Monday, March 29, 2010

Andai ada pemimpin sebegini di Malaysia....

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya

Tuesday, March 16, 2010

Pelepasan jawatan sebagai moderator bincang muslimin dan muslimah BDN

Assalamu'alaikum wbt.

Terdahulu, syukur keatas Illahi diatas segala nikmat yg diberikan selama ini. Arini baru acik mgetahui bhwsanya acik tidak lg mjadi mod di Bincang.net iaitu yang mengendali bilik di Bincang Muslimin dan Muslimah.

Sememangnyer hal ini dah lama acik perjuangkan memandangkan kesempatan dan kehadiran acik dilaman web forum BDN sudah kian pudar dari biasa...

Acik sememangnyer dah tak dpt nak berforum sebagaimana dahulu disebabkan beberapa kesulitan yg tidak dapat dinyatakan disini.

Justeru itu, acik amat bersyukur dgn kebenaran dari pihak admin BDN sendiri yang memberikan pelepasan buat acik untuk tidak lagi mengendalikan forum BMM tersebut.

Walaupun jauh disudut hati ini utk tidak terjadinyer hal ini, namun acik kira, acik perlu melepaskan jawatan tersebut agar tidaklah akan disoal atau akan dipertanggungjawabkan ke atas acik sekiranyer ada hal yg lain berlaku.

Sekian, wassalam.