Tuesday, April 28, 2015

Wednesday, April 22, 2015

Whatsapp, Facebook, Blogspot & Twitter...

Adakalanya terlalu banyak group whatsap, terlalu banyak berfacebook, terlalu banyak berblogspot dan bertwitter maka akan terlalu banyakkan kita berbohong dan berbuat kesalahan... Mudah-mudahan acik mampu memperbaiki semula kepincangan didalam jiwa acik... InsyaAllah..

Wassalam.

Jenazah Yang Mulia...


Ini merupakam kisah zaman Sultan Murad ke-4 Abbasid Empayar Iraq..
Sultan Murad terasa pada 1 mlm, perasaan tidak senang hati.. Maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan pengetua pasukan guard round masyarakat bandar Baghdad..
Jadi mereka merayau sembunyi2 mcm org awam & sampai di kwsn tepi hjg kota.. Mereka terlihat seorg terbaring atas jalan raya..
Mereka pegi dekat & sedari yg org tu dah mati !!!
Tetapi org tempatan yg lalu, buat tak peduli pun !!!
Sultan Murad pun berteriak..
'Hey apa nie..?
Mengapa awak semua tak pedulikan si Mayat nie..?
Mana keluarga atau rumah nya..?
Kemudian ada seorg menjawab..
Si Mayat nie org ZANDIQ (fasiq jahat), peminum arak & penzina yg pergi kpd pelacur !!!
Tegur si Sultan Murad..
'Bukan kah dia drpd Ummat Nabi Muhammed SAW..?
Sila tlg angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !!!'
Bila sampai di rumah nya, isterinya mula menangis & org awam pun tinggalkan si Mayat & balik..
Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawal nya..
(Yg ajaib) Si isteri semasa menangis, berdoa..
'YA ALLAH, kasihani lah WALI ALLAH..
Sesungguhnya ana saksi dia drpd kaum SALEHEEN !!!
Sultan Murad pun tegur si isteri..
'Macam mana awak blh panggil arwah sebagai Wali, tetapi org ramai kutuk nya hingga tak sudi pedulikan mayat nya.??'
Jawab si isteri..
'Saya sudah sangka akan berlaku sedemikian !!!
Si suami selalu kaluar waktu mlm pegi ke kedai bar & beli sebyk mungkin botol arak dan kemudian membawanya balik ke rumah..
Kemudian dia menuang & membuang ke dlm tandas rumah kami!
Dia berdoa.. 'Aku telah kurangkan bala arak yg ada utk org Islam..
Dan dia pergi ke wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jgn ambil pelanggan lain mlm nie !!!
Balik ke rumah, dia akan bersyukur, alhamdulillah kpd ALLAH yg beri tawfiq ringankan dosa si pelacur & pemuda org Islam mlm nie..
Tetapi malang nya, org awam nampak dia beli arak & masuk rumah pelacuran..
Jadi mereka sangka dia buat jahat !!!
Kata isterinya, saya dah kata kpdnya..
'Jikalau awak mati, tak akan jumpa sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu !!!
Tetapi dia gelak & jawab balik..
'Jangan takut !!!
Jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam nie dgn ulama & wali-wali ALLAH !!!'
Jadi menangislah Sultan Murad..
Beliau berkata..
'Benar lah kata si arwah !!!
Aku ialah Sultan Murad !!!
Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikan nya..
Jadi pada ke esokan harinya, solat jenazah bersamanya si Sultan dgn ulama dan pembesar negara..
Ramai org awam dtg dan uruskan pengebumiannya..
Maha Suci ALLAH !!!
Kita hukum org ikut yg kita nampak & dgr saja apa percakapan org lain..
Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..
Nescaya kita akan tambah taqwa kpd ALLAH..
Ya Allah !!!
Mohon ihsankan dan sempurnakan DHOMIR zat intipati diri kita & buatlah dgnnya tiang teguh utk lindungi kita di dunia dan juga di akhirat..
Dan kurniakan kita sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah...

Tuesday, April 21, 2015

Perbanyakkanlah mengingati akan kematian..

Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang menyebabkan kita hilang rasa lazat pada duniawi iaitu kematian...

Takziah buat seorang sahabat kepada sahabat karibku yang telah pergi menemui Illahi..  Semoga keluarga beliau tabah menghadapi ketentuan dari Illahi..

Monday, April 20, 2015

Tazkirah malam Isnin dibln Rejab

Hari ini kita telah memasuki bulan Rejab..  Dan hari ini,  di Facebook,  di Twitter,  di group whatsap dan dimana mana lagilah media sosial yang ada di Malaysia ini rata rata menyentuh mengenai soal hadis Kelebihan berpuasa dibln Rejab.. 

Bila ada sipolan bagi message pasal Kelebihan bln Rejab maka ketika itu jugalah akan tiba satu message yang mengatakan bahawasanya perkara itu palsu belaka..

Kenapa setiap tahun rakyat kita ni dok ulangi benda yang sama??.. Kadang naik malas dah kita nak mengingatkan mereka mengenai hadis palsu pasal bulan Rejab ni namun atas sebab takut kelak kita akan dipersoalkan maka kita mulalah memberi maklum balas..

Panjang sebenarnya nak ditaipkan lagi tapi almaklumlah org umah dah suruh bubum maka apa yang baik itu dtgnya dari Allah SWT dan yg lemah dan silap itu dtgnya dari kelemahan diri saya sendiri..

Wassalam.