Friday, December 12, 2014

Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015.

Tahun 2014 ini menyaksikan banyak perihal kehilangan bagi rakan rakan acik yang karib dengan acik..

Salah seorangnya adalah sahabat teragung iaitu arwah Farid Wajidi Ariffin yang telah kembali ke rahmatullah akibat barah.

Kehilangan beliau sememangnya teramat acik rasai kerana beliau merupakan seorang rakan yang amat baik dan konsisten didalam memberikan bantuan dan sumbangan kepada rakan rakan yang lain ketika diperlukan.

Acik yakin dan percaya dikala ini bahawa Allah SWT lebih menyayangi beliau berbanding diri acik dan kenkwn yang lain.  Kepada beliau acik doakan mendapatkan mati syahid dan mudah mudahan beliau mampu memberikan syafaat kepada kita semua InsyaAllah.

Sekian dahulu,  apa yang baik itu datang nya dari Allah dan yang buruk dan sering khilaf adalah kelemahan diri acik sendiri.. 

Wallahu'alam bisshawab.