Saturday, February 25, 2017

101 Rahsia Penulis Bestseller... Buku terkini yang acik beli...

Sebenarnya terdetik niat didalam hati acik ini untuk menuliskan sebuah cerita perihal seorang sahabat acik yang telah lama kembali kerahmatullah... Beliau sememangnya menjadi idola acik sewaktu mula-mula acik mengenalinya. Dan ketika itu acik sememangnya telah aktif berforum iaitu di forum Jakim... ini adalah tempat mula-mula acik berforum...

Namun begitu, sebelum forum Jakim ini, sebenarnya mungkin perlu jugak acik ceritakan bagaimana acik temui forum Jakim tersebut... Takkanlah tetiba acik mengenalinya tanpa ada sebarang petunjuk mahupun sebarang maklumat yang diberikan kepada acik sehingga acik berkecimpung didalam bidang perforuman ini suatu ketika dahulu.

Baiklah... biarlah acik singkapkan tabir kisah bagaimana kali pertama acik tergerak untuk berforum ini... sebenarnya ianya bermula dengan perisian MiRC yang biasa dahulu orang-orang IT bersembang di alam maya pada ini...

Kalau dulu biasanya group chatting di MiRC yang biasa popular dikalangan orang melayu ialah group "Kampung" " Mamak" "Surau" dan pelbagai lagi yang acik pun dah tak ingat dah... lama dah kisah ni sewaktu acik ambik Diploma Perakaunan di UiTM Melaka dulu...

Seorang kawan chat yang dikenali sebagai "Rumaysa" telah menunjukkan acik laman web forum Jakim ini dengan memberikan acik link ke laman tersebut. Seperti biasa acik yang pada mulanya seakan risau jugak nak clik atau taknak clik link yang diberikan ini almaklumlah kadangkala ada juga ahli chatting MiRC ini yang jahat dan memberikan pautan ke laman web sensored... Anda boleh faham-faham sajalah perangai orang dulu-dulu tu... kalau berchatting takde perkara lain yang hendak dibualkannya melainkan keseronokkan seks semata-mata.

Namun jika kita fokus pada kebaikan... dan jika Allah SWT telah takdirkan acik berjumpa dengan "Rumaysa" ini dan beliau menunjukkan acik ke jalan yang betul maka apalah salah kiranya acik mencuba link yang diberikan... Dan link tersebut membawa acik menuju laju ke pautan Forum Jakim yang sekarang ini telah pun tutup...

Bermula detik itu, acik daftarkan nama acik sebagai "fosilmitra" laa takkan Fattah Amin pulak... karang Neelofa pulak tegur acik kan... so, acik daftar dan mulakan posting pertama acik didalam forum tersebut... Sebenarnya mungkin forum ini dah lama dan didalamnya terdapat beberapa nama ahli yang acik masih ingat lagi iaitu saudara "Jamal", saudara "Meor Hidayah" saudara Sunwukong".. saudara Ragnarok... saudara Ahaks... saudari Rumaysa sendiri... saudara malakut, saudara Abdul Kulop dan banyak lagi nama yang sememangnya kelakar kalau nak diingatkan... hahaha... Dimanakah gerangannya mereka-mereka ini semua... jikalau dapat acik kenali facebook mereka alangkah bahagianya acik... cewahhh... Bahagia sebagai kawan seforuman jelaa... huhuu

Disini pelbagai isu dan tajuk topik yang dibualbicarakan dan kebiasaannya melibatkan isu tentang keagamaan... Dan sewaktu acik berforum penah juga ada seorang ahli yang mengaku dirinya Athies iaitu orang yang tidak mempercayai adanya Tuhan iaitu Allah SWT... Pelik jugak... bertempurlah kami dengan si polan ini dan sebenarnya banyak pengalaman manis yang acik perolehi disamping  beberapa dalil aqli dan naqli yang keluar dari semua rakan-rakan islam acik yang lain dan salah seorangnya ialah sahabat acik yang amat acik cintai lagi kasihi iaitu arwah Farid Wajidi Arifin...

Bila mengenangkan peristiwa ini dengan nukilan-nukilan yang pernah arwah berikan yang acik cuma copy dan paste sahaja ke forum sebagai menentang hujah-hujah mereka yang berfahaman Athies ini... Dan pemilik account Atheis ini bukan sekadar seorang tapi ada jugak puak-puak mereka yang mungkin turut dipanggil untuk menyemarakkan majlis pertempuran ilmu dan hujah ini... Apapun, kemenangan yang dihajatkan telah tercapai dengan kuasa dari administrator forum JAKIM tersebut yang terus block dan banned sahaja mereka-mereka ini dari menyebarkan dakyah-dakyah mereka...

Kita berdakwah dengan niat memperbetulkan fahaman mereka tetapi mereka ini sebenatnya mempunyai niat yang tersembunyi dan sememangnya taktik gerila tempur mereka ini telah dibuat berkali-kali bukan setakat di forum Jakim malah mereka ini datangnya dari pelbagai forum yang acik rasa bermula dari negara Indonesia... Ini kerana acik pernah masuki sebuah forum yang rata-rata ahlinya adalah pencacai busuk angkat najis yang banyak mengutuk dan memaki hamun nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW... Nauzubillahiminzalik... Ada avatar (avy atau simbol muka setiap ahli forum) berbentuk babi dan sebagainya yang menyelar nabi Muhammad SAW... Moga mereka mendapat laknat dari Allah SWT nanti...

Sebenarnya kalau dahulu kita jangan main-main dengan forum ini kerana dahulu adanya penganut dan penyebar fahaman Atheis disamping penulis Astora Jabat yang sememangnya jahat menuliskan artikel-artikel di media massa surat khabar Utusan Malaysia yang sememangnya menjadi tarikan ramai orang. Antara forum-forum islam tersohor yang menjadi mangsa serangan mereka ialah seperti Al-Ahkam.net, Myikim.net, Forum MyMasjid dan pelbagai lagi... Didalam forum Al-Ahkam.net acik dapat jugak menerima pelbagai infomasi tentang agama dan mutiara kata dari beberapa moderator agama yang cukup terbilang ilmunya didalam penulisan hadis dan al-qur'an ketika itu...

Dan disitu jugalah acik didedahkan dan belajar-belajar mengendurkan jumud, meleraikan ego, memperluaskan pandangan, menerima perbezaan dan meraikan pendapat pihak lain yang mungkin tidak sependapat dengan kita... "Perbezaan pendapat dikalangan umatku adalah rahmat" mungkin ini hadis yang belum acik sahkan sahih atau tidaknya namun sebab itulah kita berpegang dengan mazhab Syafie walhal ada 3 lagi mazhan seperti Hambali, Hanafi dan Maliki yang terkadang tidak acik kenali...Alhamdulillah... zaman dulu kita banyak berforum namun zaman ini kita banyak berfacebook... dua perkara yang agak sama iaitu berada dialam maya dengan istilah "netizen" namun forum adalah lebih bagus dan terbaik lagi sampaikan forum Lowyatt, forum Cari.my dan sebagainya masih lagi wujud kecuali forum Bincang.net yang telah terkubur tanpa nisannya... Sabau jelaa...

Kembali menulis sepatah dua kata...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT , dapat kita bersama-sama sekali lagi berada di maya persada ini untuk sama-sama ikuti suatu luahan rasa atau lebih dikenali sebagai Genta Rasa yang biasa dipelopori oleh Pahrol Mohamad Juoi...

Sebenarnya lama dah acik tidak mempunyai kesempatan untuk menuliskan sebarang nukilan baru almaklumlah dengan kehadiran cahaya mata baru yang setelah sekian lama tidak muncul-muncul hampir sembilan tahun kini dia pun tiba mengisi kembli suasana hiruk pikuk suara tangisan dan ketawa sianak kecil...

Begitulah anak acik yg acik berikan nama Muhammad Sirajuddin yang bermaksud "Pelita Agama" di dalam islam. Pening jugak memikirkan apakah yang perlu acik letakkan sebagai nama sekecil comel lagi cute ini setelah kelahirannya... Abangnya iaitu Muhammad Syazwan adalah nama kepunyaan mertua acik yang acik benarkan diberikan kepada abangnya sekadar nak memujuk dan menunjukkan "kemenantuan sejati" acik pada mereka... "Biarlah, lagipun nama tersebut bermaksud "Haruman Kasturi" dan sememangnya acik sukakan nama tersebut.

Justeru maka terciptalah jenama Muhammad Syazwan dan Muhammad Sirajuddin sebagai nama kedua-dua anak acik... Alhamdulillah... rezeki kian mencurah-curah tatkala lahirnya kedua anak ini tadi dan acik boleh berbangga kerana setelah bersama hampir 11 tahun dengan isteri acik kami dilimpahkan dengan kekayaan dimana memiliki dua buah rumah, dua buah kereta dan juga beberapa perkara lain yang tidak mungkin acik dapat didedahkan untuk tujuan keselamatan.

Apapun, inilah dia diriku... Acik fosilmitra yang pernah menjadi moderator Bincang.Net dan juga pernah menjadi seorang administrator beberapa rangkaian kelab bola dan juga KRT sebuah taman.. Alhamdulillah... nukilan yang berikutnya akan lebih menarik daripada yang ini... sebab kalau kita tengok isi kandungannya mungkin hanya mampu mendapat 2 ha sahaja dalam MaharajaLawak Mega... Ha Ha

Thursday, February 09, 2017

Cebisan kenangan dari seorang sahabat karibku..

*pesanan ini dari arwah Farid Wajidi Ariffin-

..it was from our conversation way back in 2012..dia telah pun pulang ke rahmatullah pada 19 October 2014 dgn muka yg tenang-saya rasa dia dapat apa yg diharapkan spt yg dinyatakan dlm conversation tu...moga pesanan ini menyedarkan kita & contribute utk dia di sana....*

kak uchu... normal la manusia takut pada kematian... sahabat rasul pun takut pada kematian
saya Allah pernah bagi rasa sedikit sakit kematian
kekesalan kerana tak ikut perintah Allah ketika hendak mati tu lagi sakit dan derita drpd sakitnya nak mati tu
masa tu walaupun tengah sakit yg teramat keluar airmata minta pada Allah balikkan semula saya ke dunia utk buat kebaikan
masa tu walaupun tengah sakit yg teramat keluar airmata minta pada Allah balikkan semula saya ke dunia utk buat kebaikan
dah tak fikir dah sakit tu... yg terfikir deritanya rasa penyesalan tu
alhamdulillah Allah pulangkan saya, kesakitan yg saya alami itu adalah amaran Allah
so skrg ni Allah bagi peluang.... peluang sebesar2 peluang utk mengejar darjat syuhada bila ianya berlaku sekali lagi...
itu lah yg saya buru kak uchu....
darjat syuhada.... takut macammana pun mati pasti datang... yg penting nak kejar darjat syuhada tu...
saya harap sgt bila ianya berlaku sekali lagi, hati menjadi tenang dgn perasaan rindu pada Allah
rindu nak bertemu dgn Allah dan para anbiya
kak uchu, takutlah pada saat datangnya kematian, ianya normal kak uchu bagi kita semua.... jadikan ketakutan tu pemangkin utk amal kebajikan kita.
☹
~nukilan dari fb shbt arwah Farid Wajidi Ariffin `