Sunday, November 27, 2005

Selamat Bertunang Kakakku Dr. Haslina...

Sebenarnyer ada gambar kat sini... tah mana lak ilangnyer... tak leh kuar ler pulak... sorry...

Thursday, November 10, 2005

Khutbah Yusuf Qardawi: TAUBAT

Wahai Muslimin Sekelian,

Kita akan membincangkan tentang satu jenis ibadah yang dilupakan oleh manusia. Ini kerana Ibadah terbahagi kepada 2 jenis iaitu ibadah yang berbentuk zahir dan ibadah yang berbentuk batin.

lbadah berbentuk zahir ialah seperti solat, puasa, zakat dan haji. la lebih merupakan rukun Islam yang berbentuk praktikal. Akan tetapi di sana ada sejenis ibadah yang mempuyai kedudukan yang penting di dalam kehidupan manusia. Ibadat berbentuk zahir tidak akan sah tanpa ibadat berbentuk batin tersebut. Sesungguhnya ibadat berbentuk batin ini ialah ibadat yang berkait dengan hati dan hati itu merupakan hakikat manusia yang sebenamya. Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya:
"Ketahuilah bahawa di dalam badan anak Adam itu ada seketul darah, apabila ia baik maka akan baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Ketahuilah bahawa itulah hati. "(HR Nukman B Basyir)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan dan tidak juga kepada rupa paras kamu. Akan tetapi DDiaa melihat kepada hati kamu. "(HR Muslim)

Hati merupakan tempat yang diperhatikan oleh Allah. la merupakan hujah yang dikemukakan pada hari kiamat kelak apabila manusia ingin menyelamatkan diri mereka dari azab Allah. la merupakan satu-satunya tempat sandaran yang boleh membuktikan diri kamu tidak terlibat dengan perkara yang dilarang oleh Allah serta yang boleh membuktikan kesahihan iman yang kamu miliki. Firman Allah:

Ertinya:
"Pada hari tidak ada gunanya lagi anak-anak dan harta melainkan orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. "(As-Syura:88-89)

Firman Allah lagi:

Ertinya:
"Ini merupakan perkara yang telah dijanjikan kepada setiap orang yang suka bertaubat kepada Tuhannya iaitu orang yang takutkan Ar Rahman dalam keadaan ghaib dan datang bertemu dengan Allah dengan hati yang bertaubat dan kembali kepadaNya. "(Qaf:32-33)

Hati mempunyai penghalang yang boleh meyebabkan amalan manusia tidak diterima oleh Allah. Kerjakanlah sebanyak mana ibadat sekalipun, jika hati kamu masih berselaput, sekiranya masih ada niat menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila kamu tidak mengilkhlaskan hati kepada Allah semata-mata, maka arnalan itu tidak akan diterima oleh Allah. Firman Allah:

Ertinya:
"Kamu tidak disuruh melainkan untuk menyembah Allah dengan ikhlas hanya kerana agamanya yang hanif. "(Al-Bayinah:5)

Kita mesti ada masa untuk membincangkan tentang niat dan ikhlas yang merupakan asas untuk Allah menerima amalan-amalan yang dilakukan oleh manusia Muslim.

Akan tetapi pada hari ini kita hendak memperkatakan tentang ibadah hati yang penting. la merupakan langkah pertama dalam perjalanan menuju kepada Allah. Langkah tersebut ialah taubat.

Langkah pertama yang disebut sebentar tadi ialah anda perlu bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya anda tidak akan berupaya meneruskan perjalanan jika anda dibebankan dengan bebanan yang berat dan banyak. Dengan bebanan yang berat tersebut anda tidak akan berupaya melangkah walaupun satu langkah ke hadapan. Bebanan ini mesti dikurangkan. Dosa yang membebankan anda perlu digugurkan. Bagaimana ia boleh digugurkan?. la akan gugur dengan bertaubat. Apakah erti taubat?. Perkataan taubat diambil daripada perkataan (ta alif ba). Perkataan (ta alif ba) dalam bahasa Arab membawa erti kembali. Ini bermakna bertaubat membawa erti seolah-olah anda sentiasa bersama Allah tanpa berpisah denganNya. Bagaimana anda hendak berpisah denganNya sedangkan kewujudan anda adalah bergantung kepada kewujudanNya, kehidupan, mati, rezeki dan petunjuk yang datang kepada anda sernuanya adalah datang daripada Allah. Benarlah Allah yang telah berfirman:

Ertinya:
"Apa sahaja nikmat yang ada pada kamu adalah datangnya dari Allah."(An-Nahlu:53)


Apakah nilai dan apakah yang ada pada anda sekiraya bukan kerana Allah. Anda wahai manusia yang besar panjang, yang berjalan di atas muka burni dengan megah dan suka meninggi diri tidak mempunyai apa-apa sekiranya bukan kerana Allah.

Sekiranya bukan kerana Allah yang telah menciptakan,melengkapkan dan meniupkan rohNya ke dalarn jasad anda, menjadikan alam ini untuk kegunaan anda, memberikan akal kepada anda, mengajarkan kepada anda tentang keterangan berkenaan kehidupan, memberikan petunjuk kepada anda, maka apakah yang anda punyai wahai manusia. Kalau bukan kerana Allah apakah keadaan engkau wahai manusia.

Allah merupakan pernilik sebenar kepada sernua nikmat yang ada pada anda. Tanpa Allah anda tidak akan mempunyai apa-apa. Tanpa Allah anda tidak akan dilahirkan ke burni ini dan tidak ada siapa yang mengenali anda. Oleh itu manusia perlulah sentiasa bersama Allah. Apabila manusia jauh daripada Allah disebabkan oleh dosa atau kelalaian maka dia perlulah kembali ke rumahnya yang asal iaitu taubat.

Taubat bererti kembali kepada Allah. Taubat bererti kembali kepada asal. Diantara nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita ialah taubat. Dia telah memberikan kepada kita hak untuk bertaubat. Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat dan meminta ampun daripada Allah.

Bukan suatu perkara aneh anak Adam melakukan dosa. Bukan suatu perkara aneh anak Adam terjerumus ke dalam maksiat. Ini merupakan tabiat kejadiannya. Anak Adam dijadikan dengan dua unsur yang bersepadu iaitu unsur tanah dan unsur rohani. Unsur tanah mengajaknya terjunam ke bawah. Manakala unsur rohahi mengajaknya naik ke atas sehingga mencapai tahap yang paling tinggi.

Kadang-kadang manusia terpengaruh dengan unsur tanah maka pada masa itu dia akan menjadi seperti binatang atau lebih sesat lagi dari binatang. Kadang-kadang manusia dipandu oleh unsur rohani lalu dia meningkat tinggi sehingga menjadi seperti malaikat atau ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Tidak hairan sekiranya pada satu-satu ketika unsur tanah mengalahkan unsur rohani, unsur bumi menewaskan unsur langit, unsur kebinatangan mengalahkan unsur ketuhanan yang ada pada manusia. Maka dalam keadaan ini manusia akan melakukan dosa. Tidak hairan manusia melakukan dosa sedangkan bapa kepada, manusia iaitu Adam juga telah melakukan dosa. Manusia pertama telah melakukan maksiat. Dia telah ditipu oleh syaitan lalu menjerumuskannya ke dalam lembah ingkarkan perintah Tuhan. Syaitan telah menunjukkannya kepada tipu daya. Syaitan telah bersumpah kepada Adam dan isterinya bahawa tujuannya berbuat demikian ialah untuk kebaikan kedua-duanya. Firman Allah:

Ertinya:
"Sesungguhnya aku hanyalah ingin menasihatkan kamu berdua. "(Al-A'raf:21)

Syaitan berkata kepada nabi Adam:

"Adakah engkau mahu aku tunjukkan kepada engkau sebatang pokok Khuldi yang membolehkan engkau hidup kekal di dalam syurga ini?.

Syaitan terus memujuk Nabi Adam sehinggalah dia membenarkan apa yang dikatakan oleh syaitan tersebut, lalu dia memakan buah dari pokok Khuldi. Firman Allah:

Ertinya:
"Lalu Adam mengingkari Tuhannya dan melakukan kesilapan. Kemudian Tuhannya telah mengingatkannya lalu dia bertaubat kepadaNya. "(Taha:121-122)

Ini merupakan pembeza antara ajaran Islam dan kristian.

Kristian menjadikan kesalahan yang dilakukan oleh Adam terus ditanggung oleh semua manusia. Semua manusia menanggung dosa Adam sekalipun mereka tidak melakukannya, tidak menyaksikan Adam melakukan kesalahan tersebut. Mereka, datuk-datuk mereka tidak pernah menyaksikan perbuatan Adam dan tidak pernah melakukannya. Sedangkan keadilan ilahi telah termaktub di dalam Al Quran dan dalam suhuf Musa:

Ertinya:
"Dan Ibrahim Yang telah menyempurnakan perintah Allah. Seseorang tidak akan menanggung dosa Yang dilakukan oleh orang lain."(An-Najm:37-38)

Bagaimana manusia boleh menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain?. Bagaimana manusia boleh menangung dosa Nabi Adam sedangkan dosa itu telah diampunkan dengan taubat yang dilakukan oleh Adam. Tatkala Adam merasakan bahawa syaitan telah menipunya dan mengheretnya ke dalam maksiat, hati sanubarinya yang celik dengan segera telah bangun telah kembali semula kepada Tuhannya. la telah mengetuk pintu Tuhannya dan bertaubat serta meminta ampun.

Nabi Adam dan isterinya berkata: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami. Oleh itu jika Engkau tidak mengampunkan dan merahmati kami nescaya kami akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang rugi."(Al-A'raf:23)

Firman Allah:
Ertinya:
"Maka Adam telah menerima kalimat pengajaran daripada Tuhannya lalu &a bertaubat kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. "(Al-Baqarah:37)

Maksiat yang dilakukan oleh nabi Adam telah tamat. Begitu juga sepatutnya dosa-dosa yang dilakukan oleh anak Adam. Tidak hairan sekiranya anak Adam melakukan maksiat sedangkan bapanya sendiri telah melakukannya. Akan tetapi yang menghairankan ialah manusia itu berterusan dalam maksiat, dia kekal dalarn melakukan dosa, melupakan Tuhannya, melupakan taubat kepadaNya. Maka dengan itu dosa-dosa terus bertimbun ke atasnya sehingga Allah menjadikan hatinya hitam. Ini merupakan satu perkara yang bahaya.

Bahaya yang dilakukan oleh manusia ialah tidak bersegera melakukan taubat kepada Allah. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

Maksudnya:
"Sesungguhnya apabila seorang hamba itu melakukan satu kesalahan maka akan ditimpakan satu titik hitam pada hatinya. Sekiranya dia bertaubat maka hatinya akan berkilat semula. "(HR Tarmizi)

Maksud berkilat semula dalam hadis ini ialah taubat yang dilakukan oleh manusia akan menyapu dan menghapuskan titik hitam yang ada pada hati manusia akibat dosa yang dilakukan. Hati manusia yang bertaubat itu akan kembali menjadi putih bersih. Sekiranya dia memperbanyakkan taubatnya maka hatinya akan menjadi bertambah bersih dan akan menjadi tinggi di sisi Allah. Apabila manusia itu melakukan dosa lain, maka titik hitam lain akan terlekap pada hatinya. Jika dia terus melakukan dosa, titik hitam ini akan menjadi banyak sehingga ia akan menutup hati. Inilah yang dinamakan oleh Allah sebagal 'kotoran' dalam' firmanNya:

Ertinya:
"Sekali-kali mereka tidak akan sedar, kerana hati mereka telah kotor kesan dari dosa yang mereka lakukan"(Al-Mutaffifin:14)

Bahaya yang menimpa manusia ialah lupa taubat, berterusan berada di jalan syaitan dan tidak merasakan kesalahan dan kesilapan yang dilakukahnya. Ini merupakan bahaya yang dihadapi oleh manusia.

Bahaya ini berpunca daripada panjang angan-angan. Makna panjang angan-angan ialah menganggap mati masih jauh dan umurnya masih kekal banyak serta akan hidup dalam tempoh masa yang lama lagi. Manusia merasakan mati masih jauh dari menemuinya. Manusia yang berumur dua puluh tahun berkata: "Aku akan bertaubat ketika usia aku tiga puluh tabun". Manusia yang berumur tiga puluh tahun pula berkata: "Aku akan bertaubat ketika usia aku empat puluh tahun". Manusia yang berumur empat puluh tahun pula berkata: "Aku akan bertaubat ketika usia aku enam puluh tahun". Manusia yang berumur enarn puluh tahun pula akan berkata: "Aku akan bertaubat ketika usia aku lapan puluh tahun". Begitulah seterusnya.

Begitula keadaan manusia sentiasa berangan-angan panjang.Sedangkan dia tidak tahu bahawa maut itu lebih hampir kepadanya dari urat tengkuk. Setiap manusia kadang-kadang hidup di waktu pagi bersarna keluarganya sedangkan dia tidak tahu bahawa maut adalah hampir dengannya. Apabila engkau hidup di waktu pagi, engkau tidak tahu samada engkau sempat hidup sehingga petang atau tidak. Sebuah hadis ada menyatakan:

Maksudnya:
"Apabila anda hidup di waktu pagi maka jangan berangan anda akan hidup di waktu petang dan jika engkau hidup di waktu petang, maka jangan berangan akan hidup di waktu pagi."(HR Bukhari, Tarmizi, Ahmad dan Baihaqi)

Ketika anda tidur, anda tidak tahu samada roh akan kembali semula kepada anda ataupun ia akan terus pergi?.Ketika anda memakai pakaian, anda tidak tahu adakah anda sempal menanggalkannya atau ia akan ditanggalkan oleh tangan orang lain?. Ketika anda keluar dari rumah, anda tidak tahu kemanakah langkah seterusnya yang akan berlaku?. Adakah langkah seterusnya menuju ke jalan atau ke kubur?. Tidakkah anda mendengar orang yang mati akibat kejutan jantung, sesak nafas atau akibat kernalangan yang berlaku secara tiba-tiba?.

Manusia pada hari ini ramai yang mati dalam kejadian yang tiba-tiba. Sehingga manusia yang tidak terlibat dengan apa-apa kernalangan pun kadang-kadang mati secara tiba-tiba. Kadang-kadang seseorang sedang berjalan di tepi jalan, tiba-tiba datang kereta melanggarnya lalu mati. Adakah kamu pernah mendengar peristiwa-peristiwa seperti ini?. Mati sungguh hampir dengan manusia.

(diri ini teringat teka-teki Imam Ghazali, Apakah yang paling hampir dengan kita? MATI)

Persoalan yang akan dihadapi oleh manusia selepas mati merupakan persoalan kemanakah dia akan tuju sebagai tempat tinggalnya yang kekal. Adakah ke syurga atau ke neraka. Kerugian yang akan dialami bukan satu dirharn atau satu dinar. Kerugian samada engkau akan masuk syurga atau neraka. Kematian merupakan suatu yang bahaya. Oleh itu mengapa anda menangguhkan taubat?.

Dikatakan bahawa kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari orang yang suka bertangguh. Adakah kamu tahu siapa dia orang yang suka bertangguh?. Mereka ialah orang yang berkata: "Aku akan bertaubat, aku akan beramal, aku akan kembali kepada Allah." Setengah salafus soleh berkata: Bertangguh merupakan salah satu tentera syaitan, kerana anda tidak dijamin akan hidup sehingga esok hari, usia anda tidak dijamin walaupun satu jam. Tatkala malaikat maut datang mencabut nyawa, manusia akan berangan-angan alangkah baiknya j ika dia mempunyai peluang untuk hidup walaupun sebentar, satu minggu, satu hari, setengah hari, satu jam, satu minit. Mereka sekali-kali tidak akan mendapatnya. Firman Allah:

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan dilalaikan daripada mengingati Allah oleh anak atau harta kamu. Barang siapa yang melakukan sedemikian itu maka mereka tergolong dalam orang-orang yang rugi. Dan nafkahkanlah rezeki yang Kami telah berikan kepda kamu sebelum seseorang kamu didatangi oleh ajal lalu dia berkata "Alangkah baiknya jika engkau memberikan aku tempoh yang sekejap lalu aku boleh bersedekah dan aku menjadi orang-orang yang soleh."(Al-Munafiqun:9-10)

laitu berilah aku tempoh untuk hidup walaupun hanya sebentar untuk aku mensedekahkan harta yang aku ada, untuk aku mewakafkan sebahagian harta aku kepada pihak-pihak yang melakukan kebajikan, untuk aku memulangkan harta yang aku ambil secara haram dari tuannya dan untuk aku meminta maaf kepada orang yang aku pernah melakukan kesilapan terhadapnya. Manusia itu inginkan beberapa ketika untuk melakukan semua pekerjaan tersebut.

Waktu itu sekarang ini ada di hadapan anda. Di hadapan anda sekarang ini ada beberapa jam. Di hadapan anda sekrang ini ada beberapa hari. Di hadapan anda sekarang ini ada beberapa minggu. Di hadapan anda sekarang ini ada beberapa bulan. Di hadapan anda sekarang ini ada beberapa tahun. Adakah semua ini tidak memadai. Sehinggakan apabila anda hendak menemui ajal barulah hendak berkata: "Bolehkah engkau beri aku tempoh yang sedikit untuk aku bersedekah dan mengerjakan amal-amal soleh?" Jawapan Allah kepada permintaan ini ialah:

Ertinya:
"Allah sekali-kali tidak akan melewatkan bagi seseorang apabila sampai tempoh ajalnya. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "(Al-Munafiqun:11)

Sesungguhnya panjang angan-angan dan menganggap mati masih jauh merupakan satu bahaya yang menimpa manusia. la akan menjadikan manusia menangguhkan taubat. Jika dia didatangi oleh maut secara tiba-tiba sedangkan dia tidak bersedia menghadapinya dan tidak mempunyai kelengkapan untuk menuju ke akhirat. Bersegeralah melakukan taubat sebelum dosa bertimbun dan sebelum terlewat. Sesungguhnya setengah penyakit jika ditangguhkan mengubatinya maka ia akan menjadi sukar untuk diubati. Sekiranya anda membiarkan penyakit pada badan anda maka ia akan menjadi berlipat ganda yang menyebabkan ia sukar untuk diubati selepas itu. Begitu juga dengan dosa. Setiap orang yang melakukan satu dosa hendaklah bertaubat. Dia hendaklah segera melakukan taubat. Sekiranya dia tidak melakukannya maka dia telah menzalimi dirinya. Allah berfirman:

Ertinya:
"Dan barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itu merupakan orang-orang yang zalim. "(Al-Hujurat:11)

Taubat adalah dituntut dari semua manusia. Taubat adalah dituntut dari setiap orang. Firman Allah:

Ertinya:
"Bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman, semoga kamu beroleh kejayaan. "(An-Nur:31)

FirmanNya lagi:

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha. "(At-Tahrim:8)


Orang-orang mukmin adalah dituntut bertaubat. Di sana tidak ada seorang manusia pun yang boleh berkata: "Aku tidak ada dosa, maka apa yang aku hendak taubatkan. Catatan aku bersih, tidak ada cacat, maka untuk apa aku hendak bertaubat?." Ini merupakan sifat ghurur (terpedaya) yang tidak sepatutnya ada dalarn diri seorang mukrnin. Mukmin sentiasa merasakan bahawa dia lalai dalarn menunaikan hak Allah. Dia merasakan bahawa dia melakukan ketaatan tetapi takut ia tidak diterima oleh Allah. Manakala orang munafiq pula sentiasa melakukan maksiat dan berkata: "Aku berharap Allah mengampunkan aku". Perbezaan antara mukrnin dan munafiq ialah seorang mukmin sentiasa merasakan bahawa dia tidak menyempurnakan hak Allah sebagaimana yang dituntutNya sedangkan munafiq tidak merasakan sedemikian. Orang mukmin sentiasa merasakan Allah telah melimpahkan nikmat dan rezekiNya kepadanya. Oleh itu mukrnin sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah Ta'ala. Dalarn taubat, manusia ada berbagai kategori.

Di sana ada orang yang bertaubat daripada, syirik sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala:

Maksudnya:
"Katakan (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir, sekiranya mereka berhenti dari kekufuran mereka dan bertaubat maka Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang telah lalu. "(Al-Anfal:38)

Di sana ada orang yang bertaubat dari nifaq sebagaimana yang diberitahu oleh Allah tentang satu kumpulan orang munafiqin:

Maksudnya:
"Sekiranya mereka bertaubat maka adalah lebih baik bagi mereka. Jika mereka tetap berpaling dari ajaran Islam maka Allah akan mengazabkan mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan mereka tidak mempunyai penolong dan pelindung di bumi ini. "(At-Taubah:74)

Di sana ada orang yang bertaubat daripada dosa besar seperti dosa meminum arak, berzina, menghisap dadah, memakan riba, memakan harta anak yatim, melakukan saksi dusta, derhaka kepada kedua ibu bapa, memutuskan silaturrahim atau melakukan dosa-dosa besar yang telah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w begitu banyak.

Dosa besar tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat. Dosa kecil boleh jadi diampunkan dengan melakukan beberapa kebaikan, dengan sembahyang lima waktu, antara satu Jurnaat ke satu Jurnaat, dari satu Ramadhan ke satu Ramadhan lain. Semua amalan kebaikan ini akan menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan antara keduanya selagi mana seseorang itu tidak melakukan dosa besar. Dosa besar hanya diampunkan dengan taubat.

Di sana ada orang yang bertaubat dari dosa besar. Di sana juga ada orang yang bertaubat daripada dosa kecil kerana melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah. Perkara yang haram tetap haram sekalipun ia termasuk dalam dosa kecil. Tidak ada sesuatu yang kecil bagi Allah. Setengah salafus soleh telah berkata: "Jangan engkau lihat pada dosa kecil yang engkau lakukan tetapi lihatlah kepada kebesaran Tuhan yang telah engkau ingkari".

Jika engkau menyakiti kawan engkau dengan satu perkataan, boleh jadi ia suatu yang kecil. Akan tetapi jika engkau sakiti hati bapa atau sheikh engkau dengan perkataan yang sama, maka ia merupakan suatu yang besar dan menunjukkan sikap takabbur engkau."

Begitulah kita melihat sesuatu itu akan menjadi suatu yang besar bergantung kepada pihak yang terlibat. Maka bagaimana pula jika kejahatan yang engkau lakukan berkaitan dengan hak Allah yang Maha Besar?. Oleh itu Bukhari telah meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud: "Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya seolah-olah dia duduk di bawah sebuah bukit dan ditakuti bukit itu akan jatuh ke atasnya. Orang yang fajir pula melihat dosanya seperti lalat yang lalu di tepi hidung, lalu. dia berkata kepada lalat itu seperti ini." Perawi hadis ini berkata bahawa Ibnu Mas'ud telah mengisyaratkan dengan tangannya dengan meletakkannya di hidungnya.

Inilah keadaan orang-orang beriman. Mereka tidak pemah menganggap dosa sebagai suatu yang kecil. Malah mereka menjauhkan diri dari menganggap dosa sebagai suatu yang kecil dan dari memandang mudah kepada dosa.

Setengah salafus soleh berkata: "Dosa yang ditakuti tidak diampunkan akan menyebabkan pelakunya berkata: Alangkah baiknya sekiranya semua dosa yang aku lakukan seperti ini." Iaitu dosa ini adalah dosa kecil. Pendapat sebegini adalah salah.

Setelah beberapa orang soleh menziarahi sahabat mereka, mereka mendapati dia sedang sakit dan menangis. Mereka bertanya kepadanya: "Wahai si fulan, apakah yang menyebabkan engkau menangis seperti ini, demi Allah kami tidak melihat engkau melakukan dosa besar dan engkau tidak pernah meninggalkan kewajipan yang difardhukan oleh Allah?." Orang itu menjawab: "Demi Allah, aku menangis bukan kerana itu, tetapi aku takut aku telah melakukan dosa yang aku sangka kecil tetapi ia di sisi Allah suatu yang besar."

Begitulah yang telah diceritakan oleh Al Quran tentang mereka yang terlibat dalam kes fitnah terhadap isteri Rasulullah s.a.w. Mereka telah bercerita tentang Aisyah binti Abu Bakar dengan sesuatu yang buruk. Maka Allah telah berfirman mengenai perbuatan mereka:

Ertinya:
"Kami berkata dengan mulut-mulut kamu tentang perkara yang kamu tidak ketahui, dan kamu menyangka perkara itu kecil di sisi Allah sedangkan ia adalah besar di sisi Allah. " (An-Nur:15)

Satu kalimah yang kadang-kadang dianggap tidak ada apa-apa makna oleh seseorang akan menyebabkan dia dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun. Dia dicampakkan ke dalam neraka dalam tempoh yang lama hanya disebabkan oleh satu perkataan yang dianggap tidak mempunyai apa-apa erti.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa beliau telah menceritakan tentang salah seorang budak suruhannya kepada Nabi Muhammad s.a.w: "Tidak ada apa yang menyebabkan engkau kagum dengan si fulan melainkan dia (lalu aisyah menunjukkan dengan jarinya bahawa oraug itu pendek). Lalu baginda berkata: "Sesungguhnya engkau telah mengatakan satu perkataan, sekiranya ia dicampakkan ke dalam air laut nescaya ia akan mengotori lautan itu."

Bahaya yang menimpa manusia ialah mereka menganggap dosa yang dilakukan sebagai suatu yang kecil dan mudah. Mereka berkata: "Dosa ini tidak perlu taubat". Tidak, manusia adalah wajib bertaubat dari semua dosa termasuk dosa kecil.

Di sana ada orang yang bertaubat dari dosa besar. Di sana ada orang yang bertaubat dari dosa kecil. Di sana ada orang bertaubat dari syubhat kerana syubhat itu boleh membawa kepada haram. Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Barang siapa yang melakukan perkara syubhat maka dia telah terjatuh ke dalam perkara haram seperti seorang penternak yang menggembala ternakan di sekitar padang rumput larangan. Ditakuti ternakannya akan meragut rumput dari padang rumpur larangan itu " (HR Bukhari,Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah)

Di sana ada orang yang bertaubat daripada perkara makruh. Sehinggakan perkara makruh juga turut dielakkan daripada melakukannya. Di sana ada orang yang bertaubat dari beberapa perkara yang harus. Manusia terdiri dari beberapa darjat.

Di sana ada orang yang bertaubat hanya semata-mata kerana dia lupa dari mengingati Allah. Ada tempoh dalam hidupnya yang dia tidak mengingati Allah. Maka dia bertaubat dari kelalaian ini. Keadaan seperti ini tela disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika beliau bersabda yang bermaksud:

Ertinya:
" Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungghnya aku bertaubat kepada Allah sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.(HR Muslim)

Muhammad s.a.w yang sentiasa bermuraqabah dengan Allah di waktu pagi dan petang, ketika bergerak dan diam, siang dan malam, ketika bersendirian dan bergaul dengan orang, baginda tidak lupa terhadap Tuhannya walaupun sekelip mata. Mata baginda tidur tetapi hatinya jaga. Walaupun begitu keadaannya, baginda tetap berkata: "Bertaubatlah kepada. Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepada Tuhan sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.

Malah setengah sahabat baginda menceritakan: "Kami pemah duduk bersama Nabi Muhammad s.a.w dalam satu majlis dan mengulang-ulang istighfar sebanyak tujuh puluh atau seratus kali.

Telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w satu bentuk istighfar yang merupakan penghulu segala istighfar. Baginda mengucapkannya di setiap pagi, petang, dinihari dan ketika sujud. Baginda berkata: Ya Allah, Engkaulah Tuhan aku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah Menjadikan aku dan aku adalah hambaMu. Aku akan menunaikan janjiku terhadap Mu setakat yang aku upaya. Aku berlindung dari kejahatan amalan yang telah aku lakukan. Engkaulah yang mengusai nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan Engkau jugalah Tuhan yang mengampunkan dosa aku. Maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya tidak ada Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.

Di antara doa dan istighfar yang diamalkan oleh baginda ialah: Ya Allah, ampunkanlah kesalahan, kejahilan dan keterlanjuran aku dalam urusan hidupku serta dosa-dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Ya Allah ampunkanlah kesalahan aku yang telah lalu dan akan akan datang, yang aku lakukan dengan terang?terangan dan yang aku rahsiakan dan dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah yang awal dan Engkaulah yang akhir. Dan Engkau berkuasa ke atas segala perkara.

Inilah perasaan yang merasakan kebesaran Allah. Dia mempunyai banyak hak ke atas manusia terutama di atas nikmatNya yang terlalu besar yang telah diberikan kepada manusia. Inilah yang dilakukan oleh Muhammad s.a.w. Baginda merasakan bahawa baginda cuai terhadap hak Allah. Di sana ada orang yang bertaubat hanya semata-mata dia tidak mengingati Allah dalam, ketika waktu yang berlalu.

Taubat ada beberapa darjat. Al Quran menyuruh orang yang sedang berada di Arafah dan sedang mengerjakan haji supaya beristighfar selepas berada di tempat yang mulia ini. Orang-orang mukmin keadaannya sentiasa beristighfar selepas melakukan ketaatan. Lihatlah firman Allah:

Ertinya:
"Apabila engkau berangkat dari Arafah maka sebutlah nama Allah ketika ditempat-tempat mengerjakan haji yang lain. Ingatlah kepadaNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk kepada kamu dan kamu sebelum mendapat petunjuk adalah dari kalangan orang-orang yang sesat. Kemudian hendaklah kamu berangkat ke tempat perkumpulan manusia dan beristighfarlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "(Al-Baqarah:198-199)

Selepas wukuf di Arafah. Selepas berada di tempat yang mulia ini, Allah menuntut supaya orang?orang beriman beristighfar kepadaNya sebagaimana Dia telah menyifatkan orang-orang beriman, muhsin dan bertaqwa dengan firmanNya:

Ertinya:
"Adalah mereka itu kurang tidur di waktu malam (kerana mengerjalkan ibadah) dan di waktu siang hari mereka beristighfar "(adz-dzariyat:17-18)

Hasan Al Basri berkata: Mereka terus melakukan sembahyang sehingga sampai waktu sahur. Kemudian mereka akan duduk beristighfar.

Mereka beristighfar daripada apa?. Mereka yang menghidupkan malam dengan mengerjakan sembahyang sunat dan hanya tidur sebentar sahaja, ketika siang hari pula mereka beristihfar. Mereka itu merupalcan orang yang sempuma. Mereka sentiasa merasakan mereka kurang dan mereka sekali-kali tidak pemah menyangka bahawa mereka telah menyempumakan hak Allah.

Taubat ada berbagai darjat. Setiap orang bertaubat mengikut darjatnya. Manakala kita adalah perlu bertaubat daripada segala dosa besar dosa kecil, dosa melakukan perkara haram, dari segala hak Allah yang telah kita abaikan dan dari segala kekurangan dan keterlanjuran yang telah kita lakukan. Kita jangan sekali-kali menangguhkan taubat kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita pada esok hari. Firman Allah:

Ertinya:
"Seseorang itu tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari dan dia juga tidak tahu di bumi manakah dia akan mati “(Luqman:34)

Wednesday, November 09, 2005

Fakta authentik berkenaan Afghanistan, Taliban dan Osama yang telah banyak diselewengkan oleh media…

THE INVISIBLE AFGHANISTAN


(Terjemahan “THE INVISIBLE AFGHANISTAN” OLEH SYED RAHMATULLAH HASHEMI)



[ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US
awal tahun2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001]


Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kapadamu orang fasik membawa suatu berita,maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6]


" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakanperbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Danhanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan.


Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telahmenderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri.


Pencerobohan Soviet


Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan.Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebihkurang 21 tahundahulu,dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami mati kerana bahana periok api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.


Selepas Russia Dikalahkan


Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen.Hanya 7 kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri diAfghanistan. Kemusnahanakibatdari pertemporan sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara lain.


Munculnya Taliban


Melihat huruhara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar- pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghansiatan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata - bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan.Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok' dan meminta guru disekolah tersebut menolong mereka.


Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramaiorang-orang komander tersebut turut digantung.


Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak bandit. Gerakan pelajarini-Taliban- kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).


Kejayaan Taliban


Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:

1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.



2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov, dan juga senjata canggih seperti stinger missiles,dan ada yang memilikki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsaBersatu (PBB) menawarkan US$3billion untuk membelibalik senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telahberjaya melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.



3.) Kejayaan kami yang ketigaadalah membawa Afghanistan dibawah satu pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahunsebelum kami ambil alih.





4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman candudunia. Sebelum kami enghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB dibawah naungan UNDCP, Encik Barnard F. Dengan bangganya mengistiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.



5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduhkamimelanggar hak-hak asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi.




Hak-hak Kaum Wanita


Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami(Taliban) menghapuskan amalan yang sangat keji ini.


Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka. Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memileh bakal suami masing-masing.


Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang bertempor ingin berdamai,maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.


Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diidzin bekerja. Kami akui sebelum1996, iaitu sebelum kami menalukki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya dudok rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka dudok rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu dudok rumah keranapada masa itu keadaan huruhara tanpa kuatkuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah.


Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milek persendirian, kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka bekerja di KementerianKesiahatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya.



Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang `co-education' (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan.


Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber pembiyaan. Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sukatan pelajaran-kurikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sukatan pelajaran ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingong. Kami sudah pun dapat menyatukan semua kurrikulum yang bercanggah-canggah itu.


Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah- sekolah perempuan. Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini.


Osama bin Laden


Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud.


Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters) atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel mereka sebagai pengganas dan diburu.

Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat).


Sebenarnya tidak ada bedza antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan. Kedua-duanya tidak diistiharkan terlebeh dahulu, dan kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh.



Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerang Afghanistan dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat.


Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut. Saya dipanggil hadhir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States telah menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh satu orang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan tersebut.


Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden


Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan US di Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45 hari dan tidak sesiapa pun memberti kami sebarang apa bukti.


United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh saorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika sesaorang itu dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke mahkamah.


Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak.


Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telah turut ditolak oleh US.


Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini? Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami.


Sekatan Ekonomi


Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kami telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periok api yang sengaja ditanam oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil
berat tentang patung-patung yang dimusnahkan.


Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati


Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak- kanak Afghanistan yang kebuluran akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab,"Tidak boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."


Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak- anak kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut.


Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu dibawah sekatan ekonomi, dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah datang untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?


Kofi Annan


Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kpfi Annan hanya mahu membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.


Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubatan akibat sekatan ekonomi mereka. Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patung tersebut.

Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan keatas negara kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pengangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala- galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengan sekatan eknomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah segala- galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebih elok mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."


[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6 bulan
sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]

Monday, November 07, 2005

Mahaleel jawab 6 isu Proton

Mahaleel jawab 6 isu Proton
Berikut adalah enam isu pokok yang menghantui Proton semasa Tengku Mahaleel Tengku Ariff memimpinnya.

Kini beliau bebas menjawabnya.

1. PROTON MENGAKIBATKAN KERAJAAN MENANGGUNG BEBAN KEWANGAN

Bagaimana sebenarnya ia didefinisikan? Apakah ia bermaksud kerajaan memberi subsidi kepada Proton? Atau Proton telah di`bailed-out'?

Jika mengatakan pinjaman kerajaan, itu memang ada. Pinjaman dari kerajaan kepada Hicom untuk Proton sebanyak RM785 juta.

Mengikut perjanjian, pinjaman itu harus dibayar balik menjelang 2012. Tetapi kami berjaya mempercepatkannya tujuh tahun lebih awal, iaitu pada tahun 2007.

Baki hutang sekarang hanya RM115 juta dan tahun depan kurang daripada RM100 juta. Dengan tunai RM2.4 bilion, Proton boleh dengan mudah menjelaskan kesemua hutang tersebut. Mana GLC yang mempercepatkan pembayaran balik hutang kerajaan? Jadi, di mana kerajaan rugi?

2. PROTON MENIKMATI PENGECUALIAN CUKAI

Semua kereta berstatus nasional menikmati rebat cukai dan tidak Proton sahaja. Pada satu tahap, saya mempercayai inilah kadar-kadar cukainya: Naza Kia menerima `0' cukai import - ia adalah syarikat persendirian.

Hyundai Atos dikenakan 5 peratus cukai - ini bukan kereta nasional pun.

Perodua Kancil juga menerima `0' cukai import - ini adalah syarikat asing.

Proton membayar 13.5 peratus cukai import bagi kebanyakan model-modelnya.

Jadi mengapa Proton sahaja yang dilaung-laungkan orang supaya dilepaskan perlindungan?

Saya telah berterusan merayu supaya diwujudkan padang permainan yang sama. Sama juga dengan duti eksais. Tapi tiada siapa mendengar.

Sebaliknya, Proton dibelasah kerana kita mengimport dalam bilangan kecil dan tidak menikmati cukai import tetapi membayar lebih tinggi cukai eksais daripada pesaing.

Malahan, Proton telah membayar duti dan cukai berjumlah RM10 bilion sejak 10 tahun lalu. Adakah syarikat kereta termasuk kereta nasional lain membayar cukai sebanyak itu?

3. KERETA PROTON BERHARGA MAHAL

Apa dan bagaimana kita membuat perbandingan? Kerajaan mengenakan cukai antara RM6,000 hingga RM10,000 bagi sesebuah kereta Proton.

Jika tanpa cukai-cukai itu, Gen 2 boleh dijual pada harga RM42,000 sahaja.

Harga model baru Proton kini lebih murah berbanding model lama. Misalnya bagi Wira 1.5 liter, harganya ialah RM55,000 tetapi Gen 2 1.6 liter pula RM52,000. Masih mahal jugakah?

4. PROTON BERKUALITI RENDAH

Setiap hari kita mendengar keluhan ini. Daripada golongan atasan hinggalah masyarakat umum menerusi media.

Bukankah semua kereta mempunyai kerosakan yang memerlukan pemanggilan balik membabitkan pengeluar seperti Toyota, Honda, Ford, GM, Mercedes-Benz dan lain-lain.

Proton juga terpaksa memanggil balik Perdana beberapa tahun lalu. Sebenarnya Mercedes juga mengalami masalah tingkap elektronik.

Proton memiliki 2 juta pelanggan yang 90 peratus daripada adalah di Malaysia. Jadi keluh-kesah itu mewakili berapa ramai? Satu peratus ialah 20,000 orang. Bagaimana baki 1.98 juta?

Dalam soal kualiti, auto industri menggunakan dua kaedah penilaian iaitu mata dimerit dan kecacatan setiap satu kereta.

Pada tahun 1997, mata dimerit Proton ialah 20 dan semasa saya mentadbir Proton, mata itu menurun kepada 6 yang menyamai penanda aras dunia.

Dari segi kecacatan setiap satu kereta, sebelum itu ialah di atas 10 tetapi sejak operasi di Tanjung Malim dan TUV, Proton di paras 4 mata.

Sekian lama juga saya mempercayai bahawa ketika EON menjadi pengedar tunggal, ia telah mencipta gambaran buruk terhadap kereta Proton dengan tumpuannya menjual aksesori kepada pelanggan yang tidak mahukannya. EON sepatutnya memberi tumpuan kepada soal kualiti dan kepuasan pelanggan.

Atas sebab inilah Proton menubuhkan Proton Edar supaya ia boleh memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Terdapat juga beberapa menteri menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti Proton.

Tahukah awak beberapa orang di antaranya tidak mengguna pun kereta Proton walaupun dasar kerajaan menetapkannya begitu. Mereka memandu Mercedes, Lexus, Toyota dan Kia.

Jadi apabila awak tidak memandu Proton, mana datangnya hak untuk membuat kenyataan seumpamanya?

5. PROTON MERUGIKAN KERAJAAN

Proton telah membayar cukai sebanyak RM18 bilion dan daripada hasil eksport telah membawa pulang tukaran asing bernilai RM6 bilion.

Proton sendiri telah melabur semula sebanyak RM3.4 bilion bagi membina kilang-kilang, produk dan kejuruteraan.

Kumpulan Proton meningkatkan bila-ngan tenaga kerjanya daripada 5,200 orang pada 1996 kepada 11,000 orang tahun ini.

Jadi bagaimana kami membebankan kerajaan?

Yang membebankan kerajaan dan menyebabkan inflasi, pada pendapat saya ialah isu perisytiharan rendah kereta import dan alat ganti.

Di manakah dalam dunia ini kereta import menerusi Pelabuhan Klang berharga separuh daripada harga komputer bimbit.

Jika kerajaan lebih cekap dalam penilai-an dan kutipan, wang tersebut boleh digunakan semula bagi membantu rakyat membasmi inflasi.

Perlu saya tegaskan bahawa Proton tidak pernah merayu meminta bantuan kerajaan walaupun semasa krisis kewangan 1997. Sebaliknya, Proton memberi pinjaman RM1.3 bilion kepada EON dan para vendors untuk membantu mereka hidup. Patutnya, Proton diberi lesen perbankan ketika itu.

6. PROTON DITUTUP SAJA

Gesaan sebegini diselubungi pelbagai agenda tersembunyi yang sukar saya hendak jelaskan.

Lebih membingungkan ialah hanya pada Februari lalu, Kabinet menyatakan rasa puas hati dengan kemajuan Proton dalam memenuhi matlamat yang ditetapkan dan memahami cabaran seperti AFTA dan akan terus menyokong agenda nasional Proton.

Kalau hendak menggesa Proton ditutup, bermakna mana-mana GLC atau universiti awam juga boleh dilakukan gesaan yang sama.

Tetapi persoalannya, nanti apa yang tinggal pada kita? Memandangkan kita tidak dapat mengendalikan MAS, TNB dan TM, mengapa tidak pelawa Singapore Airlines, Vodafone dan Citibank mengambil alih?

Lagi baik ialah gajikan pemain China mewakili kita dalam badminton. Biarkan kita jual dan beli aset.

Inikah Malaysia baru yang kita mahu? Renunglah diri sejenak.