Tuesday, June 27, 2006

Pendapat saudara TJ mengenai kerja di bank.

Kerja kat bank

--------------------------------------------------------------------------------

assalamualaikum

There are times where we can apply all the normal rules of Islam in all situations. Ini masanya bila Islam memegang tampuk kuasa dan prevail di atas semua kuasa. Islamlah Amerika dan PBB dan Islam seluruh sistem dan penganutnya. Tapi ada masa dalam Islam yang dipanggil darurat dan darurat tidak sekadar berlaku bila masa makan khinzir tak de makanan sahaja. Penggunaan perkataan darurat amat luas. Kita berada dalam zaman darurat. Darurat ini kerana kita sekarang ketinggalan dalam intelektual dan kekuatan. Kalau kita terus menerus menafikan kepentingan teknologi moden dan ilmu mereka, maka kita akan terus ketinggalan.

Rasullulah s.a.w tidak pernah merobohkan berhala semasa 13 tahun di mekah. Tetapi baginda membina manusia dan meroboh berhala dalam diri mereka. Rasullulah saw tidak membawa org ini lari sehinggalah benar-benar tidak ada jalan penyelesaian lagi. Baginda sepanjang 13 tahun tersebut bergelumang dengan segala jenis berhala, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk sistem. Malah baginda salah seorang yang berada di dalam sistem perniagaan arab jahiliyah. Tujuannya, utk belajar sistem ini dan memperbaikinya.

Kita secara asasnya telah kembali ke zaman ini. Zaman berhala riba' berhala judi, penipuan materialisme sedang naik dan memuncak Islam pula berada di bawah. Kita boleh lari dari perkara ini dengan memberikan alternativ kepada sistem ini. Tetapi kalau kita tidak tahu bagaimana sistem ini berjalan kerana kita tidak ada pendidikan, bagaimana kita hendak memberikan alternatif?

wallahualam
TJ

Umang aii... ganaznyer depa nie...

Monday, June 26, 2006

Selamat Penganti Baru buat Miss_Comot BDN

Image Hosted by ImageShack.us

Assalamu'alaikum wbt.

Acik ingin mengucapkan sealamat pengantin baru buat kedua mempelai diatas... semoga kedua-2nyer akan cepat dikurniakan cahayamata dan semoga tabah mengharungi hidup berdua yg penuh onak & duri...

Maaf jika acik tak dpt dtg kerna acik bersama isteri berada dijelebu tatkala itu...

Wassalam.

Selebihnya boleh ke sini:
http://bincang.net/forum/showthread.php?t=70782

Tuesday, June 06, 2006

Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati...

Dukacita dimaklumkan bahawa Tn Hj Harun bin Hashim telah meninggal dunia lewat petang hari Isnin, 5 Jun 2006 di Hospital Kuala Terengganu. Jenazah beliau akan dikebumikan di Kg. Paloh Surau Hj Daud, Sungai Kiak, Pulau Rusa, Kuala Terengganu pada kira-kira jam 10.00 pagi Selasa, 6 Jun 2006.

Pihak Bank mengucapkan takziah dan semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ketentuan Tuhan.

Marilah sama-sama kita hadiahkan surah Al-Fatihah kepada Roh Allahyarham Tn Hj Harun bin Hashim.

Al-Fatihah..........Amin.

Sekian, terima kasih.

p/s: Seorg kenalan acik yg sememangnyer dihormati.

Monday, June 05, 2006

Kaedah Mengenal Hadis Palsu.

Petikan kenyataan saudara TJ-Moderator BMM-BDN a.k.a. pakar rujuk agama acik.

Assalamualaikum

Insya-Allah kita akan melihat serba sedikit kaedah melihat hadis. Diharap ia akan dapat dijadikan panduan dalam menyebarkan hadis. Ini kerana hukum menyebarkan hadis palsu ialah haram dan mengetahui ia palsu akan membawa dosa besar.

Ketetapan hadis

Ada beberapa perkara yang perlu diletakkan di hadapan bagi menilai kedudukan hadis yang didakwa atas nama Rasulullah s.a.w.

Pertama, kandungan matan mesti diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ia selaras dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang lain serta prinsip-prinsip Islam.

Kedua, jika kandungannya bercanggah maka ia harus diketepikan dan tidak mempunyai sebarang nilai.

Ketiga, jika ia menepati atau termasuk di bawah prinsip-prinsip Islam maka para perawinya perlu dinilai untuk menentukan kesahihannya. Kaedah ini lebih dikenali sebagai Usul Dirayah dan Usul Riwayah.

Tanda-tanda hadis maudhu (palsu) ialah:

Pertama, bercanggah dengan ayat al-Quran. Maksud hadis mestilah sesuatu yang tidak bercanggah dengan al-quran dan maksudnya sama ada secara tersurat atau tersirat. Kerana adalah mustahil al quran itu bercanggah dengan hadis dan sebaliknya.

Kedua, bercanggah dengan prinsip dalam Islam. Maksud hadis juga tidak boleh bercanggah dengan prinsip Islam. Umapanya hadis yang mengatakan bersalam sambil mengucapkan sesautu perkataan boleh membawa masuk syurga adalah bercanggah dengan prisnsip Islam yang memerlukan seseorang itu mempunyai akidah dan amal Islam utk syarat ke syurga.

Ciri hadis maudhu` ketiga ialah menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana perbuatan yang tidak seberapa. Umpamanya mendapat 1000 pahala dan masyuk syurga hanya kerana menuang air kepada suami dll.

wallahualam
TJ