudara thtl (Founder Al-Fikrah.net):

Metod memfatwakan MU haram atau Nike haram dinamakan fatwa2 KEZUTAN. Semisal dengannya, ialah fatwa haramnya demokrasi, muzik, nyanyian, dan camera.

Fatwa2 ni walaupun benar, tapi ia dilakukan pada suasana yg salah, melawan arus dan yg berfatwa tidak dapat menawarkan alternatif kepada orang ramai.

Cth: MU adalah global fenomenon. sedangkan dalam negara2 OIC tidak ada alternatif kelab yg setanding dengannya.

Nike adalah brand jenama sukan global dengan kilang di Malaysia dan Indonesia.
Camera adalah alat yg mesti pada orang ramai, hingga ia dipasangkan secara wajib pada henfon...

Jadi, fatwa2 melawan arus ni sebenarnya tidak perlu, kerana walaupun ia dikeluarkan, ia tidak mampu menghindari org Islam sedunia dari meminati atau membelinya.

MU diminati kerana bolanya, Nike kerana mutu pakaiannya, camera memberi pelbagai kegunaan kpd manusia seharian...

Jadi, ia termasuk fatwa2 yg akan ditinggalkan oleh orang ramai kerana ia tidak kena pada masanya, dan alternatifnya tidak ada...

Sumber: Al-Fikrah.net

Barulah acik paham sekrang nie... Read more ...