Buat sahabatku Farid wajidi... maafkan aku kiranya mengambil masamu sedikit untuk membaca nukilan ini... aku tahu... masamu sekarang ibarat emas dan terlalu bernilai untuk disia-siakan... setiap saat dan setiap detik nafas yang dikau sedut... tidak ternilai harganya berbanding kami yang masih lagi lalai dan alpa ini...
Sahabatku farid wajidi,masihkah kau ingat satu email yang pernah ko karangkan kepada kami rakan² kau di BPIMB dulu... disini izinkan aku mengimbasnya kembali...
From: Farid Wajidi Ariffin [mailto:wajidiconsultant@gmail.com]
Sent: Saturday, September 25, 2010 6:57 PM
To: shah-h@xxxx.com.my
Cc: siba@xxxx.com.my; ridzal ; asrul_@xxxx.com.my; Mohd Zinie Amin
Subject: Ampunkan dosa aku
Assalamualaikum,
Kawan2.... aku nak mintak ampun dan maaf atas segala dosa dan kesalahan aku selama ni kat korang semua.... tolong bagitau org lain semua yg mengenali aku kat situ, aku mohon ampun dan maaf ata segala dosa dan kesalahan aku selama ini. Ini mungkin email aku yg terakhir utk korang, so aku merayu agar korang semua maafkan dosa dan kesalahan aku selama ini. Semalam aku dikejarkan kehospital, doktor detect aku ada kanser darah yg kronik atau dgn nama lain, leukimia yg agak kritikal. So mulai isnin ni aku akan menjalani proses kimoterapi, chances of survival agak tipis, tapi aku tetap berdoa pada Allah agar sembuhkan penyakit aku. Asrul.... tolong sampaikan dekat semua budak finance, mintak diorang semua ampunkan dosa dan kesalahan aku selama ini. Aku sayang korang semua... terima kasih kerana menjadi kawan aku yg baik selama ini. Doakan lah perjuangan aku mengharungi ujian kasih sayang Allah pada aku ini. Salam terakhir dari aku buat korang semua sekiranya ditakdirkan aku pergi menemui Allah nanti.
Wassalam.
Apa yg hendak aku highlightkan disini ialah tarikh karangan itu diutuskan olehmu kepada kami semua... Saturday, September 25, 2010 6:57 PM... Yaa... dikala ini dah 4 tahun kamu masih lagi bernyawa... kamu masih lagi hidup dan kamu masih lagi normal dan selamat seperti kami semua... tidakkah kamu mahu memikirkan akan kekuasaan Tuhan???...
Seandainya sekali lagi kamu menuliskan kata-kata akhiranmu dimukabuku:
Salam kawan2 sekelian, pertama sekali aku nak pohon ampun atas segala dosa aku pada kawan2 semua dari dulu hinggalah bila2... kalau sekiranya aku ada hutang apa2 dgn korang, tolong tuntut dgn aku segera, atau sekiranya tuan2 nak halalkan, alhamdulillah semoga Allah merahmati kawan2 semua. Halalkan segala makan minum aku selama ini. Ada benda aku sengaja ada benda aku tak sengaja, maafkan lah aku... please kawan2 sekelian, jangan baca saja... say it, say that you forgive me, now please..... aku tau tentu ada kawan2 yg akan kata, "kau mana ada dosa pun dgn aku".... no please, just say it, say that you forgive me.... please. Tolong sebarkan jugak pada kawan2 lain yg tak de dalam facebook ini. Dan kalau sekiranya tuan2 sudi, aku tak minta tuan2 doakan kesembuhan, tapi apa yg aku minta, tuan2 tolonglah doakan pada aku utk Allah, bila aku pejam mata nanti, aku dihadiri oleh malaikat yg berwajah lembut, indah dan dengan senyuman untuk mengambil nyawa aku, semoga bila aku pejam mata nanti, Allah bukakan hijab syurga dihadapan mata aku dan di dalam kubur aku. Perkara yg paling aku takuti, bila nyawa dah di kerongkongan, tetiba datang malaikat yg berwajah bengis dan marah, pada waktu itu, dah terlambat utk aku, aku tak mampu lagi utk patah balik, sudah tentu kekesalan yang teramat akan menyelubungi aku selama lamanya.... so, sudilah kiranya tuan2, kawan2 semua doakan semoga permulaan pemergian aku nanti, Allah hamburkan dengan bibit keredhaan, ketenangan dan keindahan syurga..... Kata2 aku ini bukanlah bermakna aku berputus asa, aku akan tetap berjuang walaupun kepakaran manusia menyatakan sebaliknya, nyawa dan ajal di tangan Allah. Walaubagaimanapun aku harus bersedia.... bersedia sebelum terlambat.
Kawan2.... terima kasih kerana sudi jadi kawan aku, korang bukan sekadar kawan, korang adalah amanah yg Allah berikan pada aku. Maaf sekiranya amanah itu aku tak jaga dgn baik. Aku bersyukur dgn Allah mengurniakan kawan2 seperti korang. Semoga kita berjumpa lagi ......
maka untuk apa lagi wahai sahabatku???... kamu masih lagi berada dialam yang nyatakan... kamu masih lagi bertenaga dan berupaya untuk membaca dan mengarangkan lebih banyak nukilan lagi dimasa-masa yang akan datang... usahlah lagi kamu terlalu memikirkan kerja-kerja Tuhan... Mana tau... doktor yang merawatmu itu dan memberikan jangka waktu hayatmu itu terlebih dahulu pergi meninggalkan kamu... Sudah-sudahlah sahabatku... cukup-cukup sudah... cukup sampai disini saja... (baris lagu kumpulan apatah lupa lak aku)...
Percayalah... sungguhpun aku tahu, berat mata memandang, berat lagi bahumu yang memikulnya... kami semua pun sama seperti kamu sahabatku... mati pasti akan mendatangi kami sungguhpun kami berada diatas benteng yang tinggi lagi kukuh... mati pasti akan menghampiri sesiapa sahaja didunia ini sebab itu nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW turut pergi meninggalkan kita semua...
Percayalah bahawa segalanya tidak mustahil didunia ini... dan insyaAllah sekiranya ada kesempatan, pasti kita akan bertemu lagi dialam yang lain sahabat... InsyaAllah dan maafkan aku diatas segala kesilapanku selama ini... dan disini aku berikan satu link yang mungkin akan membuat dirimu tersenyum... atau mungkin juga bisa membuatkan diriku dibenci selama-lamanya olehmu...
Kehadiran Semula Jemaah Qadiani di Kg. Baru
Jika berkesempatan, cliklah pada link tersebut dan kamu akan mengetahui siapakah pakar rujuk yang aku referkan ditopik tersebut... Sampai disini dulu... moga kita berjumpa lagi wahai sahabatku...
Wallahu a'lam bisshawab.
Ikhlas,
Acik fosilmitra.
No comments:
Post a Comment