Wednesday, March 19, 2008

Melayu ibarat tebuan, dipandang boleh, dikacau jgn!

Assalamu'alaikum wbt.

Seminggu yg lalu acik berkesempatan utk pulang ke rumah mak pak mentua acik di Kg. Puom, Jelebu... Kat sana ada majlis org kg ckp 'lenggang perut' disebabkan adik ipar acik bininyer bakal melahirkan bayi sulung lelaki kelak, insyaallah...

Dlm sedang rancak mengatur persiapan utk memasak, membasuh dan segala²nyer utk majlis kenduri tersebut yg diadakan disebelah malam sabtu, acik berkesempatan jua bersembang dgn beberapa penduduk kg puom... Seorg dipanggil tok long yg katanyer pernah menjadi turus angkatan tentera... jadinyer beliau bekas pasukan tentera kerajaan negara ler nie...

Beliau pun citelah pasal perkembangan politik ditanah air kiter nie... beria² betul beliau berceritera sampaikan acik dgn beberapa org yg lain terpegun dan terduduk (mmg tgh duduk kat bangku pun masa tue) mendgr ceritanyer yg tah betul tah idak... hehe...

Tapi acik assume betul jelah buat masa nie... cite mengenai perebutan org melayu yg bimbang sekiranyer org bukan islam (cina atau india) yg cuba nak menaguk diair keruh inginkan negara kiter dijajah oleh mereka setelah org² dari parti melayu dok saling bercakaran sesama sendiri... Yg acik maksudkan nie ialah BN-PAS-PKR ler sebab depa sumerkan org melayu...

Cuma yg perlu diingatkan disini (kata tok long tadi)... sebenarnyer askar², anggota polis dan tentera laut udara dah dibagitau dah pasal hal nie... mmg org cina, org india atau apa saja org lagilah takkan boleh cuba² utk menjadi pentadbir negara kiter... Sebab tue bekas² askar dan org yg tahu pasal nie takkan cepat melatah dan risau kiranyer negara kiter akan dijajah semula oleh komunis atau DAP dll..

Beliau mengatakan bahawa ada enakmen warta negara yg dipegang oleh tribunal yg bermesyuarat diGeneva yg mengatakan bahawa, biar apapun cara dan biar apapun kaedah... negara Mesia akan tetap dipegang dan diperintah oleh Yg Dipertuan Agong selagi ada bahasa, agama, bangsa dan budaya iaitu bahasa melayu, agama islam, bangsa melayu dan budaya melayu... Acik pun blur jugak ckp tok long nie... maklumlah dia dah tua... tapi acik seakan faham akan maksudnyer...

Dia ambik cth jika dimesia nanti (tak tahulah tahun bila atau mungkin seribu tahun pun takkan mungkin) berlakunyer keadaan dimana hanya ada seorg melayu, selebihnyer adalah org bkn melayu seperti cina, india dll, maka kalau dilihat enakmen/akta dlm tribunal nie yg menetapkan bahawa mestia bahasa melayu yg perintah negara, so, jika cina atau india maka mereka telah melakukan kesalahan didlm enakmen tersebut... begitu jugak bangsa, agama dan budaya tadi...

Sebenarnyer panjang lagi cite dia nie... nanti²lah acik masukkan dlm blog yg takde siapa pun nak pandang nie... hehehehe...

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: