Tuesday, March 29, 2011

Kiter bukanlah seorang "hero" didlm kehidupan ini...

Assalamu'alaikum wbt.

“Setiap yang hidup pasti akan menemui mati kendatipun ianya berada didalam benteng yang tingi lagi kukuh…” Maksud firman Allah SWT didlm Al-Qur’an…

Arini acik mendapat perkhabaran mengenai kehilangan seorang ibu kepada seorang teman seperjuangan diofis acik… Ibunya yg dikatakan selalu sakit telah kembali ke rahmatullah hari ini... semoga roh ibu beliau ditempatkan dikalangan orang yg mendapat rahmat dariNya… InsyaAllah.

Kedapatan diantara kiter sering menganggap bahawa diri kiter sebagai seorang “hero pilem hindustan" sebagai cth… mcm mana teruk sekali pun kekalahan yg dialami… bagaimana teruk sekalipun tumbukkan yg dikasi… dan bagaimana teruk sekalipun situasi yg dihadapi namun hero tetap akan kalah dahulu menang kemudian…. Hero takkan mati dlm pilem tersebut... Sebagai seorg hero... jgn risaulah... jln citenyer pun kiter dah boleh agak... takkan mati punyer hero nie...

Begitulah sikap segelintir manusia termasuklah acik sendiri… Kiter menyangka bahawa dlm kehidupan kita skrg nie… kitalah heronyer… mana ada kuasa yg boleh mengugat kedudukan kita?… mana ada org yg berani menganggugugat kehidupan kita?… mana ada org yg berani mencabar kiter? Mana ada “kematian” ke atas kiter sehinggakan kita menyangka kitalah heronyer… "hero dlm pilem mana boleh mati maa…" "dia takkan kalah punyerlah…" begitulah pemikiran kiter...

Jangan begitu sahabatku sekelian… jangan sesekali kiter menyangka bahawa diri kita adalah seorang hero didlm kisah kehidupan kiter sendiri.. Kiter hanyalah sebagai hamba Allah SWT yg pasti akan kembali ke pangkuanNya nanti… akan dimamah ulat… akan dikebumikan bila tiba masanyer… oleh itu persiapkanlah perbekalan sebelum kiter hadir ke "bawah" sana nanti…

Pernah Ustaz Ismail Kamus menerusi ceramahnyer berkata “ manusia nie sering menyifatkan kematian itu seperti ayam yg dimasukkan ke dlm raga ayam… bila tuan ayam ambil seekor ayam iaitu rakannya didlm raga tersebut maka ayam yg terselamat akan berkata “alahh… itu dia yg kena, kita tak lagi”… esoknyer tuan ayam sembelih lagi seekor ayam sampailah sampai kepada turn kita sendiri… masa itu adakah kita masih nak kata “alahh… itu dia yg kena, aku tak lagi… leh enjoy lagi nie…”.. nauzubillahiminzalik… minta jauhlah semua akan sikap sebegini…

Masa yg terhad dihadiahkan oleh Allah ini kiter gunakanlah sebaiknyer… acik menyeru kepada diri sendiri agar insaflah… kembalilah ke jalan Allah… jgnlah tunggu sehingga Allah menurunkan azab siksanyer kepada acik nanti… insyaAllah… semoga apa yg acik sampaikan akan acik dahulu laksanakan dan ambillah iktibar jika ada iktibar padanyer…

Wallahu a’lam bisshawab.

Monday, March 28, 2011

Belajar berjimat sehabis mungkin setiap bulan...

Assalamu'alaikum wbt...

Arini acik nak berbicara mengenai topik seperti diatas... Untuk makluman semua, acik bukanlah ada background seorang yg pakar ekonomi dan pakar kewangan seperti Pakdi ini... sekadar mentelaah buku dan membuat kajian sendiri mengenai ilmu pengurusan kewangan peribadi semata²... Jadi jikalau ada pendapat acik yg tidak bertepatan dgn situasi dan keadaan ekonomi kalian semua, maka tinggalkan jelah tips² yg acik kasi nie...

Sebenarnya nak berjimat nie mmg ada jalan dan caranyer... namun masalah yg timbul ialah disiplin dari dalam diri kita sendiri... kasilah apa saja tips... apa saja motivasi yg benar² tepat dan hebat, namun jika diri sendiri taknak... takmo... tak hendak maka tak boleh nak buek papelah jawabnyer... sendiri mau ingatlah bak kata nabil si raja lawak tue... hehe.

Kalau kita lihat dari segi penjimatan berbelanja untuk makanan... haa... yg nie ramai yg selalu mempersoalkan... kenapa perlu kita berjimat kalau nak makan... dah ler berhempas pulas pagi petang siang malam nak cari duit... aleh² nak makan Johny's pun sering disekat... haa... yg nie jgnlah kita salah faham... bukanlah tak boleh nak makan menda² mahal dan sodap tue sumer... namun berpada²lah... Jgnlah terlalu kerap sampai sebulan 2-3 kali kota dok bedal KFC.. dok bedal McD... dok bedal Pizza dan yg sama waktu dengannyer... sesekali tue wong solo pun cukup laa... hehe.

Sebenarnyer perut nie punca penyakit dan punca kemerosotan tahap kesihatan kita saban hari.. kalau hari ini kita tak menentukan kadar pengambilan garam... kadar pengambilan gula... kadar pengambilan kolesterol di badan kita maka percayalah... akan dtg mesti badan kita akan dpt penyakit kecuali kita bersenam dan melakukan aktiviti² beribadah yg disyorkan... Sebab itu dgn mengawal pemakanan sebenarnyer dah boleh menjimatkan duit kita setiap bulan... walaupun sedikit namun berbaloi... cuba kita pi letak duit kat Tabung Haji setiap kali terasa nak makan KFC, McD etc sumer tue.. nescaya akan byklah saving dan tabungan kita utk ke tanah suci...

Dalam pada itu, jgn meremehkan simpanan duit syiling kita... haa... nie tips kedua acik... mmg acik suka sgt menyimpan duit syiling nie.. kenkadang sengaja jer acik pi pecahkan duit seringgit dengan membeli gula² Hack setiap kali lepas makan tgh... tujuannyer nak pastikan setiap hari ada jer duit syiling yg berjaya dimasukkan ke dalam tabung Master Potato yg acik beli sesekali sekala tue... Kalau boleh dompet kita tue jgn ada walau satu sen pun duit syiling... kalau ada jer pastikan cepat² lepas pulang rumah kita masukkan ke dalam tabung kita tadi...

Disamping itu, kalau dah penuh duit syiling tue nak kemana kita masukkan?... Jgn ler dok masukkan ke dlm account kita... cuba tgk account anak kita yg kita bukak waktu dia dpt duit raya tahun pertama dilahirkan tue... haa... masukkan duit syiling tue bila dah penuh ke dalam tabung bersama anak kita tue... Mmglah ianya boleh kita keluarkan... namun bila nak keluarkan tue maka ingatlah bahawa dah besar besok mesti anak kita menyumpah kita sebab takde pun buat tabungan utk dia... sebab tue... jgn ler sesekali kita keluarkan balik duit tue... anggap jelah duit tue duit anak kita... dan kita takde hak ke atas duit dia walaupu kita ayahnya... pedulik hape!... hehe.

Selain itu, kalau dpt jer bil air.. bil api... bil Syabas dan TNB nie mudah diletakkan kat dompet duit kita tue sebab kecik saiznyer... setiap kali dpt jer bil tue cecepat kita masukkan dlm dompet kita... setiap kali nak keluarkan duit dlm dompet maka akan teringatlah akan bil² yg belum dilunaskan tue... maka dptlah kita berjimat cermat sedikit... Bukannyer apa... kalau dah kosong dompet tue dari segala bil maka barulah hati kita gembira... ye dak?... Disebabkan itu, tips ini perlu kalian semua cuba lakukan... masukkan bil² air api kalian dlm dompet belah kiri atau kanan tue... sebelah lagi letak ler duit... jadi setiap kali tgk duit tgk ler bil anda yg punyalah mahal tuhh... makan api ke hape kalian nih?! hehe.

Acik sambung tahun depan... ops!... hehehe....

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah buat adik² yang lulus peperiksaan SPM...

Assalamu'alaikum wbt.

Acik mengambil kesempatan ini utk mengucapkan tahniah buat semua anak buah, sepupu, dan kenkawan serta semua umat yg mengambil peperiksaan SPM tahun lepas yg diumumkan hari ini... Semoga dengan kejayaan ini akan lebih menjadikan anda lebih dewasa dengan kehidupan...

"Belajar bukanlah untuk peperiksaan... tetpi untuk kehidupan didunia dan diakhirat"


Wallahu a'lam bisshawab.

Thursday, March 17, 2011

Membeli Kereta Barangkali Tindakan Kita yang Paling Bodoh?

Acik tertarik utk mengupas isu yg terdapat dilaman Pakdi.my mengenai topik iaitu Membeli Kereta Barangkali Tindakan Kita yang Paling Bodoh

Acik ada berikan komen seumpama ini:

Salam,

Pendapat acik berbeza, nak beli keta boleh, tapi dgn syarat dah ada 2 keta… makna kata satu keta kecik (jimat minyak, utk perjalanan ke tempat kerja), satu keta besar utk perjalanan keluarga ke tepian pantai, guna sekali sekala jer…

Kalau anda dah punya keta kecik, tak salah nak sambau keta besar dgn syarat keta kecik tue dah habis bayar ler… fullsettlement… dan sebaliknya bagi yg berkereta besar, belilah keta kecik utk tujuan ke tempat kerja.

Acik kurang setuju dgn pendapat naik motor lebih afdal dari naik keta, hal ini membahayakan nyawa anda semata². Mmg cepat sampai, mmg jimat kos tol, minyak, parking sumer… tapi kalau “terkena harinya”… sendiri mahu ingatlah akan yg tersayang…

Beli keta kedua pun jgn ler beli keta yg mahal², bebaru ni acik tgk kat mudah.com kita nissan serena baru dlm RM40k jer… tujuannya pun hanya utk sesekali jln balik kg atau honeymoon… hehehe…

p/s: My seposen jer..

Saturday, March 12, 2011

Tips akhirat untuk blogger facebooker dari TGNA...

Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.

Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)

Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”

Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).


Selamat Tinggal Facebook... 3 hari lagi nak tutup?... hehehe..

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

"Facebook has gotten out of control," said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, "and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness."

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

"After March 15th the whole website shuts down," said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. "So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won't be able to get them back once Facebook goes out of business."



Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

"I personally don't think it's a big deal," he said in a private phone interview. "And to be honest, I think it's for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That's always a good thing."
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

"What am I going to do without Facebook?" said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. "My life revolves around it. I'm on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?"

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

"I'm glad the Facebook nightmare is over," said Jon Guttari, a single parent from Detroit. "Now my teenager's face won't be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her."

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise.

Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

"I don't care about the money," said Zuckerberg. "I just want my old life back."

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

p/s: Terbaca satu artikel, kalau ler pemilik facebook nie umat islam, dah tentu byk pahalanya menghubungkan silaturahim sesama insan diseluruh dunia nie.. namun begitu jika sekiranya dia mengetahui keburukan yg dah dia lakukan dgn adanya facebook kat dunia nie... nescaya tak tertanggung dosanya kepada seluruh penduduk dunia... Hmm... setiap sesuatu pasti ada baik dan ada buruk sebab tue adanya syurga dan adanya neraka... :)

Satukan semua loan menjadi satu...

Assalamu'alaikum wbt...

Arini acik masuk skit isu kewangan kat dlm blog nie yer... almaklumlah bebaru ni acik dpt tahu ada sebuah bank yang menawarkan interest rate yg begitu murah untuk selama 10 tahun iaitu sebanyak 4.69% sahaja.

Justeru itu, didalam mesia raya kita dah tentulah memasing sedia al-maklum... takde seorang pun umat yang boleh lari dari membuat loan pinjaman dimana² institusi kewangan kecuali org tue anak org kaya atau mmg kaya dari awal lagi... hehe...

Waktu nak belajar pun kita dah membuat pinjaman iaitu samada pinjaman MARA atau PTPTN... jadi masalah berhutang nie mmg tak mampu dielakkan lagi... cuma kenalah pandai kita mengatasi masalah ini dan bersyukur serta beruntunglah kalau mak ayah kita pandai dan rajin nak menyimpan utk kita dari kecil lagi jadi dah takde masalah kita nak berhutang dgn bank lagi... :)

Jadi acik cite skit situasi acik skrg... acik mmg mempunyai 2 personal loan dan 1 loan kenderaan skrg ini... Jadi dari 3 loan tersebut acik bercadang nak membayar atau mencantumkan kesemuanya menjadi satu sahaja atau berhutang dengan satu institusi kewangan sahaja utk mengelakkan pembuangan masa dok bayar setiap kali dpt gaji dan takut tak terbayar nanti...

Tuesday, March 08, 2011

Kenapa Allah Turunkan Masalah Kepada Kita?

Acik terbaca suatu artikel di ofis acik semlm mengenai "Kenapa Allah turunkan masalah kpd kita?"

Sebenarnyer tujuan masalah diturunkan kpd kita adalah utk menyedarkan kita mengenai potensi diri kita… masalah yg dimunculkan dlm hidup bertujuan utk membongkar kekuatan yg terpendam dlm diri… kebanyakkan org yg berjaya, hidup mereka asalnya susah…

Dari sebab kesusahan tersebutlah mereka berusaha utk keluar dari kepompong kemiskinan… yg miskin bekerja kuat dan belajar bersungguh² demi meringankan beban keluarga yg dipikulnya…

Hidup susah itu satu masalah. Namun mereka memfokuskan pada penyelesaian masalah tersebut iaitu dengan keluar dari hidup yg susah, membina hidup yg senang. Sebab itu kita perlu sentiasa muhasabah diri agar dpt menyelesaikan segala masalah yg kita hadapi selama ini.

Monday, March 07, 2011

Muhasabah dan muhasarawak diri seh!...

Adakalanya besarnya nilai sesuatu di mata kita, namun belum tentu di pandangan Allah s.w.t

Adakala remehnya nilai sesuatu itu di mata kita, namun apakah sama di sisi Allah s.w.t

Adakalanya cantik,elok dan baik sesuatu perkara di fikiran kita,
tapi apakah zahirnya sahaja?

Adakala kita sering memikir cinta,kasih syg seseorang kpd kita,
apakah sudah cukup kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..

Adakala kita merasakan Istikarah itu jalan pemilihan dalam percintaan,
apakah istikarah itu hanya utk perkahwinan..

Bagaimana nak memulakan bicara?...

Assalamu'alaikum wbt dan selamat malam semua...

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita sekali lagi bersama² menuliskan sedikit kata yg terbuku dihati...

Bak tajuk diatas, bagaimana nak memulakan bicara?... Kenkadang acik lama jugak terhenti bila membuka bahagian posting bagi post terbaru dari acik nie... sebab apa, tak reti dan takde idea nak mulakan bicara...

Sungguhpun tajuk blog acik nie "Bicara Acik fosilmitra" namun itulah masalahnya... tak tahu nak bicara apa dah setiap kali nak menulis kata kat sini... Nak cite pasal agama... acik nie bukanlah orgnyer yg selayaknya berkata² pasal agama... Nak cite pasal kewangan... adalah sikit sebanyak acik belajar dan membaca buku pasal kewangan... namun nak diceritakan balik apa yg telah acik baca... hmm... kenalah salin sebijik mcm yg dlm buku tue...

Dah tue nak bicara pasal apa kat blog acik nie ek?... Hmmm... haa... acik dpt satu tajuk yg acik rasakan perlu juga acik luahkan disini... Tajuk mengenai facebook... yaa... jgn dok kata acik tak punya account facebook... acik pun ada... cuma malas nak publish jer.. hehehe...