Semalam dapat jumpa kawan yg baru balik dari misi keamanan di Syria. Maka dia tayangkan video yg dia perolehi hasil misi keamanan di sana. Maka terpampanglah wajah seorang kanak2 yg tenang seakan2 tidur, sangkaku dia telah pun syahid akibat leher yg dikelar. Wajahnya tak ubah seperti anak aku. Disebabkan dah terlalu banyak sangat org share gambar kanak2 syahid di Syria dan Gaza, maka aku sekadar melihat sepertimana sedihnya aku melihat gambar2 yg lain.... tetapi tiba2.........
kanak kanak tersebut membuka mulutnya cuba mengambil lagi nafas.... pada waktu itu terasa bergegar jantung aku, luruh dan runtun rasa jiwa.... Allahuakbar!!! .... aku sangka dia dah syahid tapi rupanya masih hidup!.... kemudian dia tidur seketika .... selang beberapa saat dia bukak balik mulut mengambil nafas..... hati aku menjerit Allahu!!!... Allahu!!!... Allahuakbar!!!.... berderau airmata aku, tak mampu rasanya aku nak teruskan melihat video kawan ku itu.... dah tak mampu nak berdiri dah rasanya waktu tu.... kezaliman apakah yg berlaku ini!!???? .... hati aku menjerit meronta2 akibat kesedihan yg teramat sangat!... cuba bayangkan kalau itu anak tuan2.... mahu tak mahu tentunya kita akan berdoa agar Allah matikan saja anak kita pada waktu itu, tak sanggup rasa tengok dia derita....
Sampai sekarang aku tak lalu nak makan, rasa nak bengkak mata menangis sepanjang malam. Sampai anak aku tanya kenapa abi selalu menangis.... aku tak mampu nak jawab soalan dia.... aku hanya mampu peluk anak aku dan terus menangis..... tetiba terdetik suara kejahatan dalam hati, maka aku bertanya "Ya Allah, kenapa Kau biarkan sampai jadi begini?, kenapa Kau biarkan manusia sezalim ini ada dibumi ini?, kenapa Kau tak lindungi anak ini?".... selang seketika setelah tangisan aku reda, aku membuka lembaran AlQuran... sampailah kepada ayat 72 dan 73 surah Al-Anfal, seakan2 Allah terus menjawab soalan aku tadi .... barulah aku sedar, Allah dah pun beri amaran semenjak zaman generasi alquran lagi .... bahawa akan berlakunya kekacauan yg besar dan kerosakan dimuka bumi kalau kita tak laksanakan perintah Allah ... ada setengah tafsir menyatakan sekiranya kita (umat Islam) tidak saling lindung melindungi antara satu sama lain. Kenapa negara2 Islam tidak saling lindung melindungi sepertimana US melindungi Israel? sepertimana kerajaan Dajjal melindungi kerajaan zalim Basyar Al-Assad?..... Allah dah pun bagi amaran....
"Dan org2 kafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yg lain, jika kamu tidak melaksanakan apa yg telah diperintahkan oleh Allah (saling melindungi), niscaya akan terjadi KEKACAUAN DI BUMI dan KEROSAKAN YANG BESAR" - Al-Anfal 73
maka benarlah kata Allah, dan itulah apa yg berlaku sekarang...... Lahaulawalaquwwataillabillahilla'liulazim.....
Nukilan dari seorang sahabat... farid Wajidi Ariffin..