Thursday, March 29, 2007

Hukum melihat & forward gambar Zana AF5 & Video JAIS..

Hukum melihat gambar itu harus selagi intinya juga dibercanggah dgn syara'. Adapun gambar maksiat, pasti ia bercanggah dgn syara' dan seorang muslim itu dilarang utk melihatnya. Kalaulah melihat pun dilarang, apatah lagi menyebarkan kpd org lain yg akan membuatkan lebih ramai org mendapat dosa krn melihatnya. [Fatawa Muasirah - Dr Yusuf al-Qaradhawi]

Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha., hukum Allah banyak diringankan bagi orang yang melakukan maksiat secara tersembunyi sebagaimana yang disebut didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :-
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : " كل أمتي معافى إلا المجاهرين ، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملاً ثم يصبح وقد ستره الله عليه فيقول يا فلان عملت البارحة كذا وكذا وقد بات يستره ربه ويصبح يكشف ستر الله عنه
"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : 'Semua umatku akan diampuni kecuali mereka yang melakukan maksiat secara terbuka. Adalah merupakan dosa yang terbuka jika seorang lelaki melakukan sesuatu pada malam hari, dan apabila tiba paginya Allah akan menutup dosanya, akan tetapi dia berkata : 'Wahai si fulan, aku melakukan begitu dan begini malam tadi,' apabila tuhannya telah menutupnya (sitar) , tetapi dipagi hari dia mendedahkan apa yang Allah tutupkan darinya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #5721; Muslim 2990].

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha. menjelaskan bahawa maksiat yang dilakukan secara terbuka (menzahirkan kemungkaran - ظهور المنكر) merupakan salah satu syarat bahawa maksiat itu perlu dicegah, sebagaimana hadith yang dipaparkan oileh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi didalam buku Hadith 40nya, hadith no:34:-
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرًا فلغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعـف الإيمان ). رواه مسلم [ رقم : 49 ].
"Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda :"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Tuesday, March 27, 2007

Mandi dan Persoalannya

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Adalah menjadi hak Allah atas setiap orang Islam, untuk mandi 1 hari dalam masa 7 hari dengan membasuh kepala serta tubuh badannya.(Riwayat Bukhari & Muslim)

Syarah:
Ini adalah tuntutan Allah ke atas setiap orang Islam untuk mandi dan membersihkan badan. Walaupun dianjurkan kepada kita untuk mandi setiap hari, namun, jikalaupun itu tidak berlaku, maka hendaklah kita mencari 1 hari dalam seminggu untuk mandi. Dan mandi itu hendaklah dengan membasuh kepala serta tubuh.

Hadis ini sebenarnya lebih merujuk kepada mandi sunat hari Jumaat dan telah ditetapkan oleh ulamak fekah ianya sebagai tuntutan sunat muakkad. Ada lagi lain-lain mandi yang termasuk dalam sunat muakkad seperti mandi sunat 2 hari raya dan mandi selepas memandikan mayat.

Telah bersabda Rasulullah dalam waktu yang lain, bemaksud: “Apabila seseorang dari kamu ingin menghadiri solat Jumaat maka hendaklah mandi.” Mandi sunat hari Jumaat ini hendaklah dilakukan keadaannya sama seperti mandi wajib. Maksudnya meratakan tubuh dengan air secara menyeluruh dengan membasuh juga kepala. Biarpun tidaklah diniatkan mandi wajib dan tidaklah disunatkan untuk berwudhuk sebelumnya.

Namun hendaklah diniatkan sunat mandi pada permulaan air itu sampai kepada tubuh. Dan waktu mandi itu adalah selepas terbit fajar. Yang lebih utama ialah pada waktu yang menghampiri solat Jumaat. Jika sudah mandi sebelum terbit fajar atau sebelum subuh, adalah tidak memadai. Maka dilakukan sekali lagi selepasnya atau sekira-kira masa yang lapang sebelum ke masjid untuk Jumaat.

Tuesday, March 20, 2007

Baby Syazwan Terjatuh atas katil...

Assalamu'alaikum wbt.

Dua hari lepas diwaktu pagi sedang ramai org sedang diulit mimpi... waktu acik tgh mandi manda... tak semena2 terdengar tangisan baby syazwan yg lain dari biasa... terkejut gak acik.. pehal lah agaknyer tue... selesai mandi acik bergegas tgk baby syazwan...

Terlihat dia sedang didukung oleh mama nyer yg puas mencuba utk menghentikan tangisan yg begitu memekakkan serta sungguh sadis... "Syazwan terjatuh atas katil abng"... getus isteriku... "camne boleh terjatuh ni?" tanya acik inginkan kepastian... "ayg pergi ambik baju dia kejap, letak kat atas katil, agaknyer dia merangkak cepat sgt terus terjatuh atas katil ni"...

Aritu acik terpaksa emergency leave dan terpaksa menjaga syazwan ditemani dgn mak acik disebabkan isteri acik tak dpt bercuti kerana banyak kerja di opis... Sungguhpun hanya kelihatan ada benjol sedikit dikepalanyer, namun alhamdulillah... tiada apa2 yg terjadi... baby syazwan sempat tersenyum bila 'wan' dia agah2 dia selepas itu...

Monday, March 19, 2007

Soalan-soalan utk muhasabah diri...

Soalan 1:
bagaimana kah rupa aku yg satu lg ketika nak menjpt aku balik ke tmpt asal....

Soalan 2:
kalu aku tido lambat aku leh solat tahajud dak? ke ikut rasa ngantuk ja?......bese ikut rasa ngantuk ja...terus bummmm........

Soalan 3:
Kalu aku tak dgr lagu dan ganti ngan Quran aku jd cam org skema ka?

Soalan 4:
Kalu tak citer hal filem, drama, artis, gossip dan entah haper2....kira anti sosial ka?

Soalan 5:
Kalu ckp elok2 dan sopan....orang takmo kawan ka sbb pangai tak giler2/spontan/urban?

Soalan 6:
Camner nak jd friendly/sopan tp lam masa sama berakhlak/ tak kekok erk?

Soalan 7:
Sejauh mana kusyuknya solatku?

Soalan 8:
Sejauh mana kekusyukan solatku telah ku luahkan di luar solatku?

Soalan 9:
bila kali terakhir aku menangisi kesilapan aku dalam sujud aku kepada Nya ?

Soalan 10:
adakah sekarang aku mengingati Dia ?

Soalan 11:
Semayang betul ke x? bacaannya skali lah..

soalan 12 :
adakah aku seorang hamba yg bersyukur???

Soalan 13:
Hari ni ada baca Al-Quran tak?

Soalan 14:
pagi td pas bangun, aku der bca doa x??

soalan 15:
apa yg ptut aku wat spy lbey baik dr semalam??

Soalan 16:
Sempatkah aku bertaubat sebelum aku mati?

Soalan 17:
Kat kubur tu sunyi jer..mlm2 rasa seram je...sok sok situlah aku tinggal..

Soalan 18:
berapa kali aku meminta maaf pada ibu aku setiap tahun?

Soalan 19:
berapa kali aku ber istigfar dan mengucapkan alhamdulillah hari ni ...

soalan 20:
bagaimana aku nak dpt kan keyakinan ku terhadap mu Ya Allah bg meghadapi dugaan mendtg

soalan 21:
apa tujuan aku hidup?

Soalan 22:
Pagi tadi sempat sembahyang Subuh tak?

Soalan 23:
Pagi tadi aku sembahyang tahajjud tak?

Soalan 24:
Bagaimana dengan zakat?. Aku ambil peduli tak?

Soalan 25:
Sudahkah aku didik anak ku m'jadi seorang yang soleh agar dapat mendoakan aku di hari esok?

Soalan 26:
Cukupkah investment2 aku di dunia untuk aku nikmati hasilnya di akhirat kelak?

Soalan 27:
mengapakah ku terasa sgt jauh dr MU pd hari ni

Soalan 28
Bersihkah hasil pendapatan aku daripada unsur-unsur yg meragukan?

Soalan 29
Bila dengar azan,aku terus berjemaah solat ke atau selalu tangguh2 + buat tak kisah?

Soalan 30
Kenapa aku kadangkala jadi manusia yg tak tahu bersyukur?

Soalan 31
layakkah aku menjadi bidadari syurga? melayani semua keperluan sang suami dgn seikhlas hati?

soalan 32..
berkatkah perkerjaan ku hari ini...?

Soalan 33
Sudahkah anda berselawat pada hari ini?...

Soalan 34
Adakah aku ni skrg contoh terbaik untuk membimbing isteri aku dan anak2 untuk kebahagiaan dunia akhirat?

Soalan 35
Kalau aku ditakdirkan meninggal dunia esok atau lusa atau kejap lagi,macam mana dengan hutang aku yang aku tinggalkan?.

Soalan 36
Adakah aku skrg pekerja yang cukup amanah kepada majikan & harta syarikat?

Wednesday, March 14, 2007

Pameran hantu khayalkan masyarakat – Mufti Perlis

KANGAR 13 Mac – Hentikan pameran hantu dan jin kerana ia tidak membantu, sebaliknya hanya mengkhayalkan masyarakat, tegas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Menurut beliau, pameran seumpama itu hanya menunjukkan masyarakat Islam terutama bangsa Melayu lebih mengutamakan perkara-perkara mengkhayalkan sedangkan masih banyak lagi perkara bersifat fakta yang harus menjadi fokus besar

Cite seterusnyer boleh ke link dibawah...

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Thursday, March 01, 2007

Sarapan.

Assalamu'alaikum wbt.

Never Skip Your Breakfast

Breakfast can help prevent strokes, heart attack and sudden death. For those who always skip breakfast, you should stop that habit now! You have heard many times that "Breakfast is the most important meal of the day." Now, recent research confirms that one of the worst practices you can develop may be avoiding breakfast. Why? Because the frequency of heart attack, sudden death, and stroke peaks between 6: 00a.m. and noon, with the highest incidence being between 8: 00a.m. and 10:00a.m.What mechanism within the body could account for this significant jump in sudden death in the early morning hours? Platelet, tiny elements in the blood that keep us from bleeding to death if we get a cut, can clump together inside our arteries due to cholesterol or laque buildup in the artery lining. It is in the morning hours that platelets become the most activated and tend to form these internal blood clots at the greatest frequency.

However, eating even a very light breakfast prevents the morning platelet activation that is associated with heart attacks and strokes. Studies performed at Memorial University in St.Johns, Newfoundland found that eating a light, very low-fat breakfast was critical in modifying the morning platelet activation. Subjects in the study consumed either low-fat or fat-free yogurt, orange juice, fruit, and a source of protein coming from yogurt or fat-free milk. So if you skip breakfast, it's important that you change this practice immediately in light of this research.

Develop a simple plan to eat cereal, such as oatmeal or corn flakes, along with six ounces of grape juice or orange juice, and perhaps a piece of fruit. This simple plan will keep your platelets from sticking together, keep blood clots from forming, and perhaps head off a potential Heart Attack or stroke. So never ever skip breakfast.


Hmm... berdasarkan artikel diatas, acik sudah mula menguatkuasakan undang2 baru dirumah acik iaitu makan pagi... makan tgh mmg tak boleh skip... tetapi makan mlm kami akan cuba utk mengamalkan makan buah-buahan semata-mata dan lebih banyak menumpukan perhatian kpd baby syazwan... hehe