Wednesday, November 09, 2005

Fakta authentik berkenaan Afghanistan, Taliban dan Osama yang telah banyak diselewengkan oleh media…

THE INVISIBLE AFGHANISTAN


(Terjemahan “THE INVISIBLE AFGHANISTAN” OLEH SYED RAHMATULLAH HASHEMI)



[ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US
awal tahun2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001]


Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kapadamu orang fasik membawa suatu berita,maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat 49:6]


" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti Southern California), dan mereka memulakanperbualan dengan topik patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan. Danhanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai Afghanistan.


Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telahmenderita dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami sendiri.


Pencerobohan Soviet


Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan.Tetapi pihak Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979, iaitu lebihkurang 21 tahundahulu,dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami mati kerana bahana periok api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.


Selepas Russia Dikalahkan


Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen.Hanya 7 kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri diAfghanistan. Kemusnahanakibatdari pertemporan sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara lain.


Munculnya Taliban


Melihat huruhara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar- pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghansiatan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata - bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan.Ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok' dan meminta guru disekolah tersebut menolong mereka.


Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramaiorang-orang komander tersebut turut digantung.


Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak bandit. Gerakan pelajarini-Taliban- kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).


Kejayaan Taliban


Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:

1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.



2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov, dan juga senjata canggih seperti stinger missiles,dan ada yang memilikki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsaBersatu (PBB) menawarkan US$3billion untuk membelibalik senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telahberjaya melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.



3.) Kejayaan kami yang ketigaadalah membawa Afghanistan dibawah satu pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahunsebelum kami ambil alih.





4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman candudunia. Sebelum kami enghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB dibawah naungan UNDCP, Encik Barnard F. Dengan bangganya mengistiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.



5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduhkamimelanggar hak-hak asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi.




Hak-hak Kaum Wanita


Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual. Kami(Taliban) menghapuskan amalan yang sangat keji ini.


Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka. Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memileh bakal suami masing-masing.


Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak yang bertempor ingin berdamai,maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.


Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya diidzin bekerja. Kami akui sebelum1996, iaitu sebelum kami menalukki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya dudok rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka dudok rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu dudok rumah keranapada masa itu keadaan huruhara tanpa kuatkuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah.


Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milek persendirian, kami sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka bekerja di KementerianKesiahatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya.



Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang `co-education' (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan.


Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber pembiyaan. Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sukatan pelajaran-kurikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sukatan pelajaran ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingong. Kami sudah pun dapat menyatukan semua kurrikulum yang bercanggah-canggah itu.


Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah- sekolah perempuan. Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini.


Osama bin Laden


Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud.


Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters) atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel mereka sebagai pengganas dan diburu.

Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat).


Sebenarnya tidak ada bedza antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan. Kedua-duanya tidak diistiharkan terlebeh dahulu, dan kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh.



Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerang Afghanistan dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat.


Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut. Saya dipanggil hadhir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States telah menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh satu orang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan tersebut.


Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden


Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan US di Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45 hari dan tidak sesiapa pun memberti kami sebarang apa bukti.


United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh saorang tanpa terlebih dahulu memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika sesaorang itu dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke mahkamah.


Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak.


Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telah turut ditolak oleh US.


Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini? Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami.


Sekatan Ekonomi


Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kami telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periok api yang sengaja ditanam oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil
berat tentang patung-patung yang dimusnahkan.


Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati


Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak- kanak Afghanistan yang kebuluran akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab,"Tidak boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."


Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak- anak kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut.


Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu dibawah sekatan ekonomi, dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah datang untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?


Kofi Annan


Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kpfi Annan hanya mahu membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.


Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubatan akibat sekatan ekonomi mereka. Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patung tersebut.

Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan keatas negara kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pengangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala- galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengan sekatan eknomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah segala- galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebih elok mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."


[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6 bulan
sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]

No comments: