Friday, July 21, 2006

Perintis Malaysia

Donald Trump: Lah, kenapa kamu kalah?

Pak Lah: Saya pun kurang pasti, semua yang kami rancangkan berjalan lancar. Mungkin pasukan lain mempunyai kelebihan dari segi idea dan buah fikiran.

Donald Trump: Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam kumpulan ini?

Pak Lah: Saya. Tetapi yang mencadangkan perkara tersebut ialah Samy Vellu.

Samy Vellu: Memang saya yang mencadangkannya tetapi saya pun tidak tahu perkara akan jadi seperti ini.

Donald Trump: Tapi kamu telah membuat kesilapan yang besar. Siapa yang bertanggungjawab dalam promosi? Saya melihat promosi kumpulan kamu sangat teruk, sedangkan kumpulan lain menyasarkan kepada pelanggan internet. Kamu hanya mempromosi di kaki lima.

Khairy: Saya yang menguruskan promosi.

Donald Trump: Apa pula tugas Najib? Najib: Saya menguruskan jualan. Bagi saya jualan kami tidak menyumbang kepada kekalahan tapi strategi pemasaran.

Donald Trump: Saya sangat kecewa dengan prestasi kerja kamu, terutamanya kamu Samy Vellu. Tetapi sebagai pengurus projek, semua tanggungjawab terletak di bahu kamu Lah. Apa pendapat kamu?

Pak Lah: Saya akuinya dan saya akan mempertingkatkan usaha saya dalam tugasan akan datang. Saya akan membuktikan yang saya akan menjadi perantis kamu.

Donald Trump: Baiklah, saya ingin kamu memilih 2 orang untuk dibawa ke bilik persidangan. Siapa yang kamu pilih?

Pak Lah: Najib dan Samy Vellu.

Donald Trump: Kamu pasti? Kenapa kamu tak memilih Khairy? Bukankah Khairy juga melakukan kesalahan dengan pelan promosi yang kurang memberangsangkan?

Pak Lah: Khairy lebih berusaha melakukan tugasannya dengan baik berbanding Najib walaupun gagal.

Najib: Ye kenapa kamu memilih saya? Apa yang telah saya lakukan?

Pak Lah: Jualan sedikit disebabkan oleh kamu. Itu tidak dapat dinafikan.

Najib: Jualan sedikit kerana promosi oleh Khairy yang tidak sesuai dan tidak dapat menarik ramai pelanggan.

Donald Trump: Sudah, cukup! Lah, kamu tahu yang Khairy dan Samy Vellu lebih banyak melakukan kesalahan berbanding Najib. Tetapi kamu tidak memilih Samy Vellu. Terlalu banyak kesalahan kumpulan kamu minggu ni. Kamu tidak dapat memimpin dengan baik.

Pak Lah: Tapi..

Donald Trump: Lah, terlalu banyak kesilapan minggu ni.

Pak Lah: Tapi Tuan Donald... saya...

Donald Trump: Lah... You're fired! Go!

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 20, 2006

Malaysia vs Singapore- Why we fail the negotiation?

Malaysia vs Singapore- Why we fail the negotiation?

Singapore Cabinet

PM Lee Hsien Loong
Cambridge University - First Class Honours (1974)
Harvard University - Masters (1980)

SM Goh Chok Tong
University of Singapore - First Class Honours (1964)
Williams College, USA - Masters (1967)

MM Lee Kuan Yew
Cambridge University - First Class Honours (1949)

Minister for Law Prof. S Jayakumar
University of Singapore - Bachelor of Law Honours (1963)
Yale Univerity - Masters (1966)

Minister for Home Affairs Wong Kan Seng
University of Singapore - Bachelor of Arts & Business Admin (1977)
London Business School - Masters (1979)

Minister for Foreign Affairs BG George Yeo
Cambridge University - Double First Class Honours (1976)
Harvard Business School - MBA w/ Distinction (1985)

Minister for Trade and Industry Lim Hng Kiang
Cambridge University - First Class Honours w/ Distinction (1976)
Harvard University - Masters (1986)

Minister for Defence Teo Chee Hean
University of Manchester - First Class Honours (1976)
Imperial College, London - Masters w/ Distinction (1977)

Minister for Education Tharman Shanmugaratnam
London School of Economics - Bachelor of Arts
Cambridge University - Masters
Harvard University - Masters


Azlina Jailani yg mahu bergelar Lina Joy...

13 Julai 2006

Peguam Kes Murtad Shazalina Jaafar/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI Jaya, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.

Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.

Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini.

Tuesday, July 18, 2006

BANGANGKAH MELAYU...?

BANGANGKAH MELAYU...?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Kenapalah Bangang Sangat Melayu Ni.

1. Mula-mula buat isu seludup minyak. Fokuskan kat Kelantan. Endingnya minyak naik harga. Salahkan kerajaan Kelantan tidak membendung rakyatnya dari seludup. Islam konon katanya.

2. Kemudian buat isu Kelantan diabetis. Kencing manis. Suka gula. Seterusnya buat isu seludup gula. Kat Kelantan lagi. Akhirnya gula naik harga. Terus selesai isu. Orang Kelantan dan kerajaan negeri juga dipandang serong.

3. Seterusnya isu tarif elektrik naik. Tetiba jer ada isu kawin misyar. Pungut pendapat sana, pungut suara sini. Selesai.

4. La ni Pak Lah dengan Mahathir pula bergumpal. Tapi ada senjata untuk Melayu. Cerita Siti. Siti kawin Datuk K. Baru-baru ni pucuk dicita ulam mendatang. Cerita Mawi putus tunang. Alahai Melayu, asyik kena tipu jer. Dari Kerajaan Hindu lama, Siam, Portugal, Belanda, British, Jepun, Komunis, Bintang 3 asyik kena tipu jer. Jika tidak kerana British sudah lama Melayu diperintah oleh Cina.


Monday, July 17, 2006

Bercukur janggut.

Boleh berikan kita fatwa mengenai cukur janggut di Malaysia.

Kalau ikutkan pendapat disini...http://www.islamicboard.com/world-af...ban-beard.html

ramai mengatakan cukur janggut adalah haram...

Boleh terangkan lagi tak?

Pertanyaan dari Syahila - BDN



Hukum mencukur janggut ini ada tiga pendapat:

Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.
Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.
Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian sementara ulama sekarang.

Qaradawi menulis:
Tetapi barangkali yang agak moderat dan bersikap tengah-tengah yaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeda dengan orang kafir. Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah dye rambut supaya berbeda dengan orang Yahudi dan Kristen. Tetapi sebagian sahabat ada yang tidak mengerjakannya. Oleh karena itu perintah tersebut sekedar menunjukkan sunnat.

Betul tidak ada seorang pun ulama salaf yang mencukur jenggot, tetapi barangkali saja karena mereka tidak begitu memerlukan, karena memelihara jenggot waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka.

wallahualam
TJ

Thursday, July 13, 2006

Penukaran Shoutbox acik...

Assalamu'alaikum wbt.

Acik ingin memaklumkan kpd rakan2 dan sahabat2 yg selalu hadir keteratak buruk acik nie bahawa MyShoutbox telah digantikan dgn Oggix.com shoutbox disebabkan beberapa masalah teknikal yg dihadapi bersama shoutbox yg terdahulu.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Sekian, wassalam.

Acik fosilmitra

Ucaplah Alhamdulillah, Syukur kita kepada Allah...

Semalam aku baca buku "La Tahzan" ... ada satu perumpamaan tu yg menarik sgt ingat nak share dgn korang semua, bab bersyukur. Sapa diantara korang yg nak duit RM 5 juta?..... aku nak, korang semua pun confirm nak, org gila saja yg tak nak... tapi, "kalau korang nak RM 5 juta boleh dgn syarat korang potong tangan korang".... korang mahu tak?.... atau korek bijik mata sebelah cukup la dan serahkan pada org yg nak bagi duit RM 5 juta tersebut... atau korang bunuh mak sendiri dan dapat duit RM 5 juta tersebut... aku terfikir, aku lebih rela mempunyai tangan daripada wang RM 5 juta tu...

Apa yg cuba ditunjukkan oleh penulis sebenarnya, dia nak bagitau betapa Allah dah memberikan kita something yg worth than anything in this world, worth than million, worth than gold ...... cuma kita tak pandai bersyukur, korang semua sebenarnya multi billionaire dgn mempunyai kesihatan tubuh badan yg sempurna....

So, aku terfikir all those millionaires and people who wrote booked about being a millionaires are talking about personal net worth... macam2 formula robert kiyosaki, napolean hill, zig ziglar bagi utk calculate kita punya net worth... tapi sebenarnya diorang tak tahu, net worth setiap kita dah lebih daripada kekayaan bill gates sendiri.... oleh itu marilah sama2 kita bersyukur pada Allah yg menjadikan diri kita dan org2 sekeliling kita yg kita sayang seperti ibu, isteri dan anak lebih bernilai daripada aset serta harta billionaires ....... you are now actually a multi billionaires....

From Farid wajidi

Isu Serban wujud lagi...

Assalamu'alaikum wbt.

Pelajar ditegah pakai serban, bukan sebahagian daripada pakaian sekolah-Hakim.
Sumber:


Boleh lihat komen acik disini:



Wallahu a'lam bisshawab.

Sunday, July 09, 2006

How much sleep is enough?

How much sleep is enough?

The best answer is that you need enough sleep at night to feel fully refreshed and alert the following day. For most people that's about 8 hours, more or less. Research studies have shown that when people are given ample opportunity to be in bed in the dark, they sleep longer than 9 hours at first but eventually level off at about 8 hours and 15 minutes. However, the average adult in our society gets only about 6-1/2 hours of sleep, and many sleep only 5 to 6 hours.

Why? Because they don't allow enough time in bed for sleep. If you need an alarm clock to wake you up in the morning, you probably aren't getting enough sleep. You shouldn't have to depend on caffeine to be fully alert. We seem to have a cultural bias against sleep. Many people think of sleep as a waste of time. They spend time they should be sleeping doing just about anything else. Work schedules intrude on our sleep time. Temptations -- cable TV, the Internet, and 24-hour stores -- lure us from going to bed.

Wednesday, July 05, 2006

Isteri acik apa cite?

Assalamu'alaikum wbt.

Hmm... mungkin ramai yg tertanya2... kalau tak ramai yg bertanya pun, acik nak citekan jugak bahawa isteri acik masih berada didalam keadaan yg sihat walafiat...

Beliau dah start melakukan pemeriksaan doktor selang 2 minggu sekali sekarang nie dan sekali sekala ada jugak mengadu sakit dibahagian kaki dan perut... Hmm.. biasalah... baby dah semakin membesar dan semakin menampakkan tanda2 untuk keluar...

Segala persiapan seperti katil, tilam, baju, pampers dll lagi telah pun dibeli terlebih awal disebabkan telah mengetahui jantina baby tersebut iaitu lelaki... Hmm... kalau tetiba dpt anak perempuan mau terbeliak biji mato dibuek eih... hehehe.

Apapun, sekarang tgh menghitung hari dgn penuh debaran menanti lahirnyer seorg putera yg berkemungkinan diberi nama "Muhammad Syazwan"... Insyaallah.

Wassalam.

Monday, July 03, 2006

Mati itu lebih baik dari Hidup?

Pernah tak anda mendengar ungkapan?... "Mati lebih baik drpd hidup".

Mungkin ungkapan ini dtgnyer dari org yg dah mengetahui dirinyer berpenyakit yg dah tak boleh diubati (cth barah payu dara yg dah tahap kritikal, HIV) ataupun apa saja penyakit yg dah takde harapan utk diubati...

Persoalan yg ingin acik bawakan disini ialah bolehkah kiter mengharapkan mati itu lebih baik dari hidup jika ditimpa musibah begini?... Apa pandangan islam terhadap perkara ini?... Mungkin secara tak sengaja kiter terdetik didlm hati mengatakan begitu... namun pernah akak acik mengatakan bahawa tidak sepatutnyer seseorg yg berpenyakit sedemikian berputus asa terhadap hidup dia... Dia harus tabah & meneruskan kehidupan sebaik mungkin... Apa pandangan kalian semua..

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: Acik mcm penah bukak topik nie... tapi tak pastilah jawapannyer...

Sumber: http://bincang.net/forum/showthread.php?p=1481334#post1481334