Thursday, August 31, 2006

Fosilmitra Junior lahir 25hb Ogos 2006.

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan inayahNya telah menganugerahkan acik & isteri seorang cahayamata lelaki pertama dalam hidup kami.

Bayi seberat 3.08 kg yg lahir pada pagi Jumaat, 25hb Ogos tepat jam 11.41 pagi di Hospital Putrajaya telah kami namakan Muhammad Syazwan. Namun begitu, sehingga nukilan ini dituliskan, Muhammad Syazwan masih lagi berada di Hospital Putrajaya selang 3 hari berada dirumah kerana mengidap 'kuning'diparas yg hampir serius.

Semoga anak acik ini akan cepat sembuh dan doa kalian semua diharapkan. Untuk tatapan semua, inilah anak yg telah isteri acik lahirkan...

Image Hosted by ImageShack.us

Wassalam.

Friday, August 11, 2006

Sehigga jam 4 ptg, 11 Ogos 2006.

Assalamu'alaikum wbt.

Acik telah menghubungi isteri acik dirumah dan khabarnya beliau masih tidak memberikan apa2 tanda untuk melahirkan lagi. Jadi, semoga isteri acik akan tabah menghadapi saat-saat yang sangat ditakutinya selama ini dengan selamat sejahtera dan sentosa.

Wassalam.

Tuesday, August 08, 2006

IFC - di antara kebaikan dan keburukan

IFC - di antara kebaikan dan keburukan

--------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum

Inter Faith Comission (IFC) di wujudkan oleh beberapa badan bukan kerajaan termasuk Sister in Islam (sis) dan beberapa lagi pertubuhan rentetan dari peristiwa murtadnya Lina Joy dari Islam kepada kristianity. Sebelum ini kita dikejutkan dengan isu Aisyah dan hakikatnya menurut statistik tidak rasmi beribu lagi menunggu untuk menjadi murtad (walhal hakikatnya dengan niat demikian mereka telah pun murtad.

Apakah isu yang diperjuangkan oleh IFC?

IFC cuba melobi kerajaan agar memansuhkan artikel 11 perlembagaan persekutuan dan secara specificnya artikel 11 (4) yang menyatakan bahawa rakyat malaysia bebas beragama tetapi penyebaran agama lain boleh disekat sekiranya ia cuba dilakukan ke atas umat Islam. Walaupun tidak terdapat larangan secara khsuus di dalam undang-undang melarang orang Islam keluar Islam, tetapi perlembagaan yang menyebut bahawa orang melayu mesti beragama Islam mengindikasikan bahawa seseorang yang telah Islam itu tidak boleh keluar agama seperti mana seorang melayu tidak boleh mengubah hakikat dirinya melayu.

Thursday, August 03, 2006

MALAYSIAKU HARI INI...

kuliah maghrib tak de lagi
dikir barat sampai pagi
sure heboh tiap2 negeri
mufti menegur terus dimaki
kes bunuh hari2
rompak ragut makin menjadi
aurat dah tak ambil peduli
termasuk bini para menteri
hukum hudud selalu dicaci
pelembagaan penjajah di junjung tinggi
pejuang islam ditangkap digari
bapak rasuah pula dipuji
inilah dia islam hadhari
tajaan paklah ahmad badawi
Al-ghazali yang kita cari
rupa2nya Mawi yang ditemui.....
dari kampung ke akademi
dari ngaji nak jadi penyanyi
hidup biasa kini sensasi
dari tsunami jadi tsumawi
menjadi idola masa kini
tapi skrg apa dah jadi
putus tunang bapa pula mati
dulu dijulang kini dicaci
konon mula dah lupa diri
ina ditatang kini di benci
alasan sudah takdir ilahi
alasan lapuk sejak azali
akhirnya putus kahwin tak jadi
hai kau ni mawi apa nak jadi....
kini pula kecoh hal siti
dah tiba masa nak dikahwini
oleh datuk tp bukan menteri
jauh lagi pemimpin tertinggi
kahwin pula nak ikut hati
tak de yang muda lekat dihati
yg tua juga pilihan hati
apa nak jadi kau ni siti..
datuk k tu pula tak sedar diri
dah tua bangka nak kahwin lagi
tak sedar diri anak dah berlari
bagi pompuan sekejab menjadi
alasan kahwin juga takdir ilahi
sudah jodoh harus dituruti
umum kahwin bagai nak umum menteri
jangan cerai udah cam erra ngan yusri.
cukup sudah tulisan ku ini
sebagai nasihat dan teladan hari ni
kisah 2 insan ini
kononnya role model masa kini
tercipta dari islam hadhari
yang jadi kebanggaan seantero negeri
bak tua dan juga muda mudi
akhir kata dariku ini
moga malaysia negara ku ini
cemerlang gemilang, terbilang lagi terperi
menjadi kebanggaan seluruh duniawi
bukan kerna siti dan mawi
tapi jadilah insan sejati
mencari jalan kebenaran hakiki
moga hidup selalu diredhai

amin....