Thursday, May 31, 2007

Komentar isu lina joy...

Kes nie mmg mencabar maruah Malaysia yg dikatakan "negara islam"... Kalau ikut prosedur islam sebenar, lina joy nie dah kembali ke liang lahat sepatutnyer... tak perlu byk bicara nak appeal2 menda bongok sumer tue... nyusahkan org betul!!!.

Kenapa islam tidak membenarkan umatnyer bertukar agama lain sedangkan agama2 spt christian, buddha, hindu sumer relaks jer bila umat diorg nak bertukar agama?... Agama kita adalah ugama yg hak dan benar, agama dia adalah agama ciplak..... diorang membenarkan org diorang peluk agama lain sebab bagi diorang manusia ada hak utk pilih tuhan mereka sendiri.

Bagi kita tuhan hanya satu Allah S.W.T, dan tak ada org islam atau pun org kafir boleh pilih tuhan sebab tiada tuhan lain utk dipilih... mana ada tuhan lain selain daripada Allah utk dipilih. Banyak agama lain kata yg agama kita kurang toleransi..... bagi kita agama kita terlalu benar. Kita tak boleh toleransi sekiranya ada org islam nak peluk agama lain...... kenapa?..... kenapa kita tak boleh toleransi sedangkan agama lain relex saje boleh toleransi?........ tiada hukum bunuh bagi yang murtad dalam agama lain kerana itu hak mereka?..... dan kenapa islam tak benarkan?........ kenapa islam tak berikan hak kepada individu islam utk pilih agama lain?........ apakah islam itu kejam????...... sapa boleh jawab????......

Agama kita tak membenarkan orang islam memeluk agama lain disebabkan kita nampak gambaran akhirat, kita mempunyai keyakinan penuh pada Allah SWT yang menciptakan alam ini, islam menghalang murtad umpama menghalang orang yg cuba terjun kedalam lembah api yg menyala.

Bagi agama lain diorang boleh bertoleransi dengan mengatakan hak individu utk memilih agama sebab diorang tak nampak akhirat...Diorg tak sedar akan wujudnya alam selepas mati... Alam ghaib dan padang Masyhar tempat perhitungan. Kalau betullah mereka rasa agama mereka benar.... kenapa mereka benarkan org mereka memasuki agama lain , umpama mereka membenarkan org lain masuk kedalam neraka bagi agama mereka......

Agama mereka tak bercakap tentang murtad (sila rujuk Kitab Bible) disebabkan tuhan mereka bukanlah tuhan yg sebenar yg nampak sesuatu perkara ghaib..... tuhan mereka bukan tuhan, ia adalah khayalan bagi menampakkan jasad tuhan...... Agama Islam menghalang dan menjaga umatnya dari tergelincir masuk ke dalam api yg menyala dengan mengharamkan dan menghalang murtad......

Manakala agama kristian membenarkan umat dan orangnya tergelincir masuk kedalam api yg menyala kerana mereka membenarkan murtad (keluar dari agama mereka)..... so, secara penaakulan mantiknya, agama kristian bukanlah agama yg benar, dan tidak wujud pun sebarang tuhan dalam agama kristian, ianya hanyalah khayalan minda cetek manusia bagi menampakkan kewujudan tuhan.....

Allah SWTlah satu2 nya Tuhan Rabbulalamin........... Lihat saja contoh filem2 mereka yang mengambarkan Tuhan mereka sebagai manusia (Bruce Almighty sebagai contoh)… secara logic akal kiter, boleh ke kiter gambarkan Tuhan itu sebagai manusia? Manusia dan Tuhan adakah sama? Apa bezanya Tuhan & Manusia bagi mereka??? Mengapa pihak Kristian tak berbuat apa2 larangan terhadap filem tersebut?? Pada kita, sebab itu adalah Tuhan mereka, bukan Tuhan kita iaitu Allah SWT maka lantak diorglah nak gambarkan macammana pun. Tidak seperti kita yang mengetahui bahawa , “Katakanlah (Ya Muhammad), iaitu Allah itu Esa. Allah itu tempat meminta. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya. Firman Allah SWT didalam surah Al-Ikhlas ayat 1-4.

Wallahu a’lam bisshawab.

GBU.

Wednesday, May 30, 2007

Lina Joy Gagal Dalam Rayuan Gugur Perkataan Islam

Lina Joy Gagal Dalam Rayuan Gugur Perkataan Islam

PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) --

Azlina Jailani, wanita yang menukar agama ke Kristian, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Azlina, 42, yang telah menukar namanya ke Lina Joy, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan deklarasi yang dipohonnya.

Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden. Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=264789

Tuesday, May 29, 2007

Kes Azlina Jailani (Lina Joy)

Mesyuarat PEMBELA yang telah berlangsung pada 28 Mei 2007, 8:30 malam di
Bilik Seminar 1, Kompleks Anjung Rahmat, Gombak yang dihadiri oleh
wakil-wakil NGO-NGO Islam telah mengambil beberapa ketetapan penting
menjelang keputusan kes Azlina Jailani yang bakal diumumkan di Mahkamah
Persekutuan, Putrajaya pada 30 Mei 2007 ini.

Secara khususnya, PEMBELA:

. Solat Hajat Seluruh Negara:

Menyeru seluruh umat Islam sama-sama mengerjakan Solat Hajat selepas
Isyak
di seluruh masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara pada hari
Selasa
29 Mei 2007 agar keputusan Mahkamah Persekutuan 30 Mei 2007 mengenai kes
Azlina Jailani memihak kepada Islam. Pihak PEMBELA menggesa agar semua
pihak yang prihatin tentang isu ini menyebarkan mesej ini & menggerakkan
majlis solat hajat di tempat masing-masing;

. Sidang Media PEMBELA

Sidang Media pada 29 Mei 2007, Selasa, jam 10:30 pagi, Bilik Seminar 1,
Anjung Rahmat, Gombak.

. Tanda Keprihatinan

Bahawa wakil-wakil NGO Islam akan menghadiri sidang mahkamah pada 30 Mei
2007. Umat Islam yang ingin hadir bagi menyatakan sokongan dan
keperihatinan mereka diharapkan hadir jam 8:30 pagi bagi mendengar
keputusan.

Kita berkumpul hari tersebut untuk mendengar keputusan kes Azlina
Jailani
oleh Mahkamah. Perhimpunan ini bagi menzahirkan keprihatinan kita
terhadap
masa depan Islam di negara kita. Ia tidak bertujuan menimbulkan
permusuhan
dengan mana-mana pihak, jauh sama sekali mencetuskan suasana ketegangan.
Sebarang silap-laku dipihak umat Islam yang hadir akan digunakan untuk
memburukkan imej Islam dan Umat Islam di Malaysia. Juga tidak mustahil
bahawa ada pihak-pihak tertentu yang akan cuba mencetuskan ketegangan
untuk
tujuan yang sama.

Dengan latarbelakang tersebut, PEMBELA menyenaraikan garis panduan
berikut
untuk dipatuhi oleh semua hadirin demi kebaikan bersama :

(a) Mengambil tempat dengan tenang dan menunggu dalam keadaan duduk.
Sangat
digalakkan berada dalam keadaan wudhuk dan mengisi waktu dengan munajat
dan
dzikruLlah.

(b) Pimpinan utama organisasi dan peguam berkaitan perlu diberikan
keutamaan untuk masuk ke ruang dalam Mahkamah.

(c) Orang ramai berkumpul di luar perkarangan Mahkamah.

(d) Laporan selari mengenai keadaan di Mahkamah akan diberikan dari masa
ke
semasa.

(e) Dilarang meninggikan suara, mencerca atau mengutuk sesiapa.

(f) Pastikan suasana terkawal dan aman.

(g) Berikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan pengawal.

PEMBELA akan menugaskan beberapa orang wakil khas untuk membantu
mengawal
suasana selari dengan garis panduan di atas. Semua yang hadir diharap
dapat
memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka.


YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM / Pengerusi Mesyuarat PEMBELA

Tuesday, May 22, 2007

Adakah anjing najis?

Adakah anjing najis?

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali."

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – no: 172.

Dalam riwayat-riwayat lain diterangkan bahawa salah satu basuhan hendaklah bersama dengan tanah. Sebahagian riwayat menyebut basuhan kali pertama, sebahagian lagi kali terakhir dan sebahagian lagi kali ke-lapan.

Yang rajih (kuat) adalah basuhan kali pertama kerana keterpeliharaan riwayat-riwayatnya. [Ibn Hajar al- `Asqalani – Fath al-Bari bi Syarh Shahih al Bukhari (tahqiq Bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut), jld. 1, ms. 369-370 dan al-Albani – Irwa' al-Ghalel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 62]

Berdasarkan hadis ini wujud dua pendapat tentang kenajisan anjing.
Pendapat pertama berkata anjing adalah najis keseluruhannya manakala pendapat kedua berkata ianya tidak najis keseluruhannya.

Perinciannya adalah seperti berikut:

Pendapat pertama dan dalil-dalilnya:

Pendapat pertama menyatakan bahawa seluruh anjing sama ada kecil atau besar adalah najis. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafi`iy dan Hanbali. [Wahbah al-Zuhaili – Fiqh al-Islami wa Adilatuhu (Dar al- Fikr, Damsyik 1994), jld. 1, ms. 305]

Dalil mereka adalah seperti berikut:

Dalil pertama adalah berdasarkan kaedah qiyas:
Sabda Rasulullah S.A.W untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing. Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama haiwan dan ia dikategorikan sebagai najis maka sudah tentu lain-lain anggotanya -yakni seluruh badannya – adalah najis juga. Lebih dari itu air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar dari mulut (yakni air liur) adalah najis maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga. Maka dengan itu seluruh badan anjing adalah najis.

Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis: Bahawasanya Rasulullah S.A.W diundang ke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: "Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing." Lalu dikatakan kepada baginda: "Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: "Sesungguhnya kucing bukan najis."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Daruquthni dan al-Hakim. Berdasarkan hadis ini difahami bahawa anjing adalah najis (berbeza dengan kucing yang bukan najis). Pendapat kedua dan dalil-dalilnya.

Pendapat kedua menyatakan bahawa anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali terhadap mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan sebagai najis. [Wahbah al-Zuhaili – Fiqh al-Islami wa Adilatuhu, jld. 1, ms. 305]

Mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah S.A.W untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta'abudi).

Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah s.a.w. yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta`ala:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [Surah al-Maidah 5:04]

Berdasarkan gabungan dalil-dalil ayat di atas dan hadis-hadis yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis. Sedikit berbeza adalah mazhab Hanafi di mana mereka berpendapat anjing bukan najis namun mulut, lidah dan air liurnya adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada hadis yang pertama di atas.

Pendapat yang rajih (kuat):

Pendapat yang dianggap rajih (terkuat) adalah pendapat yang kedua. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

Pertama: Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah. Ini kerana asal pengusulkan kaedah qiyas adalah bagi mencari hukum terhadap kes baru yang tidak wujud pada zaman turunnya wahyu – al- Qur'an dan al-Sunnah. `Illat atau sebab bagi kes yang baru tersebut dikaitkan secara analogi kepada satu kes yang sudah sedia wujud pada zaman penurunan wahyu.

Menggunakan qiyas untuk menghukum keseluruhan anjing sebagai najis tidak dianggap kuat kerana anjing pada asalnya sudah wujud pada zaman turunnya wahyu. Bererti ia bukanlah kes yang baru. Apabila sesuatu kes itu sudah sedia wujud di zaman penurunan wahyu dan tidak ada wahyu yang menerangkan hukumnya, bererti sememangnya Allah tidak bermaksud untuk menurunkan apa-apa hukum ke atasnya.

Apabila tiada hukum yang diturunkan maka ia kembali kepada kedudukan yang asal, iaitu halal/harus/bersih. Firman Allah: “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” [al-Baqarah 2:29] “Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.”

[Al-Jatsiyah 45:13] Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. [Luqman 31:20]

Kesimpulannya, anjing adalah haiwan yang sedia wujud pada zaman Rasulullah S.A.W. Apabila tiada ketentuan hukum diturunkan dalam persoalan najis atau tidaknya anjing, bererti hukum anjing kembali kepada yang asal, iaitu ia adalah haiwan yang tidak najis. Kedua: Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah S.A.W memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dha`if). Syaikh `Adl Ahmad `Abd al-Mawjud dan Syaikh `Ali Muhammad Ma'wudh dalam semakan mereka ke atas kitab Sunan al-Daruquthni (Dar al- Ma'refah, Beirut 2001), jld. 1, ms 171 telah mentakhrij hadis tersebut dan ia dapat diringkaskan sebagai: "Dikeluarkan oleh Ahmad (2/442), al-Hakim (1/183), al-`Uqaili dalam al-Dhu`afa' (3/386) dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra (1/151); setiapnya daripada jalan `Isa bin al-Nusayyab, daripada Abi Zur'ah, daripada Abi Hurairah.

Berkata al-Hakim: Dan `Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zur'ah kecuali bahawasanya beliau benar (shaduq) dan tidak tidak dicela secara pasti. Namun ini kemudiannya diikuti dengan komentar al- Zahabi: "Berkata Abu Daud (tentang `Isa bin al-Musayyab): Dha'if. Berkata Abu Hatim: Tidaklah dia kuat. Diriwayatkan oleh al-`Uqaili daripada Yahya bin Ma'in bahawa dia berkata: `Isa bin al-Musayyab dha'if. Berkata al-Haitsami di dalam al-Majma' (4/4:

Diriwayatkan oleh Ahmad dan di dalam (sanadnya) terdapat `Isa bin al-Musayyab, dinilai terpercaya (thiqah) oleh Abu Hatim dan dha'if oleh selainnya. (Ini tidak benar) kerana Abu Hatim tidak menilai beliau thiqah, beliau hanya berkata tentangnya dalam al-Jarh wa al-Ta'dil (6/288): Dianggap shaduq akan tetapi kuat." Demikian takhrij oleh Syaikh `Adl Ahmad `Abd al-Mawjud dan Syaikh `Ali Muhammad Ma'wudh. Al-Daruquthni dan al-Baihaqi menilai `Isa bin al-Musayyab sebagai "shalih al-Hadis."

Akan tetapi dalam ilmu hadis sedia diterangkan bahawa apabila bertembung celaan dan pujian, hendaklah diunggulkan celaan tersebut. Oleh kerana itu Syaikh Syu'aib al-Arna'uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan al-Daruquthni (Muassasah al-Risalah, Beirut 2004), jld 1, ms 103 telah mengkategorikan hadis ini sebagai: "Hadis Dha'if." Kesimpulannya, hadis ini dha'if dan tidak boleh dijadikan sumber dalil dalam perkara hukum. Ketiga: Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab al-Syafi'iy berakhir dengan lafaz: "Sesungguhnya kucing bukan najis."

Lafaz ini sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Lafaz yang terdapat dalam Sunan al-Daruquthni adalah: Rasulullah S.A.W pernah datang ke rumah satu kaum daripada kalangan orang-orang Anshar namun baginda enggan masuk rumah mereka. Ini menimbulkan kegelisahan ke atas mereka (tuan rumah) lalu mereka bertanya: "Ya Rasulullah, anda datang ke rumah si fulan tetapi anda enggan pergi ke rumah kami."

Maka baginda menjawab: "Ini kerana rumah kamu ada anjing." Mereka berkata: "Akan tetapi pada rumah mereka ada kucing." Rasulullah menjawab: "Kucing adalah sejenis binatang buas (yakni tidak tetap penjagaannya, sering merayau-rayau)." Oleh kerana itu al-Hafiz al-`Iraqi telah berkata: "Seandainya sabit tambahan ini (yakni "Sesungguhnya kucing bukan najis."), ia telah menjadi sumber pendalilan yang masyhur.

Akan tetapi ianya tidak dikenali asal usulnya di dalam mana-mana kitab hadis yang sedia ada. Padahal hadis ini diriwayatkan dengan tambahannya oleh Imam Ahmad, dalam musnadnya, al-Daruquthni dalam sunannya dan al-Hakim dalam mustadraknya daripada riwayat `Isa bin al-Musayyab daripada Abi Zur'ah daripada Abi Hurairah, kecuali mereka tidak menyebut dalam (kitab-2 mereka) lafaz: "Sesungguhnya kucing bukan najis." Sesunguhnya yang disebut adalah sabda Nabi S.A.W: "Kucing adalah sejenis binatang buas." Dan berkata al-Daruquthni sesudah mengeluarkan hadis tersebut: "'Isa bin al-Musayyab Shalih al-Hadis."

Dan berkata al-Hakim: "Hadis ini sahih isnad dan tidak dikeluarkan (oleh al-Bukhari atau Muslim) dan `Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zur'ah, akan tetapi (tak mengapa) kerana dia benar (shaduq) dan tidak dicela secara pasti." Saya (al-Hafiz al-Iraqi) berkata: Bahkan yang benar dia telah dicela oleh Ibn Ma'in, dan Abu Daud dan al-Nasa'iy dan Ibn Hibban, dan oleh al-Daruquthni sendiri di tempat yang lain. Sekian al-Hafiz al-`Iraqi daripada kitabnya: Thahr al-Tastrib bi Syarh al-Taqrib al-Asanid wa Tartib al-Masanid (Dar al-Fikr, Beirut), jld. 2, ms 123).

Oleh itu kesimpulannya hadis yang dijadikan dalil kenajisan anjing tertolak dari dua sudut: pertama adalah kelemahan sanadnya manakala kedua adalah tambahan lafaz "Sesungguhnya kucing bukan najis" sebenarnya tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis. Berdasarkan tiga sebab di atas, maka yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua, iaitu anjing tidak najis termasuklah air liurnya. Hadis yang menyuruh menyucikan bekas yang dijilat oleh anjing tidak semestinya bererti jilatan anjing itu najis, sebagaimana kita manusia juga disuruh berwudhu' dan bertayamum – suruhan ini tidaklah bererti kita najis.

Akan tetapi ia adalah ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya semata-mata. Inilah juga merupakan pendapat Syaikh Yusuf al-Qaradhawi. Setelah mengkaji dalil masing-masing mazhab, beliau menulis: "Di antara yang najis ialah air liur anjing. Disebut dalam Shahih al- Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali. Ini juga sebagaimana telah ditetapkan menurut hadis keduanya (al- Bukhari dan Muslim) dan selain keduanya daripada hadis Abdullah bin Mughaffal tentang kenajisannya.

Dengan demikian, jelaslah tentang najisnya air liur anjing itu. Bahkan, di sana ada beberapa fuqaha yang menyebutkan tentang kenajisan semua anggota tubuh anjing. Padahal tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini baik dari Al-Quran maupun sunnah Rasulullah. Sedangkan pengambilan dalil tentang dijilat atau minumnya anjing dari tempat air, maka itu khusus untuk sesuatu yang diiiiat saja. Tidak ada yang menunjukkan pada kenajisan anjing secara keseluruhan: daging, tulang, darah, bulu, dan keringat. Sedangkan mengqiyaskan ini dengan jilatan anjing, adalah bentuk qiyas yang sangat jauh sekali, sebagaimana disebut oleh Imam As-Syaukani.

Khususnya jika dikaitkan dengan hadits Abdullah bin Umar: Anjing masuk dan keluar di masjid pada .masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud). Ada juga sebagian yang lain yang mengatakan tentang kesucian semua anggota tubuh anjing dan mengatakan, Sesungguhnya dicucinya tempat yang dijilat anjing adalah masalah yang bersifat ibadah (ta'abbudi), yang hikmahnya hanya Allah yang tahu. Sedangkan yang wajib kita lakukan adalah mengamalkan apa yang ada di dalam nash walaupun kita tidak mengetahui hihmahnya. Ini adalah madzhab Imam Malik. Imam Malik berhujah bahwa Allah membolehkan makan dari hasil buruan anjing tanpa memerintahkan kita untuk mencucinya.

Sebagaimana yang Allah Ta'ala firmankan: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04] Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing.

Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah, dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan." Sekian al-Qaradhawi dalam bukunya yang terbaru – Fiqh al-Thaharah (edisi Indonesia atas judul yang sama, al-Kautsar, Jakarta 2004), ms. 21-22. Perhatikan juga bahawa kata-kata terakhir al-Qaradhawi tentang kajian ilmu kedoktoran – sama ada berpenyakit atau tidak air liur anjing – merupakan pendapat beliau yang terbaru, membatalkan pendapat beliau yang lama dalam al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

Seterusnya timbul persoalan – Jika anjing tidak najis, haruskah kita mencuci jilatannya jika ia menjilat kita atau perkakas kita? Jawapannya ya, berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang menyuruh kita mencuci jilatan anjing. Kita mencucinya bukan kerana ia najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah S.A.W. Kemudian, apakah cucian tersebut wajib dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah atau boleh dicuci dengan apa sahaja yang bersifat menyucikan? Di sini para fuqaha berbeza pendapat sama ada boleh menggunakan sabun bagi menggantikan tanah. Syaikh al- Qaradhawi dalam bukunya Fiqh al-Thaharah, ms 61-63 menerangkan bahawa sebahagian fuqaha Syafi`iyyah dan Hanabilah kontemporer membolehkan penggunaan sabun.

Bahkan Mazhab Maliki mengatakan penggunaan tanah/debu adalah tidak wajib, ia sunnah sahaja. Pendapat yang dipertengahan lagi mendekati hadis-hadis Rasulullah S.A.W ialah mencuci jilatan anjing dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah. Akan tetapi jika tidak ditemui tanah atau pada saat itu tidak sesuai untuk menggunakan tanah maka dibolehkan menggunakan sabun atau apa jua yang sifatnya menyucikan.

Ini kerana mencuci jilatan anjing ialah duduk dalam bab ketaatan kepada perintah syari`at dan ketaatan ini adalah berdasarkan kemampuan setiap individu berdasarkan kesenangan dan kesukaran yang dihadapinya. Jika menghadapi kesukaran untuk mentaatinya maka syari`at memberi kelonggaran sekadar mana yang perlu. Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman: "Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran- pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya)." [al- Taghabun 64:16] Sabda Rasulullah S.A.W: "Apa sahaja yang aku larang kamu daripadanya maka tinggalkanlah ia dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu dengannya maka lakukanlah ia sedaya upaya kamu." [Shahih Muslim no: 1337, Hadis 40 Imam al-Nawawi, # 9]

Monday, May 21, 2007

Nukilan Terakhir Tok Muda Forum BDN

Assalammualaikum,

Tidak pernah terlintas setelah hampir 7 tahun Bincang.netujud, hari ini aku menaip untuk kali terakhir aku sebagaipentadbir utama, pengasas dan ahli di bincang.net. Rasanyakawan-kawan dan ahli-ahli yang selama ini setia bersamabincang.net dengan hati yang ikhlas tentu akan samamerasa sebagaimana kita kehilangan sesuatu yang kita sayang.Hampir 7 tahun menjadi darah daging aku dan hari inisecara rasminya talak telah aku lafazkan untuk bincang.net.

Terimakasih kepada adrina, Ryea, kerol, fairuzahidah, uncle Seman,aizam, Chajween_aiman, Ayoi dan isteri, mysticmind, bee_flyerz, belatuk,hazman (tukangtaip), damak, vrempire dan sakura_miyuki, damak,adreen, nenek kebayan, Ldina dan Apache, Chan (ksstudio) dari exabytes,illussion, burnz (lordburnz) yang banyak membantu dari segi coding danlayout bdn dari 2001-2004, Rajautara, Byha, Mozaks, kate dan boyot,ninja dan tidak lupa kepada isteri aku ejonn yang selama ini menyokong akudikala susah dan senang, di bincang.net lah aku bertemu jodoh.

Juga kpd semua pengendali-pengendali dan ahli-ahli yang membantubincang.net dari segi kewangan, tenaga dan keringat dan cetusan fikiran.Tanpa kamu semua tidak mungkin bincang.net akan masih berdiriseperti hari ini. Aku terhutang budi kepada kamu semua.

Thursday, May 17, 2007

Mengapa saya menjadi seorang Muslim?

Assalamualaikum

Selama berpuluh tahun kita menjadi seorang muslim dan saya percaya majoriti kita adalah muslim sejak dari lahir. Tetapi persoalannya kenapa kita menjadi muslim? Adakah kerana kita lahir muslim? Negara ni negara Islam? Adakah kerana itu undang-undang kita.

Persoalan nie penting utk kita lihat balik siapa diri kita dan kenapa kita pilih apa yang kita pilih. Adakah kita benar-benar yakin dengan pilihan kita ataupun sekadar ikut-ikutan. Ingat, syurga itu tidak murah harganya...

Saya harap kita dapat berkongsi di sini. Kenapa saya menjadi seorang muslim?

TJ

Adaptasi dari nukilan TJ.

Wednesday, May 09, 2007

Masa yg tak menjemput...

Assalamu'alaikum wbt buat sahabat yg dimuliakan..

Kadangkala rasa terpanggil juga utk meluahkan rasa terkilan acik disini kerana seringkali terlupa... tidak berkesempatan... dan tidak berkelapangan untuk memenuhi tuntutan rohani untuk ke surau ditgh hari waktu bekerja... diwaktu pulang dari bekerja yakni sewaktu berada dirumah.

Kadangkala masa begitu mencemburui acik utk berada sebentar disurau An-Nur... berada disebentar di Masjid Jamek Bandar Baru Bangi mahupun di masjid UKM yg paling dekat dgn rumah acik nie...

Mengapa tidak ada masa?... sampai 24 jam takkan nak luangkan masa dari maghrib ke isyak sampai takde masa sekalipun?... Mengapa menonton TV, mendengar radio dan sebagainyer yg melalaikan tetap ada sedikit masa kiter peruntukkan baginyer?... Mengapa sumer ini berlaku?...

Tidak terjawab sebenarnyer pertanyaan2 tersebut... Entahlah... kadangkala malas... kadangkala mmg busy bekerja... kadangkala bersama keluarga... isteri dan anak yg semakin lincah mahu berjalan sebab dah masuk lapan bulan... mcm2 alasan boleh acik berikan... Hmm... bangkitlah wahai semangat perjuangan islam dlm diriku... Ayuhh!!

Monday, May 07, 2007

Perlukah berkecuali dlm berpolitik di Mesia?

Perdana Menteri, Umno, Yahudi dan pilihan raya

Tuesday, December 23 @ 13:37:17 MYT
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

SAYA tertarik dengan dua penangguhan besar ke atas dua keputusan besar yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru ke atas keputusan yang pernah dibuat Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia. Satu ialah Projek Landasan Berkembar Elektrik melibatkan RM14.5 bilion (Berita Harian 18 Disember 2003) dan satu lagi ialah keputusan untuk membawa FELDA ke BSKL yang telah diputuskan oleh Tun Dr Mahathir semasa membentangkan bajet 2004. Pelik tetapi itulah yang benar.

Terdapat satu saja kemungkinan. Sama ada keputusan Perdana Menteri yang lama itu benar atau keputusan Perdana yang baru, benar. Tidak mungkin kedua-duanya benar. Salah satu mesti salah.

Sempena Pilihanraya IJOK...

Soalan:

Assalamualaikum...Nak tau, apakah hukum mengundi calon bukan Muslim.TQ.

Jawapan:
Mengundi calon bukan muslim adalah sama seperti mengundi calon muslim. Sebab kita memilih parti bukan calon. Maknanya kalau ramai calon yg menang, yg akan naik bukan calon tu tapi parti itu sendiri yg akan memerintah.Berbeza dengan kita melantik raja yg bukan Islam sedangkan kita ada org Islam. pada masa tersebut, calon tadi adalah pemerintah NEGARA (bukan kawasan kecil).

Aku masih tak berapa faham... ini bermakna kita umat Islam dibolehkan mengundi/memilih/memangkah calon bukan Islam... ?? Adakah itu dianggap bahawa umat Islam memilih bukan Islam sebagai wakil di parlimen dibenarkan??

Saya jawab secara ringkas.

Saya dgn memberikan contoh dari serba sedikit knowledge yg ada.

Contoh yang kita ambil:

Katakan yang bertanding ialah:
Parti X Bukan Islam dan Parti Y yang kepunyaan Islam tetapi mixing di antara orang Islam dan bukan Islam (tetapi majoriti dan yg kuatnya Islam) dan parti Z mixing islam dan bukan Islam tetapi yg dominannya bukan Islam).

Katakan dalam kawasan A dan B terdapat calon bertanding.

Kawasan A :
Parti X - calon bukan Islam

Parti Y - Calon bukan Islam

Parti Z - calon bukan Islam

Maka dalam hal ini dilarang mengundi utk calon parti X dan Z tetapi dibolehkan utk mengundi calon parti Y.

Kawasan B
Parti X - calon bukan Islam

Parti Y - calon bukan Islam

parti Z - calon Islam

Untuk hal ini, kerana mengambil kira kebaikan yg lebih besar, maka hendaklah kita mengundi parti Y yang dominasinya ialah orang Islam.

Alasan kenapa?Ini kerana berdasarkan sistem demokrasi kita sekarang ini, parti memerintah berdasarkan kepada jumlah kerusi yang dimenangi. Sekiranya parti Y mendapat majoriti kerusi, ia akan menjadi pemerintah dan begitu juga dengan parti lain.Maka undi kita kepada calon di kawasan A dan B tadi sebenarnya bukan utk mengangkat calon tersebut, tetapi untuk mengangkat parti tersebut, (end result) yang akhirnya menjadi pemerintah. Sebab kita kena tengok big picture. Bukan setakat kawasan kita sahaja.

PAStu? .

Pastu apa? Jawpannya boleh tetapi kena tengok parti mana yang kita nak undil. Dengan syarat parti tersebut mestilah menaikkan Islam. (saya tak imply utk undi sesiapa ye dan ini bukan kempen pilihan raya)

Wallahualam. TJ

___________________________________________________________
Sementara menunggu akhie TJ, ana tolong jawab setakat yg ana mampu.

Ini merupakan petikan drpd apa yg termaktub di dlm kitab Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi ms 222 - 224, cetakan pertama 1998 oleh Maktabah al-Qardhawi.

Mengundi Adalah Satu Bentuk Daripada Kesaksian

Jika kita melihat kpd sistem2 spt pilihanraya atau pungutan suara, ia pd pandangan Islam adalah satu bentuk kesaksian terhadap kelayakan calon. Oleh itu seorg saksi iaitu adil dan latarbelakangnya yg baik spt apa yg difirmankan Allah yg bermaksud:

Adakanlah dua saksi yg adil di antara kamu.- [At-Talaq 65: 2]

Firma Allah lagi yg bermaksud:Dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi. - [Al-Baqarah 2: 282]

Kita boleh meringankan syarat adil dan sifatnya di sini mengikut kesesuaian keadaan yg memungkinkan seramai mungkin rakyat memberikan kesaksiannya. Tidak akan digugurkan hak ini melainkan mereka yg telah disabitkan oleh Mahkamah jenayahnya yg mencemarkan kehormatan atau yg seumpamanya.

Sesiapa yg bersaksi kpd seorg yg tidak soleh bahawa dia adalah yg soleh, maka sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yg besar iaitu persaksian dusta yg telah digandingkan oleh Allah dgn dosa syirik menyekutukan Allah sebagaimana firman-Nya yg bermaksud:Maka jauhilah kekotoran syirik yg disebabkan penyembahan berhala serta jauhilah perkataan yang dusta. - [Al-Hajj 22: 30]

Sesiapa yg bersaksi kpd seorg calon bahawa dia adalah seorg yg baik dan sesuai utk sesuatu jawatan hanya disbbkan dia adalah kerabatnya, anak negerinya, atau utk kepentingan peribadi yg diharapkannya maka dia telah melanggar perintah Allah.Firman Allah yg bermaksud:Dan sempurnakan persaksian kerana Allah. - [At-Talaq 65: 2]

Sesiapa yg meninggalkan kewajipannya dlm pilihanraya sehinggalah calon yg amanah dan sesuai kalah, dan ia dimenangi secara majoriti oleh org yg tidak mempunyai sifat kuat lagi amanah, maka sesungguhnya dia telah melanggar perintah Allah yg menyuruh memberikan kesaksian sedangkan dia telah dipanggil utk melakukannya lalu dia menyembunyikan persaksiannya ketika seluruh umat Islam amat memerlukan persaksiannya.Firman Allah yg bermaksud:Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila dipanggil menjadi saksi. - [Al-Baqarah 2: 282]

Firman Allah lagi yg bermaksud:Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikan , maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. - [Al-Baqarah 2: 283]Sifat2 dan syarat2 sedemikian adalah lebih utama bagi sifat dan syarat seorg calon.Dgn kita menambah syarat2 dan petunjuk2 tersebut kpd sistem pilihanraya, kita akhirnya akan dpt menukarkannya menjadi satu sistem Islam walaupun pd asalnya ia diambil drpd org lain.-- > akhir teks

Allahua'lam...