Monday, September 08, 2008

Racism, Assobiyah dan hak-hak Manusia dalam Islam

Racism, Assobiyah dan hak-hak Manusia dalam Islam

Konsep Islam tentang Negara

Islam membawa maksud “ke tundukan yang total kepada kehendak Allah s.w.t” dan agama ini mewajibkan umatnya patuh dan tunduk secara total kepada perintah yang di nyatakan oleh Allah swt kepada umatnya melalui pesuruhNya Muhammad s.a.w. (Maududi)

Islam juga membawa maksud “kedamaian” yakni sesiapa yang beriman, maka damailah ia dan damailah manusia daripada sebarang kecelakaan darinya. Islam juga boleh mendatangkan kedamaian kepada negara dan dunia sekiranya dunia menerima ajaran-ajaran dan prinsip-prinsip Islam.

Apakah “Racism”?

Apakah dia sifat “racism” atau perkauman ini? Ia bolehlah di definisikan sebagai “kebencian daripada seseorang terhadap seseorang yang lain, atau kepercayaan bahawa seseorang itu kurang dari manusia sebenar, disebabkan oleh warna kulitnya, bahasa, budaya, tempat kelahiran atau apa sahaja perkara asas seseorang itu.”

Didalam definisi yang lain :

“Racism is the belief that a particular race is superior or inferior to another, that a person’s social and moral traits are predetermined by his or her inborn biological characteristics. Racial separatism is the belief, most of the time based on racism, that different races should remain segregated and apart from one another.”

Apakan sifat Assobiyah dan Nasionalisma?

1. Kebangsaan atau nasionalisma

Ia berasal dari kalimah latin, “natio” yang bermaksud “kelahiran”. Dari kalimah `natio’, lahirlah istilah `nation’ (bangsa), `nationality’ (kebangsaan), `national’ (kerakyatan sesebuah negara), `nation-state’ (negara bangsa) dan `nationalization’ (memiliknegarakan aset) (AC Kapoor, Principles of Political Science, New Delhi: S Chand. 1981, ms 126).
Dalam bahasa arab, kebangsaan ini dinamakan al-wathaniyah (semangat cintakan tanah air)

2. Asobiyah.

Dalam al-Qur:an, ditemui lima perkataan yang ada kaitan dgn asobiyah.
Usbah sebanyak 4 kali dan Asib sekali. Usbah maksudnya seketurunan atau sekumpulan, manakala ‘asib pula ialah ertinya dahsyat atau merbahaya. Usbah, misalnya dalam surah Yusof, ayat 8 dan 14 dan surah anNur: 11. Dari kalimah usbah ini lahirlah istilah asobiyah (perkauman) dan ta’assub (fanatisma puak)

Apakah kebangsaan sama erti dgn asobiyah?

Syaikh mujaddid Nusantara, A Hasan Bandung (w. 1958) dalam kitab pentingnya “Islam dan Kebangsaan”, Bangil: Persis, cetakan ke 3, 1972) menjelaskan, sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan, ada beberapa golongan yang berjuang untuk memerdekakan Indonesia. Dua aliran besar ialah, pertama: golongan kebangsaan tulin, yakni perjuang kemerdekaan Indonesia semata-mata di atas kepentingan bangsa Indonesia tanpa mempedulikan kepentingan agama Islam bahkan melarang Islam dijadikan dasar perjuangan dan negarabangsa.

Di satu pihak yang lain, ada golongan yang menjadikan agama sebagai dasar perjuangan dan menjurus kepada penegakkan negara dan syari’at. Perjuangan kebangsaan tulin (tanpa ruh agama) itu tertolak dan itulah maksudnya perjuangan asobiyah yang disebut oleh hadith-hadith yg mencela kejelikan asobiyah.

Rumusan: A Hasan Bandung menolak perjuangan kebangsaan yang tidak menjadikan agama sebagai dasar dan tujuan akhirnya untuk mendaulatkan Islam, perjuangan di atas semangat kerana bangsa semata-mata adalah perjuangan asobiyah yang tercela. (al –ahkam)

Hak asasi manusia dalam Islam

Di dalam Islam, sesseorang berbeza di antara seseoarang yang lain bukan kerana pangkat, bangsa, keturunan, warna kulit ataupun asal usulnya. Sebaliknya Islam mengangkat kemuliaan atau kehinaan seseorang itu berdasarkan imannya. Malangnya, hanya Allah swt sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang Muslim itu dan oleh kerana itu kita hanya menghukum berdasarkan zahirnya sahaja tanpa perlu menilai tinggi atau rendahnya tahap keimanan seseorang itu.

Tanggungjawab negara Islam terhadap warganya

Islam menjamin bahawa seluruh warga negara yang bernaung di bawah negara Islam adalah selamat harta dan nyawanya dari sebarang ancaman luaran atau dalaman. Ia juga menjamin bahawa penduduknya tidak akan di apa-apakan sama ada dari aspek fizikial, mental ataupun spiritual. Di dalam Islam, seorang kafiz dzimmi (kafir yang tunduk di bawah pemerintahan Islam) tidak boleh di bunuh dan membunuh mereka adalah lebih besar dosanya dari membunuh seorang Muslim.

“Barangsiapa membunuh seorang mu’ahid (orang kafir yang ada dalam ikatan perjanjian, kafir yang damai), maka ia tidak akan mencium bau syurga, padahal baunya itu bisa dirasakan (dari jarak) sejauh 40 tahun (lama) perjalanan” (Hadits Riwayat Bukhari).

Di dalam al Quran : “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dengan orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Mumtahanah ayat 8)

Racism, Assobiyah dan hak kaum pribumi

Persoalannya apakah di dalam Islam, hak kaum pribumi di pinggirkan? Apakah seseorang yang berasal dari sesuatu tempat tidak boleh menuntut hak beliau dan melepaskannya begitu sahaja?

Sebelum kita menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hak ini, kita harus fahami konsep keadilan. Adil bermaksud “meletakkan sesuatu pada tempatnya” dan zalim pula adalah perkara yang berlawanan dengan adil.

Di dalam Islam, hak pribumi tetap dipertahankan. Contohnya hak menjaga air zam-zam di Mekah tetap diberikan kepada keturunan Abu Mutalib. Begitu juga hak tanah yang telah di miliki oleh pribumi tersebut.

Tetapi terdapat juga hak-hak orang bukan pribumi yang sepatutnya di berikan kepada mereka. Garis panduan apa yang boleh diberikan atau tidak terpulang kepada pemerintah yang bertaqwa dan garis panduan di dalam Islam.

Boleh saudara TJ berikan sedikit gambaran garis panduan yang ada di dalam Islam dan yang baik untuk digariskan oleh pemerintah bertaqwa?
Jazzakallah for the question. Kalau nak menjawab soalan nie kita boleh buat satu buku atau thesis.

Secara dasarnya, pemerintahan adalah berdasarkan kepada beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini adalah (rasanya semua dah tahu so kita revise):

1. Al Quran
2. As sunnah
3. Ijma' Ulama

Pemerintahan juga menjaga 5 perkara yang di panggil daurah al khamsh.

1. Addin (agama).
2. Nyawa
3. Akal
4. Keturunan
5. Harta

Tetapi di ada ulama menambah lagi pekara yang di jaga ini termasuk

6. keadilan

Maka kita dapat lihat bahawa di dalam Islam, Islam menjaga hak seseorang dan sesuatu kaum itu. Hak yang di jaga adalah hak yang tidak melanggari al quran dan as sunnah. Firman Allah:

"Taatilah Allah, taatilah rasul dan ulil amri di kalangan kamu".

Maka ketaatan kepada ulil amri atau pun dasar pemeritahan ini mestilah sesuatu dasar yang tidak menyalahi dasar dan prinsip Islam yang di sebutkan di atas tadi.

Maka apakah dia hak-hak peribumi?

Hak-hak peribumi adalah apa yang telah di persetujui oleh pemerintah dan rakyatnya tanpa menindas hak-hak kaum pendatang dan minoriti. Hak-hak ini boleh ditentukan secara bijak dengan melihat kepada semua aspek keperluan penduduk peribumi dan bukan peribumi.

Tetapi, hak-hak ini bukanlah suatu hak yang mutlak dan tidak boleh di persoalkan atau diubah. Ini kerana perubahan sesuatu itu adalah penting bagi menjamin ia terus releven kepada tempat dan masa.

Ini berlaku dalam banyak hak-hak kita di Malaysia. Contohnya dahulu kalau hendak ke sarawak kena membawa pasport, selepas itu cukup dengan menulis borang dan sekarang cukup dengan membawa mykad. Hak orang luar untuk masuk tadi masih perlukan satu-satu dokumentasi tetapi ia berubah cara dan kaedahnya mengikut keperluan dan perkembangan teknologi semasa.

Pemimpin yang bertaqwa selalunya akan melihat hak-hak ini dari aspek keadilan. Sekiranya di lihat bahawa hak yang di pertahankan itu sudah mula menindas kaum yang lain, maka ia perlu di ubah bagi memastikan ia terus memberi keadilan kepada seluruh penduduk.

Oleh kerana itu, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, keadilan itu amat dekat dengan taqwa. Hanya mereka yang bertaqwa sahaja mampu melakukan keadilan dan sebaliknya.

Apa yang berlaku kadang-kadang, apa bila ada orang mempersoalkan hak kita, kita menjadi fobia lantas menjadi paranoid. Selalunya, mereka tidak mempersolkan akan hak kita pun, tetapi kita beranggapan begitu seolah-olah hak ini adalah mutlak dan "suci". Maka kita mula membuat racist remarks dan mula menyatakan perkara-perkara yang berbentuk perkauman. And mind you, saya tidak bercakap ini utk orang melayu sahaja, ia termasuk juga kaum-kaum yang lain. Ini berlaku kerana inilah budaya yang telah di tanam di dalam pemikiran rakyat malaysia. Dasar Pecah dan Perintah.

Seperti yang saya sebut, sesuatu hak itu kita boleh perincikan, dibentuk, ditetapkan dan diubah mengikut kehendak dan keperluan zaman. Ini, hanya mampu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai taqwa di dalam diri mereka.

Ubat kepada Racism adalah ukhuwah

Ukhuwah adalah ubat kepada sifat perkauman dan Assobiyah. Allah berfirman di dalam surah Al hujurat: 16

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Menurut tafsir Ibn Khatir, manusia ini diciptakan dari nabi Adam a.s dan Hawa a.s menjadikan bangsa manusia ini sebenarnya pada asalnya satu. Tetapi manusia itu sendiri menciptakan sempadan-sempadan yang membezakan di antara satu sama lain.

Ubat kepada sifat perkauman ini adalah ukhuwah. Firman Allah di dalam surah yang sama:

“Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara”

Bila menyentuh mengenai orang mukmin, kita menyentuh mengenai keimanannya terhadap Allah swt dan bukannya warna kulit, bangsa, keturunan dan sebagainya.

Larangan menghina dan mencemuh kaum yang lain (walaupun bukan Islam)

Islam melarang umatnya mencemuh kaum yang lain dan menggalakkan mereka berbaik-baik kepada kaum yang lain bagi menunjukkan qudwah (sifat tauladan) yang baik bagi menjinakkan hati mereka dengan Islam. Firman Allah dalam surah al Hujurat : 11

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Larangan di dalam surah ini adalah merangkumi orang Islam dan bukan Islam selagi mereka tidak memerangi agama Islam itu sendiri. Malah, Allah swt berfirman bahawa orang yang mencemuh ini akan menjadi orang yang fasik dan perlulah bertaubat.


Dasar dan akidah pemerintah

Sesetengah dari kita melihat perkara perkauman dan assobiyah ini sebagai perkara biasa dan tidak membawa apa-apa implikasi. Malah apa yang lagi teruk, ada yang memandang bahawa sifat perkauman dan assobiyah ini di tuntut oleh Islam!. Ini adalah pandangan yang batil dan tertolak.

Ada juga berpandangan bahawa sifat perkauman di mulakan oleh orang bukan Islam, maka kita juga harus “play the game”. Ini juga adalah satu pemahaman yang salah.

Sejarah telah menunjukkan bahawa umat Islam, tanpa mengira bangsa, kaum dan wilayah geografi, sebenarnya dahulu adalah satu. Inilah kekuatan umat Islam seluruh dunia pada zaman pemerintahan khalifah.

Kemudian, berlaku pemerinthaan yang lemah dan satu persatu negara umat Islam di tawan penjajah. Bumi geografi negara umat Islam di bahagi-bahagikan kepada pemerintah-pemerintah ini sama ada dari Britian, Belanda, Portugis, Perancis dan sebagainya.

Penjajah ini juga menyedari satu perkara. Kekuatan umat Islam terletak pada kekuatan akidah mereka. Maka pada setiap negara yang dijajah, penjajah menanam pemikiran Assobiyah dan perkauman. Maka ujudlah apa yang di namakan sebagai dasar “Pecah dan Perintah” (Divide and Rule).

Fahaman pecah dan perintah ini di Malaysia membahagikan kaumnya kepada bangsa-sosio ekonomi; yakni bangsa itu di klasifikasikan mengikut sosio dan ekonomi mereka. Orang Melayu di kampung sebagai petani, orang Cina di bandar sebagai peniaga dan orang India di estet-estet sebagai pekerja ladang.

Negara tanah melayu juga di pecah-pecahkan mengikut geografi dan pemerintah. Tidak wujud lagi sifat satu bangsa dan satu akidah tetapi yang wujud adalah semangat kenegerian dan ke “aku” an.

Akhirnya, setelah pemerintah kita pergi, maka sifat ini harus di kekalkan. Bakal-bakal pemerintah di berikan pendidikan barat dan di acu dengan acuan barat sehingga mewujudkan parti-parti komponen bangsa dan ras bagi terus memecah belahkan bangsa Malaysia. Bagi penjajah, bangsa yang bersatu adalah masalah kepada penjajahan. Bangsa perlu terus berpecah bagi menjamin mereka perlu dijajah walapun ia kaedah penjajahan jarak jauh.

Oleh kerana itu, walaupun setelah 20 tahun negara merdeka, sumber negara masih lagi disedut keluar oleh syarikat-syarikat milik British seperti Guthrie, Sime Darby dan sebagainya. Ini berlaku sehinggalah syarikat-syarikat ini di beli oleh anak tempatan kerana menyedari taktik kotor penjajah ini.

Walaupun syarikat-syarikat milik penjajah ini telah berjaya ditumbangkan, dan “paip-paip” penyalur ekonomi negara keluar telah berjaya di sekat, sifat yang ditanam oleh penjajah mahu bangsa Malaysia terus berpecah dan bersangka buruk masih lagi kekal di dalam penduduknya. Maka satu bangsa terus sahaja berprasangka kepada bangsa yang lain. Mereka masih juga mahu melihat bangsa lain sebagai “pendatang” dan “asing” dan mempunyai agenda-agenda tersembunyi.

Prasangka-prasangka sebegini yang menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam. Apa yang ditutut supaya umat Islam menjadi Qudwah hasanah (Contoh yang baik) tadi tidak menjadi. Sebaliknya, umat Islam lah yang lantang menyuarakan sifat perkauman ini.

Kesimpulan

Kita sudah merdeka selama lebih 50 tahun. Sifat penjajanan ini sepatutnya telah lama kita kikis dan kita buang. Tetapi, kita juga sedar, 50 tahun bukan masa yang lama. Kita masih baru mula bertatih dan hendak berjalan.

Kalau kita mahu menjadi satu bangsa yang maju, kita perlu bergerak dalam satu bangsa dan bukannya dalam ras-ras dan kaum-kaum berbeza. Dengan cara ini juga, kita dapat menujukkan keindahan Islam dan Islam itu memandang bukan pada diri dan rupa serta harta, tetapi keimanan kita.

“Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa atau harta kamu, tetapi Allah memandang kepada hati kamu” HR Muslim

wallahualam
tj

No comments: