Saturday, January 19, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112...

Menerusi kacamata acik sewaktu berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 tempoh hari... seakan sama seperti apa yang pernah berlaku sewaktu Ijtimak Tabligh Sedunia yang diadakan pada 9 hingga 12 Julai di masjid kuarters klia bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang suatu ketika dahulu di Malaysia. Ijtimak (perhimpunan) ni jarang-jarang diadakan di Malaysia dan kali terakhir yang acik ingat diadakan di Meru, Klang lebih kurang 15 tahun yang lalu.

Kebiasaannya, seseorang individu itu akan sanggup untuk berkumpul bersama, berhimpun bersama hanya atas dasar kerelaan hati mereka sendiri dan diatas dorongan dan kekuatan yang ada pada perhimpunan tersebut... sebab apa perhimpunan tersebut dijalankan... sebab apa tujuan perhimpunan besar-besaran itu berlaku... Acik tak rasa seseorang individu itu dengan sengaja akan pergi berkumpul dan berhimpun hanya kerana suka-suka dan tanpa arah tujuan semata-mata.

Friday, January 18, 2013

Kesesakan di Kuala Lumpur... membosankan!!

Kemungkinan video clip youtube ini boleh menceritakan sedikit pengalaman dan keresahan pemandu² tegar di Ibu Kota Cinta Kuala Lumpur kita... saksikan...



Acik dah bertahun dok ulang-alik dari Bandar Baru bangi hinggalah ke Semenyih ke Kuala Lumpur untuk mencari sesuap nasi (rezeki) disana... Namun perkembangan baru-baru ini kian memualkan jika boleh acik katakan disini iaitu mengenai masalah kesesakan di Kuala Lumpur...

Mungkin jugak ada yang akan kata "kalau dah tahu sesak, buat apa naik kereta, naiklah motor.. kan senang..."... Ungkapan ini sering terngiang-ngiang ditelinga acik dan jugak sering acik fikirkan...

Orang Kaya... Semuanya diorang boleh beli.. apa nak heran.. tapi...

Semalam dalam perjalanan yang kebiasaan acik lalui iaitu dari Kuala Lumpur menuju ke Tol Kajang acik singgahlah sekejap di Plaza Tol Kajang untuk melakukan perkara rutin yang acik biasa buat iaitu mengambil rebat Top Up Touch N Go setiap 15hb rebate Tol 20% yang kerajaan telah laksanakan... almaklumlah.. nak ke pejabat setiap hari biasanya acik perlu memasuki 5-6 tol bagi memastikan sebelum jam 8.30 pagi acik telah berada dipejabat...

Jadi selepas selesai urusan di Plaza Tol Kajang tu.. acik bergegas ke kereta semula dan bertolak menuju ke Tol Silk Kajang Selatan pula... hmm.. tol lagi?!... diwaktu itulah wife acik berkata "bang.. tadi ayang nampak dengan jelas rumah yang berada disebelah Tol Kajang tu..kalau dari jalan besar memang nampak kecil je rumah tu.. tapi bila dah nampak dari dekat... dah macam

Warta Bangi ImageShack.us

Terkejut jugak acik mendengarnya... "takkan sebesar Warta Bangi.. besar tuh!" getus dalam hati... Tapi bila fikirkan balik... apalah nak diherankan dengan orang-orang yang kaya nie.. sedangkan CEO TNB pun gaji sebulan dia saja dah mencecah sejuta.. belum campur bonus lagi...

Namun acik bukanlah mengutuk atau mengumpat cela orang yang bergaji besar dan mempunyai kemewahan yang sebegitu banyak di negara Malaysia kita ini... mereka mempunyai peranan yang besar didalam pembangunan negara menerusi cukai pendapatan yang dikenakan oleh kerajaan...

Cuma acik seakan terfikir dan termimpi-mimpikan jika sekiranya acik menjadi seorang yang benar-benar kaya seperti Tengku Mahkota Johor contohnya... cewahhh... adakah acik akan benar-benar menumpukan dan membelanjakan kekayaan acik tersebut ke jalan yang diredhai Allah SWT...

Wednesday, January 16, 2013

Listen... listen.. listen... 11x... baik lagi beristighfar 33x!!!

Hmm.. nampaknya isu yang sedang dihebohkan dialam maya dikala ini ialah mengenai youtube...

Listen... listen... listen...

Surat terbuka untuk moderator tersebut.. boleh dibaca disini..

Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.”
- William Faulkner, Intruder in the Dust.



Semua yg diatas nie acik dok copy paste dari forum BDN je... selebihnya lehlah datang sendiri ke laman sesawang ini Bincang Dot Net

Apa yg acik sedari.. dan bukanlah nak mempersoalkan kewajaran semua pihak menyalahkan dan memarahi Sharifah Zohra yang mengetuai organisasi tidak dikenali Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) sehingga beliau begitu terkenal dan famous didada² mukabuku dan Harakahdaily.

Cuma acik rasa tak perlulah nak disebarluaskan lagi gambo dirinya yang tidak menutupi akan aurat serta mengaku menganut agama islam... Kita sepatutnya boleh sedar dari awal lagi wanita yang mendakwa dirinya islam sudah tentulah akan menerima keseluruhan apa yang terkandung didalam syariat islam itu sendiri seperti menutupi akan aurat...

Apapun, nasi sudah menjadi bubur.. acik syorkan janganlah lagi disebarkan gambar dan youtube² yang memang menjadi kemarahan ummah namun sebenarnya disebalik itu, kita sebenarnya telah menyebarkan sesuatu yang tidak sepatutnya didalam agama islam itu sendiri.

Saturday, January 12, 2013

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...

Kasih Ibu - Far East... Lagu ini ditujukan buat seorang teman di facebook yang telah kehilangan ibunya baru-baru ini...

Alhamdulilah...Akhirnya dpt jua aku bermimpi berjumpa dgn arwah mak aku setelah 50hari aku berdoa kepada Allah supaya dpt berjumpa dgn arwah mak..Dalam mimpi aku dpt memeluk tubuh arwah mak seerat-eratnya walaupun sekejap.

Ya Allah Kau permudahkan urusan arwah mak disana ya allah..Kau lapang dan luaskan ruang serta menerangi kuburnya Ya Allah..Ya Allah ku memohon padamu agar sentiasa pertemukan aku lg dgn arwah ibu walaupun sekjap dlm mimpi..Makkk apit rindu sgt kat makk....Al fatihah...

Thursday, January 10, 2013

Nukilan Emas Seorang Sahabat... (Yg kini menderita penyakit cancer)

Semalam aku baca buku "La Tahzan" ... ada satu perumpamaan tu yg menarik sgt ingat nak share dgn korang semua, bab bersyukur.

Sapa diantara korang yg nak duit RM 5 juta?..... aku nak, korang semua pun confirm nak, org gila saja yg tak nak ..... tapi, "kalau korang nak RM 5 juta boleh dgn syarat korang potong tangan korang" ..... korang mahu tak? ..... atau korek bijik mata sebelah cukup la dan serahkan pada org yg nak bagi duit RM 5 juta tersebut ..... atau korang bunuh mak sendiri dan dapat duit RM 5 juta tersebut .....

aku terfikir, aku lebih rela mempunyai tangan daripada wang RM 5 juta tu.....

Wednesday, January 09, 2013

Panduan Mandi Wajib @ Hadas Besar..

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

Saturday, January 05, 2013

Berikan didikan Terbaik untuk anak anda...

Alhamdulillah... syukur atas nikmat Allah... pada 31hb Disember 2012 yang lepas anak acik telah memulakan sesi persekolahannya untuk tahun 2013... Anak baru nak masuk darjah satu... almaklumlah, kawen lambat skit... hehehe...

Namun, segalanya dipermudahkan oleh Allah... Kalau ikutkan acik pun pening kepala memikirkan bagaimana anak yang seorang ini nak kena menaiki bas ke sekolah agama diwaktu pagi... dan setelah itu perlu kembali menaiki bas ke tadika transitnya untuk mnukar pakaian dan mandi dan sterusnya kembali semula menaiki bas ke sekolah kebangsaan diwaktu petang...

Anak baru umur 7 tahun... manalah dia tahu kedudukan bas dimana berhentinya... nombor plate bas dan sebagainya yang meresahkan jiwa acik dan ibunya... Namun mujur ada sebuah transit yang begitu berhampiran dengan sekolah agama dan sekolah kebangsaan anak acik ini dan ianya menyebabkan anak acik kini tiada masalah untuk ke transit dan kembali ke sekolah...

Ini suatu nikmat yang benar² acik harapkan dan acik doakan agar anak acik akan selamat dan tidak ada sesuatu yang berlaku kepadanya sepanjang ia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Semenyih dan Sekolah Rendah Agama Semenyih kelak...

Wassalam.

"Berikan yang terbaik untuk anak anda kerana itulah soalan utama yang perlu anda jawab kelak"...

Friday, January 04, 2013

Suatu perkongsian... "dalam sunnah ada kejayaan"

"dalam sunnah ada kejayaan". jadinya, mahu untuk menambahkan amalan sunnah dalam kehidupan seharian. mudah tapi selalu diambil mudah. antaranya:

keluar rumah kaki kanan sambil berdoa.

bismillahi tawakkaltu 'alallah. (dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah.

naik kenderaan kaki kanan dan berdoa.

subhanallazi sakhkhorolona haza wa ma kunna lahu mukrinin, wa inna ila rabbina lamunkalibun. (Maha suci bagi Allah yang memudahkan kenderaan ini untuk kami sedangkan kami tidak ada kekuatan untuk mengendalikannya dan sesungguhnya kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami).

naik motor kaki kanan dulu, biasa. tapi naik kereta kaki kanan dulu, macam tak biasa.
jadi apa kata, biasakan yang betul, betulkan yang biasa. bijen m. ada tunjukkan kat sini.

Banyak Melakukan Maksiat : Bagaimana Mahu Bertaubat?

Memetik dari suatu soalan seorang ahli forum diBDN.. soalan yang seakan sinonim jugak dengan keadaan acik selama ini... macam mana nak bertaubat dan mulakan perubahan...?

Dah lama saya fikir untuk berubah ke arah kebaikan...tapi susahnya nak tinggalkan kebiasaan saya selama ini.

Sebenarnya saya bukanlah katagori budak yang dah sesat sangat.alhamdulillah masih ingat dimana bumi berpijak dan apa agama saya. Cuma saya terfikir nak berubah kearah yang lebih baik(salah satu azam tahun ini)....sebab selama ini saya rasa saya selalu lalai dengan perintah agama... bile berpakaian tak mengikut syarat yang betul sebagai islam(walaupun bertudung tapi ada masanya tak jaga aurat dengan betul di hadapan yang bukan mahram)...lepas tu kadang2 ambil remeh soal menunaikan solat.....kdg2 lupa batas pergaulan dengan lelaki yang bukan mahram.

bila tengok orang bertudung labuh n litup/bersarung tangan dan kaki/berpakaian labuh tanpa menunjukkan bentuk tubuh...tiba2 hati berdetik untuk berubah seperti itu...dan bila bergaul dengan mereka kadang2 saya rasa rendah diri...sebab terasa diri ni sgt tak sempurna....

saya cuba perlahan-lahan nak berubah ke arah yang lebih baik tapi terkadang masih lalai dan tak boleh tinggalkan perkara2 yang dah biasa saya lakukan selama ini...mohon pendapat kalian semua bagaimana saya nak tinggalkan kebiasaan saya tu dan berubah seratus peratus....saya cuma nak ikhlas dengan apa yang saya buat...saya taknak orang tengok saya berubah macam hangat2 tahi ayam saja...