Friday, April 20, 2007

Segala sesuatu adalah dgn kehendak Allah SWT...

Assalamu'alaikum wbt.

Syukur kehadrat Illahi kerna dgn limpah kurniaNya dapat acik kembali mengaktifkan jari jemari menukil kata dilaman blog yg tak seberapa ini.

Sepanjang minggu lepas, acik sebenarnyer sedang berada dirumah bapa mertua acik di jelebu sana atas urusan perkahwinan adik ipar acik. Alhamdulilah segala2nya telah selesai biarpun menghadapi pelbagai yg hanya Allah SWT saja yg tahu bagaimana peritnyer...
Walaubagaimanapun, biarlah ianyer menjadi kenangan dlm lipatan sejarah hidup acik sahaja.

Dikesempatan itu, acik sempat jugak bertemu dgn seorg pakcik yg merupakan adik kpd ibu mertua acik... Beliau yg dikenali sebagai 'pak itam aien' sememangnya merupakan salah seorg dari anggota tabligh yg bergerak aktif dimadrasah 'Sri Petaling'.

Mujur sempat berborak sebentar dgn beliau tatkala sedang berehat menghilangkan penat membanting tulang utk membantu memasak makanan di majlis tersebut yg berlangsungnya pada Hari Ahad 155hb April 2007.

Sedikit kata2 nasihat beliau kpd acik... bagaimana nak mengambarkan Allah SWT itulah yg sebenar2nyer menjadi penyebab bagi kiter pergi ke tempat kerja misalnyer... atau dpt dtg ke majlis sebgini... Kadangkala ada org yg mengganggap bahawa dia dpt pergi ke tempat kerja adalah kerana dia sihat... dia boleh membawa kereta kerana dia kaya... dia boleh berjalan kesana kemari semuanyer atas sebab usaha dari diri dia sendiri tanpa memikirkan langsung pada keupayaan dan segala2nyer adalah dtgnyer dgn keizinan Allah SWT jua..

Mmg benar tuan2 sekelian... sedikit sgt kiter terfikir bahawa segala sesuatu yg terjadi... segala sesuatu yg berlaku adalah atas kehendak dan kekuasaan dari Allah SWT jua... Yg biasa kiter fikir ialah aku pergi ke pejabat kerana aku sihat... kerana aku kuat dan sebagainyer... Jadi disinilah sebenarnyer peranan diri kiter serta rakan2 tabligh ini utk mengingatkan kiter serta mengajar kiter bagaimana nak mengubah mindset sebegini... Insyaallah... jika ada kelapangan lagi akan acik sambung semula mencoreti ruangan ini mengikut ilmu yg terbuku didada.

Sekian dulu, wabillahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt.

Thursday, April 05, 2007

Penjelasan Mufti Perlis Mengenai isu Bin Abdullah...

APABILA isu nama bapa wajib dikekalkan dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis, ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya. Sehingga orang yang telah lama sepi pun muncul membuat kenyataan di dada media. Emosi dan sentimen dengan aktif menempatkan diri. Ada yang menunggu ‘bola tanggung’ merasakan barangkali inilah peluang yang dinantikan.

Saya katakan: sabar dulu.Isu ini sebenarnya bukanlah fatwa saya secara individu. Sebaliknya keputusan sebulat suara ahli jawatankuasa yang terdiri daripada 12 anggota yang hadir. Sebahagian besar mereka adalah pensyarah universiti dalam bidang-bidang pengajian Islam yang pelbagai dan ramai yang memiliki Ph.D yang tersendiri. Alhamdulillah, Perlis mempunyai anggota fatwa yang teramai.

Maka, tidak wajar untuk dianggap ia sesuatu yang dibincangkan sepintas lalu tanpa penelitian. Cuma keputusan itu belum disahkan lagi oleh mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis.Memang, isu ini agak unik dan istimewa. Antara yang paling menyebabkan ia istimewa, ialah penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Melayu kita. Saya kurang pasti bagaimana di Brunei tetapi hal seperti ini tidak berlaku di negara-negara Arab atau Indonesia yang besar itu.