Wednesday, March 20, 2013

Kesenangan... kesusahan... semuanya adalah nikmat Allah...



Hadis Nabi Riwayat Termizi:-

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,

“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.
Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.

Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

Saturday, March 16, 2013

Dia Kekasih Allah... Adakah acik juga begitu?...



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lirik Dia Kekasih Allah - Hijjaz

Sumber : LirikKami

Friday, March 08, 2013

Hari Wanita Sedunia...

Hari ini merupakan Hari Wanita Sedunia... Bila memperkatakan tentang wanita... sudah tentulah kelibat artis-artis seperti Dato' Siti Nurhaliza bermain difikiran kita... gadis-gadis seperti Fasha Sandha, Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan tak lupa artis-artis hollywood dan bollywood serta seumpamanya...

Namun begitu, wanita bukanlah sebenarnya alat pemuas nafsu lelaki dan bukan juga alat simbol sex semata²...

“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

Mudah-mudahan kita sayangkan ibu kita, sayangkan kakak kita... sayangkan adik perempuan kita... sayangkan ibu mertua kita dan sesiapa saja asalkan dia seorang wanita... Selamat Hari Wanita...