Friday, April 25, 2008

Kenyataan Kamikaze Dari Anwar - PKR

Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar

PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan),

Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam. Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. "Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.

Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN. "Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya. "Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang. Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.

Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti. Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.

Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya. "Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.

http://www.harakahdaily.net//index.php?option=com_content&task=view&id=14093&Itemid=28

Thursday, April 17, 2008

YB Zulkifli Nordin - PKR

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah... acik baru pulang dari surau DBKL tgh tadi... mengikuti ceramah dari YB Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu...

Byk pengajaran yg diperolehi dari ceramah beliau tadi... walaupun ada yg dok tertawa bila YB dok bikin lawak dlm menyampaikan ceramahnyer... namun perlu ada kesedaran terhadap apa yg beliau sampaikan terutama dari soal kencing berdiri didlm tandas duduk yg biasa kiter perolehi dimana² tempat dewasa ini... Persoalan mengenai kencing berdiri dan tandas duduk ini wajar diambil perhatian dgn sungguh² agar solat yg sah dpt kiter laksanakan, insyaallah.

Dlmpada itu, barulah arini acik dapati terdapat beberapa org rakan forum di BDN yg betul² dekat dan kerja berhampiran dgn ofis acik tatkala ini... Nickname beliau biarlah acik rahsiakan dahulu... Dan beliau menyatakan bahawa ada seorg sahabat jua sememangnya bekerja di ofis acik sendiri... wahhh... siapalah pulak si dia tur... hehe...

Friday, April 11, 2008

Acik & Isteri.... Gambo yg dikehendaki polis! hehe...

-Edit-

Maaf, gambo acik ngan isteri tidak diberi keizinan oleh isteri utk didedahkan disini. Maaf sekali lagi.

Thursday, April 10, 2008

Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!

Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!
Tarikh : Wednesday, April 09 @ 16:10:55 MYT
Topik : Artikel
Oleh Iza

TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan.

PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas "kuda kayu" ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya.

Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia.

Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.

Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya.

Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.

Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.

Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air.

Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.

Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.

Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?

Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka.

Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8700

Tuesday, April 08, 2008

Merenung... taburan bintang²...

Assalamu'alaikum wbt.

Apa habaq?... Harapnyer saudara saudari sumernyer sihat... Arini acik cam takde mood nak masuk forum BDN... tah kenapa... diri ini terasa lemah longlai utk memasukkan kata nama dan passwood utk login ke dlm BDN...

So, seharian nie dok buat kerja dan melanggok melihat berita di akhbar utusan online dan harakahdaily... nielah berita utama yg acik dok fokuskan skang nie... Kenkadang boring gak dok baca pasal hal politikus kat mesia nie.. namun nak taknak terasa seronok plak mendengar hujah dari kedua belah pihak mengenai sesuatu perkara...

Sejak akhir² nie acik dah jarang makan tgh dgn kenkawan... Maklumlah, sejam yg diberikan utk acik merehatkan badan dan melahap makanan telah acik gunakan utk mendengar ceramah di surau berdekatan ofis acik nie... Mungkin disebabkan itu jugak ler, acik dah tak byk berkongsi maklumat dgn kenkawan sebaliknyer lebih byk menerima maklumat menerusi ceramah² agama yg diadakan..

Insyaallah... jika berkesempatan akan acik cuba berikan apa saja yg acik perolehi dari ceramah² yg sempat acik dengari nanti...

Wassalam.

Friday, April 04, 2008

Sesi wawancara wartawan BDN bersama Acik fosilmitra...

Wartawan BDN:

Assalamu'alaikum acik.. apa habaq?

Acik:
Wa'alaikummussalam wbt... habaq baekk... cewah! loghat utara lak acik...
Wartawan BDN:
Baiklah, sebelum kiter pi lagi jauh... boleh acik berikan sedikit latar belakang acik... family... kerja etc...
Acik:
Alahh... kamu nie mcm tak kenai ngan acik pulak... tapi mmg pun tak kenai... hehe... so, acik ringkaskan jelah yer latarbelakang kehidupan acik yg brutal nie... Acik dilahirkan di Kg. merual, seri menanti, kolopilah.. lahir kat kg jer acik nie... bukan kat spital terdekat sanun...

Punyai 5 org adik beradik... kesemua adik beradik acik dah berkawen kecuali soang... namanyer Azhar... dia nie baru abis belajar di UiTM Perak, kini bekerja di UPM sebagai setiausaha... tapi baru² nie dia dikatakan nak bertunang dah... so, sesiapa yg ado hati nak berkenalan tue, acik mintak maap lah.. hehe.

Acik berkawen pada 11 Sept... bermakna tarikh keramat US diserang Israel tuh!... tahun 2005... Isteri berasal dari jelebu... samo noghori ler nie... dan kami kini menetap di Sek. 16 Bandar Baru Bangi... Mendapat soang cahayamata yg diberi nama Muhammad Syazwan (seperti dlm avy BDN)... acik disebuah bank diibukota dan isteri acik disalah sebuah sykt insuran diibukota...

Tue jelah kot...

Wartawan BDN:
Dah berapa lama dah acik berkecimpung dlm bidang perforuman nie?

Acik:
Seingat acik... waktu memula dpt pc dan dpt internet nie pun kat opis... iaitu tahun 2001 lebey kurang... dah tak berapa ingat sgt dah... tapi yg acik tahu.. melalui internet jugaklah acik ketemu dgn buah hati acik yg skang nie bergelar org umah kat dapur nun.. hehe. So, dari tahun 2001 sampai skrg nie kamu kiralah sendiri berapa thn...

Wartawan BDN:
Adakah forum BDN forum pertama acik?

Acik:
Bukan... BDN bukanlah forum pertama yg acik jejaki sewaktu berada di alam maya cyber ini... memula forum ialah forum JAKIM... tue pun lepas acik berchatting dgn seorg wanita... nick dia rumaysa... (tau dek bini acik nie masyakk!.. hehe)... dialah yg mengajak acik memasuki arena perforuman nie... iaitu di forum JAKIM yg kini masih wujud... walaupun selepas dibuat perubahan... http://web.islam.gov.my/forum/

Sebenarnyer acik berpindah forum disebabkan berlakunyer penutupan sementara forum JAKIM nie... lepas ditutup acik boring lak takde kenkawan utk berbualbicara so acik pergi ke Mymasjid.com... kat sana acik berforum tak sampai beberapa bulan and then acik berpindah ke forum BDN melalui pautan yg ada kat Mymasjid tue...

Wartawan BDN:
Wahh... kira aciknyer otai rock jugak ler...

Acik:
Takdelah sampai begitu...

Wartawan BDN:
Sepanjang berforum... apa yg acik perolehi?

Acik:
Terlalu byk perkara... ya... mmg terlalu byk perkara yg acik jumpai dan pelajari... termasuk membina laman web sendiri... bloggers sendiri seperti yg saudara tgh tgk nie... dan jugak beberapa cara nak download lagu, nak upload picture... nak create forum sendiri dll laa...

Wartawan BDN:
Bagaimana dgn persahabatan?...
Acik:
Acik sebelum kawen... makna kata sebelum menjadi bapak org nie... acik mmg suka berkenalan dan jugak mengacau² anak dara org... tapi bukanlah tujuan kacau tue nak sesajer jadi pengacau... tapi adalah niat disebalik hati tue ingin berkawen...

Wartawan BDN:
Amboii... panas nie... pengakuan berani mati takde ke acik?...
Acik:
Ada satu yg perlu dan mahu acik katakan disini.. nie kira pengakuan berani dikutuklah nie... Acik nak buat pengakuan... acik pernah memasukkan gambar wajah acik kat dlm forum... dah lama dah topik tue... tak tahulah mana ghaibnyer... mungkin di bilik arkib pengendali kot... Sebenarnyer gambar tersebut bukanlah wajah sebenar acik... tapi wajah kawan acik 'nan' dkt johor sana... dia pun dah berkawen dah...

Kenapa dan atas sebab apa acik pi lekat gambar dia kat avy acik pun acik tak paham... mungkin masa tue acik mahupun perhatian org ramai kot.. eheh... malu bila mengenangkan peristiwa itu... ramai org teruja dgn gambar tue... maklumlah kawan acik nie ensem gak... cam arwah sudirman skit... Hal ini acik dah maklumkan kat certain² user kat BDN nie... namanyer biarlah acik simpan buat pekasam...

Wartawan BDN:
Dahsyat gak acik nie... kenapa sampai begitu sekali?...
Acik:
Tah ler... no komen.. (mcm mawi ler pulouk acik nie)...

Wartawan:
Acik pernah dikatakan sebagai pencetus kontroversi atau sukabuatorg sakit hati dgn beberapa statement acik terutama berkenaan hukum hakam islam nie... boleh komentar skit pasal nie...

Acik:
Acik sekadar menasihati... nasihat diri sendiri dan jugak kenkawan... tak usahlah ambik hati kalau ada nasihat acik tue terkena batang idung sendiri yg mungkin tak boleh diterima langsung walaupun benar sebab kebenaran itu sememangnyer pahit utk ditelan...

Wartawan BDN:
Okaylah acik... dah tak byk masa lagi nie... nak interview lain org lak... so, kata² akhir acik pada peminat 'Hot Daddy BDN'...

Acik:
Acik ingin mengambil kesempatan ini utk meminta maaf kiranyer ada kesalahan dan perbuatan acik yg tak sepatutnyer acik lakukan... acik akui kesilapan acik selama ini... acik mohon ampun dan maaf dan acik telah maafkan kesemua kesalahan kenkawan cyber sekelian..

Hidup hanya sekali... pergunakanlah jasad dan roh yg dipinjamkan oleh Allah SWT ini dgn sebaik mungkin... Jgnlah merasa hina dan jgnlah pula bersedih hati... walhal kamu org yg paling tinggi darjatnyer sekiranyer kamu org² yg bertaqwa dan beriman...

Wallahu a'lam bisshawab.