Thursday, July 29, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud



Dalam tidak sedar.



Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya

memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh

dari hati kita selama ini..



Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa

solat..



Wednesday, July 28, 2010

Gurindam dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin

+++++++=============================+++

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari

kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..

kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..

kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..

kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..

tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?

papa semakin parah..? wang semakin lelah..?

jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..

kerana kerajaan kita sedang susah..?

maka subsidi kita terpaksa diserah..

Wednesday, July 21, 2010

Kerajaan salah, rakyat dihukum

Adakah benar bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019? Kenyataan ini tidak dibuat oleh YB Lim Kit Siang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun YAB Dato Seri Tok Guru Nik Aziz.

Yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang pemimpin Barisan Nasional sendiri. Seorang menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri telah berani tampil ke hadapan untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa negara kita akan muflis dalam tempoh 9 tahun lagi. Beliau menyarankan supaya subsidi yang diberikan kepada rakyat ditarik balik untuk menyelamatkan negara.

Menurut Datuk Idris Jala , hanya dengan cara ini kita boleh menyelesaikan masalah ekonomi yang serius dihadapi oleh negara kita. Jika apa yang disebutkan oleh beliau itu adalah benar, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?

Negara kita diperintah oleh komponen BN sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Jika negara kita menghadapi masalah ekonomi yang begitu meruncing, bukankah itu berpunca daripada ketololan dan salah urus kewangan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Sudah tentu kita tidak boleh salahkan DAP, PAS, PKR mahupun rakyat dalam hal ini.

Tuesday, July 20, 2010

Hadiah Kerajaan 1 Malaysia Kepada Rakyat


RON 95 naik 5 sen

Diesel naik 5 Sen

Gas LPG naik 10 sen sekilo

Gula naik 25 sen sekilo


Tajuk topik adalah nukilan dari northern from Bincang.net Bilik Bincang Semasa.

Kenkadang pelik jugak acik dengan kerajaan Barisan Nasional nie... seakan tidak mahu belajar dari kesilapan lalu... bagaimana dizaman Pak Lah kerajaan telah menaikkan harga minyak yang jauh lebih tinggi dari harga yang dinaikkan sekarang... Namun sungguhpun tidak begitu banyak kenaikan yang dibuat (atau secara mendadak) namun perkataan "HARGA MINYAK NAIK" sememangnya menjadi fobia bagi masyarakat pertengahan atau berpendapatan sederhana di negara kita ini.

Acik seakan dapat rasakan disebabkan kenaikkan ini, di Buletin Utama berlumba² pulak kerajaan membuat liputan mengenai perihal kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang diambil alih oleh pihak pembangkang yang mana mengenai isu korek pasir (curi pasir), isu bekalan air akan habis, isu felda dan harakah daily yang hendak ditamatkan dan pelbagai lagi isu yang rata² membuatkan masyarakat merasakan bahawa kerajaan Pak Lah dan kerajaan yang diterajui oleh Najib seakan 2 x 5 sahaja.

Acik takmo nak mengupas lebih panjang lagi isu mengenai kenaikkan minyak ini, cuma satu yang acik nak seru kepada pembaca budiman semua agar dapatlah kiranya mengambil langkah berjaga² dengan keadaan ekonomi semasa ini. Disamping itu, acik juga menyeru kepada semua agar banyakkanlah membaca buku² panduan menguruskan wang gaji dan menguruskan kewangan peribadi anda agar tidak menyesal dikemudiaan hari.

Thursday, July 15, 2010

"Paul" si tukang tenung World Cup South Africa 2010

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Keghairahan teka pemenang Piala Dunia berdasar gerakan binatang boleh jejas akidah

KEJAYAAN Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 awal pagi kelmarin menjadikan sotong kurita bernama Paul semakin popular mengalahkan bintang bola sepak yang berjuang bermati-matian di padang untuk meraih kemenangan setiap perlawanan.

Sotong di Akuarium Sea Life di Oberhausen, selatan Jerman itu sebelum ini membuat ramalan mengenai perlawanan membabitkan pasukan Jerman yang kebetulan, ramalannya mengena. Rentetan ramalan Paul yang mengena itu, ada pihak termasuk sesetengah umat Islam seakan-akan percaya sotong ini memiliki keajaiban untuk menentukan hala tuju sesuatu perlawanan.
Sungguh aneh, budaya yang begitu sebati dalam masyarakat Arab zaman jahiliah kini menular di kalangan peminat bola sepak pada zaman serba moden. Arab jahiliah dulu memang hidup mereka sentiasa dibayangi amalan syirik, tahyul dan khurafat.
Contohnya, jika mereka ingin memulakan sesuatu perjalanan, mereka akan melihat gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan.


Wednesday, July 14, 2010

Awas! Boleh jadi kufur percaya ramalan sotong tentang keputusan Piala Dunia

Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:

Maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."

Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

Ertinya:
"Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."

Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;

مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد

Maksudnya:
"Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."

Friday, July 02, 2010

Rancang wang Dari Sekarang...

:salam:

Mungkin blog ini hanyalah blog kewangan peribadi, namun segala isu dan hal ehwal kewangan yang diutarakan mempunyai komentar dari segi islam… Wajar ditonton untuk semua.

Mengenai buku ini, acik telah membelinya, bukanlah nak promosikan buku ini disini, namun ianya amat sesuai untuk mereka² yang mempunyai masalah kewangan yang tengah serius sekarang nie disamping isu² yang dibawakan mempunyai unsur² keislaman sekali. Wajar beli!

Wassalam.

http://www.pakdi.net/

http://www.pakdi.net/bagaimana-untuk-beli-buku-pakdi/