Monday, February 18, 2013

Apa yang anda ingat tentang Rasulullah SAW?



Apa yang anda ingat tentang Rasulullah SAW?

kisah cincin yang Rasulullah beri kat isteri2 beliau..
mcm ni la lebih kurang

isteri2 dia bertanya...siapa yg paling beliau sayang antara mereka..
rasulullah hanya tersenyum...malam tu rasulullah beri mereka sorang satu cincin..dan memesan supaya tak bagi tahu kepada isteri yg lain..
esok pagi rasullulah ckp " siapa yg aku beri cincin malam tadi..dia lah yang paling aku sayang"
MUfanz

Sunday, February 10, 2013

Demi Masa!... Sesungguhnya kita dalam kerugian...



Sabda Rasulullah SAW,
"Umur-umur umatku berkisar antara 60 hingga 70 tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu".
(Riwayat Tirmidzi)

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (Al-Hajj 22:47)

1 hari kehidupan di akhirat umpama 1000 tahun kehidupan di dunia.

Friday, February 08, 2013

Manusia itu pelupa.. namun sifat itu penting untuk manusia...

Acapkali kita terdengar statement dari Tun Dr. Mahathir Mohamad Bekas Perdana Menteri Malaysia yang begitu hebat pemerintahan dan pentadbirannya di Malaysia suatu ketika dahulu sebelum di Gantikan dengan Pak Lah dan DS Najib sekarang... "Melayu Mudah Lupa"...

Memanglah manusia ini dilahirkan dengan sifat pelupa... sering melupakan sesuatu yang kadangkala penting untuk dilakukannya... Lupa akan azab kubur.. lupa menyediakan perbekalan untuk ke alam akhirat.. lupa untuk mendoakan dirinya agar sentiasa menerima hidayah dan bertaubat nasuha dan sebagainya lagi...

Penyanyi PSY - Gangnam Style nak datang ke Malaysia


Uploaded with ImageShack.us

Sekiranya manusia itu sedar.. hidup ini umpama mimpi... sentiasa diri kita inginkan keseronokkan, kebahagian, kegembiraan namun pabila tersedar dari mimpi... kita sebenarnya hidup didunia realiti... suatu hari kita akan ke sana jua...