Monday, June 18, 2007

Bolehkah wanita berlakon sambil botakkan kepala?

WANITA
MEMBOTAKKAN KEPALA
Untuk Berlakon : Satu Kemungkaran

Antara produk Islam Hadhari sejak sekian lama ia dilancarkan sebagai satu konsep dan prinsip hidup masyarakat Negara ini ialah lahirnya pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti Syarifah Amani Syed Zainal Rashid .

Sebelum ini beliau telah banyak kali membuat penampilan yang kontraversi termasuklah kenyataannya yang dianggap menghina bahasa dan bangsa sendiri . ("I sound stupid if I speak Malay" )

Juga beliau tergamak untuk tampil melakukan aksi yang pastinya menjolok mata seperti apa yang lakukannya dalam filem Gubra .

Kali ini , beliau sekali lagi menggemparkan Negara dengan kesanggupan membotakkan kepala untuk tampil dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul Muallaf .
Nasib beliau sangat baik di bawah kepimpinan Pak Lah yang berkonsepkan Islam Hadhari berbanding ustaz dan penceramah agama di masjid dan surau yang sering dihimpit kerisauan . Bukan sahaja penceramah agama ini akan di gam kerana tiada tauliah tetapi tidak kurang juga yang ditangkap dan didenda .

Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini . Inikah bentuk tamaddun yang mahu dilahirkan oleh Islam Hadhari ? Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt .

Satu rasa simpati diberikan kepada mereka seperti Syarifah Amani yang rosak mindanya akibat terperangkap dalam system yang tidak mendidiknya menjadi wanita muslimah yang solehah .
UMNO dan BN bertanggungjawab dalam hal yang seperti ini. Keengganan mereka melaksanakan syariat dan system hidup berlandaskan keluhuran agama dan ketulusan akhlak akhirnya melahirkan individu seperti Syarifah Amani dan lainnya.

Program reality tv seperti Akademi Fantasia juga dilihat satu aktiviti dalam system yang terpisah jauh dari wahyu Ilahi ini dan akhirnya melahirkan individu yang sangat janggal dan ganjil di mata Islam .

Akademi fantasia melahirkan penyanyi wanita yang bertudung dengan aksi rock dan tarian yang meliuk lintuk di hadapan khalayak . Tanpa malu dan tanpa segan sebaliknya bangga tanpa pula rasa bersalah terhadap agama.

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan bagaimanakah UMNO dan BN mahu melahirkan masyarakat yang menepati rukun atau prinsip pertama Islam Hadhari iaitu manusia beriman dan bertaqwa ?

Apakah aktiviti seperti ini dianggap mampu melahirkan insan beriman dan bertaqwa menurut acuan Islam Hadhari ? Hari ini lahir pula Anugerah Ikon Malaysia sebagai satu lagi aktiviti atau produk Islam Hadhari selain dari program Gang Starz yang kian rancak di kaca tv.

Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita .
1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata :
نهى النبي أن تحلق المرأة رأسها .
Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya .
Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya

2. Abi Musa Al Asya'ri Rha. Berkata :
برئ رسول الله من الصالقة و الحالقة
Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah .
Dikeluarkan oleh Imam Bukhari
Ulasan :
Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.

3. Dari Ibnu Abbas Rhma :
قال رسول الله ليس على النساء حلق و إنما على النساء التقصير
Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya .
Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj
Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang .

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini .
أما قصر الشعر و تقصيره من أجل الزينة و التجمل فهو جائز إذا كان بإذن زوج بشرط ألاّ يصل إلى حد تشبه بالرجال
Maksudnya :
Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .

Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :
و ألاّ يكون ذلك بأيدي رجال الأجانب
Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting )
Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .
Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ?

Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram .

Kerajaan Mesti Peka

Kerajaan digesa agar lebih peka dalam soal yang berkait dengan agama dan hukum . Garis panduan berasaskan syara' mesti dikeluarkan untuk industri perfileman Negara begitu juga untuk industri hiburan agar ianya tidak menyeleweng dari syariat dan merosakkan akhlak serta minda masyarakat.

Friday, June 15, 2007

Bisness Internet... Pandangan Islam terhadapnyer...

"Barangsiapa yang tiada berupaya menghasilkan wang walau sesen pun menerusi internet, sedangkan mereka memasukinya saban hari, maka, sesungguhnya mereka tergolong di kalangan orang-orang yang rugi"

Mohd Suhaimy a.k.a shuth (WangCyber.com Founder)
<http://mohdsuhaimy.com>

Assalamu'alaikum wbt.

Acik sebenarnyer tertarik utk mengambil sedikit kata2 yg acik perolehi dari seorg sahabat yg mempromosikan kpd acik bisness internet di kenali sebagai 'Uptrend Network S/B'. Pada mulanya acik seakan tertarik jugak utk mengikuti 'Pelan Hybrid' yg beliau nyatakan didlmnya.

Namun setelah diselidiki dan setelah acik merujuk kpd seorg sahabat yg merupakan salah seorg pakar rujuk agama acik... Lantas acik terpaksa menolak sistem/pelan yg dipromosikan dgn baik..

Kedapatan antara kesukaan org melayu dan kelekaan bangsa kiter ialah kealpaan mereka untuk memahami sistem ekonomi dan jugak kewangan islam. Seorg sahabat acik yg jugak pelopor "MIBS" mengatakan tak byk org islam yg berminat utk mengambil tahu dari mana sesuatu produk atau sumber kewangan yg diperolehi utk memulakan pelan2 MLM atau yg seumpamanyer ini.

Yg mereka tahu hanyalah nak kereta besar dan rumah besar seperti yg ditunjukkan kelebihan2 org yg mengikuti pelan hybrid uptrend tersebut. Insyaallah.... acik akan bersambung kemudian...

Wednesday, June 13, 2007

Tuan BDN yg baru... Exabytes

Salam sejahtera kepada semua pengendali dan ahli-ahli Bincang.net,

Sukacita diumumkan bahawa saya ialah pemilik baru forum Bincang.net. Selain itu, saya juga adalah pemilik kepada forum WebmasterMalaysia.com dan syarikat hosting berbayar, Exabytes.com.my.

Bincang.net telah ditutup selama seminggu disebabkan kerja memindahkan forum ini ke server Exabytes. Oleh sebab saya baru mengambil alih Bincang.net, saya akan mengambil peluang ini untuk berbincang dengan pengendali-pengendali dan juga ahli-ahli tentang masa depan Bincang.net.

Saya berharap anda semua boleh terus menyokong Bincang.net and memastikan Bincang.net terus subur. Sementara saya mengadakan perbincangan dengan pengendali-pengendali Bincang.net, semua aktiviti di Bincang.net akan tetap berjalan seperti biasa.Jika anda mempunyai sebarang cadangan untuk menyuburkan lagi Bincang.net ataupun menghadapi sebarang masalah, sila PM saya.

Terima kasih.

- CHAN

Thursday, June 07, 2007

DEBAT KES LINA JOY KHAMIS INI!!

Assalamualaikum,

Sebagai reaksi segera terhadap keputusan kes Lina Joy, DAP menganjurkan suatu forum berkenaan dengan kes tersebut. Namun, melihat kepada komposisi ahli panelnya, jelas terlihat kepada kita yang DAP dan mereka yang sealiran dengannya seolah-olah memasang perangkap untuk mempertikaikan keputusan kes tersebut disamping terus mempromosikan kebebasan beragama (baca : kebebasan untuk murtad).

Justeru, ummat Islam diharapkan hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada satu-satunya wakil Islam di dalam forum tersebut, iaitu Sdr Yusri Mohamad (Presiden ABIM). Sila hebohkan kepada teman2 yang lain melalui emel dan SMS. Butir-butir mengenai program ini adalah seperti berikut :

MALAYSIA AFTER LINA JOY : A DIALOGUE

Date : 7 June 2007 (Thursday)
Time : 7.30 pm
Venue: Hotel Armada, Petaling Jaya

Panel of Distinguishe Speakes:
Ambiga Sreenevasan , Malaysia Bar Council President
Yusri Mohamad, President of Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Leonard Teoh, Legal Advisor, Malaysia Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism & Sikhism
Lim Kit Siang, DAP
Lim Guan Eng, DAP Secretary General

Chairperson : Tony Pua

Admission Free.