Friday, January 04, 2013

Banyak Melakukan Maksiat : Bagaimana Mahu Bertaubat?

Memetik dari suatu soalan seorang ahli forum diBDN.. soalan yang seakan sinonim jugak dengan keadaan acik selama ini... macam mana nak bertaubat dan mulakan perubahan...?

Dah lama saya fikir untuk berubah ke arah kebaikan...tapi susahnya nak tinggalkan kebiasaan saya selama ini.

Sebenarnya saya bukanlah katagori budak yang dah sesat sangat.alhamdulillah masih ingat dimana bumi berpijak dan apa agama saya. Cuma saya terfikir nak berubah kearah yang lebih baik(salah satu azam tahun ini)....sebab selama ini saya rasa saya selalu lalai dengan perintah agama... bile berpakaian tak mengikut syarat yang betul sebagai islam(walaupun bertudung tapi ada masanya tak jaga aurat dengan betul di hadapan yang bukan mahram)...lepas tu kadang2 ambil remeh soal menunaikan solat.....kdg2 lupa batas pergaulan dengan lelaki yang bukan mahram.

bila tengok orang bertudung labuh n litup/bersarung tangan dan kaki/berpakaian labuh tanpa menunjukkan bentuk tubuh...tiba2 hati berdetik untuk berubah seperti itu...dan bila bergaul dengan mereka kadang2 saya rasa rendah diri...sebab terasa diri ni sgt tak sempurna....

saya cuba perlahan-lahan nak berubah ke arah yang lebih baik tapi terkadang masih lalai dan tak boleh tinggalkan perkara2 yang dah biasa saya lakukan selama ini...mohon pendapat kalian semua bagaimana saya nak tinggalkan kebiasaan saya tu dan berubah seratus peratus....saya cuma nak ikhlas dengan apa yang saya buat...saya taknak orang tengok saya berubah macam hangat2 tahi ayam saja...



Acik bukanlah org terbaik utk memberikan jawapan dan buah fikiran, cuma sedikit ulasan yang dapat acik simpulkan disini... salah satu perkara yg menjadi masalah didalam kita mahu berubah dan bertaubat ialah "Istiqamah yakni berterusan"...

Kadangkala mmg betullah ckp org, kita selalunya seperti hangat² tahi ayam dan seperti minuman coca-cola... bila tin dibuka... gas karbonat yang terkeluar melimpah² samalah seperti semangat kita yang berkobar² tadi utk mula melakukan perubahan dalam diri...

Namun acapkali berlaku, semangat dan iltizam tersebut hanyalah sementara dan kadangkala tak sampai sehari dua kita dah mula lupakan semula azam tahun baru kita... kita udah lupa dah akan dosa yg kita cuba elakkan... kita dah lupa utk kembali menutupi aurat dan sebagainya...

Manusia dilahirkan sememangnya mudah lupa dan mudah lalai dan alpa.. biasakan diri kita utk tidak mengingati kembali apa saja dosa samada kecik mahupun besar yang pernah kita lakukan....

*bismillah Saya banyak bt dosa maksiat. Dosa2 tu saya buat bkn kerana jahil, tapi kerana ikutkan nafsu. Saya tahu apa yang saya buat tu salah, berdosa, dan mendatangkan murka Allah, tapi saya buat jugak. Family n kenalan mungkin xtahu pun dosa2 yg sy bt coz saya ni gadis yang sopan, menutup aurat walaupun masih belum sempurna (xbertudung labuh). Saya ni jugak agak menjaga ikhtilat dengan lelaki. Tapi, itu semua luaran saya. Dalaman saya amat kotor. Kadang2 saya menyesal, dan mohon ampun, berjanji dengan Tuhan untuk tidak mengulangi tapi akhirnya saya ulang lagi dan lagi. Sekarang, saya selalu memikirkan tentang dosa2 saya. Saya nak kembali pada Tuhan. Saya nak bertaubat dengan taubat nasuha. Tapi, bila saya dekatkan diri dengan Allah, saya rasa Allah jauh sangat dengan saya. Saya nak bertaubat, tapi hati saya belum membenci kemaksiatan yang saya lakukan. Saya berdoa supaya allah lindungi saya, matikan niat say untuk melakukan maksiat, tapi saya tewas dengan nafsu saya. Saya tengok ada orang betol2 menyesal atas dosa mereka dan membenci dosa2 mereka. Macammana saya nak adakan perasaan tu? Saya betul2 nak bertaubat, tapi bukan taubat seorang pendusta. Saya nak banyakkan amal ibadat macam solat sunat tapi badan ni rasa malas sangat. Saya ada terfikir nak masuk sekolah pondok, mudah mudahan ada orang bimbing saya dengan agama. Tapi masalahnya, saya skrg bljar lagi, untuk diploma dan ada setahun lagi. Dalam tempoh setahun tu, saya takut saya terus mengulangi dosa2 saya. saya takut saya tak sempat bertaubat. Nauzubillah.

Sumber: Banyak Melakukan Maksiat : Bagaimana Mahu Bertaubat?

1. Berdoa
Memohon Perlindungan Allah Dari Kejahatan Syaitan & Nafsu Yang Menggoda Dalam hadis yg diriwayatkan oleh At-Tirmizi & dia mensahihkannya, daripada Abu Hurairah R.a Bahawa Abu Bakar R.A berkata : " Ya Rasulullah ajarkan aku sesuatu yang boleh aku baca pada pagi & petang hari!" Rasulullah s.a.w bersabda, " Katakan, "Ya Allah, zat yg mengetahui alam ghaib & alam nyata, pencipta langit & bumi, & pemelihara segala sesuatu sekaligus pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung diri denganMu dari keburukan hawa nafsuku (jiwaku) dan keburukan syaitan dan perangkapnya. Aku mengakui keburukan nafsuku (jiwaku) atau aku mengarahkan keburukan tersebut kepada org Muslim. Sabda Rasulullah lagi, "ucaplah doa tersebut jika engkau berada di petang hari, pagi hari, dan jika engkau akan tidur. (Diriwayatkan At-Tirmizi)

2. Tutup Pintu Maksiat
Kenalpasti apa yang boleh mendorong maksiat itu berlaku dan cuba jauhkan diri darinya. Kalau sumber maksiat itu datang dari gambar, cd & sebagainya musnahkan dia. Kalau datang dari diri sendiri seperti akibat tidak menjaga pandangan maka jaga pandangan mata kerana menurut Ibnu Qayyim dalam kitabnya ad-da' wal-dawa asas kepada penjagaan kemaluan adalah dengan menjaga mata kerana dari mata akan turun ke hati, dari hati akan lahirnya keinginan & apabila keinginan membuak2 maka akan lahirnya tindakan selagi tiada sesuatu yang menghalangnya.

3. Banyakkan Berpuasa Sunat
Syaitan mengalir di dalam tubuh melalui pembuluh darah oleh itu Nabi menganjurkan kita menyempitkan laluan tersebut dengan banyak berpuasa. Puasa juga boleh melemahkan nafsu.

4. Penuhi Hati Dengan Zikir & Bacaan Quran
Nafsu akan mencari hati-hati yang kosong lalu mentetap di dalamnya. Oleh itu, jangan biarkan hati saudari kosong. Perkasakan spiritual dengan banyak ingat Allah melalui amalan-amalan sunat dalam masa yang sama jaga betul2 amalan yang wajib kerana itu semua merupakan antibodi yg akan protect kita dari melakukan maksiat kepada Allah. Akhir sekali saya ingin ingatkan saudari & diri saya sendiri : Muhammad al-Lufaf r.a pernah berkata : Barangsiapa memperbanyak mengingat kematian, maka ia akan dimuliakan dengan 3 hal : Menyegerakan bertaubat, merasa puas dengan dirinya, & bersemangat dalam beribadah, dan Brangsiapa yg lupa akan kematian ia akan dicela dlm 3 hal : Memperkecilkan taubat, berbuat buruk di dunia & malas beribadah. (Mukhtasor Tazkirah al-Qurtubi)

(Ini jawapan dari ahli forum IluvIslam.)

Dan tanda-tanda taubat kita sedang diterima oleh Allah SWT ialah;

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Wallahu a'lam bisshawab.

1 comment:

Anonymous said...


Terimakasih banyak.
Zaki dari Indonesia :-)