Tuesday, August 08, 2006

IFC - di antara kebaikan dan keburukan

IFC - di antara kebaikan dan keburukan

--------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum

Inter Faith Comission (IFC) di wujudkan oleh beberapa badan bukan kerajaan termasuk Sister in Islam (sis) dan beberapa lagi pertubuhan rentetan dari peristiwa murtadnya Lina Joy dari Islam kepada kristianity. Sebelum ini kita dikejutkan dengan isu Aisyah dan hakikatnya menurut statistik tidak rasmi beribu lagi menunggu untuk menjadi murtad (walhal hakikatnya dengan niat demikian mereka telah pun murtad.

Apakah isu yang diperjuangkan oleh IFC?

IFC cuba melobi kerajaan agar memansuhkan artikel 11 perlembagaan persekutuan dan secara specificnya artikel 11 (4) yang menyatakan bahawa rakyat malaysia bebas beragama tetapi penyebaran agama lain boleh disekat sekiranya ia cuba dilakukan ke atas umat Islam. Walaupun tidak terdapat larangan secara khsuus di dalam undang-undang melarang orang Islam keluar Islam, tetapi perlembagaan yang menyebut bahawa orang melayu mesti beragama Islam mengindikasikan bahawa seseorang yang telah Islam itu tidak boleh keluar agama seperti mana seorang melayu tidak boleh mengubah hakikat dirinya melayu.



Implikasi kepada perjuangan ini adalah:

1. Umat Islam yang berusia 18 tahun ke atas bebas memilih agama masing-masing dan bebas untuk keluar agama.
2. Tidak ada tindakan undang-undang ke atas orang murtad
3. Agama lain bebas di sebarkan di mana-mana tanpa sekatan seperti di TV, radio akhbar dll.

Perkara ini juga dilihat sebagai satu perkara yang membimbangkan.

Namun, saya selalu melihat sesuatu perkara itu mempunyai dua wajah berbeza. IFC mempunyai kebaikan yang mungkin sebenarnya pada masa sekarang nampak menyenagkan orang bukan Islam tetapi dalam jangka masa panjang akan memeningkan org bukan Islam dan akan menguntungkan orang Islam.


Kebaikannya:

1. Berkurangannya malah menghapuskan terus bilangan orang munafik. Orang sebegini ramai dalam masyarakat melayu. Mereka Islam tetapi dalam hati dan perbuatan mereka telah lama menolak Islam. Mereka membenci dan menjadi duri dalam daging di dalam Islam. Mereka ini lah penyumbang besar kepada kerosakan Islam selama ini.

2. Dengan berlakunya perkara yang pertama tadi maka yang tinggal adalah umat Islam yang benar-benar berpegang teguh dengan Islam. Islam dapat disebarkan dengan isinya yang sebenar oleh orang sebenar.

3. Mengikut kajian rambang saya sepanjang 8 tahun berdakwah, 99 peratus orang yang murtad dari Islam adalah kerana kerosakan rumah tangga, maslah peribadi dan keluarga, kemiskinan dan juga kerana desakan atau dasar cinta. Hanya 1% dadalah di atas dasar HUJAH. malah hujah pun kerana mereka tidak mengetahui hujah Islam sebenar. Sementara yang masuk Islam dari agama lain adalah kerana mereka percaya kepada agama Islam dan hujahnya.

4. Dari perkara 3, sekiranya artikel 11 (4) dimansuhkan, maka semakin kuatlah golongan pendakwah dan comparative religion di malaysia. Ini kerana sebelum ini golongan ini berdakwah secara senyap-senyap kerana menjaga "sensitiviti kaum dan agama" dan dengan terjadinya perkara ini maka hikmahnya, kita juga dapat berdakwah secara terbuka di dada akhbar, tv dan radio mendedahkan kebohongan dan penyelewengan agama lain dengan terbuka. Ini yang berlaku di UK sekarang ini. Malah debat terbuka di dewan terbuka dapat dilaksanakan dengan tanpa sebarnag larangan. Dengan hujah ini, keyakinan saya Islam akan dapat menyinar sebenar-benarnya.

Apakah saya tidak takut umat Islam akan murtad semuanya?

Saya percaya satu perkara. Agama lain di jaga oleh paderi dan pengikutnya. Islam di jaga oleh Allah swt. Kita hanyalah tools untuk melihat siapa yang berusaha siapa yang diam. siapa yang bekerja siapa yang tidak. Islam tidak akan padam di dunia ini sehinggalah berlakunya kiamat.

Saya juga yakin pada hujah Islam. Saya yakin pada pegangan saya dan saya tidak takut menyuarakan perkara ini.

KEsimpulan bagi sya, kalau artikel 11 TIDAK dihapuskan, bagus, kita jadi mcam biasa. Kalau di hapuskan pun BAGUS kerana sekarang sekatan ke atas dakwah Islam telah diangkat.

Oh by the way, artikel 11 disamping mempertahankan Islam, juga sebenarnya menyekat dakwah Islam

wallahualam
TJ

No comments: