Tuesday, February 27, 2007

Berdakwah sambil menambah keuntungan...

Assalamu'alaikum wbt.

Dua hari lepas, sewaktu minam2 dgn kenkawan di sebuah restoran... datang seorang lelaki seperti jurujual mendatangi kami... Sah!... mmg jurujual pun... dia dok kasi acik dan kenkawan semua sebuah buku berserta VDC yang tertulis "10 Perkara Yang Membatalkan Iman & Perkara Syirik"...

Dia jelaskanlah yg harga buku dan VCD ini kalau dipasaran bernilai RM15, tapi untuk kami semua dia hanya mahukan RM10 seikhlas mungkin. Acik lantas membayar wang yg dia mahukan dan mengambil buku dan VCD tersebut ke ofis.

Bagus isi kandungan buku tersebut dan menjadikan ianyer bertambah bagus disebabkan ianyer merupakan penulisan/ceramah dari Mufti Negeri Perlis Darul Sunnah yg baru iaitu acik yakin ramai yg mengenali nama beliau sebagai MAZA...

Satu yg acik tertarik disini ialah... kenapa tidak ada golongan yang menjadi seperti jurujual tersebut yg menjual sesuatu untuk berdakwah?... Nampak seakan ianyer mengambil keuntungan dari hasil jualannyer namun tersemat dihati akan semangat ingin menyebarkan kerja-kerja dakwah yang semakin dipinggirkan oleh manusia akhir zaman...

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: