Tuesday, June 14, 2022

Nowseeheart ๐Ÿ˜ž

Tersentap tapi bermakna. ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”Satu perkongsian dari Ustaz Windu Wijaya...

● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.

Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..
● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
● Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik...
● Hanya kau dan amal mu.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
● Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana.

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar.

● Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat.
● Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia.
● Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik._

-๐Ÿ•ŒSHARE pada Keluarga, teman & saudara mara, semoga bermanfaat.

Saturday, June 04, 2022

2 Tanda Allah sedang marah pada kita..



Seorang Wali Allah pernah berkata, jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah, aku akan perhatikan 2 tanda ini -๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก dan ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—จ

๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก yang  diguna sering rosak dan meragam. Banyak kerosakan yang datang darinya berbanding memudahkan urusan seharian.

๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati.

Kata Ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu.

Karenah isteri yang suka melawan pula adalah disebabkan kita sendiri berani lawan perintah Allah. Lebih teruk lagi, anak-anak juga turut bermasalah.

Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para Ulamak.

Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.

Kena cari balik kemaksiatan apakah yang sedang kita buat sehingga Allah sedang memberi peringatan kepada kita sedemikian rupa.

Perkongsian oleh : 
Tuan Guru Sheikh Zaini Ahmad